kenangan tidak akan ku lupakan..

✎dya nasir |⊙Wednesday, January 04, 2012| ☑



       Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bg tahun 2012.. msti macam-macam gelagat terumata bg adik2 yg bru masuk ke alam persekolahan.. teringat pula waktu aku sekolah menengah.. first day sekolah semua nak tunjuk beg baru.. termasuk lah aku.. beli beg xnak yang murah..nak yang mahal je... kenangn aku xdapat lupakan masa aku form 5.. 

        Time tu aku sekolah kt teknik Slim.. sekarang vokasional bukan teknik dah. Kenangan tu sampai bila-bila aku ingat. time tu, kitaorang kena masuk 3 hari awal sebab ada orentasi untuk pelajar form 5.. tugas pertama kitaorang kena  bawak pakaian sepasang je.beg xboleh bawak. kitaorang just letak baju kt kain batik pastu ikat. dah macam orang-orang dulu. kalau budak luar handphone pun xblh.. malam tu kitaorang kena tidur kat sekolah.. tanpa selimut, tanpa bantal.. agak sedih jugak.. pelajar yang bawak jam loceng tu terpaksa lah bagi cikgu pegang..

          hari pertama kita diberi kumpulan dan apa lagi kenalah pilih ketua dan penolong.. kalau ketua mesti lah lelaki.. aku pulak di pilih jadi penolong.. kalau seorang dari ahli kumpulan semua ketua dan penolong kena. aku xingat dah nama orang yang jaga kitaorang.. aku pnggil cikgu M jelah.. masa cikgu nie buat aktiviti, cikgu-cikgu kt sekolah tu xmasuk campur. kiranya cikgu M nie sorang lah jaga kitaorang yang ramai tu. ada lah seorang budak ni buat cikgu M bengang. apa lagi, cikgu M ni suruh lah semua ketua dan penolong pergi ke depan.. 
pic ni masa aku form 4.. aku pegang watak speedy gonzalez dalam drama b.inggeris.
        masa tu memang aku cuak. nak tau apa cikgu M buat kat kitaorang? dia amik arang tup dye tempek arang tu kat muka kitaorang.. memang kotor gila muka time tu.. terdiam semua pelajar kt dalam dewan tu.. pe lagi budak tu pun minta maaf. bila time tidur dye bagi biskut kering dengan milo. pastu dia suruh kitaorang masuk kelas tidur. tu pun dia bagi 15 minit je pergi ke toilet.

         dalam kul 2 pagi, bila semua baru nak lena tidur Cikgu M suruh kitaorang bangun..dia cakap dah subuh..kitaorang mana ada jam. so xtau lah time tu pukul berapa. dia suruh kitaorang beratur kat tengah padang dan tengah malam. pastu dia suruh kitaorang masuk kolam ikan dan dia amik paip dia basahkan kitaorang..time tu memang menggigil lah xtahan sejuk.. lepas kitaorang di mandikan dia suruh kitaorang duduk jarak-jarak kat tengah padang tu.. memang menggigil kesejukkan lah.. ntah berapa jam ntah dia tahan kitaorang. time tu blh dgr lah budak-budak yang menangis masa Cikgu M ni pergi kat dorang. 

              keesokkannya, kitaorang disuruh pergi ke dewan makan.. makan tengah hari.. mula-mula tu ingat makanan sedap tapi dia bagi nasi putih banyak gila, garam, gula, kari..ada lagi...tapi aku dah lupa..huhu..dia suruh kitaorang habiskan..kalau xhabis xboleh keluar dari dewan makan. bila dah makan separuh, ada yang nak muntah..nasib baik lah group aku ada yang tolong habiskan makanan tu..kiranya Cikgu M nak kitaorang kerjasama..
               kenangan tu akan aku ingat sampai bila-bila.


11 comments:

  1. wah meriahnya.! mesti gambar tu berharga bagi dya kan.

    ReplyDelete
  2. meriah... kenangan bersama kawan2 zaman persekolahan mmg pling indah

    ReplyDelete
  3. @Lady Milothanks lady milo.. berharga sgt tapi kenangan yg paling berharga..

    ReplyDelete
  4. @Dalila Hamidtau xpe.. sekarang xdpt dah kenangan tu..huhu

    ReplyDelete
  5. ngeheh...adik pun masuk sk sama?
    samalah cam sy..

    ReplyDelete
  6. first day sekolah patut jadi yang terbest , tp tahun ni , mcm tak best .

    ReplyDelete
  7. suke sangat gambar ni..meriah hihihi @_@

    jom ke blog syieda =.=

    ReplyDelete
  8. oooooo. budak sekolah menengah gi skoloh, main banding² beg yeeeeee. ;)

    ReplyDelete

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page