merepek kerepek biskut

✎dya nasir |⊙Sunday, September 30, 2012| ☑
assalamualaikum.. apa khabar semua? kesian blog ni bersawang. mood untuk update blog telah belayar ke negeri china lah setelah juling tengok nombor dan gara-gara broadband berjalan seperti kura-kura.asalkan tangan kat keyboard je tak tahu nak apa. asal nak tekan huruf je tiba-tiba jadi blur pula..tak tahu nak buat entry pasal apa.hahah

aku nak online kat ofis kena tunggu tak ada kerja baru boleh update dan blogwalking. nak buat sekali dua takut jadi macam deqla..so sebelum jadi macam deqla baik aku siapkan kerja  dulu baru update dan blogwalking kan. (jangan marah dya ye..haha) jangan marah aku ye kalau aku lambat blogwalking ke blog korang.. harap korang faham aku blogwalking naik kura-kura.. comment tu pun ada tak publish lagi.aku publish je ada comment lagi.. ada sesiapa yang nak belanja dya broadband baru?

sesiapa yang ada twitter tu, follow lah dya ye..jangan malu atau segan nak follow dya ye.. @dyabunga nanti boeh tweet2 ..

# sebenarnya aku tak tahu aku tengah taip pasal apa.haha..sekejap aku, sekejap dya..

banglo untuk anak-anakku

✎dya nasir |⊙Tuesday, September 25, 2012| ☑

rumah banglo

hari ini aku nak kongsikan rumah banglo anak-anak aku.. hari ahad lepas pergi cari rumah baru untuk bunga, bello dan momo kat pudu..macam biasalah kalau nak beli rumah baru untuk anak-anak aku ni kena servey dulu kan..servey mana yang murah..kalau terlebih bajet aku yang juga yang susah..

aku pergi pudu dalam kul 5 petang. kedai pun nak tutup..rumah lama anak-anak aku dah berkarat..tu yang aku yang nak beli rumah baru..kesian..nak cat pun kena tunggu ada masa..baik beli terus..dapat rumah banglo. mula-mula aku pergi kedai pertama aku tanya harga sangkar yang pertama dalam RM200 lebih..paling kurang dia bagi dalam RM180. sangkar tu memang lawa lah..cantik.. pastu tanya sangkar kedua dalam RM180..dia cakap boleh bagi kurang lagi..macam mahal je..haha

comel tengah khusyuk makan

lepas pergi kedai pertama konon-kononnya nak pergi servey kedai selalu aku pergi tapi kedai tu tutup.hari ahad kan lagipun dah lewat petang baru nak beli.haha.. bila tengok kedai tutup, aku pergi servey harga kat kedai masa beli bunga. sangkar yang sama masa kat kedai yang pertama tapi harga yang berbeza..orang tu bagi dalam RM140.. disebabkan nak maghrib dan kedai lain nk tutup aku pun beli lah sangkar tu..untuk comel pun aku beli rumah baru untuk dia. dapat lah harga murah lagi kan..beli dua..haha

sampai rumah terus ambil comel..si comel tu macam tau-tau je dapat murah baru.hihi.. lepas letak habuk aku terus masukkan dia dalam rumah baru dia. lepas tu pergi ambil bunga, bello dan momo.. aku terus masuk dorang dalam rumah baru..bunga terus keluar pastu jadi patung pandang kiri kanan..maybe pelik kot..tiba-tiba rumah dia jadi besar..haha..bak kata abang sepupu aku dapat rumah banglo.haha.

macam biasalah..bila tutup lampu baru diaorang lompat aktif termasuk si comel. kat bawah ni pic terbaru bunga,bello dan momo..



rumah baru comel..cuba cari dimana comel?
bello dah bajet ensem


momo
bunga pemalas
dinner-kelapa

jagung bertukar jadi sugar glider

✎dya nasir |⊙Monday, September 24, 2012| ☑
cuba teka nama saya?

hari ini aku nak buat entry pasal anak-anak aku.. mestilah bunga, dan bello.. lama aku tak cerita pasal diaorangkan? sekarang anak bunga dan bello dah besar.. dah pandai makan.kalau jual pun dah boleh sebab dah cukup umur. tapi aku tak jual ok. 

pada mulanya tak tahu nak bagi nama apa untuk anak bunga dan bello ni. kawan ada adik aku bagi cadangan letak nama milah macam nama kucing dia.. anak bunga dan bello ni jantan bukan betina nak letak nama milah..

ni lah momo
ni lah momo anak bunga dan bello

aku tanya kakak sepupu aku nak letak nama apa untuk anak bunga  ni dia bagi cadangan letak nama momo.. macam nama arnab aku lah pula.. sekarang ni dalam proses manjakan si momo ni.
momo ni sekarang penakut dengan orang dan manja sangat dengan mak dan bapa dia.

usik sikit dah bunyi.. rasa nak cubit je si momo ni. muka dah comel tapi penakut. nama orang kelam kabut masuk dalam tempat tidur dia. orang bagi makan pun takut..kena tutup lampu baru dia keluar makan. tapi bila aku bagi makan jagung momo tiba-tiba je jadi berani. buat muka tak malu makan jagung. aku letak jagung dalam sangkar dia terus turun makan.

bunga jangan cakap lah..sebelum aku letak dia dah tunggu aku letakkan jagung tu..

momo tengah khusyuk makan

tukar shift..momo dah kenyang skrg turn bello makan pula
dah tutup lampu baru nak makan sekali.


siapa-siapa yang ada twitter tu meh lah follow aku. @dyabunga.(promot jap..)

entry yang berkaitan :
cucuku bukan anak ku
baby bunga  1 
baby bunga 2

 

Tiga Suara

✎dya nasir |⊙Friday, September 21, 2012| ☑

tiga suara - aku, amoi dan eira

entry ni pun memang dah ada dalam draft. aku buat autopublish tapi dia tak publish pun..ee..geramm.. Ahad lepas  aku keluar dengan kawan baik aku.. malam ahad tu aku dengan eira dah rancang plan B kalau amoi tak datang kitaorang keluar je lah..mungkin keluar makan tak pun window shopping sebab amoi masa tu kurang sihat tapi pagi ahad tu amoi mesej dia jadi keluar dengan kitaorang. so boleh lah guna plan A semula..hihih

kitaorang rancang masuk Red box dalam pukul 12. so jumpa kat sana terus lah kan. aku pergi naik bas. first time aku naik bas sejak pindah kat pandan indah.kalau dulu naik lrt. aku suka lagi naik lrt daripada naik bas. naik bas ramai warga asing.

aku ingatkan Amoi yang sampai dulu tapi aku yang sampai dulu. dah alang-alang tu tunggu eira sekali lah..masuk sama-sama.. disebabkan kitaorang masuk pukul 12 so terpaksa aku dengan eira tunggu amoi kat redbox dulu..sebab dah booking.

kitaorang karoke bertiga je tapi diaorang bagi bilik besar siap ada toilet lagi. tapi seronok juga bila dapat bilik besar.boleh bergambar.haha.. kitaorang ambil pakej lunch.. aku order makanan spagetti, eira fillet fish ( manis fillet tu) dan amoi nasi goreng. sebelum menyanyi kitaorang isi perut dulu ye..lapar.. (padahal sebelum keluar dah makan)tapi bila dah kenyang tak larat nak nyanyi.haha.. senak beb..

kali ini nyanyi lagu beribu sesalan menjadi..sebabnya asal nyanyi lagu tu je satu mic mesti rosak..boleh bayangkan tak macam mana nyanyi lagu tu bila pas-pas mic.. macam kena kejar dengan anjing je.haha.. nasib baik hari itu tak ada mic yang sorang.. so setiap seorang ada mic.hihihi..
sebelum makan dan ketika karoke


setelah penat karoke



jom bergambar dulu

masa nak pilih lagu tu aku tak tahu nak nyanyi lagu apa.. blurr..hihih.. lepas dapat bil dan bayar kitaorang terus bergambar..buat macam tempat tu kitaorang yang punya. jom layan gambar tu kat bawah.

lepas karoke kitaorang jalan-jalan kat times square. niat dihati nak shopping kasut tapi terbeli beg pula..macam mana tu..  pastu entah macam mana kitaorang boleh pergi tingkat 4 pergi tengok kedai beg..aku dah masuk kedai tu mulalah rambang mata.. aku selalu shopping beg kat situ.. masuk-masuk je eira dah berkenan satu beg. pastu orang tu cakap 3 rm100..

sebelum dan selepas beli beg

amoi pun dah pegang  satu beg cuma aku je tak pegang..haha.. bulan lepas aku dah beli 3 beg di kedai yang sama.. setelah termakan pujuk si eira dan amoi aku terbeli juga..hahaha..(alasan apa aku nak bagi kat mak aku) yang kelakarnya bila dah keluar dari kedai tu kitaorang boleh patah balik semata-mata nak suruh orang tu tangkap kan gambar kitar


lepas dah dapat beg kitaorang lepak makan kat hot and roll. lama tak lepak kat situ. gosip-gosip kejap kat situ.. dalam pukul 6 kitaorang gerak balik. amoi balik naik teksi dan eira teman aku pergi open house kawan aku kat ampang.

kitaorang tumpang ayu pergi ampang. aku janji dengan ayu jumpa kat Chan sow lin tapi dia pergi tunggu kat han tuah..kalau aku tahu tak adanya aku naik tren..( jimat tambang).

bila jumpa ayu dan ayu cerita yang dia salah tunggu kitaorang terus gelak..boleh buat lawak plak tunggu kat situ.. masa sampai kat rumah kawan aku tu, tak ada orang.. bila makan boleh tambah tanpa ada perasaan malu kan?hahah.. dalam pukul 8 kitaorang balik dan hantar eira balik dulu.. si ayu nak beli kek dari Eira. lepas anta eira baru ayu hantar aku..
eira, aku, ayu dan azmyra..
seronok dapat jumpa korang..lepas ni kita keluar lagi ye..shopping lagi ok..hihi. dah baca entry ni jangan lupa komen ye untuk aku terjah blog korang pula..

p/s : tolong jangan jeles bila tengok pic kat atas ni..hahah..
      : jom singgah blog amoi dengan blog eira..

jom baca entry ni
makhlus halus di bilik karoke 2!!! 
fasha wedding..=).

fasha wedding..=).

✎dya nasir |⊙Thursday, September 20, 2012| ☑

terpaksa pinjam bunga dari pengantin disebabkan tak ada orang nak bagi aku bunga..haha

sebenarnya entry ni dah lama dalam draft cuma hari ini baru dapat publish..gambar-gambar kat bawah ni masa aku pergi wedding fasha kat klang. mula-mula yang rancang nak pergi cuma aku,sue, farah dan miraboo je tapi makin bertambah yang pergi. seronok sangat dapat jumpa kawan masa kat teknik dulu..

ada kawan aku yang dah kawin pun datang siap bawa anak dia lagi..comel sangat. geram aku tengok. dah besar anak dia.

Selamat pengantin baru buat Fasha dan suami.. tak sangka kau yang kahwin dulu.hihihihi. aku lambat lagi ok.(sebelum korang tanya baik aku jawab dulu kan?hihi) disebabkan perut dah kenyang dan dah petang kitaorang terpaksa balik dulu dan pergi beraya dirumah Farahin pula..dari klang ke KLIA.

aku malas nk menaip panjang-panjang korang layan jelah pic kat bawah ni.


sebelum balik kena bergambar dulu..

dah habis makan pun kena bergambar dulu..hihih






aku dengan pengapit pengantin

# bila tengok ramai aku yang dah kawin rasa nak kawin pula..haha (gatal..hahaha)
#siapa yang ada twitter tu jom lah follow twitter kita.. @dyabunga
#dah baca entry jangan lupa komen ye
sumber : fb dan myself

i'm free

✎dya nasir |⊙Friday, September 14, 2012| ☑

Assalamualaikum..apa khabar semua.. hari ini aku curi-curi masa nak update blog.. sistem tergendala..ni pun update pakai handphone je.. hihi.. minggu ni aku sibuk sangat.. balik rumah cari katil..  otak dah jammed belajar banyak sangat.haha. Insyaallah..malam ni aku terjah blog korang ye.. banyak entry tak dipublish lagi.. lepas bw aku publish ye.. jangan marah aku ye nanti cepat..hihi

 Minggu ni aku training tentang abacus.. mula-mula training aku ingatkan kira-kira.. rupanya tak.. first day training tu boleh faham lagi tapi bila hari kedua aku dah blurr sangat..haha.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. masa orang tu terangkan fikiran aku dah melayang pergi tempat lain.

hari ini hari terakhir aku training..esok dah cuti..sukanya..boleh rehat kat rumah.. mula-mula belajar abacus ni aku ingatkan susah tapi bila dah faham betul-betul baru boleh buat. sekarang ni aku seronok mengedit buku-buku yang akan dipublish..walaupun banyak koding yang perlu hafal..dah macam belajar it plak.

mula-mula aku ingatkan kerja aku ni cuma key-in contract, failing tapi rupanya tak. aku ingatkan abacus ni budak art yang buat sebab dorang yang pandai bab-bab edit kan.. rupanya aku pun kena belajar sekala.

p/s: nak blogwalking sampai lembam..lalallalala~
    siapa-siapa yang ada twitter jom follow my twitter,,klik sini


Published with Blogger-droid v2.0.6

Celak Arab

✎dya nasir |⊙Monday, September 10, 2012| ☑
hari ini aku nak cerita pasal celak arab.. terima kasih ye lya. dya dah cuba guna celak arab tu..dya suka sangat sebabnya celak tu boleh bawa solat dan bila pakai celak tu mata aku terus jadi besar.. sebenarnya celak tu aku dah terima minggu lepas tapi minggu ni baru sempat nak update..itupun curi-curi masa kejap..nak online kat rumah line berukband macam siput..ni pun aku online kat ofis..

bila aku dapat celak tu, mak aku tanya mana dapat celak tu?? penat aku terangkan akhirnya mak aku faham juga.. haahhaha..mak aku pelik kot, aku mana pernah beli barang online.. aku cakap kawan blogger bagi baru mak aku faham..

minggu ni aku mungkin tak dapat blogwalking ke blog korang sebabnya aku ada training..kalau ada entry pun itu entry autopublish..huhu..jangan marah aku ye.. insyaallah, bila tak sibuk dah aku cuba blogwalking ke blog korang..(banyaknya hutang blogwalking dengan GSF) banyak komen yang aku belum publish lagi.. bila aku dah blogwalking ke blog korang baru aku publish..hihihi..

jom semua terjah blog lya..klik sini
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page