Paka, Terengganu

✎dya nasir |⊙Wednesday, December 30, 2015| ☑

Kali ini dya nak cerita masa dya ke Paka, Terengganu.. Actually, ini entry lama..baru ada masa nak update..hehe..


Kitaorang ke Paka,terengganu untuk pergi majlis pernikahan Abang Tiri Dya.. Dia bernikah pada hari jumaat.. So pagi tu kitaorang gerak dari Kl..so sewa dua rumah..satu rumah ada tiga bilik tidur.  So selesa lah untuk kitaorang yang lima kereta ni.. Haha.. Yang perempuan satu rumah lelaki satu  rumah.. Petang tu kitaorang jalan-jalan kat tepi pantai..singgah kedai tepi jalan makan keropok lekor dan sotong goreng tepung.. Memang sedap okay..hehe.  Sempat gak lah bergambar kat tepi pantai.. sebab dah lama tak lepak tepi pantai..rindu kot..hehe Malam tu siap-siap terus ke masjid paka.. Alhamdulillah..dengan sekali lafaz abang adib telah menjadi suami kepada kak eiza..

Hari kedua
Pagi tu belah perempuan jemput kitaorang untuk breakfast.. Makanan utama kat terengganu confirm² lah nasi dagang..hehe.. Tengahari tu kitaorang terus gerak ke kuala terengganu..ehh..terus ke pasar payang.  Konon-konon nak cari kain..lama gak lah pusing-pusing satu pasar payang tu.. Akhirnya beli jugak..tu pun kitaorang berpecah..separuh pergi beli keropok lekor.. Malam tu kitaorang singgah makan malam.. Tak silap dya kt medan selera kelukut.. Tapi makanan kat situ kurang sedap.. Sebab macam pelik sangat.. Mama dia order mee rebus dapat mee soup blackpapper..



Day 3- 
Pagi tu terus siap-siap untuk check out.. Sebab kitaorang nak singgah ke kedai Eco.. Barang kat situ semua RM2.. Mula-mula dya ingatkan separuh je Rm 2 tapi semua barang okay RM 2.. Memang macam-macam lah kitaorang beli..kitaorang borong biskut.. Haha..Kan bagus kalau kat KL ada kedai macam nie..hahaha..





PULAU BESAR, MELAKA

✎dya nasir |⊙Thursday, December 17, 2015| ☑

View semasa berjalan kaki ke chalet.. 

Hari ini dya nak update mengenai vacation 2H 1M ke Pulau Besar, Melaka.. Terdapat 2 cara jika ingin kesana. Boleh menaiki feri dari Jeti Anjung Batu atau menaiki bot laju dari Jeti Umbai. Haritu dya naik feri dari jeti Anjung Batu. kitaorang sewa tiga chalet untuk lima keluarga.. pada mulanya was-was juga nak ke Pulau besar lebih-lebih lagi hujung tahun yang sememangnya musim hujan. Tapi setelah kaji dan kaji kat Pulau Besar tak ada angin monsun.. bila sampai pulau besar korang boleh naik van..ala..RM 2 untuk satu kepala.. tapi kitaorang tak naik pun..kitaorang jalan kaki turun naik bukit..memang memenatkan.. 

sampai je Pulau Besar terus tukar baju untuk ke Pantai.. Sampai je kat pantai terus bergambar..al maklumlah air surut.. nak mandi laut tak boleh so kami yang perempuan ni terus bergambar sakan.. yang mak-mak khusyuk mencari ketam termasuk uwan den.. sampai ke tengah dorang cari ketam.. bagi dya pantai dya lain macam kat pantai di tempat lain..sebab kat pulau besar macam berlumpur bila air surut.. so macam geli sedikit bila nak jalan tu..haha.. tapi geram tengok anak-anak ketam keluar... disebabkan nak hujan jadi kejap je lah dapat bermain kat pantai tu.. 

so kitaorang lepak kat kedai makan sampai lah maghrib.. malam tu macam biasa cari makan.. lepas makan yang lelaki stay kat kedai tengok bolah.. Selangor vs Kedah.. kami yang perempuan ni balik lepak kat bilik makan keropok..hahah.. main Jutaria.. 

esoknya, konon-konon nak tengok sunrise..tapi sunrise tak bape nak ada..hahah.. so apa lagi masa untuk mandi laut ler.. bab mandi laut ni best sangat. sebab laut dia sangat bersih okay.. tak ada batu.. seronok nak berenang.. bukan anak-anak je yang mandi, mak-mak, bapak-bapak dan uwan sekali terjun mandi..haha..memang sporting abis lah.. tapi yang tak bestnya kejap sangat mandi.. tak puas mandi laut.. lepas tu terus siap-siap nak balik dan jalan-jalan sekitar tempat tu.. tempat yang kitaorang melawat makam nenek kebayan dan sekitar tempat tu.. sempat gak lah berposing kat tengah padang golf tu..hahaha.. dya nak tengok tempat batu belah tapi tempat tu kebelakang lagi..so tak sempat nak pergi sebab naik feri pukul 12. baru nak tengok rupa batu belah tu..kes tengok cerita batu belahlah ni., balik tu terus naik van tak mau dah nak jalan kaki..tak larat..hahaha.. sementara tunggu lagi satu van.. sempat gak lah bergambar kat jetty tu.. heheh. =)


1. Terdapat 2 cara jika ingin kesana. Boleh menaiki feri dari Jeti Anjung Batu atau menaiki bot laju dari Jeti Umbai.

2. untuk ke pantai bolehlah naik van koboi..ala.. RM 2 je satu kepala.. kalau korang ni jenis banyak stamina bolehlah jalan kaki..

3. aktiviti yang boleh korang lakukan - memancing, mencari ketam, mandi laut..

4. boleh lah berjalan sekitar tempat tu dengan melawat makam2 yang ada kat situ..

5. korang boleh ke batu lesung bila air surut..lebih kurang 1KM.. nampak dekat tapi sebenarnya mak aii jauh okay.. 


Acah-acah kuat
View tepi pantai
Batu putih kat belakang tu lah "Batu Lesung"
Cousin
Bak kata makcik dya, dya lompat macam sugar glider..haha
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page