Akhirnya…Aku tergoda juga..

✎dya nasir |⊙Thursday, November 29, 2012| ☑
P1010588
entry ni sebenarnya dah lama..tapi hari ini baru sempat nak publish. macam biasa kalau keluar dengan bestie aku kitaorang mesti pergi tempat karoke. iaitu redboxlah. disebabkan kitaorang dah booking awal-awal so kitaorang dapat bilik besar walaupun pergi empat orang je. dan dapat bilik yang sama.
aku bawa adik saudara aku wanie. kiranya tak ada lah semput sangat an kalau menyanyi..hihi. kali ini kitaorang masuk lambat..macam rugi sangat kalau masuk lambat sebab masa habis karoke tetap pukul 3.hish..xpuas nyanyi.. kali ni aku oder fillet, wanie order nasi lemak dan membe aku order soup dan spageti.. spageti dengan nasi lemak sedap..nasi lemak tu memang berbaloi..ayam besar gila..tu pun makan tak habis.haha
P1010598
Selepas puas melalak kat dalam bilik tu kitaorang pergi window shopping.. niat dihati je nak window shopping tetapi..tetapi dan tetapi tershopping juga lah..haha.hari tu kerja kitaorang makan sahaja..hihi.. pada mulanya nak jalan-jalan kat pavillion tapi hujan pula nak kesana..nak tak nak terpaksalah cari tempat yang dekat.. nak pergi sungai wang macam ramai je orang.. so kitaorang pergi berjaya times square..berjalan tanpa arah tujuan pada mulanya..bila jejak je kaki kat situ terus dah berkenan satu baju..
terpaksa sabar dan tengok kat tempat lain dulu..hihi. bila sampai kat tempat wayang kitaorang cadang nak tengok wayang tapi membe aku yang sorang tu pula tak nak..kempunan lah kitaorang tiga orang ni nak tengok wayang.haha..
disebabkan tak ada arah tujuan kitaorang cadang nak cari tempat makan..nak lepak kat oldtown ramailah pula orang. membe aku pergi beli ayam.. so kitaorang lepak kat secret recipe jelah.. order kek dgn air je..tu je yang mampu telan.kang telan makanan lain termuntah pula kenyang sangat.haha..
lepas makan kitaorang sambung balik cuci-cuci mata tengok barang..sempat juga lah bergambar..sampai promoter tu pandang je.haha.. lepas jadi model yang tak berbayar kitaorang pergi sambung balik cuci-cuci mata tengok baju..

Akhirnya terbeli juga.. terbeli ok bukan sengaja beli tetapi terbeli.. yang bagusnya aku dengan membe aku berkenan baju yang sama..tapi kaler yang kitaorang nak satu je..adik saudara aku pun berkenan baju yang sama cuma dia minat kaler lain.. so membe aku ambil kaler sama dengan adik saudara aku. dia cakap kalau aku amik sama kaler dengan si wanie nanti sama pula..boleh jadi boria.haha..
sebelum balik tu cuci mata kat kedai yang sama cuma kios kat tempat lain.. bila masuk situ terbeli 2 baju pula..terbeli..bukan sengaja nak beli.. setelah penat bershopping akhirnya balik dan terus tidur sambil tersenyum..haha..hati gembira dapat 3helai baju..haha.
jom layan gambar model tak berbayar kat bawah ni..
P1010581

P1010585
P1010586
P1010596
P1010600
P1010602
P1010603
P1010606
P1010605
61185_489054921125163_406411740_n

304361_489065647790757_1484227689_n
541315_489063087791013_422756147_n































gambar dah habis..tak boleh letak gambar banyak nanti korang termuntah pula bila tengok gambar model tak bebayar ni..hihi..
jgn marah aku ye kalau lambat bw ke blog korang..baru bayar berukband..haha.. nak ikut pergi Melaka!!!!!!!

makhlus asing dijumpai..

✎dya nasir |⊙Tuesday, November 27, 2012| ☑


Semakin hari semakin sibukk..haha..sebenarnya xde alasan nak bagi bila tak update dan blogwalking.. sebenarnya line broadband aku telah menjadi lembab secara tiba-tiba..
Penat aku cari punca kenapa dia tiba-tiba jadi macam tu..setelah aku kaji berjam-jam lamanya akhirnya aku dapat jawapan..rupanya-rupanya dah limit..tu yang lembab seperti siput sedut..

Aku nak online kat ofis tak boleh.. aku nak jadi pekerja cemerlang..nak jadi macam jagau..pekerja cemerlang.. sampai tak ada kerja pun kena aku kena buat OT..pelik betul. Disebabkan dari minggu lepas ada makhluk asing yang ganggu kitaorang ot, jadi kerja sampingan aku masa buat OT adalah berlari berkejar-kejar mengejar dan membunuh langau..

Aku telah berjaya membunuh 3ekor.. puas hati babe bila dapat bunuh.. cara untuk membunuh adalah sediakan pembaris, dan shieldtox.. kalau dia datang dan bertenggek depan kita, kita boleh ambil pembaris ketuk dia sekuat hati.. boleh lepaskan geram jugak tu.hihi tapi bila dah ketuk sekuat hati terkeluar isinya.. geli pula nak buang..

Cara kedua adalah sangat mudah.. hanya petik jari je..gurau je.. kalau waktu kita tengah berjalan tu kalau tiba-tiba dia iaitu langau aka makhluk asing menyerang kita, kita spray je. Kopem 100% dia akan mati.. tapi cara tu tak dapat nak lepaskan geram. Kalau rasa korang tu ayu dan lembut boleh guna cara kedua ye..

Sebenarnya aku xtahu motif buat entry ni.. maybe tertekan dengan makhluk asing tu kot..
Orang cakap kalau langau tu ada benda mati kan? Alamak cuaklah plak..sekarang kena balik malam..aiyok....

P/s: aku terkedek-kedek ke blog korang..haha.. harap maklum...

BIG COSWAY SALE!!!

✎dya nasir |⊙Friday, November 23, 2012| ☑
Sesiapa yang tinggal area kl tu jom lah pergi shopping.. tiap-tiap tahun memang aku tunggu big cosway sale..cuma tahun lepas je diaorang tak buat kat times square..tapi diaorang buat kat banggunan cosway,kl.. 

tahun lepas punya sale tak berapa seronok..sebabnya diaorang keluar barang sikit-sikit.. perfume dalam harga 30 keatas tapi bila sale boleh dapat m8 je..bedak miyami murah.. kat luar dalam rm32 tapi kat situ dalam rm8 je..akak ofis aku ni siap order lagi nak 8..haha.nasib baik ada makcik yg kerja situ..boleh kirim shower..shower dia memang wangi dan berbaloi..hihi..

mana  tahu boleh terserempak dengan korang kan?hihi




Published with Blogger-droid v2.0.9

senyap tanpa kata

✎dya nasir |⊙Friday, November 23, 2012| ☑

slmt tinggal sygku..

✎dya nasir |⊙Thursday, November 22, 2012| ☑

Hari ini bangun pagi pergi cari comel.. selalu kalau panggil nama comel, dia akan bangun dan berdiri tegak macam gambar kat atas ni.. tapi pagi tadi dia baring dan tak gerak dah..
Comel dah mati..sebak sangat.. lepas ni malam-malam tak ada yang nak buat bising.. selalu malam-malam dia akan gigit pintu sangkar nak keluar..

Comel ni bijak..kalau orang panggil nama dia mesti dia cari orang yang panggil nama dia.. membe aku panggil dia amir khan..sebab bila panggil amir khan, masa tengah tidur pun boleh bangun cari siapa yang panggil nama dia..

tapi nak buat macam mana..sabar je lah...lagipun jangka hayat hamster tak lama kan.. comel mati pun sebab dah tua.. umur dia hampir 3tahun. sekarang comel hanya tinggal kenangan.. :(
ni pic dia tidur


Selamat tinggal comel terpaksa tanam ko kat depan rumah.. :(

Published with Blogger-droid v2.0.9

happy birthday MV!!!

✎dya nasir |⊙Saturday, November 17, 2012| ☑


hari ini aku nak buat entry selamat hari lahir...dya nak ucapkan selamat hari lahir kepada kak Suzyanna Yap yang ke 27 tahun..betul kan? aku takut salah kira je..

P/S : suka tengok muka kak suzyanna..macam cina..hihihi.. jom terjah blog beliau, MV.

kek ku berbunga-berbunga

✎dya nasir |⊙Friday, November 16, 2012| ☑

Hari ini seperti semalam aku bosan sangat duduk rumah..nak keluar pergi joging, petang je hujan.. tak akan nak joging hujan-hujankan..kang jadi macam citer hindustan pula.. di sebabkan duduk rumah tak tahu nak buat apa, nak perutku sudah berkeroncong jadi aku buat kek..rajin pula hari ini nak buat kek..

sebenarnya lama tak buat kek ni.. so nak buat pun ingat-ingat lupa..nasib baik kat dapur ada bahan-bahan nak buat kek..kalau tak aku makan angin jelah..hihi.. kali ini aku buat kek dua biji..satu biji untuk family aku satu biji lagi untuk si dia..hihi..

tak sampai setengah, sebiji kek telah habis dimakan..haha..orang pertama yang makan mestilah aku.. patutnya hari ini si dia nak ambil kek tapi ada hal pula..tak pe esok boleh amik kek tu ye.. walaupun kek ku buruk tapi rasanya tak buruk

p/s: mood nak tengokmaharajalawak..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Segmen - Saya nak kenal awak

✎dya nasir |⊙Friday, November 16, 2012| ☑

hari ini aku nak join segmen dari jia..segmen ni nampak menarik..

nama penuh : dyabunga ( aku boleh bagi nama nickname aku je)
asal : Ampang,KL
status:  Single
tarikh lahir : 17 March ( jangan lupa bagi aku hadiah ye.hihi)
start blogging : 12 November 2011
matlamat blogging : untuk menambah kenalan dan berkongsi ilmu..

nak join klik banner tu ok.. Salam perkenalan dari dya..

 

segmen 2: 6 pekara tentang saya II

✎dya nasir |⊙Thursday, November 15, 2012| ☑

hari ini aku nak join segmen dari kina.. kina ni salah seorang ahli GSF.. sebelum ni aku pernah join segmen yang sama dari kina..hihi..tak sangka ni segmen dari kina..nak tahu enak perkara tentang aku? cuba sroll ke bawah..

*****



*****



*****


*****




*****



*****

COKLAT..



coklat ni memang makanan kesukaan aku..kalau aku ikut mak aku pergi beli barang dapur mesti beli coklat.. kalau time kerja mesti ada coklat.. kiranya macam release tension..hihi.. kalau masa lunch wajib singgah kedai runcit sebelah kedai mamak tu nak beli coklat.. 
Warna coklat pun memang colour kesukaan aku.. cari tudung atau shawl aku memang suka cari warna coklat..haha

BEG..


aku sangat suka dengan beg.. sejak sekolah lagi hobi aku suka mengumpul beg.. aku bukan jenis beli beg yang berjenama..sebabnya aku rasa macam rugi..haha..
yang penting beg tu cantik dan tahan lama.. kalau pergi jalan-jalan dan ternampak kedai beg, secara automatik aku boleh pergi ke kedai beg tu..cuci-cuci mata dulu.. 
kalau ada yang berkenan dan masa tu ada duit baru aku beli.aku rasa tiap-tiap bulan aku shopping beg.. lebih-lebih lagi yang harga 3 / 4 rm100..wow..


TOM YUM..



Makanan kegemaran aku mestilah tomyum..kalau makan kat luar menu yang aku pilih tomyum.. tapi aku tak reti masak sendiri..haha.. teruk betul perangai..

AISKRIM..

Aiskrim ni wajib aku makan bila aku sakit tekak atau ada ulser kat dalam mulut.. aku cuma akan makan aiskrim Mcd cone yang RM1 je.. aiskrim lain aku tak pandang sangat.. aiskrim tu je aku boleh makan banyak kali..kalau aiskrim lain aku cepat muak..hihi.. 

 KAROKE

karoke salah satu hobi aku.. walaupun suara ku seperti katak,tapi nak nyanyi juga..hihi.. tempat selalu aku pergi karoke kat Red Box Lowyat..

lagu wajib aku masa karoke Mengapa & Awan yang terpilu..hihi..aku pernah karoke dengan dua orang ahli GSF.. kat entry ni.. 
dengan bestie aku kat entry ni "Tiga Suara - dya,shila & nash". dan pernah jumpa benda pelik..kat entry ni.

ANAK
hye saya nemo..

Aku ada dua ekor anak..bunga dan nemo..dulu ada tiga ekor tapi baru-baru ni bello hilang tanpa dikesan..anak aku ni sugar glider.. aku tidur anak-anak aku ni berjaga, aku berjaga anak-anak aku ni tidur.. ada sesiap berkenan dengan anak aku ni? nak jadikan menantu? bunga baru putus cinta ni..hahah..
hye saya bunga..

disebabkan segmen ni cuma minta enam je aku bagi enam jelah..sebenarnya nak bagi banyak lagi..haha.. 

p/s: tahun baru, azam pun baru..:)

Wordless Wednesday # cer teka

✎dya nasir |⊙Wednesday, November 14, 2012| ☑
pinjam dari uncle google

p/s : cuba teka pokok apa?kalau betul dya bagi 10markah..hihihi..kalau salah dia tolak 10 markah..hihi

"SATU TAHUN SUDAH"

✎dya nasir |⊙Tuesday, November 13, 2012| ☑



Semalam cukup setahun aku berblog.(12/11).tak sangka dah setahun aku berblog.. macam tak percaya je pun ada..dulu masa mula-mula berblog pernah terfikir ada ke yang nak baca entry aku..ada ke yang nak follow aku. Alhamdulillah..ada juga yang sudi follow aku dan sudi baca entry kat blog ni..

Sebab aku mula berblog ni sebab masa tu putus cinta..hahah..bila ingat balik rasa nak gelak je..haha.. sebab yang tak munasabah..entry pertama aku macam putus cinta..haha..segan babe.. Tolong jangan baca entry tu ye..haha.. malu weyh..aku tahu mesti korang baca juga an..haha..  nak baca entry pertama aku? cari sendiri lah ye.

Sejak join Group Segar Followers, aku rasa blog ni ceria sebabnya ahli-ahli GSF ni sudi baca entry kat blog ni dan komen. nak tahu lebih lanjut mengenai GSF boleh klik sini..

Aku tak sangka followers aku boleh cecah 1000 followers.. terima kasih sudi singgah kat blog ni dan follow blog ni...

P/s : ada sesiapa sudi nak exchange link dengan dya?

sekali lagi..

✎dya nasir |⊙Monday, November 12, 2012| ☑

Hari ini macam minggu lepas.. tak tahu nak buat apa.. bingung ni.. internet problem lagi.. haih..

Banyak betul kerja yang tergendala. Aku bingung..aku bingung.. cepatlah 5.30..nak balik..bosan sangat ni.. rugi pula tak bawa pendrive..kalau tak boleh layan movie..

Hari yang membosankan..bosan..bosan..hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.9

MAkan Gaji Buta

✎dya nasir |⊙Friday, November 09, 2012| ☑

Hari ini semua kerja aku tergendala.. semua gara-gara tak ada internet.. dalam masa 24jam baru ok.. seharian duduk kat ofis aku pandang skrin komputer je lh.. pandang handphone..mesej..haha.. relaks sangat tapi hakikatnya kerja bertimbun..

Disebabkan tak tahu nak buat, aku conteng-conteng jadi seperti gambar diatas.. comel tak? Haha..first time buat..walaupun buruk tapi ada bentuk.. janji diri sendiri puas hati..hihi. 

Alhamdulillah, hari ini dah semakin sihat..:)

Published with Blogger-droid v2.0.9

beg!!

✎dya nasir |⊙Tuesday, November 06, 2012| ☑


Lama tak update blog ni.. bersawang blog aku ni.. al maklumlah sekarang ni busy sangat. Tak sempat nal update dan blogwalking.. balik rumah pun terus tidur..
Faltor kesihatan pun salah satu sebab..sekarang kurang sihat.. nak ambil mc kerja banyak..
Tapi bila dah dapat shopping hilang sakit..hihi.. ubat tahan sakit aku..cantik tak beg tu.. sayang nk guna.. masa beli beg ni pum bapa aku cakap, beg banyak- banyak kat rumah tu nak buat apa? Aku nk buat koleksi..haha.. adik bolat jangan jeles ye..jangan hentak-hentak kaki ye..haha..
serabut aku tgk.haha
Published with Blogger-droid v2.0.9

Raya Makan Angin

✎dya nasir |⊙Thursday, November 01, 2012| ☑
cer teka dalam beg biru tu ada apa

amaran keras!! sila sediakan baldi sebelum baca entry ini!!..aku takut korang muntah kaler oren + hijau..hahaha 
 hari ini aku nak cerita pasal hari raya aidiladha..raya tahun ni tak meriah pun.. aku rasa seperti tidak beraya..hihi.. aku tak nampak lembu pun..bangun pagi pun lambat..haha..teruk betul perangai kan? Setiap tahun kalau raya haji kitaorang satu family memang akan beraya kat KL..

kalau dulu kat rumah lama nampaklah juga lembu tapi tahun ni bayang-bayang lembu pun aku tak nampak.. kalau nampak pun aku tengok kt tv.haha.. Tengahhari tu family makcik aku datang beraya. Kitaorang boleh layan citer Hantu kaphai, Jiwa Kacau pastu untuk 3hari.haha..

Disebabkan bosan sangat duduk rumah, konon-kononnya nak pergi beraya kat kampung pandan..tapi bila sampai kampung pandan kitaorang beraya rumah cik om..lepas tu nak beraya rumah Mak long dan Pak Ngah tapi tak ada orang.. 

Masa kat rumah Cik Om tu penat kitaorang fikirkan idea nak pergi mana.haha.. adik sepupu aku, Faris tak habis bagi idea nak jogging..adik-adik aku sibuk ajak main bowling..aku mana reti main.. akhirnya kitaorang  pergi The Mines. Sebenarnya lama tak pergi The Mines.aku rasa last pergi situ tahun lepas.. konon-kononnya pergi situ nak naik cruise tapi tak naik pun..haha.. Kitaorang cuma jalan-jalan kat situ je sambil tengok ikan.kalaulah boleh tangguk mesti dapat banyak ikan..hihi.. Dalam pukul 6.30, kitaorang gerak pergi Ict..



Motif pergi ICT sebab nak pergi kat Snow tu je..haha.. mak aku belanja..siapa yang tak nak masuk..haha.. tapi mak aku tak masuk pun..dia bagi kitaorang yang muda-muda ni masuk.. tiket masuk situ dalam rm35 seorang. kitaorang masuk 6 orang. budak-budak bawah 12 tahun
RM 25. akulah yang bawak adik-adik aku masuk dalam..

yang tak syoknya kena sewa kasut/boot.. tak tahan beb pakai selipar masuk dalam tu.. sewa boot pun dah RM20..Sewa rm10 dan deposit rm10.. nasib baik jacket tu tak kena bayar sebabnya dah kira dengan harga tiket.

masuk je, kitaorang  terus bergambar..hihi.. rugi sangat kalau masuk situ tak tangkap gambarkan.. pastu tengok adik aku main game kat situ.. macam syok je.. tapi main sekali je sebab pakai kain..haha..kalau pakai seluar dah lama aku main banyak kali..haha..

jam yang pertama masuk situ aku tak bawa camera pun masuk dalam..aku cuma bawa hp je.. disebabkan rasa macam rugi je tak bawa camera kitaorang keluar pergi ambil camera. hihi..sebenarnya tak tahan sejuk duduk dalam tu lama-lama..haha..lepas ambil camera, kitaorang semua dah jadi model tak berbayar..ahaha..

kitaorang keluar dalam pukul 11.. keluar pun sebab kaki dah sakit sebab tak tahan sejuk..haha..
lepas keluar dari tempat snow tu sempat lagi bergambar.. jom layan gambar kat bawah ni..hihi..

kat tangga pun minah ni blh duduk.haha








mesti ada yang menyampahkan sebab penuh gambar aku..hihi..blog aku mestilah penuh gambar aku..haha.. 
p/s : fuhh..berpeluh2 aku blogwalking..selesai juga publish comment..haha

bunga memerlukan like - Sticky Post

✎dya nasir |⊙Thursday, November 01, 2012| ☑
hye saya bunga
Ini adalah Sticky Post.. Sila Scroll ke bawah..


hari ini aku promote sikit pic anak kesayangan aku ni..siapa lagi kalau bukan bunga..hihi.. penat bunga posing semata-mata nak masuk contest siapa paling cun..sebenarnya paling banyak like yang akan menang..

Bagi sesiapa yang belum mengundi bunga boleh taip undi Bunga dan hantar ke sini..jangan risau jika anda undi bunga, kredit anda tidak akan ditolak? kalau rugi pun cuma rugi dua saat je..itupun bergantung kepada kelajuan broadband anda..

apa lagi jangan malu-malu, jangan segan untuk mengundi anak saya ye.. bunga memerlukan sokongan anda semua.. 


kalau rasa susah sangat nk klik kat link-link tu korang boleh klik kat gambar bunga tu..
kepada yang sudah like gambar tu bunga cakap terima kasih..hihi
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page