takziah

by - Tuesday, August 28, 2012

sejak dua menjak ni aku makin malas nak update blog ni.dah terkena penyakit malas susah nak ubati..hihi.. ahad lepas membe aku call sebab dia xdapat datang raya kat rumah aku. kawan tunang dia meninggal. aku dengar berita tu pun terkejut. sebabnya arwah meninggal terkena peluru sasar. tak salah aku ada masuk berita kot.( aku tak sempat nak tengok tv.hihih) mengikut cerita kawan aku ni, tunang dia dan membe dia keluar minum, lepastu diaorang terdengar ada india bergaduh. diaorang pun pergi lah tengok.tapi tak sangka pula india mabuk tu keluar pistol lepas tu main lepaskan tembakan.

kawan aku cakap, sepatutnya peluru tu terkena kat tunang dia tapi kawan dia halang. so kawan dia lah kena peluru tu. tak salah aku sampai hospital arwah dah meninggal. kawan aku dapat berita tu pun ahad pagi dan dia terus pergi hospital. semalam arwah dah selamat dikebumikan. tak salah aku tiga orang kena tembak.yang seorang kena 3 das..seram lah plak..huhuhu

bila kawan aku habis cerita aku terus cakap, lepas ni kalau ada orang bergaduh jangan pergi tengok. bahaya. sebabnya kita tak tahu dia ada pistol ke parang ke. betul tak?

aku rasa ayat aku dah tunggang langgang. kalau mak aku baca ni mesti mak aku bulat dengan pen merah..kesalahan tatabahasa..ahahhhaa.. nak terjah korang secara  perlahan. kalau ada sesiapa yang nak tukar link dengan aku tinggalkan komen dan link blog dibawah ye. nak cuti lagi!!!hehehe

p/s :alfatihah untuk arwah.

You May Also Like

29 391 sedang mendoakan dya

  1. Alfatihah...

    Bpk sy selalu pesan... kalau jumpa org gaduh tak yah tengok... bahaya....

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah buat arwah, mungkin dah tersurat ajalnyer begitu, tp kira arwah boleh dianggap hero/wiralah sebab sanggup gadaikan nyawa untuk kawannya. Susah nak jumpa kawan mcmtu.

    ReplyDelete
  3. al fatihah untuk arwah...

    betul la..kalau mcm tu baik kita jauhkan diri,jgn gatai2 nak g tgok...

    ReplyDelete
  4. hish bahaya..tp mcm mn dia ble ada pistol pulak??

    ReplyDelete
  5. @Masz Sidekkalau org bergaduh dya lari dulu..bahaya..kan2

    ReplyDelete
  6. @Mrs Velentinetak tahulah..memang kaki gaduh kot. masa ahad lepas kwn dya citer xdpt tngkap lagi penjenayah tu

    ReplyDelete
  7. Niat yg menolong baik nk tolong kan.hurmm nk buat cmne dia lak jd mangsa.skrg ni bunuh bunuh ni dh jadi benda biasa kan risau lak

    ReplyDelete
  8. ya Allah
    innailillah
    alfatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  9. taknak masuk campo..tak pasal2 kite pulak kena... alfatihah..

    ReplyDelete
  10. bahaya nya..sedih pula ayu baca..al fatihah utk arwah ..

    ReplyDelete
  11. adui :'( bahaya ni..... sebab tu skang dah kuar baju berfesyen tapi dalam ade kalis pluru..

    sesuai untuk2 orang2 besar...erm...

    ReplyDelete
  12. al-fatihah utk arwah..takutnya mati tertembak...

    ReplyDelete
  13. Al-fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga..

    mmg bahaya kalau pergi tgk org gaduh2 ni...

    ReplyDelete
  14. al fatihah..kesian kat arwah tu
    harem pnye kelin tu haha jahat sungguh.mafia la tu.
    hmm kalo ade org gadoh patutnye kite jgn pegi tengok kan..kalo boleh elakkn berada kat tmpt tu..

    ReplyDelete
  15. tiap yg bernyawa pasti akan kembali kerahamtullah. Alfatiha

    ReplyDelete
  16. tula masalah kan, minum arak ke tu ingga mabuk2an.Tak mustahil jika ditempat maksiat. Apapun asbab ja tu ya, ajal da sampai..wallualam.

    ReplyDelete
  17. al fatihah utk arwah. zaman skrg ni, suke hati je nak tembak org.

    ReplyDelete
  18. Ini namanya malang tak berbau..
    Aku kalau lihat ada gaduh2 ..aku belah cepat2 sebab orang tengah gaduh ni kalau marah...hilanag ingatan sikit....nafsu kuasai diri dari akal...

    Al-fatihah untuk rakan kawan awak tu..

    Jemputan rasmi buat anda…
    Promosi sikit……hehehe
    Dijemput sertai segmen saya ini:
    http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html

    ReplyDelete
  19. al-fatihah..moga roh arwah dicucuri rahmat..amin

    ReplyDelete
  20. AlFatihah untuk arwah...takut plak bila baca crita ni... Tapi dah tertulis ajalnya berakhir camtu...

    ReplyDelete
  21. al-fatihah
    ajal maut kat tgn Tuhan kan,kdg2 xde kaitan dgn kita pun tp bila dah smp ajal tu siapa lah kita nk mghalang..takziah tuk fmly arwah

    ReplyDelete
  22. bahaya betul sekarang ni,pistol bole dibawa mcm tu je..al-fatihah utk arwah

    ReplyDelete
  23. al fatihah utk arwah...

    pas ni ada org gaduh kita jauhkan diri...

    ReplyDelete
  24. Al-fatihah.. ish seram jugak..dah ajal kan nk wat camne..

    ReplyDelete
  25. al-fatihah..sekarang ni kena banyak berhati-hatilah..risau lak dengan macam2 kes skang ni..

    ReplyDelete
  26. yer la bahaya tul sekarang ni..orang sekarang berani-berani belaka nk bunuh2 org ni..ishh

    ReplyDelete

dah baca jangan lupa komen ye..
satu pun jadi lah..:)