malang ke?

✎dya nasir |⊙Saturday, March 31, 2012| ☑

semalam lepas siapkan RP aku dan membe-membe terus pergi PWTC.. pergi bertiga je..mula-mula rancang nak pergi dalam 5 orang tapi lagi dua orang tu ada hal.. Kesian kat della tak dapat pergi sebab nak siapkan RP dia.. Dia yang nak sangat pergi tapi RP dia tak siap lagi.. 

sampai je kat situ aku terus snap pic kasut besar tu.. dah puas ronda-ronda kat dalam tu, aku ngan ira berkenan satu kasut kat summit. cuci mata lah sangat kan..haha... masa kitaorang tengah cuba kasut, adalah seorang kakak ni.
ada ke yang nak pakai?

.lepas dia cuba kasut kat sebelah kitaorang dia boleh letak kasut dia kat tempat display tu.. nasib baik lah dia sedar..kalau tak balik rumah kasut sebelah kanan lain, sebelah kiri lain... masa tu, kitaorang bertiga cuba menahan ketawa..bila kakak tu pergi je, kitaorang terus ketawa.. 
aku snap dari jauh je..hehe..beribu kot harga kasut ni..
yang sedihnya, kasut yang kitaorang berkenan semua tak ada saiz..sedih.. yang aku plak gelak kan eira kali kedua minta saiz tak ada juga saiz.. kecewa habis lah tak dapat kasut.. kalau tak amik dua kasut baru RM 60.. 

disebabkan kecewa tak dapat beli kasut, kitaorang terus pergi MCD kat Jusco Maluri.. lepas makan terus pergi tengok kasut kat vincci.. yang si eira geram tengok kasut, aku macam biasalah mana boleh tengok beg..
ada ke orang yang pakai kasut mcm ni??

kelip-kelip mata aku tengok beg tu,tapi aku tak mampu nak beli..aku berkenan satu kasut kat vincci, tapi bila aku minta saiz aku tak ada..sedih sangat..

si eira dah gelak kan aku..balas dendam ye..masa kat pwtc aku gelak kan dia..aku beli juga kasut..hihi..nasib baik ada saiz..kalau tak rasa mcm nak nangis je..sementara tunggu ayah aku amik kitaorang singgah beli baju kat PDI..
masa tengah pilih baju kat situ,ada lah seorang makcik ni..boleh terkentut kat situ..siot betul..nak kentut pun kentut lah tempat lain..ni tak kentut kat belakang aku..mimi terus blah pergi kat eira.. tak tahan bau..

wordless wednesday # 4

✎dya nasir |⊙Wednesday, March 28, 2012| ☑

aku suka gila kartun ni..ogy and cockroaches.. siapa lagi minat kartun ni cer komen kat bawah..yang tak minat pun komen lah sekali ye..haha

cuci mata je

✎dya nasir |⊙Tuesday, March 27, 2012| ☑

hari ini hari memenatkan..sebab banyak berfikir..nampak sangat aku ni malas berfikir kan?..haha.. sebenarnya penat tengok nombor..rasa macam juling 1 saat je bila buat akaun ni.. banyak sangat nombor..ada sesiap nak tolong aku??haha..gurau je.. 

lepas siapkan ramalan jualan untuk rp, aku ngan membe aku cadang nak pergi ke festivel kasut kat PWTC jumaat ni..wow..menarik sangat.. pergi untuk window shopping je tapi takut juga kalau terbeli kasut..hihi..

bila fikir balik, jumaat ni ada kelas..harap-harap tak ada kelas lah..boleh pergi..hihi..sebelum pergi kena niat dalam hati, pergi situ sekadar cuci mata je tak pun window shopping bukan shopping..

pelik

✎dya nasir |⊙Monday, March 26, 2012| ☑
 

mula-mula aku ingat cuma mengajar je rupanya tidak.. tadi aku sibuk tolong mak aku buat kan slide untuk mak aku present esok.. disebabkan hari tu mak aku pergi kursus so sekarang dia kena present lah kat depan cikgu-cikgu lain.. 

mak aku pergi kursus 5 hari..tapi esok mak aku kena present dua jam.. keusahawanan..apa kena mengena keusahawanan dengan guru??  pelik betul.. kalau kos yang aku belajar sekarang ni yelah ada kaitan..jadi cikgu pun ada kaitan jugak ke??aku masih mencari jawapan..ada sesiapa boleh terangkan? aku tanya mak aku dia tak nak jawab.. 

BBQ

✎dya nasir |⊙Sunday, March 25, 2012| ☑
 

sekarang ni aku asyik update pasal makan je kan?? sebelum tu cer korang tengok pic kat atas ni..cantik kan?? tu semua nama-nama ahli group segar follower..

semalam aku ngan membe-membe aku buat BBQ kat rumah aku.. tak banyak pun makanan.. nak beli udang dengan sotong ada yang tak makan seafood.. 

dalam pukul 6 ada membe-membe aku yang sampai.. kitaorang buat BBQ ni untuk kawan-kawan yang kitaorang je..mula-mula rancang, start majlis dalam pukul 8 tapi ada pula yang lambat datang dalam pukul 9 lebih..biasalah janji melayu kan..huhu.. 


nasib baik kitaorang dah siap bakar ayam..kalau tak penat lah nak menunggu ayam tu masak.. khamis lepas, aku, edly dan naz rancang nak buat kejutan untuk dorang.. nak bagi cenderahati. di sebabkan bajet kitaorang memang sikit, kitaorang guna barang terpakai..

mula-mula dorang ingat kitaorang nak baling tepung..ramai pula yang lahir bulan 3 ni..muka dorang time tu memang cuak.. mana tak nya aku, edly dan naz ni suka buat kerja gila.bila kitaorang cakap nak bagi hadiah semua senyum lebar sampai ke telinga..

tak dapat tangkap pic ngan della..dia dah balik dulu nak jumpa pakcik.. nak bagi hadiah pun tak sempat..dia dah balik baru aku dan naz teringat.. memang seronok lah dapat BBQ ngan korang.. lepas ni ntah bila lagi nak buat BBQ.. semua dah buat hal masing-masing..

p/s: sekarang ni bz sgt nak siapkan RP dan assigment yang banyak ..

dya pilih num 2

✎dya nasir |⊙Saturday, March 24, 2012| ☑
 

1) nampak kemas
2) senang nak buat kerja
3) banyak-banyak meja dya rasa meja ni paling simple dan kemas..tak serabut bila tengok

dya nak tag fizafantagiro

cake pop resepi

✎dya nasir |⊙Friday, March 23, 2012| ☑

hari ini baru ada masa sikit nak update..sekarang ni dya busy nak siapkan rancangan perniagaan.. 1hb ni nak kena hantar..  lepas dya tunjuk cake pop yang dya dan kawan-kawan dya buat kat entry ni ada yang minta resepi.. 

sebelum tu, dya nak minta pertolongan korang untuk like page Chocolicious House Enterprise..sebenarnya page ni untuk assigment dya..dya harap korang boleh tolong dya untuk like page tu ye..


sebenarnya nak buat cake pop ni senang je tapi masa dya buat dya main buat je tak ikut resepi..hehe.. first time time buat cake pop ni.. nasib baik jadi dan kawan-kawan dya puji sedap..hehe.. kalau nak ikut cara yang dya buat ikut lah..

bahan-bahan
  • lolipop stick
  • sebiji kek 
  • chocolate rice
  • chocolate masakan
  • polisterine 


cara-caranya
  • hancurkan kek tu sehingga sebati
  • amik segengam kek lepastu bentuk kan bulat
  • simpan dlm peti sejuk lbh krg 2 jam 
  • setelah itu, cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boiling.
  • cucukkan kek ball tadi dengan lolipop stick dan celupkan ke dlm coklat cair 
  • sebelum coklat mengeras, taburkan coklat rice..
  • cucuk kek pop yang sudah siap pada  polisterine

kalau dah buat jangan lupa pos cake pop tu kat rumah dya ye..hehe

cake pop or k-pop?

✎dya nasir |⊙Wednesday, March 21, 2012| ☑

hari yang memenatka sebabnya aku, eira dan mimi sibuk buat kek coklat dan cake pop.. mula dari pukul 2 dan pukul 10 malam baru siap kek dan cake pop.. sempat lagi tidur sementara tunggu kek ni masak...haha.. lepas kek ni dah sejuk aku, eira dan mimi memulakan aktiviti kitaorang untuk buat cake pop.. yummy..

kitaorang gentel-gentel kek tu supaya jadi bulat seperti di bawah dan kitaorang gaulkan dengan coklat masak..



kira jadi lah cake pop yang kitaorang buat.. ada bentuk dan rasa..hehe.. yang kek pula cer tengok kat bawah kitorang dah siap tulis nama kitaorang lagi tau..


tapi kitaorang berkenan dengan cake pop yang bawah ni.. cantik kan..ee..aku buat tak jadi-jadi..haha

 

p/s : blog aku menyertai program wang tunai RM 5000 untuk blogger..happy siot..untuk maklumat lanjut korang klik sini ye.
 : jom baca entry ni

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

✎dya nasir |⊙Tuesday, March 20, 2012| ☑
Wang Tunai RM5000 untuk Blogger 

dya nak join program dari bloggerwanita.com sempena ulangtahun ke 2 bloggerwanita.Rugi tau kalau tak join.. RM 5,000 tu..huhu

  • Program Wang Tunai RM5000 ini hanya dibuka untuk 100 blogger terawal yang berdaftar sahaja. Cara berdaftar adalah rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan linkkan ke laman post ini dengan tajuk “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger”. Sila nyatakan link URL post tersebut di ruangan komen di bawah. Jika terpilih, Rakan blogger akan diberitahu melalui email dan akan disenaraikan melalui post khas.
  • 100 blogger yang terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrrel ke blog ini iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic. Saingan rakan blogger tidak banyak untuk berpeluang mendapatkan wang tunai ini
  • Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. 
  • Jika rakan blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 ( RM0.05 X 10000) dan seterusnya.
  • Terbuka kepada semua warga Blogger di Malaysia, tidak kira lelaki atau perempuan dan tanpa mengira status pagerank atau Alexa Rank.
  • Bayaran wang tunai akan dibayar pada 1hb hingga 7hb setiap bulan ke akaun Maybank secara online. Bank lain masih diterima jika tidak memiliki akaun Maybank.
  • Program RM5000 adalah fasa pertama yang akan dilancarkan pada 1 April 2012 sehingga RM5000 tercapai untuk diberikan kepada blogger.
  • Rakan blogger boleh menggunakan banners yang disediakan di sini untuk tujuan promosi. Tidak dibenarkan menggunakan iframe atau apa-apa script yang boleh menipu trafik.
  • Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat pada bila-bila masa jika perlu sahaja.

GROUP SEGAR FOLLOWER

✎dya nasir |⊙Monday, March 19, 2012| ☑
Bunga Hati MaMa 

lawa kan header kat atas ni.. dya jeles dengan tuan punya blog, Bunga Hati Mama.. cantik sangat.. header dya simple je..hehe. blog dya terpilih dalam Group Segar follower.. ada 19 blog lagi yang terpilih.. cer tengok kat bloglist Group Segar Follower tak pun kat entry ni..

mulai 6 march , Bunga Hati Mama nak bagi ganjaran untuk follower dia yang terbaik dari yang terbaik..untuk maklumat lanjut korang boleh baca kat entry ni.. 

k lah, nak pergi jenguk ahli-ahli Group Segar Follower 

jalan-jalan cari makan

✎dya nasir |⊙Monday, March 19, 2012| ☑
aktiviti aku semalam adalah makan, makan dan makan....hehe..

 

sarapan pagi : nasi lemak
tengah hari : siput sedut masak lemak.. menangis tau aku makan.. pedas sangat.. pedas-pedas pun nak juga makan.haha

 
lepas makan tengah hari, terus pergi rumah makcik aku..hehe.. kalau minggu ni mak cik aku tak datang kitaorang pergi sana.. sebenarnya nak pergi tengok rumah.. kan hujung bulan 5 ni aku nak pindah.. macam jauh je nak pindah padahal kat pandan indah je..

 

lepas pergi tengok rumah, mula-mula ingat nak pergi wangsa walk tapi pak cik aku tak nak pergi sebab pakai treasuit  dan selipar jambam..jadi kitaorang pergi je lah carefour wangsa maju.. sampai sana,terus cari aiskrim mcd..
adik makan tak perah limau..


aku suka lagi aiskrim mcd kat taman dagang. aku semalam memang tak sihat. tapi bila makan terus jadi sihat..hehe..bila mak aku, ayah aku dan mak cik aku khusyuk pilih jagung, anak-anak nya pergi makan mee sup penang dan rojak mamak..sedap.. aku tak boleh tengok rojak mamak..
lepas tu mak cik aku plak belanja makan cendol..pergh...sedap..semua sedap... sebenarnya masa tu tengah lapar..hehe..pak cik aku plak beli ayam yang dah siap masak.. rm6.50.. murah tu..

bila nak pergi bayar, pilih sushi nak makan dalam kereta.. lama gila tak makan sushi.. terpaksa makan dalam kereta sebab adik aku yang num 2 dan kawan-kawan dia kat rumah..
lapar tengok adik aku makan..

suka nya aku tengok sampah..

✎dya nasir |⊙Sunday, March 18, 2012| ☑
semalam aku pergi matya fair kat pwtc. masa sampai kat stesen lrt-pwtc, turun dari tren banyak nya sampah..
masa jalankat laluan penjalan kaki nak ke pwtc banyak gila kertas kat atas lantai..bersepah.. masa nak turun tangga pun banyak gila kertas.. masuk matta fair kena bayar rm3 seorang dan setiap seorang dapat beg.. 
 
perlu ke buang kat atas lantai? bila tak nak kertas tu campak je kat atas lantai..tak boleh ke simpan kertas-kertas tu kat dalam beg tak pun buang lah kat dalam tong sampah. tak ada kotor..

sweet 21

✎dya nasir |⊙Saturday, March 17, 2012| ☑
 

cepat betul masa.. aku rasa macam tak percaya umur aku sekarang dah 21 tahun..aku ingatkan 18 tahun lagi..haha..dah boleh mengundi..hehe.. terima kasih pada insa-insan yang sudi wish birthday aku.. aku terharu sangat..
aku pinjam je dari pakck google..lapar pula bila aku tengok pic ni.haha
nasib baik birthday aku hari sabtu kalau hari yang ada kelas mesti dah kena tepung.. fuhh.. lega gila.. membazir tepung.. daripada membazir tepung baik buat kuih jemput-jemput lagi kenyang kan.. perut kenyang hati senang..hihihi..

aku tak sambut pun birthday aku..  sekarang ni sibuk sangat nak menyiapkan rp.. nak blogwalking dan update pun malas sangat sebab berukband aku dah jadi siput..

moist choc

✎dya nasir |⊙Thursday, March 15, 2012| ☑

hari ini, balik dari kelas je terus buat kek.. sebenarnya nak cuba buat choco ball tapi tak jadi pula sebelum buat choco ball kek dah habis..hehe..  kat bawah ni resepi untuk moist chocolate cake.. dya ni kan cepat lupa.. nak tulis dalam buku, kang dya lupa plak buku resepi tu aku letak ka mana..

dya post kat sini lagi bagus.. kalau dya rasa nak buat kek dya buka je entry ni.. 




BAHAN-BAHAN : 

KEK
  • 1 tin susu cair
  • 100g serbuk koko
  • 250g gula pasir
  • 250g susu pekat
  • 200g minyak
  • 4 biji telur
  • 150gteppung gandum
  • 1tsp soda berkarbonat
  • 1tsp baking powder


TOPPING
  • 500gm coklat bar
  • 200gm susu segar


CARA-CARA

  1. Mula-mula, campurkan serbuk koko, susu pekat, susu cair dan gula dan masak dengan api yang perlahan sehingga gula larut dan angkat
  2. biarkan sejuk sekejap. lepas tu masuk minyak, telur, tepung, baking powder dan soda berkarbonat sambil kacau sehingga sebati
  3. biarkan selama 30 minit.
  4. masuk kan kedalam bekas/ loyang dan kukus.
  5. kalau bekas kecil dalam 45 minit dan bekas besar dalam 1 jam.
  6. Topping - panaskan coklat sehingga cair dan masuk kan susu, kacau sehingga licin.
pic kucing ni tak ada kena mengena dgn entry ni k.. hihi..
banyak juga coklat yang lebih.. coklat tu dya sapu kat roti dan makan..sedap..hehe

pilih antara dua?

✎dya nasir |⊙Tuesday, March 13, 2012| ☑
hari ini aku ada appoitment dgn doktor pakar pasal hidung aku ni... disebabkan dari 2010 hingga sekarang asyik kena jumpa doktor je dan doktor tanye nak kena operate ke tak?? macam mana ni..aku ni dah lah penakut..

kalau nak, nampaknye kena cucuk dgn jarum lagi lah. doktor tu cakap kalau nak kena operate kena tahan 3 hari je.. sehari lepas kena operate tu dah boleh balik rumah.. macam mana ni..nak ke tak nak?? doktor bagi masa sebulan untuk aku fikir..

dunia yang menakutkan

✎dya nasir |⊙Monday, March 12, 2012| ☑
pagi tadi bila aku tengah komen-komen kat fb, aku terbaca satu status yang ada lec kolej aku meninggal dunia.. terkejut aku.. cam tak percaya.. bila aku pergi kelas tengah hari tadi, budak-budak kelas pun ada cakap pasal tu..

tadi bila aku tengok berita kat tv3, memang betul.. mangsa bunuh.. patut lah aku lama tak nampak arwah. kejam nye manusia sekarang ni..

p/s : al-fatihah untuk arwah miss zara dan adik nurul nadirah..

bakso

✎dya nasir |⊙Wednesday, March 07, 2012| ☑
                                                                 


dah lama aku teringin makan bakso..akhirnya dapat juga makan bakso ni.. minggu lepas ingat kan nak beli kat pasar malam tapi asyik tak jadi je..hari ini dapat juga makan.. pic kat atas tu aku pinjam je kat pakcik google.. ingatkan nak snap pic bakso tapi bakso tu dah habis pula..haha..

kek ku hitam

✎dya nasir |⊙Sunday, March 04, 2012| ☑


minggu ni, hari ahad aku duduk rumah je lah.. sebenarnye malas nak keluar pergi mana-mana.. nak rehat..
 di sebabkan kat rumah bosan sangat aku cuba lah buat kek moist coklat kukus.. nasib baik jadi..haha.. first time aku buat tau..



dah lah masa aku tengah gaul-gaul nak buat kek ni, makcik aku pula datang.. malu pula kalau buat kek tak sedap.. nasib baik makcik aku puji sedap.. bangga sekejap.. makcik aku siap minta resepi..cam ne tak bangga kan..hehe..

makcik aku tunggu kek ni masak sebab nak rasa kek aku buat ni sedap ke tak.. nasib baik aku buat dua bekas. sementara nak tunggu kek yang kedua siap kek yang pertama dah licin. thanks to eira sebab sudi kongsi resepi ni ngan aku.

Giveaway Blog Celoteh Muna

✎dya nasir |⊙Sunday, March 04, 2012| ☑

kalau nk join klik je banner tu ye...

review blog muna?

dya ni tak pandai sangat nak review blog orang.. bagi  dya blog muna lawa. cuma dya tak suka burung hantu  di sebelah kiri tu..hehe..ganggu pemandangan dya nak baca entry muna yang lepas-lepas.. blog muna pun tak berat..


Random Give Away by NanieyBarnieyLurviey

✎dya nasir |⊙Saturday, March 03, 2012| ☑



hari ini dya nak join GA by NanieyBarnieyLurviey..aku join pun sebab berkenan pula dengan hadiah..

 

GA ni hanya perempuan sahaja yang boleh join.. bagi yang lelaki, korang pun minat juga ke dengan hadiah tu?hehe

kalau sesiap yang nak join blh lah klik sini ye..
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page