demam mengejut

✎dya nasir |⊙Saturday, June 30, 2012| ☑

minggu lepas aku pergi teman bapak aku pergi beli makanan kat pandan jaya.. kitaorang beli lauk je sebab tak sampat nak masak.sebenarnya malas nak masak..hihihi.. masa bapa aku sibuk pilih makanan aku sibuk pergi toilet..adik aku lah yang jadi mangsa teman aku.. lepas keluar dari toilet aku pergi kat bapa aku..masa tu aku dah rasa badan aku sakit-sakit

lepas beli lauk, teman bapa aku pergi beli jarum mesin..masa tu kepala aku memang dah sakit sangat..aku rasa macam nak pengsan masa tu je..memang tak larat sangat.. pergi rumah nenek aku hantar barang pun aku tak turun.. aku duduk dalam kereta je..

bila sampai rumah, cepat-cepat cari katil nak baring.. berselubung dengan..mengigil-gigil tahan sejuk padahal  masa tu panas..aku panggil bapa aku suruh picit tangan aku..bila bapa aku tengok keadaan aku macam tu suruh aku bangun pergi rumah nenek aku..kalau tak ok juga terpaksa pergi klinik..

bapa aku takut aku kena denggi je.. sampai je rumah nenek aku aku cari bantal nak baring..memang tak larat sangat.. ebab tu sampai demam. nenek aku tawar air dan suruh aku minum..first time aku duduk rumah nenek aku rasa seperti duduk dalam aircon..hahaha..padahal demam

nenek aku tak bagi aku makan ubat sebab badan aku terlalu panas.. nenek aku cuma tawar air je suruh aku minum dan dia letak air daun bunga raya dan alovera.. masa tu aku rasa pakai baju 4 lapis pun masih sejuk..pakai selimut pun sejuk juga.. menangis-nangis aku tahan sakit tau..nasib baik nenek aku tolong picitkan tangan

lepas satu sejam,aku rasa badan aku dah berpeluh dan perut aku dah berkeroncong..hihihi.. badan aku terus tak panas..hihihi..tak payah susah-susah makan ubat kan.. nenek aku cakap sebenarnya aku terlanggar benda tu masa kat toilet..al-maklumlah..toilet tu kan tempat benda tu.. nenek aku cakap nasib baik islam kalau kafir dah lama benda tu gangu aku..

balik rumah je aku terus minta cendol.haha. kes chat dengan cendol lah ni..tiba-tiba rasa nak minum cendol..jangan marah dya ye cendol..hihI.tapi dorang tak beli pun..kempunanlah aku nak minum cendol..hihihi..

p/s : 2/7 result keluar..takutlah pula..

AKU GERAM

✎dya nasir |⊙Thursday, June 28, 2012| ☑
cantik kan doodle?

semalam pergi teman mak aku shopping kasut kat AEON Maluri.. sedih sebab tak dapat nak shopping sekali.. tak ada orang nak sponsor aku shopping..haha.. penat aku buat jelingan manja kat mama aku tapi mama aku tak layan pun..sedih..sedih..haha

aku geram je tengok beg-beg kat situ..nasib baik aku tak ada duit kalau tak dah lama aku borong beg. sebenarnya mak aku nak cari handbag juga.. mama aku cari beg aku tumpang sekali cari sampai aku rambang mata nak beli tapi tak beli pun..hahahaa.. penat aku bodek mama dan abah aku tapi dorang cakap beg dah banyak sangat..

mahal sangat lah..dah diskaun pun still rm200 keatas.. tak mampun nak beli.. aku tahu mama aku memang dah berkenan satu beg ni..tapi mahal sangat lah..rm400 keatas.. mula-mula kitaorang ingatkan beg tu dalam rm200 lepas diskaun rupanya tak ada diskaun, tapi bestbuy.. mama aku memang kecewa lah.. kalau dalam rm200 mama aku nak belilah..

tak kira bulan depan aku nak shopping beg juga..waaaa

GSF - Banner yang cute

✎dya nasir |⊙Thursday, June 28, 2012| ☑
halluuuu semua,


hari ini aku nak cerita pasal jantung hatiku bila berblog.korang tahu sape? mestilah Group Segar Follower
(GSF).sebenarnya aku nak cerita yang aku dah dapat banner dari big boss GSF iaitu mama Arina.. thanks ye sebab sudi buatkan banner untuk kitaorang.

mama arina kalau buat doodle mesti comel..sebab tu dya pinjam dua doodle mama arina..haha...cute sangat..sebenarnya banyak lagi doodle yang comel-comel..tapi dia mampu pinjam dua doodle je..hihihih.. header aku yang comel tu pun mama Arina buatkan.. cantikkan...aku suka sebab ada sugar glider..


kalau nak terjah blog mama arina korang boleh klik kat pic atas ni ye..kalau nak terjah jantung hatiku ketika berblog boleh terjah melalui bloglist GSF ye..hiihih.. ada siapa yang tuka banner dengan aku??

wordless wednesday # 8

✎dya nasir |⊙Wednesday, June 27, 2012| ☑
lepas ni mesti rindu bello.tuan bello nak amik bello petang ni. terpaksa bagi bunga ratu hatiku kat tuan bello.kang tak pasal-pasal bunga merajuk terpaksa berpisah dengan bello..

lupa jalan keluar..

✎dya nasir |⊙Monday, June 25, 2012| ☑
entry kedua untuk hari..dah lama tak update lebih dari satu entry..haha. tengahhari tadi aku teman kawan kawan miss R cari kerja..kebetulan hari ini aku free so dapat lah temankan dia.. mula-mula dia nak pergi temuduga terbuka kat lembaga hasil kat pandan indah tapi disebabkan ada masalah tertentu tak jadi minta..

kitaorang parking kereta kat giant pandan capital, ampang. kitaorang pergi minum-minum dulu lepas tu jalan-jalan kat bangunan tu..mana tahu ada kekosongan jawatan. kebetulan ada kosong.. aku suruh lah miss R ni minta kerja kat situ.. lepas minta kerja kat situ, miss R ni nak minta kerja bahagian Hr kat hospital pantai.. disebabkan jauh sangat nak berjalan, terpaksa lah drive pergi situ..

entah macam mana nak kitaorang lupa jalan keluar..haha..


aku : R, aku tak ingatlah pintu keluar yang mana satu.. 

R : maybe kat sebelah kedai makan tu kot.. kita try lah keluar kat situ.. 

aku : bukan lah..tadi masa datang pintu lain..macam mana ni..tak jumpa pintu masuk tadi..

aku rasa nak dekat 15 minit juga lah cari pintu keluar tapi tak jumpa..hahahha..sampai kawan aku tu tanya orang tau mana pintu keluar..rupa-rupanya pintu keluar tu sebelah giant je.. hahaha..janganlah jadi macam kitaorang ye..datang reti tapi bila balik tak reti..kelakar + malu lah pula bila pikir balik..hahaha

reunion bertiga

✎dya nasir |⊙Monday, June 25, 2012| ☑
abaikan muka aku yang makin tembam..haha

hari ini baru berkesempatan nak update pasal reunion bertiga. nak buat cam ne tak sihat sekarang ni alhamdulillah dah sihat.. minggu lepas aku, eira dan naz keluar bertiga..mula-mula rancang nak pergi kolej dulu tapi eira mesej tak jadi pergi kolej..kiranya kitaorang terus jumpa kat ts..

lebih kurang jam 11 pagi - aku dah siap.. handphone aku berbunyi..eira hantar mesej, dia terkurung kat rumah.. dia pun dah siap tapi mangga dia tak boleh buka.. kalau tak jadi pergi kesian pula kat naz sebabnya dia dah gerak dari sungai buluh..

nak tak nak terpaksa pergi juga..lagipun dah lama tak hangout bertiga.. rindu korang lorh.. aku terpaksa gerak dulu meninggalkan eira terkurung di dalam rumah.. nasib baik hari tu mood bapa aku baik..nak hantar aku sampai ke T.S kalau tak susah minta tolong bapa aku sebabnya jam..jimat duit tambang.hihi

lepas jumpa naz, kitaorang berdua pergi mcd sungai wang..lepak situ je lah sementara nak tunggu eira datang..waktu aku ondaway ke ts, abang ipar eira pula ondaway balik rumah nak tolong buatkan mangga..
dalam pukul 3 kot, eira sampai.. sampai je dia terus cerita macam mana boleh terkurung.. rupanya ada perompak nak pecah rumah..nasib baik mangga tu ada enam peringkat.. perompak tu sampai lima peringkat je nak buka mangga tu..bila ke enam peringkat tak lepas..sebab tu eira juga tak boleh buka mangga tu.. bahaya kan.. aku dengar pun gerun..perompak sekarang bahaya kan sampai ada kes nak bunuh kan..

lepas lepak kat mcd, kitaorang pergi T.S teman si eira pergi pejabat pos..haha..al-maklumlah..kitaorang lama tak jejak pejabat pos lebih-lebih lagi nak beli setem.haha.. selesai je pos surat kitaorang bertiga pergi bergambar...macam biasalah..bila dah hangout dengan girl-girl ni..



sihat

✎dya nasir |⊙Sunday, June 24, 2012| ☑
dya pinjam pic dari big boss ye..hihhi

Assalamualaikum semua..apa khabar? alhamdulillah..hari ini dah sihat tapi suara aku je tak sihat lagi.. nasib blog ni cuma taip je kalau bercakap confirm korang gelakkan aku..haha.. aku dengar suara aku sendiri pun aku boleh tergelak..dah macam suara ala-ala maknyah..haha.. 

hari khamis lepas, aku dengan eira buat sampel choco ball. aku hanya boleh tengok dan tolong sikit-sikit je sebabnya masa tu memang tak larat sangat..tapi disebabkan jumaat lecturer aku nak rasa sample tu terpaksa buatkan.. pagi tadi lecturer mesej dia cakap sample tu lagi sedap dari sample kitaorang bagi masa presentation RP tu.. dia terus order.. 

hari ini aku nk blogwalking puas-puas...tunggu aku ye..

kurang sihat

✎dya nasir |⊙Thursday, June 21, 2012| ☑

buat masa sekarang ni dya mungkin xdapat blogwalking ke blog korang... kurang sihat lorh. masa buat kek pop tadi pun membe dya, eira yang buat..kesian lah pula dya.. dya tolong sikit-sikit je sebab xlarat sangat ni. jangan makan durian banyak-banya ye nanti jadi macam dya pula..hihhii..jangan marah dya ye.. ni nak cakap pun tak larat. boleh menaip je..hihih..nasib baik berblog ni menaip kalau bercakap keluar suara rock..hihi..

kalau dah ok sikit dya blogwalking ke blog korang ye..

Durian lagi!!

✎dya nasir |⊙Tuesday, June 19, 2012| ☑
terliur tgk pic durian ni..hihih
bila baca komen dari entry yang sebelum ni n klik sini, tak sangka ada orang yang tak makan durian.. rugi tau tak makan raja buah.. adik sedara dia pun tak makan durian.. dalam family makcik aku dia sorang tak makan durian.. ada yang tak makan durian tapi tempoyak makan..buka rasa lebih kurang ke? hihihi.. bila tengok komen dari mr clive semalam teringin nak makan durian lagi!!!haha



maaf ye..hari ini pun aku nak citer pasal durian..sekarang mood nak makan durian so entry pun pasal durian..hihihi..ahad lepas masa sibuk menyusun barang, makcik aku datang.. mak cik aku cerita pasal pakcik aku beli durian sebiji lima posen.. biar betul sebiji lima posen..entah besar mana lah durian tu.. pakcik aku cakap sedap walaupun harga lima puluh sen..

aku bila dengar durian sebiji lima puluh sen, aku terus minta mak aku..haha.. mama belanjalah kitaorang durian.. kebetulan mak cik aku nak balik rumah nak ambil barang.. rumah aku dengan rumah makcik aku dekat je..dalam 5 minit dah sampai tapi naik kereta lah..hihih

lepas ambil barang, kitaorang pergi singgah gerai tu.. mak aii.. ramainya orang tengah pilih durian..sampai situ aku cari lah durian lima puluh sen..tak ada pun durian lima puluh sen pakcik yang ada cuma rm 1 paling murah..

mula-mula aku dengan mak cik aku excited pilih durian yang sebiji rm2..tapi durian tu kecik je.. mungkin ada dalam 2 ulas kot..haha.. seulas sebiji..haha.. bila tengok pakcik aku pilih empat rm10 makcik aku terus ke situ meninggalkan durian sebiji rm2.. aik..makin lama makin mahal pula..

mak cik aku suruh pilih durian mana yang elok..aku mana reti pilih aku reti makan je..haha.. lepas penat pilih macam aku je yang pilih..hihih.. kitaorang terus balik ke rumah aku. sampai-sampai je aku terus ambil bunga dan bello.. letak kat ruang tamu..aku letak dalam sangkar lah..hihi..

aku bagi bello rasa durian.. amboi cari lagi..tak berani aku bagi banyak-banyak..aku bagi secubit je.. tapi bunga aku tak bagi pun.. sian bunga.. dia bau kat tangan dia jilat jari-jari aku..ala..siannya.. disebabkan bunga ada baby lah aku tak berani nak bagi.

aku bagi bunga dan bello makan rambutan ganti dengan durian.. mula-mula tak makan..tapi akhirnya makan juga..cuba tengok video bunga makan rambutan..hiih


jangan marah ye entry pasal durian..hahaha..

p/s : nanti dya kongsikan resepi tu daging salai tu ye..

lega..

✎dya nasir |⊙Monday, June 18, 2012| ☑
ada sesiapa rindu bunga?
alhamdulillah, sekarang dah siap susun barang walaupun pada mulanya pening sangat nak susun macam..lebih-lebih lagi almari dan rak-rak buku.. hari sabtu lepas nenek aku buat kenduri kesyukuran.. makanan yang paling sedap bila nenek aku masak mestilah daging salai.. cuma kalau nenek aku masak pedas-pedas mesti lagi sedap..hihhii

dalam tengahari aku datang kampung pandan tolong nenek aku..kitaorang lambat datang pun sebab susun barang.. tiga hari terpaksa tidur lambat.. hari ini baru lega bila tengok rumah kemas walaupun ada barang lagi tak tahu nak letak kat mana..hihi.. kalau kat kampung nenek aku masak guna kayu api.. tapi kat kl ni tak ada tempat nak masak jadi masak atas dapur je lah..

kebetulan masa tu pakcik aku bawa durian.. mana boleh tengok je..haha.. buah kesukaan aku tu.. bunga pun suka tau..tapi aku tak berani nak bagi sebab panas.. aku bagi bunga dan bello bau je..haha..  aku makan sikit je sebabnya bila makan durian je aku start cari toilet..haha..

ada sesiapa nak belanja aku durian?hahha

sibuk..

✎dya nasir |⊙Friday, June 15, 2012| ☑
sekarang ni aku agak sibuk nak mengemas..pening weyh tengok kotak banyak-banyak..haha..aku minta maaf ye kalau tak dapat blogwalking ke blog korang.. sekarang ni memang agak sibuk.. hari ini terus hantar barang ke pandan indah.. nasib baik ada pakcik aku sudi pinjam kan lori.. kalau sewa lori dengan orang lain aku rasa dah lebih tiga lori juga lah nak kena sewa kan..

hari ini hantar barang dua kali trip.. fuuhhh..penat gila walaupun aku tengok je..haha.. tak lah..aku tolong angkat barang yang ringan-ringan je.. macam peti ais , meja makan tak larat aku nak tolong..hahah.. aku bagi kaum lelaki yang angkat meja makan tu.. aku yang kaum perempuan tolong cakap ke kiri ke kanan..berhenti..sikit lagi..ok boleh letak meja di situ..haha.

esok pagi nak kena tolong nenek aku masak pula.. nenek aku buat kenduri sempena nak bulan ramadhan ni.. yang penting esok dapat makan daging salai..sodapnya..haha.. aku minta maaf ye buat sementara ni aku tak dapat blogwalking ke blog korang dan update..hihihi.. jangan marah saya ye..

" follow blog pun ada limit? "

✎dya nasir |⊙Wednesday, June 13, 2012| ☑


akhirnya dya dah tahu kenapa ada limit sampai 300.. rupanya kalau kita follow guna button follow yang cantik-cantik tu ada limit sampai 300 je.. kalau guna macam kat atas ni tak ada limit pun.. terima kasih ye sebab tolong dya semalam..kalau tak, sampai bila-bila dya tak tahu.. lepas ni follow guna Google friend connect je..

kalau tak dulu dya terpaksa unfollow blog yang tak dikesan.. serba salah pun ada juga.. orang dah follow kita mestilah kita tergerak hati nak follow balikkan.. sekarang ni lagi seronok lah dya follow blog lain..hihi..
kalau nak tahu entry semalam dan comment semalam klik sini ye...

tolong dya!!

✎dya nasir |⊙Tuesday, June 12, 2012| ☑

sebenarnya dya nak minta tolong korang.. memang tak boleh follow lebih dari 300 ke? nak follow blog pun ada had ke? dya pening ni.. tadi masa tengah-tengah blogwalking, lambat sangat loading..berukband dah kena jangkitan sipu b*** jadi dya cuba lah cara manual.. pergi kat dashboard ,add to follow. tapi bila dah masuk link dia keluar macam pic kat atas ni.. geram tengok.. bukan sekali tapi dah banyak kali bila dya cuba follow cara manual..

''bola''

✎dya nasir |⊙Monday, June 11, 2012| ☑


sebenarnya tak ada idea nak update apa. update pasal bola lah.. sebenarnya aku tak minat tengok bola tetapi dulu masa sekolah aku minat bola.. minat bola pun bersebab..haha..sebabnya pemain bola ada yang hensem-hensem..haha. dulu pukul dua atau tiga pagi pun aku sanggup bangun semata-mata tengok bola.. entah-entah korang pun macam tu kan?

sekarang ni,disebabkan aku memang tak suka bola, mesti bergaduh rebut televisyen je..terutama dengan adik-adik aku.. televisyen lagi satu dah hantar kat pandan indah. jadi sekarang kena berebut televisyen lah..tapi kalau malaysia yang main aku tengok.siap sorak lagi..haha.pelik kan.. bukan aku je tapi dengan mak aku sekali duduk depan televisyen..riuh.. padahal mak aku tak minat bola tu.. 

ramai yang tanya aku euro ni aku sokong mana? aku tak sokong mana-mana pun.hahah..aku sokong malaysia..boleh tak? ada sesiapa yang sokong malaysia juga?? hahaha..

blog warkah buat isteri

✎dya nasir |⊙Friday, June 08, 2012| ☑
hari ini dya kongsi kan blog warkah buat isteri.. dya jumpa blog ini pun masa blogwalking kat blog kak siti_btp, dya baca entry kat situ, kisah pengorbanan seorang suami.. bagi dya, En. Abil ni seorang yang suami yang tabah dan kuat. sanggup berhenti kerja untuk menjaga isteri tercinta. kalau korang nak tahu kisah selanjutnya boleh klik sini, atau pun jika ingin menolong En. Abil boleh pergi ke entri ini..

dya tak sangka kesan astma boleh mengalami kerosakan pada saraf otak..dya doakan Kak Gee semoga cepat sembuh ye.. 

berundband buat hal..

✎dya nasir |⊙Thursday, June 07, 2012| ☑



sekarang ni aku sibuk sangat nak pindah rumah.. aku memang tak suka kalau pindah rumah...banyak kerja.. nasib baik kitaorang satu family pindah area ampang juga.. boleh hantar barang sikit-sikit.. tak ada lah penat sangat..



petang tadi sibuk bersihkan rumah kat pandan indah.. tapi hari ini pergi bawa televisyen..hihi.. mana boleh lepas tengok cerita dari philipina, endless love.. sedih betul cerita tu.. aku dah tengok episod akhir cerita tu kat youtube.. hampir-hampir menangis tapi tak menangis pun..

kiranya tadi sambil mengemas sambil tengok televisyen.. bukan tu  je tapi minum petang sekali.. cerita pasal putu bambu, mak cik aku cakap putu bambu kat kg pandan lagi sedap daripada kat kajang..


kepada kak dayana terima kasih ye sudi beri sampel cheese.. tak rasa lagi..tapi adik dya dah pandang-pandang cheese tu dan tanya bila nak buat..

 kepada geng-geng aku iaitu geng GSF aku minta maaf ye kalau kurang blogwalking kat blog korang.. serabut berukband macam siput b#$*.. elok mood aku happy terus nak marah je..hihi..jangan marah aku.. satu lagi nota untuk geng GSF, aku dah update bloglist GSF tapi ada kurang..kalau ada blog yang dya tak masuk kan bagitau ye..pening kepala edit bloglist plus berukband buat hal..hihi...

jom dengar - Buatku di sana versi Original

✎dya nasir |⊙Tuesday, June 05, 2012| ☑





hari ini aku nak share video dengan korang.. ala.. korang mesti tahu lagu ni.. lagu ost seindah sakura - buatku di sana.. tapi yang ni orang lain nyanyi..penulis lagu ni yang nyanyi.. 

lirik
Sering harungi sendiri..
Kekurangan diri.. Hanya Tuhan mengerti...
Tak mengharap sang cinta...mahupun di cinta...
Umpama tiada rahsia...

Bridge : Kau sinar hati ini...
Biarpun hanya sesaat di sisi...
Pelita..kala hati berduka..
Kau hulurkan.. oh tangan mu kala hilang arah....

Chorus :
Masih kau hadir jua...
Menepis gelora...
Tatkala aku merasa kecewa...

Duniaku berubah..
Kelam tak bermakna..
Namun semangatmu.. ada di jiwa...

Harapan kau beri...
Cintamu bersemi...
Airmata ku tak bisa meniti...
Kala nafas akhirku.. Kau yg di hati...

Usah menangis sendiri...
Sayang ku kn pergi..
Senyumlah usah meratapi...
Kerna ada masa kita..
Di takdir Yang Esa..
Cukuplah buatku disana...

Ulang bridge & Chorus.

Bridge II : Aku bagai bintang menghiasi alam maya... Meninggalkan sinar tanpa kilau yg bercahya.. Detik percintaan persis satu anugerah... Tak ku pinta... Hanya tercipta...

p/s : kalau aku nyanyi habis rosak lagu tu..haha..tenggelam timbul aku nyanyi sebab versi ni key nya tinggi..haha
     

heidy, happy birthday

✎dya nasir |⊙Monday, June 04, 2012| ☑

part6

semalam aku dijemput oleh heidy untuk datang ke birthday party dia kat redbox, lowyat.. selamat hari lahir ke 23 tahun ye heidy.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. tapi yang penting aku muda lagi dari ko kan..haha..aku enjoy sangat semalam..  terima kasih sebab sudi jemput aku ye..semoga persahabatan kita ni kekal ye..

part 3

part 4

sorry lah ye kalau semalam aku nyanyi tak sedap.. aku malas nak tulis entry panjang-panjang..korang tengok jelah gambar-gambar dibawah ye..

part5

part 2

part 1

part7

p / s : tahniah kepada ahli gsf baru yang baru dapat lesen P.salam perkenalan dari

dya.

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page