Hatyai Below RM 200

✎dya bunga |⊙Monday, November 26, 2018| ☑


Trip Berdua Lebih Baik. Actually Mei lepas kitaorang berdua dah pergi hatyai-songkhla - kohlipe tapi disebabkan tak puas makan kt hatyai so kitaorang repeat pergi hatyai time hari malaysia. Dah kata repeat so trip ni pun trip last minit. 1 week before baru nak cari tiket bas dan baru nak book hotel. Nasib baik ada tiket lagi. Actually masa kitaorang banyak habis kat dalam bas.


Selekeh gila time ni. 

DAY 1 - HATYAI


  • Kitaorang sampai hatyai dalam pukul 1 lebih. 
  • Macam biasa beli simcard. tak ada internet susah oii nak guna maps. hehe
  • mula-mula tu ingat nak check in dulu tapi disebabkan dah terlampau lapar so singgah tempat favourite kita "Kai Tod Decha" 
  • dari tempat bas turunkan kitaorang tu ke kedai "Kai Tod Decha" jalan kaki 3 minit je.hehe.
  • disebabkan pergi time Malaysia -Public Holiday so kedai ni memang penuh orang Malaysia dan kena ambil nombor. sebab ramai sangat orang. 
  • Menu kitaorang macam dalam pic kat bawah ni. 
  • kitaorang book hotel room2u. Hotel ni okay sangat dekat sangat tempat makan.jalan kaki je tak perlu susah-susah nak naik grab atau tuk tuk.  tapi tulah bilik kitaorang atas sekali. 
  • Petang tu kitaorang ke Hatyai Floating Market. sampai situ je hujan renyai. lepas dah beli makanan terus hujan lebat.. so payah jugalah nak cari tempat duduk. 
  • lepas makan tu terus ke Asean Night Market.
  • Masa ni payah jugalah nak dapat grab. lastly kongsi dengan orang lain naik tuk tuk ke Asean Night Market.
  • Asean Night Market - Tingkat atas ada jual makanan. ingat nak beli makanan dengan akak pakai purdah so disebabkan kenyang lagi kitaorang dua terus shopping. kalau datang sini tak pernah tak penat. before this pergi pun penat gak.. penat pusing satu tempat ni kot. 
  • Balik tu ambil grab balik hotel letak barang dulu. 
  • Dalam pukul 11 terun balik jalan area Lee Garden Plaza. Actually misi beli air banana and beli susu tea pot. banyak jugalah masuk 7E area situ tapi air banana & susu tea pot tu tak ada stock.Pekerja tu cakap datang esok pukul 7 am. kena tunggu dorang restock. 
  •  Masa lepas beli banana pancake kitaorang try masuk 7E area bank cimb. Nasik baik ada air banana, Air coklat  coffee.. memang borong kat 7E situ je. 

COST DAY 1 = 535 bath

Transport - 175 bath
  • Grab Car : Hotel ke Floating Market - 175 bath/2 = 87.5 bath 
  • Tuk -tuk : Floating Market ke Asian Night Market 50bath seorang
  • Grab car : Asean Market - Room2u = 75bath /2 = 37.5bath 

Food - 210 bath

  • KaiTod Decha (Lunch) = 190bath/2 = 95bath
  • Klong Hae = Bihun Sup 80bath/2 = 40bath
  • Pulut mangga = 60bath / 2 = 30bath 
  • Teh ais khlong hae = 20bath 
  • Pancake = 50bath /2 = 25bath
Sim Card (AIS) - 300bath/2 = 150bath 
Sebelum keluar kita selfie dulu..





DAY 2 - HATYAI- KL 
  • kat hotel ni pagi ada sediakan air coffee and biskut. so alas perut kat hotel dulu. 
  • Lepas check out, tinggalkan beg kat hotel ini then sambung misi mencari susu teapot.haha. disebabkan memang ramai orang malaysia borong susu ni so kitaorang cari kat supermarket. 
  • So Day 2 memang borong susu teaport. then ambil beg terus ambil grab tinggalkan bag kat tempat bas. so terus ke Dim sum Chabura.(aku prefer dimsum dekat Zaina dimsum)
  • Then ambil tuk-tuk ke Kai Tod Decha. Disebabkan Still kenyang lagi aku just order nasi putih, tomyum dan Teh Ais. 
  • Disebabkan ada masa lagi so kitaorang ke Asean Night Market. Shopping apa yang patut. 
  • Then ambil grab ke Lee Garden. So jalan-jalan area situ. beli apa yang patut. sempat jugalah beli coklat.coklat tu memang sedap and comel pula tu. nak makan pun sayang. (Nama kedai Choco late by R&K)
  • Singgah sekejap kat Salma Restaurant beli teh ais. actually nak rasa je. tapi aku suka teh ais kat Kai Tod Decha
  • Dalam pukul 6.30  dah gerak balik KL

COST DAY 2 = 697 bath

Transport - 299 bath
  • Grab Car : Room2u- Tempat bas- Dimsum = 200 bath/2 = 100bath
  • Tuk-tuk : Dimsum Chabura - Kai Tod Decha = 100bath /2 - 50bath
  • Grab Car : Kai Tod Decha - Asian Night Market - 75bath
  • Grab Car : Asian Night Market - Lee Garden = 74bath 

Food - 398 bath
  • Dimsum Chabura : Sorang 158bath 
  • Kai Tod Decha : 120 bath (Tomyum, teh ais, Nasi Putih)
  • Teh ais (Salma Restaurant) - 20bath
  • Coklat 11pcs : 100bath



KAI TOD DECHA


makanan wajib bila datang sini

Baru kenal masa beli simcard. Satu bas pergi & balik




Floating Market 







First time naik tuk tuk


ASEAN NIGHT MARKET



Orang belakang muka happy bila kitaorang beli kasut kat situ.




DIMSUM CHABURA










OTHER COST 

SHOPPING 2 DAYS = 1,800 bath (aku letak je amount ni tapi sebenarnya lebih - tak ingat berapa)
  • Sandal = 100bath
  • Bag = 250bath
  • Baju = 180bath
  • Kasut = 250 bath
  • Tea Pot 7E = ??
  • Tea pot @ Mart = 135bath
  • Banana Milk, Coffee, = 480bath
  • Purse = 2pc = 100bath x 2 = 200 bath
  • Baju hujan = 30bath
HOTEL & BAS (RETURN) = RM 236.80

  • Hotel Room2U : RM 84.30 (Seorang) (Last minit booked)
  • Bas Suasana : (last minit booked kalau booked awal tic bas boleh dapat rm100 return)
    • Bas pergi : RM 70 
    • Bas balik : RM 82.50
      • Pergi : Delay dari TBS. Sepatutnya gerak pukul 11 malam tapi 12 lebih baru bas sampai. Tapi yang okaynya tak perlu nak tukar van atau tuktuk.Terus turun kat hatyai dan juga ada sediakan selimut dalam bas
      • Balik : Kena naik tuk tuk dulu sebab bas tak masuk hatyai. tak ada kenakan caj pun untuk naik tuk tuk. 


Total Perbelanjaan 2 Hari tidak termasuk shopping : 1,232 bath



**Trip Kali ini memang habis duit kat shopping je walaupun sebenarnya nak pergi sana sebab nak cari makan je. hehe.



5 comments:

  1. CCL kalau ke hatyai duit habis untuk makanan je , makanan kt sana memang memikat hati , tertarik dengan food presentation diorang

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Shopping sungguh ye Yaya.. menarik betul baca perjalanan Yaya.. Makan.. shopping pastu makan.. kikiki..

    ReplyDelete
  3. belum pernah ke Hatyai..baru riki2 tiket..nak JJCM jg..hiks..

    ReplyDelete
  4. trus rasa nak p trip next year....

    ReplyDelete
  5. wah bestnya!!! dekat dah dengan sha tapi tulah hahahaha parents tak bagi

    ReplyDelete

dah baca jangan lupa komen ye..
satu pun jadi lah..:)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page