cucuku bukan anak ku

✎dya nasir |⊙Tuesday, July 31, 2012| ☑


hari ini aku nak kongsi cerita tentang joey bunga dan bello.siapa kenal bunga angkat tangan..hihihih yang tak kenal tu duduk diam-diam k..(gurau je).. sebenarnya bunga dan bello ni sugar glider aku dan kakak saudara aku.sekarang ni joey bunga dan bello semakin membesar.

sebelum ni aku ada cerita tentang kaki joey bunga dan pounch bunga yang bergerakkan..kalau nak baca entry tu klik sini dan sini ye..  sekarang ni anak dia dah keluar dah pounh bunga..baru nak keluar bulu..geram aku tengok.. malam tadi sebelum tidur, aku pergi spotcek dulu mana lah tahu anak dia keluar ke kan..bila aku tengok anak dia dah keluar dari pounch..

aku terus culik joey si bunga tu..ambil handphone dan camera nak tangkap pic si joey tu..maaf ye joey..malam tadi kau jadi model aku selama 5 minit..bunga dan bello jangan marah aku ye culik joey korang.picture kat bawah ni picture dari handphone aku..pic dari handphone tak banyak..

keluarga bahagia,,hihih

 




ciko gedik

✎dya nasir |⊙Friday, July 27, 2012| ☑

ingat lagi tak wordless wednesday aku? aku ada letak pic kucing gedik. sebenarnya tu bukan kucing aku tau tapi kucing nenek aku..nama kucing tu ciko. pic tu sebenarnya dah lama. aku tangkap pic tu masa ciko tengah baring.bila dia tahu aku nak tangkap pic dia lagi dia menggedik.golek ke kanan, golek ke kiri.

uniknya tentang ciko ni, bunyi meow lain daripada yang lain. lembut je meow..lebih-lebih lagi bila dia kena kurung dalam sangkardan mengeluarkan suara dia yang merdu tu..masa tu aku rasa hati aku telah cair dan termakan pujuk rayu si ciko ni.

aku sebenarnya jenis takut kucing tapi bila dengan si ciko ni aku tak takut pun..hihihih..dengan ciko je aku berani  tapi kucing lain aku tetap takut.. nenek aku ada cakap kat aku yang ciko bila lapar dia akan panggil nenek aku, mak.. korang boleh bayangkan? mula-mula aku dengar tak macam dia panggil nenek aku tapi bila dengar banyak kali boleh dengar perkataan "mak". suara kucing tapi meow jadi mak..

kalau ciko ni mengeluh ke dia akan meow, "Allah''. kalau time dia lapar dan kena kurung dia akan mengeluh.. mak aku pun cakap yang bunyi meow ciko ni lain..bunyi lembut..mendayu-dayu..hahah.. masa nenek aku buat kenduri kat kampung pandan, aku dah excited nak rakam suara ciko ni tapi bila aku pegang hangphone dia senyap dan bila aku simpan handphone dia meow..aku tak sangka yang ciko ni pemalu rupanya.hahaha

p/s : malunya ada orang baca first entry..nak nyorok muka kat laci boleh??

Mega Giveaway By Cik Fie , Anisah N Aiman

✎dya nasir |⊙Friday, July 27, 2012| ☑

disebabkan Cik fie yang jemput aku join GA dia, maka dengan rasminya aku join GA MEga Giveaway By Cik Fie , Anisah N Aima


HADIAH 


★ Lomo Camera x 4 Pemenang
★ Domain x 5 Pemenang
★ Perfume x 2 Pemenang
★Contact Lens x 2 Pemenang
★Baju Couple x 2Pemenang
★Edit Blog

nak join klik banner cute tu ye..hihih..aku tag family GSF..korang joinnye..hihi

nyorok bawah katil

✎dya nasir |⊙Thursday, July 26, 2012| ☑


semalam bila aku baca entry pasal silat kat blog Fariz Reza, secara tidak sengaja teringat kenangan dulu-dulu.. masa aku sekolah teknik dulu, pelajar form 4 yang tinggal kat asrama wajib belajar silat.. hari pertama 
aku memang semangat nak belajar silat. Bila hari yang seterusnya, aku telah dijangkiti penyakit malas. punca penyakit malas ni disebabkan nak berebut toilet dan panas ketika latihan..

Selalunya selepas latihan silat ni kitaorang akan berebut siapa nak mandi dulu.. kadang-kadang tu sebelum pergi latihan dah letak baldi depan toilet..( aku salah seorang..hihih)  Biasalah duduk asrama. Pada suatu hari tu, penyakit malas aku tu bertambah teruk menyebabkan aku ponteng latihan silat. Sekali je aku ponteng. Kebetulan masa tu, entah apa mimpi warden aku dia ronda satu asrama tu..mungkin dia nak tengok ada budak ponteng ke tak kot. 

masa tu, yang ponteng latihan tu 3 orang. aku dan dua orang kawan dorm aku.bila terdengar je bunyi tapak kaki kitaorang bertiga cepat-cepat menyorok.. tapi kitaorang tak tahu nak menyorok kat mana. fikir punya fikir, dapat satu idea.aku nyorok bawah katil..ambil beg bagasi aku tutup badan aku.haha..nasib baik katil aku dekat dengan pintu.

 tak salah aku ada kawan aku yang menyorok dalam locker..badan kecik tak pelah nyorok dalam tu.. kalau aku yang nyorok dalam tu terus roboh locker tu.haha.. yang tak syoknye, entah macam mana dia boleh berhenti kat depan dorm aku..time tu memang cuak.

degupan jantung pun makin laju disebabkan ketakutan. bukan berhenti kat depan dorm je ok tapi dia buka pintu dorm aku tu nak tengok ada orang ke tak. membe aku yang nyorok dalam locker memang tak kan kantoi lah kan..yang aku ni 50-50 sebab nyorok bawah katil. nasib baik masa dia buka pintu tu dia tak perasan aku nyorok bawah katil. fuhh.nasib baik tak kantoi kan..

bila  warden aku dah tutup pintu dan tak dengar lagi bunyi tapak kaki kitaorang terus keluar dari tempat persembunyian kitaorang..dan sambung tidur..lepas kejadian tu tak berani ponteng dah..haha( tapi time form 5 ponteng prep juga..).

wordless wednesday # 12 - kucing gedik..

✎dya nasir |⊙Wednesday, July 25, 2012| ☑

Contest "Sapo Nak Kad Rayo?"

✎dya nasir |⊙Monday, July 23, 2012| ☑

hari ini dya nak join contest dari blog atok.. nak join klik banner ye.

syarat untuk join contest ni
1. Lokek (lekat) gambar kat bawah ni dalam blog Ecah. Nanti sonang kengkawan lain nak joint contest ni.
2. Like facebook Apo2 Yolah dan follow blog Apo2 Yolah kat bawah tu.
3. Tinggalkan link contest ni kat blog Ecah sonang kawan nak joint. Dan link entry blog Ecah tu kat ruangan komen atok ni sonang atok nak terjah
4. Tag pado sorang kawan blogger
5. Siap

dya nak tag semua ahli GSF blh?hahahaha

ramadhan 2011

✎dya nasir |⊙Sunday, July 22, 2012| ☑

alhamdulillah..selesai juga puasa untuk hari ini.. tiba-tiba rindu pula kat kawan-kawan kolej aku.. teringat masa puasa dengan diaorang dulu..macam-macam kenangan.. yang paling aku tak lupa masa ramadhan tahun lepas.. walaupun ada dikalangan kitaorang ni bukan beragama islam tapi dia puasa sekali.. tahun lepas, aku,ira, naz,mimi, della, yan, heidy, san, alpad dan edly berbuka puasa kat mcd sungai wang.. seronok sangat masa tu..
lepas ni mungkin tak dapat berbuka sama-sama..

ada yang dah balik kampung.so mungkin lepas ni susah nak jumpa. kebetulan masa tu ada artis.. aku dengan mimi lah yang paling seronok bergambar.kan mimi kan? daripada tunggu lagi setengah jam nak berbuka baik kitaorang pergi bergambar dulu.



sebenarnya banyak lagi pic.. ada dalam 100 lebih.. disebabkan berukband aku macam siput sedut ni je berjaya upload..haha..dari sungai wang sampai ke pavillion kitaorang bergambar..sampai tak larat nak senyum dah..haha..tahun ini dapat ke berbuka dengan korang lagi? kalau korang baca entry ni jangan lupa komen dibawah ni ye..

p/s : kalau korang sudi jom lah terjah kat blog kawan-kawan aku..~Nanaz Zira in Da HousE~, ❤REALITY Nash*Eira❤ dan miss amoy lalato..

tak ada tajuk

✎dya nasir |⊙Friday, July 20, 2012| ☑


hari ini aku nak kongsikan video dan pic yang aku rakam malam tadi sebelum tidur..kaki baby bunga terkeluar dari kantung.hihihih..

maaf ye..video tu kurang jelas.hihi..kena tengok banyak kali baru nampak..hihi.. sebenarnya malam tadi baby bunga ada tunjukkan muka dia tapi tak sempat nak tangkap gambar..bunga asyik melompat je..geram betul aku..haha..aku tengok kaki baby bunga pun aku dah geram..rasa nak tarik je kaki dia.haha

untuk pengetahuan korang, bunga ni bukan bunting..dia dah beranak..anak dia kat dalam pounch tu.. ala. macam kangaroo..waktu dia beranak anak dia macam anak cacing..halus je. dia beranak kat tangan aku tau..disebabkan terlampau excited terlupa nak rakam..hihi.. sekarang ni aku tunggu joey ni keluar dari pounch..

p/s : selamat berpuasa..

baby bunga

✎dya nasir |⊙Thursday, July 19, 2012| ☑


hari ini aku nak kongsikan video bunga.. cuba korang tengok kat kantung bunga.. bergerak-gerakkan.. sebenarnya video tu aku rakam dua minggu lepas tapi baru sekarang dapat update pasal ni.hihi.. sekarang ni aku cuma dapat tengok kaki anak dia je..

bilalah lah baby bunga ni nak keluar..tak sabar nak tengok rupa baby bunga tu.. sekarang ni kantung bunga makin besar..mak aku geram..asal masuk bilik aku je bunga dengan bello masuk dalam kain..haha.. korang layan video kat bawah ni ye..hihihi


p/s : pelik lah..aku upload video tapi tak keluar pun video tu


background baru!!

✎dya nasir |⊙Tuesday, July 17, 2012| ☑
terima kasih ye sebab korang sudi kat entry semalam.. sebenarnya aku dah rambang mata pilih background tu..sebab tu  tanya pendapat korang..majoriti pilih nombor dua dan satu. nombor dua boleh tengok gambar kat atas ni. nombor satu aku dah guna.. 

nak pilih antara nombor satu dan dua pun aku rambang mata...haha.. sebenarnya aku nak guna yang nombor dua tapi bila aku search balik kat uncle google tak jumpa..haha..jadi aku guna nombor satu.. bila guna nombor satu header aku tak tenggelamkan.

 thanks ye mr clive sebab tegur..haha..dya tak perasan background semalam ada copyright..hihi.. dan terima kasih juga untuk korang sebab sudi bagi pendapat.hihi korang rasa  bila aku guna background ni blog aku tambah berat ke? berukband aku macam siput.. ringan ke berat  sama je bila buka..haha

huru-hara

✎dya nasir |⊙Monday, July 16, 2012| ☑

lama tak update blog ni. maaf ye hari sabtu lepas aku terpaksa privatekan blog aku sementara waktu. semalam aku cuba edit blog.konon-kononnya nak tukar template.bosan dengan template yang lama tapi bila dah tukar  template dan edit tiba-tiba error..memang sedihlah masa tu. kebetulan masa tu aku tak online kat netbook.


bila dah jadi macam tu memang sedih sangat dan mood aku nak berblog pun hilang..huhhuh..dah lah tengah sedih upu tak dapat lepastu tambah sedih bila tak dapat buka blog kesayangan aku ni. tapi semalam aku online kat netbook aku terus upload template yang aku pernah download dulu.. tak teringat lansung yang aku pernah download full template..hahah.. gelabah punya pasal..


sekarang aku dah boleh berblog macam biasa..suka sangat..tak mau sedih-sedih dah.. korang rasa blog ni berat tak? lagi satu korang rasa background mana yang sesuai untuk blog aku? atau semua tak sesuai?hahaha..
1

2

3

4

atau 



yang sekarang sesuai?

p/s : aku suka buat tajuk tak ada kena mengena dengan entry kan?haha

kawasaki

✎dya nasir |⊙Thursday, July 12, 2012| ☑

hari ini aku nak cerita pasal kawasaki.bukan jenama kawasaki tau tapi penyakit kawasaki.selalunya kanak-kanak bawah lima tahun.aku tahu pasal penyakit ni pun masa anak kakak sedara aku masuk hospital. first time aku dengar penyakit ni aku ingat motor kawasaki.haha..rupanya penyakit.

tanda-tanda penyakit kawasaki

  • demam berpanjangan sehingga dua minggu dan biasanya diiringi dengan keresahan
  • Demammenyerang dengan cepat,dari demam sederhana (101 ke 104 F) ke demam tinggi (lebih dari 104 F).
  • Kanak-kanak yang dijangkiti mempunyai mata merah , selaput lendir merah pada mulut, bibir merkah merah, Lidah kanak-kanak mungkin merah dan menunjukkan benjol-benjol yang kecil , iritis dan bengkak nod lymph.
  • Kanak-kanak biasanya menghadapi kesukaran berasa selesa dan sentiasa resah.
punca penyakit masih tidak dapat dikenalpasti. nak tahu lebih lanjut klik sini

sekarang ni aku kesian kat aqeela..kecik-kecik dah masuk hosp. harini kena operation perut.perut dia keras.. asyik kena masuk air je.tak dapat kat tangan masuk air guna kaki. semoga pembedahan dia hari ini berjalan lancar.

Simple (!!!) GiveAway ~ by Jaja Sutera

✎dya nasir |⊙Wednesday, July 11, 2012| ☑

dya nak join Ga dari Jaja..dya suka bau perfume Lancome Thesor in Love for Women @ Britney Spears Fantasy ..nk join klik banner.

wordless wednesday # 10

✎dya nasir |⊙Tuesday, July 10, 2012| ☑

bebas

✎dya nasir |⊙Monday, July 09, 2012| ☑
tak ada kena mengena ngn entry ni
lama rasanya tak update blog kesayangan aku ni..minggu lepas aku sibuk sikit. nak update pun tak sempat..blogwalking pun tak sempat. sibuk  menyiapkan tempahan choco ball.balik kerja terus siapkan choco ball.. sebab  tu blog ni bersawang je..hihi

jumaat lepas, balik kerja je terus balik rumah ambil baju nak tidur kat rumah membe aku. nak siapkan tempahan...hari sabtu pagi lecturer aku nak datang ambil. aku rasa kitaorang tidur dalam kul lima pagi.aku terpaksa bangun kul lapan sebab ada kenduri abang sepupu aku bertunang. ondaway pergi klang aku tidur kat belakang..mengatuk sangat. balik ke kampung pandan pun aku tidur juga..haha

singgah kat rumah nenek aku sekejap lepas tu balik rumah rehat sekejap.lepas tu pergi kampung pandan balik sebab kakak sepupu aku nikah.. aku tak ikut pergi masjid pun.ramai sangat yang pergi. aku lepak kat dewan tengok orang karoke dan jamming.

lepas manghrib aku ikut mak aku dan makcik aku  pergi Jalan TAR cari tudung. mak aku nak pakai untuk kenduri esok. dalam pukul 11.30 malam kitaorang balik rumah. esoknya pula terbangun lambat.hihi.. dalam pukul 9 baru sampai kampung pandan. dalam pukul 6.30 petang balik rumah. memang letih.

pagi tadi pun terbangun lambat nak pergi kerja.haha..kelam kabut aku siap.sekarang dah boleh blogwalking.hihih.. sebelum aku nak ucapkan selamat pengatin baru untuk kakak sepupu aku, kawan aku, lin, dan lecturer aku pn.kethirin. dan selamat bertunang untuk abang sepupu aku.

wordless wednesday # 9

✎dya nasir |⊙Wednesday, July 04, 2012| ☑

*rindu bunga..:(

kembali senyum

✎dya nasir |⊙Tuesday, July 03, 2012| ☑

alhamdulillah..sekarang ni dah kembali senyum, entry aku sebelum ni aku ada cakap yang aku sedih + bingung..lepas tu rasa nak menangis je. sebenarnya ahad lepas, aku dah dapat result final semester..aku sedih sebab tak dapat dekan..subjek yang aku target A tak dapat..lecturer aku dah janji nak bagi A.. sebab Alumni group aku berjalan lancar.

tengah hari tadi, masa lunch break aku try call lecturer..dari semalam aku call dia tapi tak dapat je..tadi aku call baru dia jawab. aku tuntut balik A untuk subjek dia. alhamdulillah..dia tukarkan kepada A.. lepas dia cakap macam tu terus senyum sampai ketelinga..kalau tak tidur pun tak nyenyak dan makan pun tak lalu.

minggu ni aku sedikit sibuk..sebabnya sekarang aku dah start kerja..hihihi.. dan ada order untuk choco ball..lepas balik kerja terus buat choco ball..maaf ye kalau minggu ni tak berapa aktif..

xde tajuk

✎dya nasir |⊙Sunday, July 01, 2012| ☑

bingung + sedih..rasa macam nak nangis..nak taip pun tak semangat..
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page