|
tiga suara - aku, amoi dan eira |
entry ni pun memang dah ada dalam draft. aku buat autopublish tapi dia tak publish pun..ee..geramm.. Ahad lepas aku keluar dengan kawan baik aku.. malam ahad tu aku dengan eira dah rancang plan B kalau amoi tak datang kitaorang keluar je lah..mungkin keluar makan tak pun window shopping sebab amoi masa tu kurang sihat tapi pagi ahad tu amoi mesej dia jadi keluar dengan kitaorang. so boleh lah guna plan A semula..hihih
kitaorang rancang masuk Red box dalam pukul 12. so jumpa kat sana terus lah kan. aku pergi naik bas. first time aku naik bas sejak pindah kat pandan indah.kalau dulu naik lrt. aku suka lagi naik lrt daripada naik bas. naik bas ramai warga asing.
aku ingatkan Amoi yang sampai dulu tapi aku yang sampai dulu. dah alang-alang tu tunggu eira sekali lah..masuk sama-sama.. disebabkan kitaorang masuk pukul 12 so terpaksa aku dengan eira tunggu amoi kat redbox dulu..sebab dah booking.
kitaorang karoke bertiga je tapi diaorang bagi bilik besar siap ada toilet lagi. tapi seronok juga bila dapat bilik besar.boleh bergambar.haha.. kitaorang ambil pakej lunch.. aku order makanan spagetti, eira fillet fish (
manis fillet tu) dan amoi nasi goreng. sebelum menyanyi kitaorang isi perut dulu ye..lapar.. (
padahal sebelum keluar dah makan)tapi bila dah kenyang tak larat nak nyanyi.haha.. senak beb..
kali ini nyanyi lagu beribu sesalan menjadi..sebabnya asal nyanyi lagu tu je satu mic mesti rosak..boleh bayangkan tak macam mana nyanyi lagu tu bila pas-pas mic..
macam kena kejar dengan anjing je.haha.. nasib baik hari itu tak ada mic yang sorang.. so setiap seorang ada mic.hihihi..
|
sebelum makan dan ketika karoke |
|
setelah penat karoke |
|
jom bergambar dulu |
masa nak pilih lagu tu aku tak tahu nak nyanyi lagu apa.. blurr..hihih.. lepas dapat bil dan bayar kitaorang terus bergambar..buat macam tempat tu kitaorang yang punya. jom layan gambar tu kat bawah.
lepas karoke kitaorang jalan-jalan kat times square.
niat dihati nak shopping kasut tapi terbeli beg pula..macam mana tu.. pastu entah macam mana kitaorang boleh pergi tingkat 4 pergi tengok kedai beg..aku dah masuk kedai tu mulalah rambang mata.. aku selalu shopping beg kat situ.. masuk-masuk je eira dah berkenan satu beg. pastu orang tu cakap 3 rm100..
|
sebelum dan selepas beli beg |
amoi pun dah pegang satu beg cuma aku je tak pegang..haha.. bulan lepas aku dah beli 3 beg di kedai yang sama.. setelah termakan pujuk si eira dan amoi aku terbeli juga..hahaha..(
alasan apa aku nak bagi kat mak aku) yang kelakarnya bila dah keluar dari kedai tu kitaorang boleh patah balik semata-mata nak suruh orang tu tangkap kan gambar kitar
lepas dah dapat beg kitaorang lepak makan kat hot and roll. lama tak lepak kat situ. gosip-gosip kejap kat situ.. dalam pukul 6 kitaorang gerak balik. amoi balik naik teksi dan eira teman aku pergi open house kawan aku kat ampang.
kitaorang tumpang ayu pergi ampang. aku janji dengan ayu jumpa kat Chan sow lin tapi dia pergi tunggu kat han tuah..kalau aku tahu tak adanya aku naik tren..(
jimat tambang).
bila jumpa ayu dan ayu cerita yang dia salah tunggu kitaorang terus gelak..boleh buat lawak plak tunggu kat situ.. masa sampai kat rumah kawan aku tu, tak ada orang.. bila makan boleh tambah tanpa ada perasaan malu kan?hahah.. dalam pukul 8 kitaorang balik dan hantar eira balik dulu.. si ayu nak beli kek dari Eira. lepas anta eira baru ayu hantar aku..
|
eira, aku, ayu dan azmyra.. |
seronok dapat jumpa korang..lepas ni kita keluar lagi ye..shopping lagi ok..hihi. dah baca entry ni
jangan lupa komen ye untuk aku terjah blog korang pula..
p/s : tolong jangan jeles bila tengok pic kat atas ni..hahah..
:
jom singgah blog amoi dengan blog eira..
jom baca entry ni
makhlus halus di bilik karoke 2!!!
fasha wedding..=).