- ambil diet vegetarian yang mengandungi lektin yang sedikit.. lektin ni sejenis protein/asid amino yang terdapat dalam makanan.
- kalau korang ambil lektin pada kuantiti yang banyak akan mengkibatkan masalah perut.. kalau nk sakit makan lah pada kuantiti yang byk..hehe
- golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
- boleh makan makanan yang berasaskan haiwan sperti ayam atau daging tapi perlu ambil dalam kuantiti yang terbatas.
- perlu ambil sayur-sayuran dah buah-buahan pada kuantiti yang banyak.
- hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
- Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
- Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
- Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
- Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
- Cukup beristirehat
Menu diet
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
- menghindari makanan beku atau makanan dalam tin
- makan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
- ambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak untuk elak kan penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus
- digalakkan mengambil Makananseperti daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
- perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Ciri khas golongan darah B:
- melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan dan had pengambilan daging.
- mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
- mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
MENU
- Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
- Snek: Jus anggur
- Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
- Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
- Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
DARAH AB
- Pola makan- gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
- Penyakit yang berisiko dijangkiti-sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
- pengambilan jenis makanan - hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
- menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
- kekacang perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit
- kurangkan makanan yang berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
- Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
- Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
- Untuk lebih bertenaga digalakkan bersenam
Menu
- Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
- Snek: Yogurt
- Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
- Snek: Kek keju dan teh herba
- Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
DARAH O
- lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat.
- menghadkan pengambilan buah-buahan.
- menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi.
- Dr. Peter J.D'Adamo menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
- Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
- Tidak perlu mengambil makanan seperti telur, susu, gandum dan kekacang kerana tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Ciri khas golongan darah O:
- Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
- Mudah mengadaptasi berbagai makanan
- Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
- ambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
- Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian.
Menu diet
- Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
- Snek: Teh herba
- Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
- Snek: Sepotong kuih
- Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
dya jenis darah O, patutlah alergi nasi, kacang.. rupanya memang tak boleh makan