semalam bila aku baca entry pasal silat kat blog
Fariz Reza, secara tidak sengaja teringat kenangan dulu-dulu.. masa aku sekolah teknik dulu, pelajar form 4 yang tinggal kat asrama wajib belajar silat.. hari pertama
aku memang semangat nak belajar silat. Bila hari yang seterusnya, aku telah dijangkiti penyakit malas. punca penyakit malas ni disebabkan nak berebut toilet dan panas ketika latihan..
Selalunya selepas latihan silat ni kitaorang akan berebut siapa nak mandi dulu.. kadang-kadang tu sebelum pergi latihan dah letak baldi depan toilet..( aku salah seorang..hihih) Biasalah duduk asrama. Pada suatu hari tu, penyakit malas aku tu bertambah teruk menyebabkan aku ponteng latihan silat. Sekali je aku ponteng. Kebetulan masa tu, entah apa mimpi warden aku dia ronda satu asrama tu..mungkin dia nak tengok ada budak ponteng ke tak kot.
masa tu, yang ponteng latihan tu 3 orang. aku dan dua orang kawan dorm aku.bila terdengar je bunyi tapak kaki kitaorang bertiga cepat-cepat menyorok.. tapi kitaorang tak tahu nak menyorok kat mana. fikir punya fikir, dapat satu idea.aku nyorok bawah katil..ambil beg bagasi aku tutup badan aku.haha..nasib baik katil aku dekat dengan pintu.
tak salah aku ada kawan aku yang menyorok dalam locker..badan kecik tak pelah nyorok dalam tu.. kalau aku yang nyorok dalam tu terus roboh locker tu.haha.. yang tak syoknye, entah macam mana dia boleh berhenti kat depan dorm aku..time tu memang cuak.
degupan jantung pun makin laju disebabkan ketakutan. bukan berhenti kat depan dorm je ok tapi dia buka pintu dorm aku tu nak tengok ada orang ke tak. membe aku yang nyorok dalam locker memang tak kan kantoi lah kan..yang aku ni 50-50 sebab nyorok bawah katil. nasib baik masa dia buka pintu tu dia tak perasan aku nyorok bawah katil. fuhh.nasib baik tak kantoi kan..
bila warden aku dah tutup pintu dan tak dengar lagi bunyi tapak kaki kitaorang terus keluar dari tempat persembunyian kitaorang..dan sambung tidur..lepas kejadian tu tak berani ponteng dah..haha( tapi time form 5 ponteng prep juga..).