Trip dengan praktical student..

✎dya nasir |⊙Tuesday, June 23, 2015| ☑

hari ini aku nak cerita pasal Trip ke Pulau Perhentian .. Trip ni kitaorang pergi dalam lima orang, dan semua2 ni kawan aku masa internship kat PNS .. "aku, ika, eeja, rahman dan syahmi." sebenarnya first time aku trip dengan dorang ni.. kalau ikutkan dengan diaorang ni jarang jumpa walaupun satu banggunan.. dorang semua ni satu floor aku je floor lain..sesat sorang.. sebelum ada plan dengan budak-budak praktical nak pergi bercamping lah tapi asyik tak jadi je so ni kira plan last minit jugak lah..dua minggu sebelum pergi baru cari pakej kat sana.yang seronoknya pasal trip ni aku pergi masa aku dh free..yiiippieee!

Trip kali ni kitaorang macam dah bahagi tugas..hehe .. yang aku dengan eeja cari pakej murah, rahman dengan syahmi servey tiket flight dan ika plak servey tiket bas .. pakej ni kitaorang amik dengan nasriq .. satu kepala rm320 .. worth it sangat .. sebab pakej tu include makan, snorkelling, bot pergi balik, dengan tempat tinggal. equipment untuk snorkelling pun dah include sekali .. so kira berbaloi sangat walaupun chalet tu nunnn di atas bukit sana .. tapi bilik sangat-sangat selesa .. tandas sangat bersih .. aku pergi mana-mana sangat pentingkan tandas .. kiranya bilik kat perhentian paling selesa antara aku pergi pulau tioman dengan pulau Lang tengah. 

haritu aku habis praktical 15 hb May .. nasib baik sebelum tu aku dah packing barang ... sebabnya last day aku praktikal kat situ memang aku lambat okay..pukul 7.30 baru balik .. so balik tu memang agak kelam kabut lah .. kitaorang nak kena berkumpul kat TBS pukul 10 malam .. aku risau jugak lah takut tak sempat je .. sampai rumah terus siap-siap, makan pun tak sempat okay disebabkan kejar masa .. 

memang agak rushing gak lah .. jammed plak malam tu..aku gerak dari rumah pukul 9.30 pm TBS dengan rumah aku tak adalah jauh mana .. tapi malam tu, delay .. tak silap aku pukul 12 lebih kot baru bas sampai .. haha . nasib baik ada ika yang menceriakan hari kitaorang .. dengan perut yang berbunyi-bunyi lagu keroncong .. sementara tunggu bas tu, sempat lagi kitaorang pergi makan ... memang tak boleh tidurlah kalau dalam keadaan lapar .. 


aktiviti kat pulau perhentian aku ceritakan kat next entry ye .. 

Lesap

✎dya nasir |⊙Tuesday, June 23, 2015| ☑


holllaaa .... sebenarnya banyak benda nak update ... nak update pasal pergi bandung, cameron, umrah, pasal pergi pulau perhentian, pulau tioman, pulau lang tengah dalam masa tiga minggu berturut-turut .. pasal pulau tu memang nak update tapi sekarang ni tengah mengumpul picture kat sana balik disebabkan haritu enset rosak dan semua pic hilang.. yang lagi sedih gambar-gambar tu aku tak sempatnak backup..nampak tak gambar-gambar tu sangat berharga.. kalau ikutkan memang banyak benda nak cerita..tapi tapi alhamdulillah, ada jugak gambar-gambar dalam memory card.. bersyukur sangat..  

Happy Birthday Eira!

✎dya nasir |⊙Thursday, June 18, 2015| ☑
birthday,pengalaman,kawan-kawan,2015,


entry sebelum ni aku cerita suprise birthday tp tu untuk hafreez adam..tapi untuk entry ni pasal suprise birthday tuk bff aku since college lagi... suprise ni betul-betul lepas hafreez adam. nasib baik dorang tak buat suprise ni pada hari yang sama dengan suprise tuk hafreez adam..kalau tak kelam kabut aku.. 

mulanya kitaorg plan nak buat kat rumah kakak si eira, Ude.. tapi last minit ude cakap dia belanja karoke kat ktv, Ampang Park..semua hoyeahhhh tapi bermula lah plan yang agak kelam kabut kitaorang..thanks to yan sebab dia yang bertungkus lumus pergi beli hadiah dengan kek walaupun tengah kerja.. so petang tu ayah aku hantar aku kat office si della.. sebab aku tak larat nak drive sendiri ke ampang park terpaksa lah tumpang si yan.. bila yan sampai office della terus kitaorang mulakan project kitaorang.. yang aku print huruf happy birthday.. yang diaorang gunting-gunting, buat bunga..kiranya time tu memang agak kelam kabut.. sebab aku booked pukul 8.15p.m. tapi 7.45 kitaorang still kat office della lagi..dengan makanan tak beli lagi.. kitaorang minta tolong naz belikan KFC kat ampang park tapi tutup,renovate.. kesian Naz tunggu lama kat situ..ampun ya..

kebetulan kitaorang dekat dengan kfc, tesco ampang so singgah lah kejap pergi beli.. yang ude call mesej yan cakap si Eira ni lapar pulak..hishhh eira ni..orang nak belanja makan boleh pulak ko ajak pergi makan... bila sampai je kt KTV tu terus masing-masing tiup belon..senak perut okay..sampai-sampai dah kena tiup belon..haha.. dah lah nak gantung "HAPPY BIRTHDAY" tu boleh salah pasang pulak..terbalik..terpaksa buka benda tu..haha.. tapi lawaklah pulak  bila ingat balik.. kelam kabut sangat sampai kek pun snap ala kadar je..haha... 

bila birthday girl masuk terus kitaorang nyanyi lagu happy birthday.. ketara muka birthday girl terkedu sangat.. rasakan..hahah.. so jom layan picture kat bawah ni... 








Happy birthday Makcik!! semoga panjang umur, semoga cepat kahwin, semoga dimurahkan rezeki, semoga dipermudahkan segala urusan..semoga persahabatan kita kekal..


Suprise birthday for Hafreez Adam

✎dya nasir |⊙Wednesday, June 17, 2015| ☑


Lama sangat tak update blog ni..  Banyak benda nak cerita..  Nak update pasal pergi pulau,  celebrate birthday.. Tapi kali ini aku nak cerita celebrate birthday Hafreez Adam..

Mula-mula aku  xminat kat HA (Hafreez Adam)  tapi masa first time jumpa kat PWTC terus suka kat abe.. HA seorang yang sangat2 humble.. Memang terpikat lah...  Dah lah hensem bila jumpa dpn2. Humble.. Klau dlu ada org pertikaikan kenapa dia boleh menang pelakon baru lelaki terbaik so skrg aku dh tahu kenapa dia boleh menang..  Peminat dia memang sangat sayangkan dia.. HA pun seorang yg tak sombong sangat hargai peminat dia..

Birthday ni kitaorg celebrate ahad lepas,  Walaupun pada mulanya ada yang macam terkantoikan nak buat suprise tuk HA,  tapi nasib baik xkantoi..  So sebelum abe sampai tu kitaorg ada jugak Praktis flashmob.. Aku memang duduk belakanglah sebab time tu baru nak menari.. Hehe.



Dalam pukul 2lebih, HA sampai..  Dia masuk je kawasan tu terus kitaorg buat flashmob (boleh tengok kt ig hafreez adam). Muka dia memang nampak terkejut,  terkedu.. Yang pasti mata dia memang masuk habuk..  Hehe.. (boleh bace caption Kt ig HA)  baca caption dia aku yg jdi terharu.. Haha..  Lepas flashmob, acara potong kek!  Fans yg lahir bulan lima, ngn enam akan potong kek dengan dia, kiranya celebrate birthday dengan dia..Untungnya.. Aku ingat masa sesi memotong kek tu dia sempat cakap kalau tahu dia pakai hensem2. Jumpa aritu pun dah hensem sangat lah HA..



Lepas makan,  sesi bergambar..  Fans yang datang akan diberi nombor untuk bergambar dengan HA..  Bgus jugak buat macam ni so semua dapat bergambar dengan dia..  Sesi paling best sesi nyanyi lagu terima kasih cinta khas untuk HA dan sesi flashmob beramai2.. HA pun join sekali okay walaupun dia tak tahu step dan buat step sendiri.. Haha..  Nampak tak yang dia sangat sporting..  So sebelum balik tu aku sempat lah bergambar dengan HA,  sempat minta HA nyanyi.. Hehe.. peminat HA sentiasa support HA dari belakang..  Dan yang pasti aku suka tengok dia layan budak2.. Layan family dia..  Layan peminat2 dia..  

Jom layan picture dengan video kat bawah ni..









 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page