fast and furious 8 @nazaworld

✎dya nasir |⊙Sunday, April 16, 2017| ☑

                                         



baru-baru ini my friend (Fatin) ada menang contest dari Naza World. dia dapat dua tic free so last minit dia ajak dya teman dia.. padahal sehari sebelum tu dia baru lepas tengok Fast & furious kat sunway pyramid juga. dalam kul 7 lebih tu kitaorang plan jumpa kat sunway. mula-mula tu ingat nak pergi ambil ticket dulu. tapi counter tak open lagi.  so kitaorang pergi beli makanan dulu lah.alas perut. padahal kenyang lagi.hehe..
dalam pukul 8 terus ambil ticket.. cuma tak sangka dapat tengok 3D. (Excited!) lepas tu terus bergambar kat photobooth. memang banyaklah kitaorang pose.hehe.. cuma kitaorang baru tahu sebelum tu dorang ada makan-makan kat bawah dengan artis..huhu. tak pelah.. janji dapat fast8 ni..haha.. 
sementara tunggu pukul 9 tu sempatlah bergambar dengan ultimate dan siti elizad. hehe.. movie Fast & Furious ni memang best!! korang patut tengok. yang dulu musuh ketat bila dalam fast furious jadi geng.. dya tak nak cerita korang patut tengok sendiri..

with siti elizad






KL Forest Eco Park, Bukit Nanas

✎dya nasir |⊙Tuesday, April 11, 2017| ☑



Ahad lepas (9 April 2017), dya, cousin dya (Mira) dan adik dya plan ke FRIM. Konon-kononnya nak merasalah pergi canopy walk kat FRIM tu. tapi bila kitaorang sampai je ticket sold out..kitaorang sampai pagi kot ticket dah sold out. disebabkan tak nak macam terkilan an dah sampai FRIM tapi tak bergambar so kitaorang bergambarlah area tempat beli ticket tu.haha. nak masuk ke FRIM ni kena bayar RM7.40. (40 sen tu GST ke?)

disebabkan motif utama kitaorang nak ke jambatan gantung. so tukar plan B. terus gerak ke KL Forest Eco Park. kitaorang ni asal je KL tapi tak pernah kesini pun.. For your information, Taman ni betul-betul berada di tengah Kuala Lumpur. so kalau korang teringin nak merasa hutan di kl bolehlah kesini. masuk percuma tapi if parking kena bayar RM 10. (aku baca kat google dalam tahun ni gak harga parking RM 6. naik mendadak? ) korang boleh parking bersebelahan Foresty Information Counter. untuk ke Canopy walk ni kena naik tangga sikit..yang penting naik canopy walk ni tak kena bayar..hehe. korang boleh berjalan sampai ke Menara KL. bak kata pekerja kat situ.dah alang-alang sampai terus jelah ke Menara KL. bayar parking mahal-mahal.haha.

dya rasa kitaorang habiskan masa dekat sejam jugalah..sejam bergambar sampai adik dya merungut..ajak balik..bosan tengok kitaorang bergambar.haha. so if hujung minggu tu tak tahu nak pergi mana bolehlah bawa anak-anak ke, anak buah ke, membe ke sini. cari kelainan sikit.hehe.. 

cara kesini? korang waze je Foresty Information Counter. haha.. sebab dya pun waze. tapi kalau tak jumpa juga kalau dari hotel istana tu korang terus je (arah nak ke Menara Kl) kalau ke Menara Kl akan ke kanan tapi tempat ni korang terus je. lebih kurang 1km korang akan jumpa Foresty Information Counter kat blah kanan korang. hehe.. 

tak dapat selfie kat canopy sini pun ok lah.

kecewa ticket sold out. jom balik!
ambil feel dulu sebelum naik canopy.hehe


panas oii
konon-konon gayat.
biar pic sendiri gelap janji menara kl nampak

okay bye!









Penang - JJCM 2017

✎dya nasir |⊙Monday, April 03, 2017| ☑


Sudah seminggu berlalu.. entry kali ini dya nak cerita our moment together di Penang walaupun pergi 2 hari 1 malam sahaja. kalau ikutkan plan asal memang banyak tempat nak pergi tapi kita hanya mampu merancang..hehe.. 

Trip kali ni hanya untuk makan sahaja.. datang ke penang hanya untuk mencari makan dan teman mak buyung mengidam nak makan masakan penang.hehe.. 

25 March

Kitaorang gerak Jam 6 pagi.. sampai penang lebih kurang nak dekat pukul 11 pagi. masa sampai je penang konon-konon nak naik feri tapi boleh tersalah pergi ke jambatan pulau pinang.. disebabkan sampai awal dan check in pun waktu tengahari so kami decided untuk pergi ke Rumah Kelahiran Pramlee. (boleh waze) walaupun pernah datang penang banyak kali but ni first time jejak kaki ke Rumah ni.. kat situ ada Gallery yang boleh kita lihat barang-barang yang pernah digunakan oleh Arwah Pramlee.. Rumah Pramlee ni bersebelahan dengan Gallery.. masuk adalah percuma. hehe.. 


disebabkan masing-masing sudah lapar so masa untuk mencari makan! so kedai makan pertama semestinya di Nasi Minyak Kassim Mustafa. kat sini memang terbaik. kitaorang makan lima orang lebih kurang RM50.00. tapi masa mula-mula cari kedai ni sesat gak lah(salahkan waze)..haha..salah taip nama kedai. hehe. sebab pelik dulu pergi tempat tu dekat dengan balai bomba tapi sampai dekat kedai area komtar.hehe.. 

so kitaorang check-in homestay di Jeluntong. actually sangat dekat.. hehe. view dari apartment ni sangat cantik.. boleh nampak laut..hehe.. rumah pun sangat okay..besar dan ada wifi. dya bagi link rumah tu je okay. klik sini 


petang tu boleh pula diaorang buat suprise untuk dya, celebrated birthday dya yang dah lama lepas..haha.. thanks guys!! love you!! Pas maghrib, kitaorang plan untuk ke Queensbay sementara tunggu mimi habis kerja. kedai seterusnya di Sri Anjung Kedai Bakar, Bayan Lepas.. actually kitaorang nak makan satu kedai ni tapi kedai tu dah tutup.. ada satu tempat yang femes, tapi mimi cakap tempat tu ada benda2 yang kurang enak didengar. so makan kat SRI ANJUNG jelah.hehe 
kat sini ikan siakap bakar dia terbaik.. selalu kita makan siakap tiga rasa yang sedapkan but kali ni yang tiga rasa kureng sedap tapi siakap bakar dia terbaik.. konon-kononnya sebelum makan ikan bakar tu kitaorang plan nak makan char keu teow area situ..situ char keu teow dia memang sedap tapi bila masing-masing dah kenyang so kitaorang decided balik apartment je lah.haha.. 

27 MARCH

pagi tu kitaorang hanya breakfast kat apartment jelah. yang lelaki pergi beli breakfast.hehe. tengahari tu kitaorang terus ke Street Art tapi cuaca pula tak berapa elok.hujan pula. tapi nasib baik sempat bergambar.if korang datang sini should try Coconut Ice Cream, Mama miya cocunut ice cream! ice cream dia sedap sangat..haha.

lepas tu mimi bawa kitaorang ke tempat jeruk pula! hehe.. wajib beli jeruk bila datang penang okay! dalam 500gm - RM 5. kedai tu dekat pasar chowrasta..




petang tu mimi bawa kitaorang ke restoran hameediyah, Bayan Lepas. hehe. situ nasi kandar dia memang ummppphh sedap..hehe. yang paling dya dengan eira nak rasa murtabak hameediyah..sedap oiii.. hehe..

Thanks Mimi & Jalil bawa kitaorang makan area penang dan belanja kitaorang makan. segan sangat dah ni.. tiap kali datang penang dibelanjanya makan..memang orang penang macam ni ke? hehe..


Rumah Pramlee


belakang dya ni gallery Pramlee




belakang dya ni rumah kelahiran pramlee.
teringat cerita seniman bujang lapok..




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
birthday celebration


macam tak percaya dah 26 tahun.. haha

the bee's


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Street Art, Cocunut Ice Cream

muka-muka tak rela nak balik kl..


mereka


aunty ajak selfie terus posing..

with mimi







daagossiptrip






 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page