WW - Untuk kamu

✎dya nasir |⊙Wednesday, February 27, 2013| ☑

Ww- keli oh keli

✎dya nasir |⊙Wednesday, February 27, 2013| ☑

BATAM

✎dya nasir |⊙Monday, February 25, 2013| ☑
aku suka pic ni. pic ni xedit tau

Entry ni dah sebulan aku simpan dalam draft.hihi..

Hari ini aku nak cerita pasal aku pergi Pulau Batam. Pada Mulanya aku, sebenarnya tak tahu kat mana pulau tu..hihi.. tapi bila bapa aku dah  terangkan baru aku tahu kt mana.. sebenarnya pergi situ nak ambil saudara nenek aku..dia turun kat pulau batam..yang aku ni saje menyibuk nak tengok tempat tu.hihi..

Kitaorang pergi Pulau Batam naik ferry je..naik ferry dari JB.. sebelum pergi jb tu aku dengan keluarga aku singgah kampung dulu.. ambil nenek aku dan tunggu pak cik aku..gerak sekali. dalam kul 11 lebih kitaorang gerak dari kampung ke JB. masing-masing dah excited nak pergi sana.. hihi.. sampai jb dalam pukul 3 pagi.. terpaksa lah tidur kejap dalam kereta..aku memang tak boleh tidur.jeles tgk semua dah lena tidur..

dalam pukul 4.30, nenek aku kejut suruh gerak pergi jeti..tapi sebelum tu pergi toilet dulu cuci muka.. tapi memang agak kotor toilet kat situ..nak buang air pun xselera..eee. lepas dah cuci muka, kitaorang gerak pergi sarapan dulu..sebab kaunter buka kul 6.30. lepas makan dan solat terus pergi kaunter pergi tiket..tapi sebelum tu snap gambar dulu...hahaha. 


bila dah beli tiket terus gerak masuk ferry..nasib baik pagi tu tak ramai orang..tapi yang tak syoknya sejuk gila ferry tu.. asyik nak ke toilet je..haha..perjalanan dari JB ke Pulau Batam lebih kurang 2jam.. syok tidur..tapi bila nak dekat sampai laut dah bergelora..seriau babe.. terus terjaga.

Akhirnya sampai juga ke Pulau Batam..disebabkan saudara nenek aku tak naik flight lagi kitaorang pergi nagoya mall dulu..pada mulanya aku ingatkan nagoya textile.haha.. rupanya tempat shopping..cuma terkilan xdapat pergi batam centre.. tempat shopping juga tu tapi tempat tu xbuka lagi..buka pukul 10.30 pagi waktu indonesia..tapi kat jam aku pukul 9.30..mak aiihh lama lagi tu nak menunggu..tu yang terus pergi nagoya mall tapi belum buka juga.. 

disebabkan belum buka, kitaorang pergi makan nasi padang dulu..yeaayy..macam tahu-tahu je kami ni kelaparan..haha.. disebabkan nenek aku ni dah biasa makan nasi padang dia suruh pilih makanan yang kita nak makan je..yang syoknya dapat minum air apocat, jus avocado..lama tak minum air tu.last minum masa pergi Padang 2tahun lepas..

kalau pergi indonesia nenek aku cakap wajib order minuman tu..adik aku yang akmal tak pernah rasa..tapi bila rasa sikit terus bagi aku..yang aku plak terima dengan hati terbuka.rezeki jangan ditolak.. rupa-rupanya mak aku pun tak pernah minum.haha

alhamdulillah..kenyang sangat.. lepas makan terus pergi nagoya mall tu.. yeay dah boleh shopping. tapi harga kat situ lebih kurang je macam kat malaysia..so shopping kerepek-kerepek jelah. cari macam keychain atau FM pun tak ada.. frust weyh, kalau pergi mana-mana tak beli cenderahati kan. nasib baik ada satu kedai tu, ada jual kedai baju ada perkatan batam.. nasib baik murah. hehe.. 

yang aku plak macam biasalah wajib beli beg..haha.. dapat gak harga murah.. bap aku geleng kepala je bila tengok aku beli beg lagi..hihi tapi tak habis lagi pusing-pusing kat mall tu nenek aku dah panggil balik nak pergi airport pula.. nak ambil saudara nenek aku dari yogjakarta.. masa otw pergi airport kitaorang singgah masjid dulu.. bila habis solat nenek aku cakap saudara aku xnaik flight lagi..flight delay..takut tak sempat je nak naik ferry. terpaksa lah bermalam kat situ.

disebabkan tak tahu nak kemana, pemandu teksi tu bawa kitaorang pergi pantai.. bila sampai je kat pantai tu, orang tu suggest suruh kitaorang pergi pulau kecil tu naik bot. bapa aku dengan pakcik aku tak pergi.nenek aku kena pergi okay..haha..setiap sorang kena bayar 10 000 rupiah.lebih kurang dalam rm3 je tapi..tapi bot yang kitaorang naik tu agak menyeramkan sebab tak ada baju keselamatan..

seram gak lah naik bot tu..masa otw pergi pulau tu mengucap banyak-banyak sebab air bergelora..risau bot tu terbalik je.tapi bila dah sampai situ, masya allah..cantiknya tempat tu.. jernih sangat air laut tu.. memang cantik lah air laut dia..rasa nak mandi je.hihi.. dari pulau kecik tu boleh nampak singapore..hihi.. tapi tak sangka kena bayar juga bila sampai pulau tu.. sorang 1000 rupiah.. 

rasa tenang je bila tengok pemandangan kat situ..bila dah sampai situ rugi plak an tak bergambar...so kita bergambar dulu..yeay..layan jelah pic-pic kat bawah ni. hihi.. aku suka bergambar kat kapal karam tu..unik..hihi..padahal guna camera enset cap ayam je tu.hihi..

mama aku plak sibuk kutip cengkerang.haha.. bila nak balik ke tmpat tadi, air makin bergelora..habis basah baju tempias..haha.. tapi air laut kat situ memang sejuk..haha..bak kata nenek aku nak jerawat hilang basuh muka dengan air laut.haha.. adik aku pun basuh muka masa kat atas bot tu..haha..

bila dah sampai lega sangat.. lepas tu terus gerak pergi airport ambil sedara nenek aku.. lepas tu terus gerak pergi jetty balik JB..hihi.. jom layan pic dibawah






















peace..hihi

Diterima juga!!

✎dya nasir |⊙Sunday, February 24, 2013| ☑


alhamdulillah..akhirnya dah boleh tidur dengan lena.. kalau tak asyik terkejar sana terkejar sini nk settle kan pasal MARA sbb banyak tak selesai.. tidur pun boleh fikir pasal benda tu..hihi.. selagi tak settle selagi tu hati tenang..tak boleh tidur.. khamis lepas bila nak send permohonan system down pula..dugaan betul. hari jumaat terpaksa pergi medan mara settle an kalau tak memang tak boleh nak print.. dah lah hari isnin kne hantar borang-borang tu.. balik dari medan mara, aku terus online nak print borang-borang tu tapi system down pula..xboleh nak log in lansung.haih.

system ok 18/2.. time tu rasa macam nak menangis je..sempat ke nak hantar borang-borang tu..sempat ke aku nak pergi matikan setem? sempat ke nak sign penghulu kampung? dah lah isnin tu aku ada presentation pula.. memang agak kelam kabut lah kan..kena fikir pasal presentation kena fikir pasal MARA.

Pagi isnin tu aku try buka web tapi tak boleh masuk juga..lagi lah rasa sedih..dah lah kena hantar haritu juga.haih.. bila masuk kelas, semua tanya dah settle ke pasal MARA..aku tak buat satu pun..sebab selagi tak print selagi tu aku boleh nak buat.. pastu membe aku cakap kawan dia baru pergi print..pergh.. agak bengang lah juga.. sebab sebelum pergi kelas aku buka tak boleh nak masuk. sabar dya..

habis kelas terus pergi pejabat tanya boleh ke hantar hari lain.sebab tak boleh access web tu.. alhamdulilllah nasib baik boleh hantar hari khamis. balik rumah terus print dan terus cari penghulu kampung. terus pergi beli setem. aku pening bila tengok borang banyak sangat..

semalam aku ingatkan aku punya dah lengkap tapi ada yang belum lengkap..surat tawaran belajar plak tak ada pengesahan..nasib baik kat bangunan aku study ada tempat suruhjaya sumpah.. habis kelas terus pergi nak dapatkan cop tapi orang yang gred 41 tu plak tak ada.. kat situ yang ada gred 41 tu sorang je. aku rasa macam nak nangis lagi..huhu..pastu terpaksa lah guna cara agak menipu..aku amik sijil aku yang ada cop tu aku potong dan lekat kat surat tawaran tu.. pastu photostat warna..

lepas photostat terus pergi pejabat hantar borang. alhamdulillah nasib baik diterima kalau tak aku rasa macam nak jerit kat situ juga.haha.. satu,satu masalah yang datang.. dugaan ketika belajar..aku terima. senyum jelah yang aku mampu sekarang ni.. =)

happy belated masz

✎dya nasir |⊙Friday, February 22, 2013| ☑
! Masz Sidek !

maaf an dya ye terlewat nak wish.. hihi.. happy birthday masz.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. 

lagu birthday khas utk masz.. ;) 



sorry ye kali ni xdpt nk nyanyi lagu happy birthday.. 

p/s : to ahli gsf blh tak dya nak tahu lagu peveret korg.. nnti komen jgn lupa komen suka lagu apa ye.. hihih


CNY1 - Taman Botani

✎dya nasir |⊙Monday, February 18, 2013| ☑
Masa cuti tahun baru cina yang lepas, disebabkan bosan sangat kat rumah dan tak tahu nak pergi mana kitaorang pergi taman botani, Putrajaya..hihihi.. pada mulanya ingat nak pergi Port Dickson tapi disebabkan masa tu dah tengahhari jadi tukar plan ke taman botani..ronda-ronda naik basikal..

Sampai situ dalam pukul 2.30 petang.. baru syok time panas berbasikal..haha.. memang belang muka.. aku amik basikal yang ada seat dua tu.. (lupa nama) sebenarnya tak pernah naik basikal dua seat ni.. berat kot basikal tu.. mula-mula aku duduk depan makcik aku duduk belakang tapi disebabkan aku ni kecik kan makcik aku duduk depan.. hihi

aku rasa gelak yang lebih daripada berkayuh. ada ke patut masa naik bukit tersalah guna gear basikal tu..patutlah macam berat je nak mengayuh..bila aku tukar gear tu baru rasa ringan..disebabkan tak larat nk kayuh naik bukit, aku dengan makcik aku plan kitaorang kayuh turun bukit je..haha aku rasa itu yang paling selamat kot..



sakit punggung aku naik basikal..haha.. terus basikal tu kat adik aku dan pakcik aku.. aku lepak tepi tasik dengan parent aku..parent aku khusyuk tengok ikan kat dalam tasik tu..haha.. yang aku pula syok snap pic sendiri dan pemandangan..pic sendiri tu wajib ada kan..hihihi.. tapi bila tengok tasik dan suasana sunyi hilang stress..

lepas satu jam berbasikal, adik aku ajak pergi alamanda..pergi makan..hihi.. lama tak pergi alamanda..aku rasa last pergi alamanda 3tahun lepas..hahah.. aku dgn mak aku makan curry mee.. tak curry mee kat food court tu xberapa sedap..hihi..aku suka lagi makan curry mee kat aeon maluri..lapar lah pula..hihi..lepas makan curry mee aku pergi cari waffle dan cool blog pula..haha.hari tu kerja aku makan je..hihi. balas dendam sebab aritu tak selera makan..hihi..




p/s : nasib baik aku ingt  balik password kalau x terhabuk lah blog ni xblh nak update.haha

Hot-to-go DELTA members..

✎dya nasir |⊙Tuesday, February 12, 2013| ☑
aku,farah, sara dan syikin
akhirnya selesai juga publish komen dan blogwlaking.. fuhh..penat tau.. aku rasa dah macam pergi berjogging pun ada..sebab blogwalking guna broadband yang tersangat lembab..seminggu broadband ni buat hal..
Hari ini aku nak cerita pasal aku hangout dengan membe-membe aku satu kem masa plkn.. aku rasa dah bertahun tak jumpa diaorang.. walaupun aku terlambat sampai sekurang-kurangnya dapat juga jumpa diaorang ni..

Macam-macam cerita keluar..dari cerita dari kem sampai lah cerita tahun 2013..haha.. aku jumpa diaorang ni kat bukit bintang..nasib baik tempat belajar aku tu kat kampung baru..boleh lah jumpa diaorang ni..
Aku jumpa je diaorang ni baru nak berkaroke..sempat juga aku nak menyanyi satu , dua lagu kan..hihi.. lepas karoke je kitaorang pergi makan piza kat papa john..

Lama kot tak makan piza..hihi.. time ni lah kitaorang borak tak berhenti-henti.. sampai satu part salah seorang tanya aku, kau putus cinta ke?? Sebab tengok tweet aku semua tweet meroyan..( sekarang tak meroyan lagi k..aku dah boleh terima kenyataan)

Sampai lah satu part membe aku cerita hantu..perghh..aku ingatkan cerita-cerita hantu tu cuma dalam drama je rupanya realiti pun ada.. sampai kena buka atap.. meremang juga laj masa dorang cerita.. aku ni suka dengar dan tengok cerita hantu tapi pada masa yang sama penakut juga.haha

Dalam pukul 6, sara nak pulang.. so time tu kitaorang terus stop bercerita..hihi..ingatkan terus balik tapi si peanut plak sibuk cari aiskrim..haha.. aku memang tak larat nak makan lagi..kembung dah.. haha.. lepas dorang beli aiskrim kitaorang pusing-pusing then bergambar kejap..

Bergambar tu wajib kan.. hihi.. jom layan pic kat bawah ni..

aku dan peanut

smile.. :)

aku dan sara

terselah aku yang paling pendek..haha

peace.. :)
p/s : maafkan aku ye kalau aku terlambat blogwalking.. kalau ada yang aku terlupa blogwalking tu bagitahu ye.. hihi


I'm back"!

✎dya nasir |⊙Wednesday, February 06, 2013| ☑

sebelum tu aku nk ucapkan  terima kasih kt korang atas komen-komen korang tu kat entry sebelum ni..

Sekarang ni aku dah semakin lebih semangat..sayang pula nak tutup blog ni..hehehe..malam ni aku dah start blogwalking..yeay.. tunggu kedatangab aku ye..aku datang blog korang bawa senyuman..hihi.. siapa yg tak balas senyuman aku tu aku tak nak bagi senyum kat korang lagi..haha..k lah..sebelum aku merepek yang bukan- bukan aku letak pic bunga..aku tahu ramai rindu bunga kan..

Pic tuan blog tu wajib ada ok..haha.. nak tunjuk bukti yang aku dah happy..weeee.. haha

GIVE UP

✎dya nasir |⊙Sunday, February 03, 2013| ☑

Sebelum tu aku nk minta maaf sebab buat masa sekarang ni tak dapt nak blogwalking ke blog korang terutama kt famiky gsf.. sekarang ni down sangat-sangat.. mood aku memang ke laut..kalau tak kelaut mungkin mood aku dah ke bulan agaknya..

Kesian blog ni dah bersawang.. kadang-kadang aku rasa nak tutup je blog ni.. sampai sekarang aku masih susah nak terima kenyataan..aku dah berputus asa.. dan sekarang aku anggap semua macam dia.. skrg ni aku  makan tak lalu, mandi tak basah.. dah macam orang bercinta pula.. haha..

Apa-apa pun aku nak ucapkan semua kawan-kawan aku tak kira lah yang baru kenal ke atau dah lama sentiasa bagi aku sokongan masa aku tengah sedih sangat..

Tak sangka ramai yang sayang aku dan ambil berat pasal aku.. korang ada tips nak kembalikan selera mkn??  aku lapar tapi masih tak ada selera nak makan.. haih..

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page