BATAM
aku suka pic ni. pic ni xedit tau |
Entry ni dah sebulan aku simpan dalam draft.hihi..
Hari ini aku nak cerita pasal aku pergi Pulau Batam. Pada Mulanya aku, sebenarnya tak tahu kat mana pulau tu..hihi.. tapi bila bapa aku dah terangkan baru aku tahu kt mana.. sebenarnya pergi situ nak ambil saudara nenek aku..dia turun kat pulau batam..yang aku ni saje menyibuk nak tengok tempat tu.hihi..
peace..hihi |
Diterima juga!!
alhamdulillah..akhirnya dah boleh tidur dengan lena.. kalau tak asyik terkejar sana terkejar sini nk settle kan pasal MARA sbb banyak tak selesai.. tidur pun boleh fikir pasal benda tu..hihi.. selagi tak settle selagi tu hati tenang..tak boleh tidur.. khamis lepas bila nak send permohonan system down pula..dugaan betul. hari jumaat terpaksa pergi medan mara settle an kalau tak memang tak boleh nak print.. dah lah hari isnin kne hantar borang-borang tu.. balik dari medan mara, aku terus online nak print borang-borang tu tapi system down pula..xboleh nak log in lansung.haih.
system ok 18/2.. time tu rasa macam nak menangis je..sempat ke nak hantar borang-borang tu..sempat ke aku nak pergi matikan setem? sempat ke nak sign penghulu kampung? dah lah isnin tu aku ada presentation pula.. memang agak kelam kabut lah kan..kena fikir pasal presentation kena fikir pasal MARA.
Pagi isnin tu aku try buka web tapi tak boleh masuk juga..lagi lah rasa sedih..dah lah kena hantar haritu juga.haih.. bila masuk kelas, semua tanya dah settle ke pasal MARA..aku tak buat satu pun..sebab selagi tak print selagi tu aku boleh nak buat.. pastu membe aku cakap kawan dia baru pergi print..pergh.. agak bengang lah juga.. sebab sebelum pergi kelas aku buka tak boleh nak masuk. sabar dya..
habis kelas terus pergi pejabat tanya boleh ke hantar hari lain.sebab tak boleh access web tu.. alhamdulilllah nasib baik boleh hantar hari khamis. balik rumah terus print dan terus cari penghulu kampung. terus pergi beli setem. aku pening bila tengok borang banyak sangat..
semalam aku ingatkan aku punya dah lengkap tapi ada yang belum lengkap..surat tawaran belajar plak tak ada pengesahan..nasib baik kat bangunan aku study ada tempat suruhjaya sumpah.. habis kelas terus pergi nak dapatkan cop tapi orang yang gred 41 tu plak tak ada.. kat situ yang ada gred 41 tu sorang je. aku rasa macam nak nangis lagi..huhu..pastu terpaksa lah guna cara agak menipu..aku amik sijil aku yang ada cop tu aku potong dan lekat kat surat tawaran tu.. pastu photostat warna..
lepas photostat terus pergi pejabat hantar borang. alhamdulillah nasib baik diterima kalau tak aku rasa macam nak jerit kat situ juga.haha.. satu,satu masalah yang datang.. dugaan ketika belajar..aku terima. senyum jelah yang aku mampu sekarang ni.. =)
happy belated masz
CNY1 - Taman Botani
Hot-to-go DELTA members..
aku,farah, sara dan syikin |
Hari ini aku nak cerita pasal aku hangout dengan membe-membe aku satu kem masa plkn.. aku rasa dah bertahun tak jumpa diaorang.. walaupun aku terlambat sampai sekurang-kurangnya dapat juga jumpa diaorang ni..
Macam-macam cerita keluar..dari cerita dari kem sampai lah cerita tahun 2013..haha.. aku jumpa diaorang ni kat bukit bintang..nasib baik tempat belajar aku tu kat kampung baru..boleh lah jumpa diaorang ni..
Aku jumpa je diaorang ni baru nak berkaroke..sempat juga aku nak menyanyi satu , dua lagu kan..hihi.. lepas karoke je kitaorang pergi makan piza kat papa john..
Lama kot tak makan piza..hihi.. time ni lah kitaorang borak tak berhenti-henti.. sampai satu part salah seorang tanya aku, kau putus cinta ke?? Sebab tengok tweet aku semua tweet meroyan..( sekarang tak meroyan lagi k..aku dah boleh terima kenyataan)
Sampai lah satu part membe aku cerita hantu..perghh..aku ingatkan cerita-cerita hantu tu cuma dalam drama je rupanya realiti pun ada.. sampai kena buka atap.. meremang juga laj masa dorang cerita.. aku ni suka dengar dan tengok cerita hantu tapi pada masa yang sama penakut juga.haha
Dalam pukul 6, sara nak pulang.. so time tu kitaorang terus stop bercerita..hihi..ingatkan terus balik tapi si peanut plak sibuk cari aiskrim..haha.. aku memang tak larat nak makan lagi..kembung dah.. haha.. lepas dorang beli aiskrim kitaorang pusing-pusing then bergambar kejap..
Bergambar tu wajib kan.. hihi.. jom layan pic kat bawah ni..
aku dan peanut |
smile.. :) |
aku dan sara |
terselah aku yang paling pendek..haha |
peace.. :) |
I'm back"!
sebelum tu aku nk ucapkan terima kasih kt korang atas komen-komen korang tu kat entry sebelum ni..
Sekarang ni aku dah semakin lebih semangat..sayang pula nak tutup blog ni..hehehe..malam ni aku dah start blogwalking..yeay.. tunggu kedatangab aku ye..aku datang blog korang bawa senyuman..hihi.. siapa yg tak balas senyuman aku tu aku tak nak bagi senyum kat korang lagi..haha..k lah..sebelum aku merepek yang bukan- bukan aku letak pic bunga..aku tahu ramai rindu bunga kan..
Pic tuan blog tu wajib ada ok..haha.. nak tunjuk bukti yang aku dah happy..weeee.. haha
GIVE UP
Sebelum tu aku nk minta maaf sebab buat masa sekarang ni tak dapt nak blogwalking ke blog korang terutama kt famiky gsf.. sekarang ni down sangat-sangat.. mood aku memang ke laut..kalau tak kelaut mungkin mood aku dah ke bulan agaknya..
Kesian blog ni dah bersawang.. kadang-kadang aku rasa nak tutup je blog ni.. sampai sekarang aku masih susah nak terima kenyataan..aku dah berputus asa.. dan sekarang aku anggap semua macam dia.. skrg ni aku makan tak lalu, mandi tak basah.. dah macam orang bercinta pula.. haha..
Apa-apa pun aku nak ucapkan semua kawan-kawan aku tak kira lah yang baru kenal ke atau dah lama sentiasa bagi aku sokongan masa aku tengah sedih sangat..
Tak sangka ramai yang sayang aku dan ambil berat pasal aku.. korang ada tips nak kembalikan selera mkn?? aku lapar tapi masih tak ada selera nak makan.. haih..