Post kat sini untuk jadi memori untuk aku.
DAY 1 - SURABAYA - YOGYAKARTA
( 14 SEPTEMBER 2024)
- Flight kitaorang petang, so set masa berkumpul dekat KLIA jam 10am. This time try Airlines Superjet. Ticket dah include baggage 20kg.
- Kitaorang plan nak ke Yogyakarta tapi turun Surabaya dulu. lepas tu naik van ke Jogja. Actually ticket jogja mahal sangat tu yang decide kita turun Surabaya.
- Awal plan tu berlima plan nak stay area Surabaya dulu lepastu naik Train ke Jogja. tapi disebabkan dah jadi 8orang kitaorang plan just hire Supir je. Lagipun Supir tu aku kenal masa Trip Bromo.
- Sampai Juanda Airport Jam 6pm tapi lama tunggu beg keluar. nak dekat sejam tunggu.
- lepas ambil beg, tunggu supir lagi. Aku sempat pergi ATM withdraw duit.
- Disebabkan masing-masing dah kelaparan, kitaorang singgah makan dulu.
- Perjalanan kitaorang dari Surabaya ke Malioboro,Jogja hampir 8jam. Kitaorang singgah Malang dulu ambil 2nd Driver. Lepas tu terus gerak ke Yogyakarta. Sampai Malioboro Jam 3am.
Cost Day 1
- Flight Surabaya, Superjet airlines 20kg : Rm 193.73/pax
- Hotel Grand Malioboro Yogyakarta 3malam : Rm 231.34/pax
- Supir untuk 8 hari : Rm 626.10/pax
- Cash - Makan untuk 8 hari : Rp 1,200.000
- Cash - Transport, Ticket & Activities : Rp 1,200.000
DAY 2 - YOGYAKARTA - STUDIO ALAM GLAMPONG, MASJID GEDHE KERATON, ALUN-ALUN KIDUL & MALIOBORO
(15 SEPTEMBER 2024)
- Day 2 ni kitaorang gerak lewat sikit sebab plan hari kedua just jalan-jalan area town je. Lepas breakfast, kitaorang gerak ke Studio Alam Glampong.
- Kitaorang terus beli ticket untuk lima tempat dan Trem (return). Tapi sebelum beli tu dorang akan bagi tabung sumbangan seikhlas hati (entrance Fee). Dah lepas bagi sumbangan baru boleh pergi ke kaunter ticket.
- Ticket tu cover tempat Museum Bumi Manusia, Museum Habibie Ainun, Antique Gallery, Rumah hantu dan Kereta Tua (Trem).
- Kereta Tua (Trem) – you guys should try naik kereta tua zaman-zaman dulu. Ini kitaorang naik pergi je. Balik kitorang just jalan kaki je.
- Antique Gallery – Tempat pertama kitaorang masuk. Ada banyak spot boleh bergambar. Masa masuk sini jadi keliru cari pintu keluar. Pintu keluar tu tak menyakinkan haha.
- Museum Habibie Ainun – tempat shooting Filem Habibie Ainun. Ada banyak spot boleh bergambar.
- Museum Bumi Manusia – Rumah banglo ni besar. ini pun Lokasi shooting. Tingkat bawah vibe seram-seram filem rumah hantu. Tingkat atas Lokasi Bumi Manusia kalau tak silap aku. Time ramai syok explore setiap sudut tapi bila tak ramai orang jadi seram nak explore haha
- Rumah hantu – Tempat terakhir kitaorang singgah. Tapi kitaorang masuk suku je tak masuk sampai habis. Terpaksa wak rumah hantu tu ambil kitaorang. Tapi malu jugalah, kena lalu pintu masuk. Dah kantoi kami ni penakut haha
Masjid Ghede Keraton
- On the way ke Masjid Ghede Keraton, kitaorang singgah Kedai Gudeng Yu Djum. Try makan makanan kat sini. Tapi maknana Kurang Kena dengan tekak kitaorang. Tapi jus Jeruk dia sedap. Tak cukup satu.
- Bila sampai Masjid, orang tu cakap malam ada event sambutan Maulidur Rasul. Better park van diluar. Masa azan tu memang dah ramai orang kat Masjid. Kat luar-luar masjid ada gerai-gerai makan. Sempat try minum Es Teler kat sini. Fresh and sangat sedap.
- Mula-mula rasa Es Teler dari Ammar. Dia ada order bila dah rasa tu sedap terus order.
Malioboro Street
- Next kitaorang singgah Hotel untuk rest sekejap. Dalam 30minit tu keluar Jalan-jalan area Malioboro street. Ramai sangat orang time ni. Yelah sini pun cuti. dah macam kat jalan tar time bulan puasa.
- Kat sini ole-ole murah. Rasa rugi plak tak beli ole-ole time ni. Nak beli Bakpia pun kitaorang tak sanggup nak beratur. Ramai gila orang.
- Tempat pertama kitaorang singgah adalah Mall hehe. singgah watson. ada yang nak cari perfume lah, cleanserlah, makeup lah.
- Keluar je Mall kitaorang berpecah. yang lelaki nak cari baju batik yang perempuan nak cari sandal untuk aktiviti esok.
- Lepas shopping tu plan nak jumpa kat Tugu Jogja tapi yang girls ni salah tengok maps. haha pergi arah bertentangan. terpaksa patah balik. lepas tu masing-masing dah tak larat nak jalan ke Tugu Jogja tu.
- Kitaorang dinner area Stesen Keretaapi Jogja. Gerai biasa je. Tapi makanan tu kena dengan tekak kitaorang. Sampai tak cukup sepinggan.
- On the way balik hotel tu singgah Alfa mart beli roti untuk breakfast esok. Esok pagi-pagi lepas subuh nak keluar.
Cost Day 2Meals tu aku dah include 1.2juta(Perpax) untuk 8hariEntrance :Studio Alam Glampong (4 Museum & Trem ) : Rp 50.000/paxEntrance Fee Studio Alam Glampong : Seikhlas Hati. (Rp 50.000 - Satu Group) .
DAY 3 - GOA PINDUL - TUBING SUNGAI OYA - PANTAI TIMANG (16 SEPTEMBER 2024)
Lepas subuh kitaorang terus gerak ke tempat Goa Pindul. Aku dah booking awal and dah bayar deposit untuk tiga aktiviti untuk Day 3. Perjalanan ambil masa dalam 2jam lebih.
- Aku book first slot jam 7am. Tapi kitaorang sampai awal setengah jam. Lepak kat tempat tu dulu sambil borak pasal rumah hantu masuk separuh jalan je haha. Bergambar dulu.
Adventure Offroad Jeep.
- First aktiviti untuk day 3 adalah Adventure Offroad Jeep.
- Awalnya kitaorang ingat offroad biasa lalu jalan-jalan kampung tapi bila dah naik jeep tu memang adventure.
- Awal perjalanan tu kita akan tengok pemandangan kampung-kampung area situ, masuk Kawasan kebun, sambil tu dia explain pokok kayu putih, masa kitaorang pergi tu musim kemarau (Panas). Ada setengah kebun ada bekas tanah terbakar. Lepas tu terus lalu offroad, Sungai-sungai.
- Supir jeep berhenti checkpoint untuk kita rest dan bergambar. Kitaorang order air kelapa dan makan gorengan. Masing-masing dah kelaparan makan je apa yang ada. Walaupun dalam van tadi dah makan roti. Haha.
- Yang bestnya slot paling awal ni tak ada orang lagi. So, rasa best nak bergambar tak adalah malu nk bergambar depan orang kan.
- Next kitaorang sambung perjalanan adventure. Sepatutnya laluan sungai bawah tu berair, berlumpur. Tapi Sungai kering. So kitaorang naik adventure tu memang bersih, kitaorang semua basah masa kat area Sungai tu tapi basah tanpa sebarang lumpur. Haha.
Goa Pindul
- Next activity kitaorang ke Goa Pindul. Goa Pindul dengan base camp tu dekat je. Tak sampai 5 minit jalan kaki. Tapi masing-masing akan bawa pelampung masing-masing ke Goa Pindul.
- Time ni supir-supir kitaorang join sekali aktiviti kat Goa Pindul & Sungai Oya.
- Tour guide tu brief handphone, camera tanggungjawab sendiri. Sebab ke dalam goa pindul tu dalam. Kalau terjatuh dalam air memang tak akan jumpa. So kitaorang decided hire photographer untuk ambil gambar & video kitaorang. Rp200.000
- Tour guide tu akan Tarik kita sambil explain mengenai Goa. Sepanjang perjalanan dia akan explain mengenai Goa Pindul.Contoh mengenai air gua, Batu-batu di Goa Pindul. Sebelum tamat aktiviti, kita diberi pilihan untuk Cliff jumping. Aku adalah try tapi cukuplah sekali. Kawan-kawan aku lebih sekali buat cliff jumping.
Meet new friend |
Tubing at Sungai Oya
- Last activity kat sini. Tubing di Sungai Oya. untuk ke sini kita akan naik lori, dia akan bawa ke Sungai Oya. kat sini dia tak ada explain pape just bawa kita.
- Kat sini ada 2 spots untuk cliff jumping. Aku tak try aku tengok dorang buat cliff jumping dari tempat pelampung. Tebing tu terlalu tinggi untuk aku terjun.
- Tapi hati ini tak kuat tengok air Sungai sejuk macam tu, aku geram.so aku just mandi Sungai je.
- Sementara tunggu lori tu datang ambil, kitaorang rest kat gerai tepi tu beli air. Dan pulang semula ke base camp.
- Kitaorang Bersiap mandi & solat kat sini and teruskan perjalanan ke next destination.
Aris Lobster
- Perjalanan dari base camp Goa Pindul ke Pantai Timang lebih kurang sejam lebih. Masuk je van masing-masing tertidur kepenatan.
- Jeep kat Pantai timang aku dah booking awal. Aku dapat nombor dari tiktok. Senang deal dengan mas ni. Sampai situ kitaorang singgah lunch dulu. Masing-masing dah kelaparan sangat. Aku order 3 set untuk 10orang makan termasuk supir-supir kitaorang. Satu set tu ada lobster (boleh pilih nak masa apa), ikan bakar, sayuran, sotong & udang goreng. Satu set Rp 650.000
- Lepas makan kitaorang terus naik jeep ke Pantai Timang. Kat sini ramai Malaysian haha. Disebabkan ramai orang and lama nak tunggu, dia suggest pergi lalu jambatan gantung balik naik gondola. kalau pergi naik gondola maybe kena tunggu lama. area pergi ramai yang beratur.
- Jambatan gantung tu memang tak ada dalam plan kitaorang tapi tak sanggup nk tunggu lama. kitaorang ambil jelah pergi lalu jambatan gantung walaupun dalam hati ini cuak sangat.
- Sepanjang jalan tu akan ada orang tolong record kan video, just bagi phone je kat dia. nanti kat seberang tu pun dia akan tolong ambilkan gambar.
- Masa dia ambilkan gambar tu risau je phone jatuh ke bawah.
- Masa balik tu sementara tunggu turn, kitaorang jalan-jalan kat bawah ambil gambar kat situ.
- yang bestnya aku dapat tengok sunset kat situ. Subhan Allah, cantik sangat pemandangan time tu.
- Masa naik gondola tu tak sampai seminit dah sampai.haha nice experience. naik jambatan lima minit. hahaha
- On the Way balik ke Kedai makan Aris lobster tu dah gelap. Masing-masing time tu dah kepenatan.
Bakso Prisma
- Untuk dinner malam tu kitaorang random je cari kedai makan yang masih buka. sementara tunggu baju kat dobi siap.
- Bakso kat sini no bad. ada yang tambah portion. haha harga pun murah.
Cost Day 3
- Jeep Offroad Adventure : Rp 400.00/Jeep
- Pakej Goa Pindul & Sg Oya : Rp 80.000/pax
- Pantai Timang Jeep : Rp 500.000/Jeep
- Pantai Timang Jambatan Gantung : Rp 150.000/pax
- Gondola Pantai Timang : Rp 200.000/pax
DAY 4 - PUNCAK SEGORO, BHUMI MERAPI, KOPI KLOTOK & CANDI PLAOSAN
(17 SEPTEMBER 2024)
- Day 4 merupakan hari terakhir kitaorang di Jogja. lepas breakfast & checkout kitaorang terus ke Puncak Segoro.
- Perjalanan dari Malioboro ke Puncak Segoro sejam lebih. Kitaorang pilih ticket Segoro Hinggil. yang ini include gondola. Actually plan asal nak ke Cliff Bar tapi salah beli tiket. Cliff Bar view macam lagi cantik walaupun tak ada service gondola.
- Next destination ke Bhumi Merapi. Tempat ni sesuai untuk bawa kanak-kanak. ada mini zoo. kitaorang ke sini untuk bergambar kat area Santorini je. tapi yang minat bergambar & nak video boleh lah kesini. tapi bagi aku bosan. macam tak ada tempat menarik selain Santorini.
- Next kitaorang lunch di Warung Kopi Klotok. Masa kitaorang sampai, Ramai local je makan kat sini. bagi aku makanan sedaplah juga. Kat warung ni macam nasi campur. layan diri masa ambil makanan. jangan lupa ambil gambar. nanti masa nak bayar cashier tu just refer gambar je.
- Last destination di Yogyakarta. Kitaorang ke Candi Plaosan. Masa nak beli tiket, kitaorang minta supir tolong belikan. dapat harga local. kat sini sekejap je. masa sampai situ tempat tu nak tutup. kitaorang just dapat bergambar kat area depan je. tak sempat masuk dalam.
- Next perjalanan ke Bandung. Masa Perjalanan 8jam. tapi tak rasa pun. sepanjang perjalanan masing-masing karoke, tengok movie. Sampai Bandung 3pagi. Solat subuh dan tidur kejap sementara tunggu masa untuk Breakfast.
- Di Bandung, kitaorang stay di Gino Feruci Braga Hotel
Cost Day 4Puncak Segoro : Rp 75.000/paxBhumi Merapi : Rp 30.000/paxCandi Plaosan : Rp 10.000/paxGino Feruci Braga Hotel (3nights) : 231.34/pax
DAY 5 - KAWAH RENGGANIS, KAWAH PUTIH
(18 SEPTEMBER 2024)
Lepas breakfast kitaorang gerak ke Ciwidey. masa perjalanan dalam 2jam dari Jalan Braga. Tempat pertama adalah Kawah Rengganis. kat sini kitaorang ambil ticket VIP. ada beberapa tempat kita boleh pergi.
Kawah Rengganis
- Di sini kita akan lalu jambatan gantung. masa kat sini semua dah berani lalu. masing-masing dah ada experience lalu jambatan gantung kat pantai timang. hahaha. cuma di sini ramai akan berjalan pada masa yang sama. so masa berjalan tu akan rasa bergoyang.
- Sampai je seberang, kitaorang beratur untuk naik Keranjang Sultan. (macam buai) untuk menyeberang. Seronok naik yang ini. budak-budak pun boleh naik.
- bila nak sampai seberang tu jangan lupa untuk senyum. ada photographer yang akan ambil gambar kita naik Keranjang Sultan.
- Lepas tu kitaorang turun untuk lihat kawah kat bawah. cantik sangat cuma bau sulphur tu terlalu kuat. masa turun seronok je tak rasa penat tapi bila nak naik balik tu, penat juga lah. haha
- sambung perjalanan lalu kat jambatan gantung tu semula. nasib baik sejuk. kurang sikit penat. haha tapi penat jugalah nak kena patah balik. lepas tu singgah makan dan minum air teh di Resto. air teh ni jangan lupa claim ticket. dah include sekali dalam ticket. disebabkan dah tengahari kitaorang lunch dulu kat sini sebelum ke tempat lain.
- Next ke Situ Patenggang. Kat sini tak perlu nak bayar ticket. dah include dalam ticket VIP. kat sini bayak tempat dh include dalam ticket VIP.
- Disini, Kita singgah area Hutan Pinus dulu. Bergambar kejap kat sini, dan beli Cilok untuk bagi dorang rasa. ada yang tak pernah rasa cilok. ahaha
- Next, kitaorang naik Golesat. Free je. Fee dah include dalam ticket VIP. 1st round Free next round bayar sendiri haha
- Masa otw naik shuttle tu korang boleh singgah untuk tempat lain yang dah include dalam VIP ticket. kitaorang decided untuk ke next destination je.
Ecopark Curugtilu
- Masa on the way ke Kawah Putih, kitaorang singgah sini untuk main Rainbow Slide.
- Maybe sebab kitaorang pergi weekdays, so masa sampai tak ada ramai orang pun.
- Kat sini ada banyak spot untuk bergambar dan ada juga chalet untuk stay.
- Cuma agak penat sedikit untuk naik tangga ke tempat Rainbow Slide tapi berbaloi.
- Laju gila Slide ni haha lepas naik tu ingatkan nak naik lagi tapi fikir kena jalan jauh terus cancel je.
- Kitaorang singgah solat kat sini dulu sebelum gerak ke Kawah Putih.
Kawah Putih
- Untuk ticket Kawah Putih aku dah beli ticket online kat Traveloka. Nanti redeem je ticket tu kat office dia. aku beli ticket masuk dan juga ticket untuk kenderaan.
- Masa kitaorang sampai kat atas, tempat ni dah nak tutup. so memang tak ada orang. seronok bergambar dengan tenang. dan view masa tu Masya Allah cantik sangat. Sebelum ni pernah pergi sini juga tapi time tu ramai sangat orang.
- Lama juga lah kitaorang kat sini. sempat buat video, bergambar.
- Balik dari Kawah Putih, kitaorang plan terus ke Hotel. Nak jalan-jalan area Braga. Kat sini waktu malam meriah sangat.
- Cuma pening jugalah nak cari kedai makan. kitaorang ni dah lah ramai. ada singgah satu kedai ni, dia suruh kitaorang pergi kedai sebelah. ingatkan kedai sebelah tu, betul-betul sebelah kedai tapi rupanya kedai tu selang berkedai-kedai ye.
- Disebabkan tak jumpa kedai makan tu, kitaorang try makan di Limarasa, Jln Braga. Makanan not bad. sementaran tunggu makanan sampai kitaorang sempat main jenga game & uno.
- Habis makan kitaorang terus ke Mumuso. kalau pergi sini jangan lupa singgah Mumuso. aku sempat shopping perfume kat sini. haha
- kat area Jalan Braga ada dua Mumuso. kedai depan Hotel Gino Feruci Hotel kecil sedikit.
- Habis shopping & beli minuman kitaorang terus balik hotel untuk rehat.
Cost Day 5
- Kawah Rengganis VIP Ticket : Rp 100.000/pax
- Ecopark Curugtilu : Rp 40.000/pax
- Ecopark Curugtilu (Rainbow Slide) : Rp 30.000/pax
- Kawah Putih Tiket (Traveloka) : RM 23.77 /pax
- Kawah Putih, (Kereta) (traveloka) : Rm 48.42/van
DAY 6 - NOAH PARK, DUSUN BAMBOO, GREAT ASIA AFRICA, MALL (19 SEPTEMBER 2024)
Seko Coffee Cafe
Lepas breakfast, kitaorang singgah Seko Coffee Cafe. ada yang request nak beli coffee kat Seko Coffee Cafe. Coffee dia sedap juga. should try dan harga pun berpatutan
Noah Park
- Untuk hari keenam, destinasi pertama kitaorang adalah Noah Park. Kanak-kanak tak digalakan pergi sini. sebabnya tak ada activity yang sesuai dengan dorang.
- Aktiviti pertama kitaorang adalah Luge Cart.Ticket masuk adalah free. kat sini cuma bayar ticket untuk aktiviti je. Main luge Cart kat sini kena hati-hati sikit tak boleh laju sangat. kawasan sedikit curam. tapi best. kita boleh record sepanjang main luge cart ni. ada tempat letak phone kat helmet.
- Masa main ni semua dah berpecah. ada yang laju, ada yang tiba-tiba tak boleh gerak haha ada yang santai-santai sambil menikmati pemandangan. cuma kat sini ada orang nak ambil gambar. kalau di Golesat semalam sampai je ada photographer ambil kan gambar.
- Sampai je bawa ada shuttle ambil dan bawa kita naik atas.
- Next activity, kita main ATV plak. tapi kitaorang pilih view city je. okaylah lepas lah gian dorang nak main ATV haha. View City ni kita dapat 2round.
- Last Activity kat sini kita main Flying Fox. agak penat sikit masa nak ke tempat flying fox tapi bila sampai dan naik tu best tau. Masa tu jerit je walaupun tak takut haha.
Dusun Bamboo
- Next ke Dusun Bamboo. Sampai je sini kena terus beli ticket masuk dan juga aktivti kat dalam.
- Lepas beli ticket, kitaorang naik free shuttle untuk ke tempat Dusun Bamboo. boleh je jalan kaki tapi jauh nak kena berjalan.
- sampai je situ kitaorang terus ke tempat Water Coaster. sebelum tu ambil baju hujan. Free. dah include dalam ticket Water coaster.
- beriya-iya kitaorang pakai baju hujan tapi bila naik tempat basah juga. haha. tak tahu mana yang silap. seluar basah tapi kasut tak basah.
- Disebabkan masing-masing dah kebasahan dan tak ada bawa baju spare, kitaorang berjemur lah kejap. sambil bergambar kat perkataan "Dusun Bamboo".
- Kat sini sekejap je kitaorang pergi. tapi tempat ni sesuai untuk budak-budak. banyak aktivti menarik untuk budak-budak.
- Kitaorang Lunch di Bandoeng Sunda Resto. Kedai makan makanan Sunda. tak sampai 5minit dari Dusum Bamboo.
- Makanan kat sini semua sedap. aku order air dua. alpokat dan Jus Jeruk. minuman favorite bila ke indonesia
The Great Asia Africa
- Ticket Masuk ke sini aku beli di Traveloka. Sebabnya nak jimat cash. cash tu boleh guna untuk shopping di Bandung.
- Disebabkan aku dah pernah datang sini, so aku tak adalah beriya sangat nak bergambar kat sini hahah.
- Just bawa dorang je. Kat sini ada berapa tempat kita boleh sewa baju. dulu aku pernah sewa kimono dan bergambar diarea Korea.
- Masa kat sini aku terserempak dengan kawan aku. ikutkan itinerary tak sama pun dengan dia tapi terserempak juga haha
- Disebabkan masing-masing dah kepenatan, kita ambil gondola untuk naik keatas. bila naik gondola ni boleh nampak pemandangan cantik sangat.
Mall
- Last destination untuk Day 6 adalah Mall. aku lupa nama Mall ni. kat sini kitaorang just singgah untuk shopping di watson & guardian. tapi bila jalan kat atas terbeli juga perfume. Buy 1 free 1
- Lepas shopping, kitaorang dinner di Richeese je. Malas nak singgah tempat lain. lagipun time tu macam dah lewat sangat kalau keluar pergi cari kedai lain.
- Sampai je hotel, kitaorang singgah Mumuso untuk beli ole-ole untuk family dan kawan rapat. aku borong lip balm kat sini. comel sangat dan bau dia sedap.
Cost Day 6
- Noah Park
- Luge Cart : Rp 60.000/pax
- ATV City View : Rp 70.000/pax
- Flying Fox : Rp 100.000/pax
- Dusun Bamboo
- Ticket Masuk : Rp 20.000/pax
- Water Coaster : Rp 60.000/pax
- The Great Asia Africa
- Ticket Masuk : Rm 14.67/pax
- Gondola : Rp 10.000/pax
DAY 7 - BANDROS, PASAR BARU, ORCHID FOREST CIKOLE (20 SEPTEMBER 2024)
Bandros
- lepas je breakfast sementara tunggu pasar baru buka, kitaorang plan mahu naik BANDROS.
- 15minit jalan kaki dari Guni Feruci Hotel ke tempat Bandros. on the way jalan ke tempat Bandros kitaorang sempat singgah di Cafe Bahagia, Jalan Braga untuk beli coffee. disebabkan duit makan dah susut, so untuk coffee terpaksa guna duit sendiri.
- kitaorang just refer google maps je untuk ke tempat tu. sampai je situ bas akan tunggu penuh baru dia gerak.
- Sepanjang perjalanan ada tour guide yang akan terangkan sejarah-sejarah di Bandung. masa naik Bandros kitaorang je orang Malaysia, yang lain semua Indonesia. yang tak minat sejarah tak digalakkan naik.
- Habis je tour, kita minta supir pick up di tempat Bandros. haha masing-masing malas nak berjalan patah balik ke hotel.
Pasar Baru
- Kat sini kitaorang start dari atas. masa sampai pasar baru ada orang yang tolong bawakan tapi disebabkan asyik hilang je kitaorang jalan sendiri lagi senang. minta tawar pun dia tak dapat bagi discount, kita minta discount sendiri terus dapat harga murah.
- Kitaorang tak lama pun kat sini, dah dapt barang yang kitaorang naik terus gerak balik.
- Next kitaorang lunch Siaomay kat Tulen Indah. ada yang request nak siamoy, so mintalah supir bawakan tempat siaomay yang sedap dibandung. nasib baik sedap cuma aku tak boleh nak makan banyak sebab guna kuah kacang.
Orchid Forest Cikole
- disebabkan waktu check in lambat lagi, kitaorang terus gerak ke Orchid Forest Cikole. Actually aku dah pernah pergi sini, tapi disebabkan ada yang request and tak pernah sampai lagi, aku ikut jelah. tempat ni besar sangat make sure pakai kasut yang sesuai.
- Sampai je Orchid Forest Cikole, kitaorang terus solat dulu. kat sini ada banyak spot untuk bergambar.
- Kitaorang sempat beli Gelato kat sini. masa nak masuk tempat ni aku ada beli Raspberry. Kitaorang campurkan Gelato dengan Raspberry. sedap sangat.
- kat sini boleh try naik flying fox. masa kitaorang lalu jambatan gantung tu tak ada kena bayar. so naik flying fox tu free je. tapi aku tengok ada yang naik tersekat kat tengah-tengah terus cancel nak naik. lepas lalu jambatan tu kitaorang terus jalan kaki ke bawah jelah. kalau tak shortcut naik flying fox.
- Lama jugalah kitaorang kat sini. sampai tempat ni nak gelap baru gerak balik.
- Lepas dinner kat Nasi Padang Sederhana, kitaorang terus ke tempat hotel. Hari terakhir di Bandung, kitaorang tukar hotel, stay di Fave Hotel Chihampelas.
- Lepas check in kitaorang jalan-jalan dulu di Chihampelas. walk in distance je. mall pun seberang jalan je. sempatlah juga beli kerepek dan ole-ole untuk bawa balik.
Cost Day 7
- Bandros : Rp 20.000/pax
- Orchid Forest Cikole : Rp100.000
- Fave Hotel Chihampelas (1night) : Rm 66.42/pax
time ni terserempak lagi. Thank you belanja Oleh-oleh |
DAY 8 - KARTIKA SARI, PIK, KUALA LUMPUR
(21 SEPTEMBER 2024)
- Hari terakhir di Bandung. rasa sedih pula nak balik. lepas breakfast, kitaorang ke Kartika Sari untuk beli Ole-ole. lepas tu terus gerak ke Pagi Sore, PIK.
- Perjalanan dari bandung ke Jakarta hampir 4jam jugalah. kitaorang terus lunch di Pagi Sore. makanan kat sini semua sedap-sedap. cuma agak pricey sedikit. time ni bajet makan kitaorang dah tinggal sikit.
- lepas makan tu semua tak nak guna card sebabnya tak nak cash. last minta tolong supir bayarkan. kitaorang transfer duit and bagi balance cash tu kat supir. thank you mas.
- disebabkan macam awal lagi kitaorang singgah PIK mall dulu. sempat jugalah beli shopping dan singgah solat kat sini.
- Plan lepastu nak ke Aloha tapi disebabkan macet teruk kitaorang terus gerak ke Airport.
- Selalunya last day akan santai je. macam tak ada aktviti pun. haha
- Kitaorang selamat sampai di KLIA jam 11pm.
- Tamatlah Trip ke Yogyakarta dan Bandung.
Cost Day 8
- Breakfast Add on : Rp 100.000 / pax
- Additional Duit Makan : Rm 24.60/ pax
- Flight Ticket (Mas Airlines, 20kg): RM 321.44/pax
TOTAL COST - RM 2,523.69Before Trip - Rm 1,712.33
- Hotel 8Days 7Night : Rm 522.64/pax
- Transport (Van & Jeep Booking): Rm 636.08
- Ticket (Traveloka) : Rm 38.44
- Flight Surabaya 20kg (Superjet) : Rm 193.73
- Flight ke Kuala Lumpur 20kg(MAS) : Rm 321.44
During Trip - Rm 811.36 Rate 1juta Rm 286
- Meals untuk 8 Hari : Rp 1,200.000
- Transport (Jeep) : Rp 143.750
- Ticket Jogja & Bandung : Rp 523.000
- Activities Jogja & Bandung : Rp 412.857
- Extra Activities & Games : Rp 471.303
- Extra cost Meals : Rm 24.60
***Cost tak include shopping.
Contact Number
- Supir Van - Mas Heny : +62 - 813 3339 0434
- Wisata Goa Pindul : +62 - 822 2515 2172
- Jeep Pantai Timang : +62 823-2813-0059