pipi ku kembung seperti ikan buntal..

by - Thursday, October 11, 2012


 


sekarang ni pipi aku kembung sebelah..bkn  dibuat-dibuat  tapi sebab sakit gusi..sakit weyh.. nak makan pun kena fikir dua tiga kali.. yang tak syok nya bila lapar..nak makan tapi..tapi..tapi bila mengenangkan kesakitan tu terpaksa batalkan niat nak makan.. kurus lah aku macam ni..

bila tak boleh makan terpaksa lah tahan lapar dan dengar lagu rap dari perut aku yang berkeroncong ni.. Isnin lepas aku ada training.. dah tiga bulan kerja baru dapat full training..haha.. kalau tak bila buat kerja mesti blurr.. lagi satu masa aku baru dua bulan kerja dah kena ajar orang baru..

nasib baik aku tak ajar ajaran sesat.kalau tak huru hara tempat kerja aku tu.haha.. senior aku cuti bersalin.. bila aku tahu apa-apa pasal kerja terpaksa lah aku mesej akak tu tak pun call dia tanya macam mana nak buat..nak buat macam mana akak tu bersalin awal pula.

nasib baik bulan depan akak tu dah habis cuti..hooorayy.. senangnya hati ku.. kalau tak stress mengadap budak-budak sales.haha.. sikit-sikit tanya aku..aku ni bukannya tahu sangat.. manager aku tu pun tak berapa tahu juga..sebab dia baru handle department aku. aku tanya dia macam mana  nak buat nanti dia tanya aku balik macam mana nak buat..aiyookk..haha

harap maaf ye..sekarang ni aku update macam merepek je..ayat tunggang terbalik..kalau mak aku baca ni confirm banyak kena bulat dengan pen merah..haha.kesalahan tatabahasa.haha..

p/s : ahad ni nak jumpa ayu..ada sesiapa yang nak join?hiihih