brooch limited edition..

✎dya nasir |⊙Saturday, December 31, 2011| ☑


         hari nie baru ada masa nak update blog ni.. sekarang nie dah mula sibuk nak siap kan projek Rancangan perniagaan.. alhamdulillah, akhirnya dapat jugak selesaikan masalah nak pilih tajuk perniagaan. Setelah eira setuju nak masuk group, kitaorang terus bincang nak wat tajuk untuk perniagaan.. Mula-mula tu pening jugak lah.. macam-macam idea keluar.. sampai xtau nak pilih perniagaan apa.. akhirnya kita orang setuju nak buat bisnes keronsang.. 

             nasib baik kitaorang cuma buat rancangan perniagaan sahaja dan tak perlu jalankan perniagaan.. tapi kalau ada sesiapa yang berminat dengan keronsang nie korang boleh pergi ke sini. aku cuma tolong promote kan keronsang membe aku nie.. keronsang nie 100%  buatan tangan.. kalau ada yang berminat boleh tinggal kan komen ada di bawah atau pun pergi ke sweeties handmade collection enterprise.



serabut

✎dya nasir |⊙Thursday, December 29, 2011| ☑

hari nie dah boleh mula buat rancangan perniagaan.. 
di sebabkan kos aku xde praktikal jadi kena buat rancangan perniagaan.. 
serabut nak fikir nak amik ahli kumpulan.. 
aku nak amik kwn baik aku eira tapi aku kesian kt mmbe aku azam.. 
dia plak xde kumpulan.. dorang pun dah serasi satu kumpulan, aku dulu group dgn si youb.. 
aku xnak dah group ngn dia..
 tadi pun si youb nie dah berkias-kias nak ajak aku masuk group dia.. 
memang tak lah kan.. kalau keje aku wat semua.. 
aku kalau bab wt kje nie cerewet.. 
aritu cakap aku garang tp tadi nk ajak aku join group tu.. 
aku kesian kat eira tu tersepit antara aku ngn azam..
 aku cuma perlu cri lagi sorang utk penuhkan ahli dalam group aku. aku xtau nak amik sape.
 takut nanti kalau salah pilih orang yang hampeh..xblh buat keje..nk kne paksa bru blh buat.
 kalau x lulus rp nie xgrad lah aku.. 
aku xtau nak buat perniagaan apa.. aku nak buat pertenakan ikan tapi kwn aku cakap senang lah kalau buat perkhidmatan.. tak banyak kertas kerja.. pening-pening.. bru start sems dah serabut..
sekarang masih tunggu jawapan si eira..harap-harap esk dapat lah jawapan..



telinga arnab ku seperti kambing

✎dya nasir |⊙Thursday, December 29, 2011| ☑

tak sangka, telinga anak arnab nie boleh jatuh sebelah.. dulu bapak nye yg telinga macam tu...sekarang anaknye macam tu.. 


arnab aku nie pelik sikit.. makan nasi, buah jambu..
nasib baik ko comel.. 

betul ke??

✎dya nasir |⊙Wednesday, December 28, 2011| ☑

hari nie aku dapat info bru dari lec aku.. nak kata salah tak juga sebab apa yang lec aku cakap ada betul jugak..

mengikut kajian 
  • perempuan umur 15 tahun hingga 20 tahun akan memilih pasangan pada paras rupa.. itu aku sokong sangat.. sebab aku tengok budak-budak sekolah akan memilih boyfriend nak yang hensem je.. btl x?? sebab dulu aku macam tu.. nak boyfriend yang hensem je..hehe
  • perempuan umur 20 tahun - 25 akan memilih pasangan dari kenalan, tempat dorang belajar.. tu pun betul jugak.. sebab aku mengalami situasi macam tu..huhuh..
  • perempuan umur 25 hingga 30 - 50 peratus akan berkahwin dgn pasangan yang sama.. 
  • perempuan umur 30 tahun keatas akan memilih lelaki yang banyak duit.. (btl ke?) 
kalau dah baca sudi-sudi lah komen ye..

plan last-last minit

✎dya nasir |⊙Friday, December 23, 2011| ☑

akhirnya baru boleh tgk laut.. kesian gile minah ni.. macam tak pernah tengok laut je..
sebenarnya bukan apa, lama sangat tak mandi laut.. plan nk ke pangkor taun depann.. lambt lg.
esok pagi nak pergi P.D.. nak sewa apartmnt mmg kopem penuh lah kan.. time cuti mmg full.
jadi lah mcm taun lepas. konon nak pergi camping kat PD last-last camping kat hotel..
lawak plak bila teringat. disebabkan ujan kitaorg xjd nk cmping.. ingt mlm tu nk wt bbq tp xjd.
esok nya baru buat.. tu lah plan lagi last2 minit.. padan muka. nk cari sewa hotel or aprtmnt mmg kopem lah penuh. dua jam kemudian baru jumpa apartmnt..tu pun persendirian nye.. kira bernasib baik lah tu.
dari camping kt dalam keta.. esok kawan aku bermurah hati nk tumpngkan kitaorg kat umh dia..
xpayah-payah susah cari kan.. k lah nk tido dulu.. 

juadah minum petang

✎dya nasir |⊙Friday, December 23, 2011| ☑

petang-petang sedap jugak makan popiah goreng dgn samosa..
nak beli malas plak nk kua. jadi nak tak nak..kena buat je lah..
aku mana reti nak wat popiah goreng n samosa.. terpaksa lah search kt cik google..
xsangka senang jugak..hehe.. masa nk wat samosa xreti nk lipat jadi tiga segi.
nasib baik ada cik google blh aku blaja..hehe..
minum petang hari nie popiah goreng dan samos n hot lemon tea..
yummy-yummy..
nie pic dri cik google.. sebelum tngkp  gmbr  popiah dah abis..huhu

bunga dan bello

✎dya nasir |⊙Thursday, December 22, 2011| ☑

my bunga
petang tadi cousin aku datang bawa sugar glider dye, bello..
seronok lah bunga dapat kawan baru.. tak sangka bunga aku nie garang..
terkejut si bello tu. aku ingat baru nak anta bunga kat umah cousin aku nak bagi dorang berkawan.
tapi cousin aku dah datang dulu.. 
daripada beli lagi sekor baik kitaorang kenal2 kan bunga dengan bello.
dah macam manusia gitu..huhu
aku tak tau lah nanti bunga macam mana bila tinggal dengan cousin aku tu.
bunga nie dah lah manja gila. dengan orang lain dia xnak.
cousin aku datang tadi senyap je melekap kat lengan aku.
masuk kat sangkar bello pun jadi patung.
tapi bello. aktif gile. masuk an bello kat sangkar bunga.
suka bello. smpai xnak keluar.. abis semua brg kat dalam sangkar tu dia selidik.

minggu nie aku akan jaga bunga dan bello.
sebenarnya risau gak jaga sugar glider orang lain.
aku takut kalau sugar glider tu sakit. tiba-tiba kurus ke.
dah lah bello baru baik dari sakit.
tengah malam kang proses kenal2 kan bello n bunga..
harap-harap cepat lah dorang kenal2..
blh dapat baby...hehe.. tak payah beli lagi sekor.
pada beli lagi sekor baik aku beli makanan si bunga tu kan, tak pun beli sangkar baru..
jimat duit aku..hehe
nie bukan sugar glider aku.. nie aku search kat google..


 

NeW BEG!!

✎dya nasir |⊙Wednesday, December 21, 2011| ☑






setelah dua minggu baru dapat beli beg..
bila aku berkenan dengan beg tu je mesti tinggal satu..
berkenan je harga mahal.. 
kalau dah atas RM 100 memang aku tak akan beli lah..
beli beg pun kena tegur dengan ayah..
buka sems je beli beg baru..
kat umah dah penuh beg..
nak buat macam mana aku pantang tengok beg
tadi beli pun aku rase nak beli semua je..hehe..
Rambang mata aku.. lama jugak lah aku pilih. 
tadi berkenan satu beg nie kaler sama dengan pic yang kat atas tapi  tapi tinggal display je.
xmau aku yang display. xpe tunggu bulan aku beli lg.huhu
 



macam tak percaya pulak

✎dya nasir |⊙Tuesday, December 20, 2011| ☑



pejam celik pejam celik dah masuk sems akhir dah..
cepat betul masa berlalu..
macam tak percaya pulak..
aku rasa baru masuk sems 1 tapi kenyataanya aku sekarang dah sems 6 dah..
banyak kenangan study kat kolej tu..
di sebabkan gpa aku sems 2 jatuh teruk lah aku mula sedar dan study betul-betul.
nasib baik belum terlambat.. 
kenangan 
macam-macam orang aku jumpa..
sangka baik rupanya dia tikam belakang kita, talam dua muka.
orang yang aku sangka sombong orang tu yang jadi kawan baik aku sampai sekarang..
macam tak percaya pulak..


hilang tension ku

✎dya nasir |⊙Monday, December 19, 2011| ☑


hilang tension bila berendam kat swimming pool..
walaupun xpandai berenang tapi tension tetap hilang..
 tgk budak-budak kecik berenang tadi jeles plak aku + segan + malu..
mana  tak malu, budak-budak sibuk berenang, menyelam, melompat kt kolam tu
aku dok kt tepi kolam, tak gerak-gerak.. malu seyh..
budak pmpuan dlm 6 tahun pun reti berenang yg aku dok kt tepi kolam tu..
time aku nk mandi je ujan turun bila dah naik hujan pun berhenti.. 
geram plak..
mcm xbg aku mandi je.. xpatot-x patot..

BUNGA OH BUNGA

✎dya nasir |⊙Sunday, December 18, 2011| ☑




ni lah bunga..

comel x??
dia lah jantung hatiku..
aku bagi nama dia bunga sebab bila tgk muka dia je hati aku berbunga-berbunga..

aku syg gila kt sugar glider nie.. 
aku pergi mana-mana pun aku bawak jugak si kecik nie..
bila tengok pic si kecik nie aku ase cm nk picit-picit je hidung si bunga nie..
comel sangt..geram seyh..
mak aku lagi lah, sebelum dia pergi kerja wajib ye pergi tengok si kecik nie..

bak kata adik sedara aku, si danish dia pnggil si kecik nie siput..
jao benor bunyi nye..
sugar glider dgn siput..

kalau kelas aku pagi, si kecik nie lah jam loceng aku..
mcm tau-tau je hari tu aku ada kelas pagi..

yang aku pelik pasal si kecik nie, aku tengok sugar glider lain
kalau time siang bangun makan.. tapi
sugar glider aku nie
pemalas..
tunjuk muka je buat bunyi..
memang pemalas betul..
malam-malam terlebih aktif..

selalunya dia tidur mati.
tengah malam baru bangun..

ada sekali tu mak aku kacau dia tidur dia punya jerit mcm org pukul je..
garang gila..

bunga nie suka buat muka comel dia..
bila dia lapor mula lah buat bising..mcm bunyi anjing..
nk beli lagi sekor buat masa sekarang nie xcukup duit..
cuti sems nie aku xkerja dok umh je..

pandai kan si bunga nie posing..

punya malas nk gerak.. mkn pun nk bersuap.

bila tgk pic nie je aku jado geram ngn bunga nie..
pandai kan bunga nie bergambar..
bila malam je msti dia join hamster-hamster aku mengigit nk kua..
bila aku makan buah memang aku simpankan tuk si kecik nie ngn hamster-hamster aku nie..
kena adil xboleh pilih kasih..



dah bace jangan lupa komen ye.. 

Syukur atas nikmat yang Engkau berikan

✎dya nasir |⊙Saturday, December 17, 2011| ☑




Walaupun dah banyak kali dya tengok video nie, 
air mata dya tetap akan menitis juga..
video nie betul-betul buat dya sedar akan nikmat Allah
Kadang-kadang kita tak bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita..
Bila susah sikit kita dah mengeluh.. 
tapi kita tak fikir yang sebenarnya ada lagi insan yang lebih susah dari kita..
walaupun video nie dah lama, korang patut tengok video..



 

Thank You ALLAH..

✎dya nasir |⊙Thursday, December 15, 2011| ☑
pic dri Cik Google

Akhirnya result kua jgak.. 
nasib baik kolej aku blh cek pkai sms kalo online jenuh aku nk tggu..
Bila dapat sms dri kwn dya dgn pantas dya send lh num matrik dya.. 
sepuluh minit kemudian sms yg dya terima, 
Sorry! your account balance is not sufficient to do this transcation..
kecewa betul bila baca..
terpaksa dya kua pergi beli topup dengan hujan lebat..
xsanggup nk tunggu lama..
lepas topup je, dya send num matrik dya, 
Alhamdulillah, capai target walaupun ade satu subjek dya target A xdpt.
kredit kopem lah kena tolak..
Pandai betul kolej dya cri duit.. suruh kitaorg cek pakai sms.. 
Pape pun, dya bersyukur sangat dgn result dya nie..
Thank You ALLAH..

senyumlah senyumlah ahai cek mek molek..

✎dya nasir |⊙Wednesday, December 14, 2011| ☑
comei kan kambing ni senyum??hehe 

Mampukah kta senyum atau ketawa walaupun dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika mampu sekalipun mungkin orang akan anggap kita 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika kita mempunyai wajah sedemikian kita adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan kita berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.



senyuman paling ikhlas..hehe 


haiwan pun reti senyum.. 

Senyumlah..dengan setulus hati...pasti kita mampu
membuatkan orang yang melihatnya rasa tenang hati....
Itulah ajaibnya senyum....

lamenya xmkn kuah durian

✎dya nasir |⊙Tuesday, December 13, 2011| ☑

akhirnya dpt juga mkn kuah durian...lame gle xmkn kuah durian.. 
nasib baik mak long dya bagi kuah durian td.. 
macam tau-tau je dya teringin nk mkn..hehe..
mkn dgn roti pun sedap..

kalau korang pelajar IPTPoliteknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6 bce nie!!!

✎dya nasir |⊙Sunday, December 11, 2011| ☑


“PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA,
IPTS DAN POLITEKNIK”


Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

1.
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5.
Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6.
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.



Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

Disember 2011



 FACEBOOK DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN


jgn salah guna baucher tu sudah..hehe

alahai..bila result nk kua nie..

✎dya nasir |⊙Sunday, December 11, 2011| ☑


alahai.. bila nk kua result nie.. dh berdebar-debar nie.. takut.. 
dya takut pointer jatuh..kalo pointer tuk sems turun ckit je lh cgpa dya.. 
 dya xnk sejarah berulang kembali.. pointer jatuh gle... nsib baik awl sems dya blh kejar blik.. 
harap2 sems tuk sems 5 nie dpt dekan lah.. sems dpn  tggl lah kos dya je lh kt kolej tu.. 
Kos sems 6 yang lain semua ada prktikal.. kos dya xde.. mcm xfair plak..
 kitaorg kne wt projek RP..  dh lah dya lemah gle bab2 akaun nie..
 pe lg yg melibtkan excel nie.. suka wt dya migrain..
 dh lah sems lepas tuk mini RP tuk keje berkumpuln akaun dya wt sorang2.. 
smpai nk nangis je ble dya nye akaun x balance2.. 
 pastu ble msuk kelas tuk subjek lain nmpk number je..
 kesan akaunn tu sungguh kuat smpai study subjek lain punh still terbyg2 lg nk balance akaun tu..



gerhana bulan

✎dya nasir |⊙Saturday, December 10, 2011| ☑
assalammualaikum..
indah sungguh ciptaan allah.. mesti ramai yg tgk gerhana bulan.. subahanallah..cantik kan..

Hadis Abu Musa r.a katanya:
Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah s.a.w. Baginda bangkit dengan terkejut, bimbang kalau-kalau hari itu adalah Hari Kiamat. Kemudian beliau datang ke masjid lalu mendirikan sembahyang. Baginda berdiri, rukuk dan sujud dalam tempoh yang lama. Aku tidak pernah melihat sama sekali baginda bersembahyang begitu. Kemudian baginda bersabda : "Sesungguhnya inilah ayat-ayat (tanda-tanda) yang diutuskan oleh Allah dan berlakunya bukanlah kerana kematian seseorang atau juga di hidupkan seseorang tetapi Allah mengutusnya untuk menakutkan (memberi amaran) kepada hamba-hambaNya. Oleh itu, apabila kamu melihatnya maka bersegeralah mengingati-Nya, berdoa kepadaNya dan memohon keampunan dariNya.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1518

Gerhana ialah kiamat kecil.. kerap berlaku gerhana bermakna kiamat semakin dekat..

Marilah kita muhasabah diri.. :)

keletihan

✎dya nasir |⊙Thursday, December 08, 2011| ☑

minggu nie aku dya seronok sgt hang out dgn korang.. 
hari yg memenatkan mase berenang kt umh eira.. thanks to eira coz sudi mskkan spagetti tuk kitaorg..hehe... macam-macam gaya keluar mse nk blaja berenang.. 
kelakar plak bila pk blik.. basah-bash blh naek atas nk g amik duit abis basah kt dalam lif tu..
nasib baik xde pic kan.. kalao x dya dh upload dh..hehehe..  
yang paling lawak mase kita nk g the mines.. lawak gle time..haha.
 mcm mana lah blh tersalah naik tren kan3?? sengal sgt.. blh naik tren ke ampang..haha..
 terus berhati-berhati nk naik tren takut salah lg.. tu lh sibuk berborak smpai salah naek tren.. 
mcm-mcm gelagat mse keluar ngn korang.. yang xblh blah.. pic yg percat tu..haha.. 
kalo ye pun xnakbg org sandar kat cermin tu tulis lah btl-btl nie x..
nie xmain tampal je dgn ejaan yg salah..
rugi pulak x amik gmbr kt bot..haha.. mula-mula dya ingt mahal lah naik bot ke the mines rupenye bru 2 hinggit.. 
kat bawah nie pic mse kitaorg g the mines..huhuhu

percat? mula-mula dya ingt pacat..rupenya pecah..hehe
yang tudung putih tu naz, dya kt tgh-tgh yang belah kanan tu eira..:)


 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page