Lang Tengah Island, Malaysia

✎dya bunga |⊙Thursday, September 06, 2018| ☑
Pulau Lang Tengah, Terengganu.. ( Pic ni tak edit okay)


Disebabkan impian nak ke Maldives tak tercapai lagi, dapat pergi pulau kat dalam Malaysia pun boleh lah..dan dya anggap pulau tu macam Maldives..sebab pantai yang sangat cantik..hehe..

sebenarnya trip ni dah lama.. Sebenarnya tak Plan pun nak ke Pulau Lang Tengah ni.. duduk borak-borak pasal pulau dengan sepupu. tup tup tengahari tu terus decided jomlah kita pergi. boleh pula petang ni boleh singgah mitsui.. sahaja window shopping then malam tu terus gerak pergi terengganu. actually chalet pun booked last minit.. so aku anggap ni trip redah je lah.

kitaorang sampai dalam kul 8 pagi.terus call orang tu. so orang tu pickup kat petrol pump, Marang. so agak excited bila dah naik boat ke pulau ni. actually first time dengar pasal pulau ni..hehe.. pulau ni berada ditengah-tengah antara pulau perhentian dan pulau redang.

bila dah nampak bayang pulau tu terus tambah excited. air dia sangat jernih. rasa macam nak terjun time tu jugak.haha.. tapi yang sedihnya kitaorang nak turun dari boat tu kat chalet tu tak ada jetty.. nak kena turun guna kerusi pula.dengan ombaknya lagi. Tapi tulah chalet yang kitaorang ambil tu tak berapa nak okay.. dah kata trip redah so tak sempat baca review pasal chalet tu. kat situ ada tiga chalet je. kitaorang ambil chalet yang paling murah. masa tu lebih kurang sorang bawah RM 350 untuk 3H2M. Chalet lain semua atas RM 500. tapi okaylah semua package tu all in termasuk snorkelling equipment dan juga makan.

Cuma tak syoknya bilik tu toilet tu tak berapa nk bersih. (sangat tak bersih, sampai kitaorang basuh sendiri) yang okaynya bilik tu betul-betul mengadap laut..so bangun pagi terus nampak pantai dan boleh snorkelling depan area chalet tu je. kat situ memang banyak sangat gamat. sampai geli tengok gamat..hehe.. Actually kalau korang jenis nak tempat yang tenang bolehlah pergi sini.

Aktiviti kat sana yang boleh korang buat bolehlah tengok tempat penyu bertelur. Actually ada group Volunteer ( Lang Tengah Turtle Watch) yang jaga penyu kat situ. Dorang akan stay minimum dua minggu dan dibayar. kebanyakkan yang join ni mat salleh.hehe.. If korang nak jadi volunteer bolehlah click www.langtengahturtlewatch.org  Masa kat sana Volunteer ada bagitahu tempat untuk buat aktiviti jumping cliff. Masa tu aku tak join pun tapi ada satu family ni ikut.. malam tu plak ada yang tunjuk coral. bila dia bawak naik atas benda tu bercahaya sikit..hehe.. tapi sorang kena bayar RM 3.  Volunteer tu juga ada juga nak bawa tengok sunrise. tapi kena hiking. tapi masa tu terbangun lambat..haha..so tengok sunrise dalam mimpi jelah..

Sebenarnya banyak je gambar kat sana tapi masa tu handphone aku terjatuh dalam laut. so ni je picture yang tinggal.








jernihkan air dia.. macam air swimming pool tapi ni tepi pantai je ni. 


konon-konon nak tengok sunset.haha.. tapi ni kat chalet lain.

nak turun dari situ kena turun pakai kerusi okay.






kena hiking dulu ye.. 



ni chalet lain okay.tapi orang tu bagi lepak situ. so kat situ tak ada orang marah if nk swimming kt situ.haha

**Actually ni entry tahun 2015..dah lama sangat draf..haha.. 

Balm Berasaskan Bahan Semulajadi - Tasneem Naturel Balm

✎dya bunga |⊙Wednesday, December 20, 2017| ☑




Harini dya nak kongsi produk untuk semua golongan iaitu sesuai untuk baby dan juga untuk orang dewasa..  Balm daripada Tasneem Natural..  Terdapat 4produk jenis balm iaitu CoughFlu Time,  Sleep Time,  Calm Time & Tummy Time. Tasneem Naturel Baby Balm adalah produk yang berasaskan  bahan semulajadi  dan 100% pati minyak (Essential Oil)  yang asli.. Dya pernah cuba Calm Time balm & Sleep Time.  Dya recommend yg dua ini untuk dewasa..lagi-lagi yang jenis susah nak tidur macam dya. Yang penting produk ini mempunyai kelulusan KKM.  So tak adalah was-was nak guna produk ini kan.








COGHFLU Time- Ramuan daripada Lemon,  Sweet Orange,  Eucalyptus, Cypress & Tea Tree
Balm ini bantu mengurangkan selesema dan cairkan kahak. Ia juga bantu tuntuk melegakan asthma dan juga mengurangkan suhu ketika demam..  So jika mempunyai anak yg masih kecil tu boleh gunakan balm ini. Calit sedikit balm dan sapukan pada hidung,  tekak,  tulang belakang, tapak kaki, dan dada.




CALM TIME
Ia diperbuat daripada Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Chamomile. Balm ini Memberikan keselesaan kepada bayi dan membantu anak lebih tenang. Selain itu ia juga dapat mengurangkan keletihan dan tekanan. Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan. So if kita yang dewasa ni rasa sedikit letih atau tertekan..  Boleh lah guba balm ni.. 





SLEEP TIME
Balm ini diperbuat daripada  Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang. Balm ini membantu anak supaya mudah tidur lena dan memabntu anak bangun dalam mood ceria. Ia dapat membaiki kualiti tidur.  Yang ini dya pernah cuba..  Memang bagus..  Bau pun sangat wangi..  Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan



TUMMY TIME
Balm ini diperbuat  Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper. Balm ini dapat  membuang angin dalam perut dan dapat membantu melegakan perut sebu dan kembung. Sapu pada perut dan tapak kaki bayi.



Betul-betul tidur lena..  Aunty dayah yang geram.. 





Satu balm ini harga Rm 49.00 dan satu set hanya Rm 196.00.
 Jika korang berminat boleh dapatkan seperti details dibawah..

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)
IG: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)
FB : TASNEEM NATUREL HQ
www.tasneemnaturel.com

kfry kl

✎dya bunga |⊙Monday, December 18, 2017| ☑


Harini dya nak share my experience makan kat kfry kat ioi putrajaya... Kfry ni merupakan. Kedai makanan korea.. Before this dya pernah makan di hanbing,  ioi putrajaya.. Branch di ioi ni baru buka.  Sebelum ada satu kedai di johor bahru..  Disebabkan baru buka so untuk makan disini memerlukan kesabaran..  Hehe..  Kat sini memang ramai sangat orang..  Dan kena beratur panjang.. So yang peminat makanan korea di sini boleh cuba makan disini..  Hehe..  


G26 CITY MALL, LEBUH IRC, IOI CITY 62502 PUTRAJAYA, Ioi Resort, Putrajaya, Selangor, Malaysia


With my DAA gossip group..  

Yg ini recommend.. Matcha..  😍



With my bff😍

Yg ni okalah..  Fried rice dan keliling dia telur

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page