Penyambut Tetamu yang comel..

✎dya nasir |⊙Friday, October 25, 2013| ☑


Tajuk entry ni memang syok sendiri..abaikan jelah tajuk entry ni ye.

walaupun event ni dah lama lepas tapi aku nak juga buat entry..hehe.. al-maklumlah lama tak update blogkan.. yang ni aku nak cerita masa kerja penyambut tetamu di  rumah terbuka.. disebabkan bosan tak tahu nak buat apa time cuti aku joinlah kerja jadi penyambut tetamu..yang seronok jadi penyambut tetamu ni boleh makan banyak mana kita nak..heheh.. makanan yang aku dengan membe aku tunggu mestilah daging kambing..hehe.. lepas lunch kitaorang terus dapat tugas..membe aku yang lain jaga di dalam dewan ( untunglah jaga kat dalam dewan tu) yang aku dengan eika kena jaga bahagian tengah.. yang paling tak seronok bila dah pakai kasut tinggi kena bawa tetamu vip ini pergi meja vip (aku ni dah lah tak suka pakai kasut tinggi-tinggi ni..sedar diri ini rendah..hehe)..terpaksalah berjalan  dengan agak perlahan...hehe..kang tersandung aku yang malu. hehe..

agak penat jugalah berdiri lama dengan pakai kasut tinggi..aku ni dah lah jarang pakai kasut cam tu..kalau pakai pun sebab terpaksa je..hehe..lepas PM sampai je aku dengan eika mulakan aktiviti kitaorang. .hehe..aktiviti makan.. banyak-banyak makanan aku paling suka cendol..hehe..lemak berkrim.. walaupun aku ni jenis tak makan banyak tapi dapatlah merasa semua makanan kat situ.. lepas makan aktiviti bergambar pula..hehe..mengalahkan artis pula kitaorang ni kan.. main suruh je orang-orang sekiling kitaorang tu tolong tangkapkan picture kitaorang..haha.. 

tapi yang penting diaorang semua memang sporting..






Pulau Tioman - Day 2

✎dya nasir |⊙Thursday, October 10, 2013| ☑

sambungan dari Tioman Island part 1 dan Pulau Tioman part 2 (berdua lebih baik)

Hari ini aku nak cerita pengalaman aku bercuti di Pulau Tioman pada hari kedua.. Hari kedua ni aktiviti kami mestilah snorkelling dan shopping..yeayy!! aktiviti yang paling kami tunggu.. agak sedikit kecewa sebab masa tengah snorkelling tu aku boleh pula muntah..hahaha.. membe aku cakap aku mabuk laut.. tapi aku tak akan ngaku okay yang aku ni mabuk laut..hahaha..sebab first time dalam hidup aku muntah semasa tengah snorkelling..hehe..

niat dihati nak diving tapi bajet kami lari so kami hanya mampu snorkelling..lagipun kitaorang tak ada lesen lagi nak diving..
 yang penting kitaorang dapat tengok ikan..tempat pertama kitaorang pergi adalah Pulau Renggis.. time ni agak sedih sedikit sebab tak boleh nak bergambar.. aku tak bawak pula tali nak gantung handphone kat leher dan amoi pula tak ada casing waterproof..memang agak terkilan lah..kalau tak mesti dapat snap pic ikan..

bersama kawan-kawan baru
terasa kejap sangat snorkelling kat Pulau Renggis ni.. khusyuk sangat tengok ikan.. sampai amoi naik atas bos pun aku tak perasan..hehe.. bila tengok ikan berenang aku hanya mampu ucap subhanaallah.. memang cantik ciptaan Allah.. disebabkan laut agak bergelora masa kitaorang tengah snorkelling tu, aku masa tu memang nak muntah..sebab tengok ada budak muntah depan aku dengan amoii.. bila orang yang bawa kitaorang tu cakap "kalau nak muntah, muntah je kat laut tu..lepas muntah tu memang akan ok..tak rasa nak muntah dah.." memang aku muntah okay..dan ikan-ikan tu berkerumun kat badan aku..hahaha..agak geli pun ada..

lepas tu kitaorang pergi ke taman laut pula.. kat taman laut tu aku dengan amoi tak snorkelling pun sebab pening dan ramai sangat orang..hehe..so kitaorang lepak-lepak tepi pantai je sambil bergambar.. masa inilah kitaorang kenal dengan mary an and husband dia.. so time ni dah rapat dah dengan diaorang sebab dorang pun bertiga je.. lagi satu time ni juga kitaorang dah mula bertegur dengan adi..hehe.. bila borak macam dah lama kenal pula an..hehe..

muka kami yang pucat..hehe tapi bila depan camera hilang pucat..
lepas lunch dan snorkelling kat taman laut kitaorang ke kampung tengkek pula..yeay!! masa untuk shopping!!.. kitaorang ke kedai duty fee shop..masa ni lah dapat beli casing waterproof dan tali untuk handphone aku..so time tu asyik berfikir nak beli apa tuk ole-ole untuk family dan kawan-kawan kitaorang..aku dengan amoi memang beli coklat je.hehe.. (ni yang rasa macam nak pergi langkawi ni) bila puas bershopping masa untuk balik ke chalet..

bila sampai ke kampung genting kitaorang sambung cari ole-ole kat situ..mula-mula ingat nak berbasikal pusing pulau tapi macam tak seronok pula bila berdua je an.so kitaorang jalan kaki pusing satu kampung..hehehe.. bila tak panas barulah boleh sambung mandi laut..hehe.. tu yang seronok tu..tapi rasa menyesal pula sebab pulangkan google awal..  tapi yang penting kitaorang dah boleh bergambar dalam air..hehe..

bersama dengan adrian dan marry an 
malam pula, masa untuk bbq...tapi kitaorang ni tak kuat makan..makan sikit je..hehe.. lepas makan pergi beli ole-ole,keychain..kitaorang juga buat keychain pic kitaorang berdua..hehe.. lepas tu kitaorang pergi lepak kat jetty..tenang sangat..boleh tengok budak-budak ni memancing.. bila duduk kat jetty tu memang boleh dengarlah orang berkaroke..haha..kitaorang dapat lepak kat jetty kejap je sebab dah hujan renyai dan bunyi guruh..

malam tu sedih sangat sebab fikir esok nak pulang ke kl..





aku dan adi..
ikan lari pula time ni



muka happy dah dapat shopping



fikir masa depan..hehe
aku dan amoi
ada yang tanya siapa yang ambil pic kitaorang berdua..kitaorang minta tolong orang ambil an pic kitaorang berdua..hehehe.. 

wordless wednesday

✎dya nasir |⊙Wednesday, October 09, 2013| ☑
Semua perasan jadi retis..hahaha

Tioman Island - Berdua lebih Baik (Part 2)

✎dya nasir |⊙Tuesday, October 08, 2013| ☑



ni sambungan dari part 1 (Tioman Island - Berdua lebih Baik Part 1 )

         kitaorang sampai kat kampung genting dalam pukul 9 pagi.. disebabkan terlalu penat dan tak cukup tidur kitaorg amik keputusan nak tidur sekejap nak hilangkan penat.. almaklumlah aku ni kalau naik bas memang tak boleh tidur.. first day kat tioman macam agak kebosanan sikit sebab tak tahu nak buat apa..

kitaorang mulakan aktiviti dengan lunch dulu.. hehe.. lepas makan mulalah aktiviti kami dengan bergambar.. masing-masing nak jadi macam model..hahaha.. hari pertama handphone dah penuh dengan gambar..kau tangkap gambar aku, aku tangkap gambar kau..hehehe.. balik bilik blutooth sebab nak upload kat instagram..hahahah..

petang pula, kitaorang jalan-jalan sekitar kampung.. sambil berjalan sambil bergambar.. ( nampak an masing-masing gila bergambar) dan aku rasa lebih 5x keluar masuk kat kedai yang sama..sebab tak tahu nak buat apa.. mula-mula plan nak naik basikal tapi tak jadi sebab seronok tengok orang mandi laut.. kitaorang tak mandi laut pun sebab fikir sape nak jaga barang berharga kitaorang ni.. tapi hari kedua memang kitaorang plan nak mandi laut sampai ke petang.. yang kitaorang pelik kitaorang jalan je mesti orang akan pandang..

malam pula lagi kitaorang bertambah bosan sebab masa tu cuaca tak begitu baik..nak hujan..so dapat lepak kejap..nak tengok super spontan pun tak dapat.. malam tu kitaorang lepak tepi pantai..tenangkan fikiran..memang tenang sangat..tak ada bunyi kereta, bunyi hon kenderaan..  hilang tekanan walaupun  dapat lepak sekejap je..













Semakin Hari Semakin Tua..

✎dya nasir |⊙Monday, October 07, 2013| ☑

Pertama kali aku jumpa kau first tanggapan aku pada kau. Kau ni seorang yang sombong. (kau bayangkan aku cakap ni aku buat muka sekali. ) aku rasa kita start kenal masa kita semester satu. Tapi kita cuma tegur gitu-gitu jekan.. 

Masuk semester 2 kita dapat satu kelas lagi. Time semester dua tu kita kena tukar kelas dari  group A ke group B.. ((kau suka ikut aku ea?? Haha.. Kemana aku pergi mesti ada kau.. ) aku rasa masa tu kita macam dah selalu tegur kan?? 

Semester 3 sampai grade kita satu kelas yg sama. Tapi masa kita sems3 kita dah mula rapatkan?? (tolonglah angguk kepala kau.. Hehe) kita punya result mesti lebih kurangkan. Kalau bab jadi ketua group ni aku tahu kau mesti tak nak an?? Tapi aku dengan eira memang akan suruh kau jadi ketua group juga.. Haha..

Kalau bab kerja part time banquet mesti aku cari kau an.. Rindu plak nak kerja tu. 

Sebenarnya motif buat entry ni sebab nak cakap kau dah tua je.. Hahaha.. Tolonglah jangan perasan kau lagi muuda dari aku ye.. 

Happy Birthday Siti Nazira ke 22 tahun. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Semoga friendship kita ni kekal sampai bila-bila..  

Lupa nak bagitau hadiah kau tu aku dah post kat mimpi kau. Haha.. Sorry ye sayang tak wish awal pula.:P

#abaikan typo aku tu.. Kalau nampak salah ejaan tu tolong buat-buat tak nampak ye. :)


Broga Hill with classmates

✎dya nasir |⊙Thursday, October 03, 2013| ☑

rindunya nak update blog ni.. banyak benda nak cerita..tapi tak tahu nak cerita dari mana..hehehe. aku nak cerita aktiviti aku yang paling latestlah.. jumaat lepas aku dengan classmates aku cadang nak pergi naik bukit broga..kitaorang pergi dalam sembilan orang.. tapi aku dengan membe aku tak confirm lagi sebab kitaorang berdua ada kelas petang tu.. Mula-mula kitaorang berdua cakap tak jadi join tapi membe aku ni plak last2 minit cakap nak join..malam tu kitaorang tidur sejam je..

dalam pukul 3.30 pagi si eika ni ambil aku kat rumah dan membe aku yang lain tunggu kat tesco kajang.. sebelum gerak pergi kajang tu kitaorang berdua ni sempat lagi mcd drive-tru..hahah..alas perut dulu.. dalam kul 5pagi kitaorang naik broga.. sampai atas dalam kul 6 lebih..kitaorang tak naik sampai puncak pun..hehehe..sebab ramai yang tak nak naik sampai atas.. jadi apa lagi aktiviti bergambar kami pun bermula..hahaha..macam-macam posing bila bergambar.. bawa camera canggih tapi camera enset jugak yang kitaorang guna..hehehe



aku rasa time nak bergambar tu suara kitaorang je yang dengar..nampak tak yang kami ni betul-betul kecoh.. naik bukit kecoh turun bukit lagi lah kecoh..hahaha.. kitaorang turun dalam pukul 8.. beratus jugalah gambar yang kitaorang tangkap..hahaha...   lepas tu kitaorang pergi breakfast kat bangi.. kat kedai makan tu pun kecoh jugak..haha.adoii.. segan pun ada.hahah.. lepas breakfast aku dengan eika masih berfikir nak pergi kelas ke tak nak.. kitaorang berdua 50-50 nak pergi ke kelas.. disebabkan terlalu penat singgah rumah aku dulu rehat..akhirnya kami pergi kelas jugak..

makanan yang kitoarang beli masa drive tru tu kitaorang makan dalam kelas..haha.. nasib baik duduk belakang..boleh curi-curi makan.. jom layan picture kat bawah ni..










Tioman Island - Berdua Lebih Baik Part 1

✎dya nasir |⊙Wednesday, October 02, 2013| ☑


Assalamulaikum.. hari ni aku nak cerita pasal bulan lepas aku pergi bercuti dengan kawan baik aku, amoi.. kitaorang pergi bercuti di pulau tioman.. kitaorang berdua pergi situ tanpa booking tiket bas dengan hotel.. kirannya kitaorang pergi ni jenis main redah je..hahaha.. kitaorang berdua berkumpul kat TBS dalam kul 9.. sebab fikir nak beli tiket bas.. mula-mula kitaorang berdua cadang nak beli tiket dalam kul 11.30 tapi tak de tiket pula so terpaksalah beli tiket pukul 10.30 malam.

Sampai mersing dalam pukul 3 pagi.. bila sampai kat stesen bas mersing kitaorang ni mati kutu nak buat apa.. jadi kitaorang cadang nak pergi lepak kat kedai mamak.. tapi kedai mamak pula jauh. nak tak nak terpaksa lah berjalan..disebabkan masa tengah jalan tu ternampak macam orang kurang waras jadi kitaorangpatah balik nak pergi stesen bas.nasib baik atas pelancong asing dari mana ntah..kitaorang ikut gorup dorang jalan pergi jetty mersing..sekurang-kurangnya selamatlah jugak ikut gorup dari Iran ni.. dari situlah kitaorang berkenalan dengan Olivia (bkn nama sebenar)..disebabkan baru pukul 4 pagi terpaksa lah kitaorang ni cari kedai mamak dengan olivia.. Olivia ni kitaorang kenal masa dalam bas..hhehehe..



olivia ni dari Rusia datang melancong ke Malaysia.. jadi slang rusia dia tu memang pekat dan sukar kitaorang nak faham.hahaha.bayangkan macam ayam dengan itik kitaorang berborak.ahaha..nasib baik ada google translate.. bila sampai kedai mamak kitoarang pun bagilah si Olivia rasa roti canai.. tapi dia pelik kenapa roti canai kitaorang ni banjir dan roti canai dia tu tak banjir..haha.

dalam pukul 6.30 kitaorang pergi jetty nak cari pakej..kalau tak ada alamatnya terpaksa lah tidur tepi jalan.haha.. Alhamdulillah..nasib baik ada pakej..tapi tempat tu tak seperti tempat kitaorang nak pergi..kitaorang nak pergi kampung salang tapi dapat kampung genting...nak buat macam mana kan terima sajalah..daripada tidur tepi jalan. pakej kitaorang amik tu dalam rm320.. ferry tu pula kitaorang terpaksa beli ferry pukul 9 sebab time tu tiket rm35..kalau pukul 7 tiket dalam rm55.. Alahamdulillah..rezeki kami dapat naik ferry pukul 7 tapi bayar rm35..hehehe...

yang seterusnya sambung part 2 lah..hehehe

raya lagi

✎dya nasir |⊙Friday, August 23, 2013| ☑


Halluu.. Hari ini dya nak cite pasal beraya kat kampung.. Tahun ni tak berapa nak berjalan.. Sebab atuk kurang sihat. Raya kedua kitaorang gerak balik negeri sembilan.. Makcik-makcik blah mak aku join sekali.. Hehe.. First sekali kitaorang singgah ke kampung cik mawar kat air mawang. Sebenarnya umh nenek aku ngn kg cik mawar ni dekat sangat. Hehe.. Kitaorang beraya kt umah cik mawar dulu lepas tu baru semua pergi umah nenek aku..

DIsebabkan hari tu hari jumaat, kitaorang yang perempuan ni tinggal kat rumah cik mawar dulu sementara yang lelaki pergi solat jumaat.

Lepas beraya kt rumah cik mawar kitaorang gerak ke rumah nenek aku. Malam tu family adik mama aku join tidur kampung.. Hehe..lepas makcik dan pakcik aku beraya kt rumah nenek aku, kitaorang gerak pergi segamat.. Beraya rumah saudara mak aku.... Lepas beraya kt segamaat kitaorang berpecah.. Family pak ngah aku pergi ke jb dan family cik na ikut family aku tidur rumah nenek aku. Hehe..

YAng seronok pasal kampung ni kalau bab tidur kt kampung. Sejuk.. Tak payah on aircon. Hehe.. Jom layan picture dibawah..tengok lah sampai muntah ye. Sebab pic orang yang sama je.. Heheh..








RAya yang seterusnya aku beraya dengan buku.. Hehehe..

I'm Free

✎dya nasir |⊙Thursday, August 22, 2013| ☑

lama tak menaip..terasa janggal sangat.. sekarang dya tengah cuti sems dan tengah free.. boleh lah BW.. series rindu sangat nak BW.. tunggu dya terjah ye..hehe.. sebenarnya banyak gila dya nak cerita..tapi asyik tak ada masa je nak menaip..sebab busy dengan kelas..dan short sems betul-betul buat dya agak sedikit kelam kabut.. Selamat Hari Raya..rasanya tak terlewat lagi kan dya nk cakap selamat hari raya..kalau free jemputlah datang beraya ke rumah dya..

hari ini dya nak cerita masa hari raya pertama.. Tahun ni dya beraya kat KL je (blah mama dya).. tapi meriah okay..hehe.. sebab pagi-pagi dah kecoh..hehe.. kecoh bersalaman dan yang tak kerja lagi ni kecoh beratur kumpul duit raya..hehe.. termasuk lah dya.. setiap tahun kitaorang akan beratur ikut umur dan bersalam-salaman. dan yang paling seronok part bergambar.. sampai tak tahu nak pandang camera yang mana satu..sebab terlalu banyak camera..hahahaa..

aktiviti wajib pada setiap tahun ialah ziarah kubur arwah atuk, nenek dan arwah ucu.. lepas tu kitaorang pergi beraya ke rumah atuk angah kat ampang.. itu pun macam aktiviti wajib juga.. setiap tahun lepas ke kubur kitorang akan beraya ke rumah atuk angah. hihihi.. jom layan gambar-gambar dibawah ye.. :)














Happy birthday dear!

✎dya nasir |⊙Sunday, June 16, 2013| ☑



Masa mula jumpa kau, perkara pertama terlintas di fikiran aku, budak ni macam sombong dan garang je.. Macam nak cari gaduh dengan aku je.. Tapi bila kita dah bertegur, rupanya kau bukannya sombong seperti yang aku sangka.. Hehe

Bila time dalam kelas, kalau kau tak datang mesti orang pelik dengan kita bertiga kan?? Sebab tak cukup kuota. Haha.. 

Yang bagusnya bila dapat result, markah kita mesti lebih kurang. Haha..Yang kelakarnya setiap sems mesti kita bertukar hali group assigmentkan. Tapi kita dua tetap satu group.

kalau aku putus cinta mesti aku cari kau kan?? Kau an doktor cinta aku..hahaha..

 Yang aku tak puas hati pasal kau bab karoke.. Bila aku nyanyi lagu "mengapa" mesti kau dh get ready dengan mic nak menyibuk nyanyi sekali. Haha.. 

Ada lagi aku tak puas hati dengan kau..baru-baru ni kau dengan naz bagi aku hadiah ular tuk birthday aku?!!! Huargghhh!!! Jahat!! Jahat!!! Aku dah agak dah ada ular dalam kotak tu. Walaupun bukan ular betul tapi aku still geli geliman okay!! 

sebenarnya kalau boleh tak nak wish birthday kau tapi takut kau nangis pula.. Haha. 

HAPPY BIRTHDAY EIRA yang ke 22 !! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yang halal. Semoga persahabatan kita kekal ke akhir hayat.

 Jap. Jap. Tercicir sesuatu sebenarnya aku nak cakap aku tunggu nak makan nasi minyak dari kau dengan acong... Lalalaalal~






hitam seperti arang..

✎dya nasir |⊙Monday, June 10, 2013| ☑

Hari ini aku nak cerita pasal aku kerja di jom heboh, putrajaya.. Hehe.. Gara-gara kerja kat situ lah muka aku jadi hitam seperti arang..hehe.. Macam melampau pula ayat tukan..

sebenarnya aku kerja kat situ sehari je.. Cerita macam kerja dua tiga hari je kan.haha.. Sepatutnya aku kerja dua hari, sabtu dan ahad tapi masa hari sabtu tu aku dah x larat sangat.. Penat sangat. Mana taknya satu hari berjemur. Kena berdiri dari pagi sampai malam. Rasa macam nak tercabut kaki ni berdiri..

tapi seronok walaupun kerja sehari je sebab first time aku kerja macam ni.. Jumpa ramai orang. Sepatutnya aku kerja sekali dengan bestfriend aku tapi pagi tu dia tak dapat datang. Tinggallah aku keseorangan tanpa teman. Ceh..

walaupun seorang je tapi budak-budak yang kerja sekali tu boleh ngam dengan aku pula. Siap boleh bergambar lagi..


Gambar kat atas ni aku dengan bestfriend aku, della.. Della pun kerja masa tu tapi dia kat tempat hari belia.. Aku kat jom heboh. Hehe..kebetulan pula boleh jumpa.. Kan della kan?? Hehe. Bak kata della kalau baju aku kuning mesti muka aku ikut jadi warna kuning.. Nampak tak muka aku dah gelap sangat.






WW : BUNGA KU SAYANG

✎dya nasir |⊙Wednesday, June 05, 2013| ☑



Hye semua.. Lama tak letak pic si bunga ni. Bunga pun pandai pose tau. Agak- agak bunga ada bakat tak nak jadi model?? Hahaha


 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page