Paka, Terengganu

✎dya nasir |⊙Wednesday, December 30, 2015| ☑

Kali ini dya nak cerita masa dya ke Paka, Terengganu.. Actually, ini entry lama..baru ada masa nak update..hehe..


Kitaorang ke Paka,terengganu untuk pergi majlis pernikahan Abang Tiri Dya.. Dia bernikah pada hari jumaat.. So pagi tu kitaorang gerak dari Kl..so sewa dua rumah..satu rumah ada tiga bilik tidur.  So selesa lah untuk kitaorang yang lima kereta ni.. Haha.. Yang perempuan satu rumah lelaki satu  rumah.. Petang tu kitaorang jalan-jalan kat tepi pantai..singgah kedai tepi jalan makan keropok lekor dan sotong goreng tepung.. Memang sedap okay..hehe.  Sempat gak lah bergambar kat tepi pantai.. sebab dah lama tak lepak tepi pantai..rindu kot..hehe Malam tu siap-siap terus ke masjid paka.. Alhamdulillah..dengan sekali lafaz abang adib telah menjadi suami kepada kak eiza..

Hari kedua
Pagi tu belah perempuan jemput kitaorang untuk breakfast.. Makanan utama kat terengganu confirm² lah nasi dagang..hehe.. Tengahari tu kitaorang terus gerak ke kuala terengganu..ehh..terus ke pasar payang.  Konon-konon nak cari kain..lama gak lah pusing-pusing satu pasar payang tu.. Akhirnya beli jugak..tu pun kitaorang berpecah..separuh pergi beli keropok lekor.. Malam tu kitaorang singgah makan malam.. Tak silap dya kt medan selera kelukut.. Tapi makanan kat situ kurang sedap.. Sebab macam pelik sangat.. Mama dia order mee rebus dapat mee soup blackpapper..



Day 3- 
Pagi tu terus siap-siap untuk check out.. Sebab kitaorang nak singgah ke kedai Eco.. Barang kat situ semua RM2.. Mula-mula dya ingatkan separuh je Rm 2 tapi semua barang okay RM 2.. Memang macam-macam lah kitaorang beli..kitaorang borong biskut.. Haha..Kan bagus kalau kat KL ada kedai macam nie..hahaha..





PULAU BESAR, MELAKA

✎dya nasir |⊙Thursday, December 17, 2015| ☑

View semasa berjalan kaki ke chalet.. 

Hari ini dya nak update mengenai vacation 2H 1M ke Pulau Besar, Melaka.. Terdapat 2 cara jika ingin kesana. Boleh menaiki feri dari Jeti Anjung Batu atau menaiki bot laju dari Jeti Umbai. Haritu dya naik feri dari jeti Anjung Batu. kitaorang sewa tiga chalet untuk lima keluarga.. pada mulanya was-was juga nak ke Pulau besar lebih-lebih lagi hujung tahun yang sememangnya musim hujan. Tapi setelah kaji dan kaji kat Pulau Besar tak ada angin monsun.. bila sampai pulau besar korang boleh naik van..ala..RM 2 untuk satu kepala.. tapi kitaorang tak naik pun..kitaorang jalan kaki turun naik bukit..memang memenatkan.. 

sampai je Pulau Besar terus tukar baju untuk ke Pantai.. Sampai je kat pantai terus bergambar..al maklumlah air surut.. nak mandi laut tak boleh so kami yang perempuan ni terus bergambar sakan.. yang mak-mak khusyuk mencari ketam termasuk uwan den.. sampai ke tengah dorang cari ketam.. bagi dya pantai dya lain macam kat pantai di tempat lain..sebab kat pulau besar macam berlumpur bila air surut.. so macam geli sedikit bila nak jalan tu..haha.. tapi geram tengok anak-anak ketam keluar... disebabkan nak hujan jadi kejap je lah dapat bermain kat pantai tu.. 

so kitaorang lepak kat kedai makan sampai lah maghrib.. malam tu macam biasa cari makan.. lepas makan yang lelaki stay kat kedai tengok bolah.. Selangor vs Kedah.. kami yang perempuan ni balik lepak kat bilik makan keropok..hahah.. main Jutaria.. 

esoknya, konon-konon nak tengok sunrise..tapi sunrise tak bape nak ada..hahah.. so apa lagi masa untuk mandi laut ler.. bab mandi laut ni best sangat. sebab laut dia sangat bersih okay.. tak ada batu.. seronok nak berenang.. bukan anak-anak je yang mandi, mak-mak, bapak-bapak dan uwan sekali terjun mandi..haha..memang sporting abis lah.. tapi yang tak bestnya kejap sangat mandi.. tak puas mandi laut.. lepas tu terus siap-siap nak balik dan jalan-jalan sekitar tempat tu.. tempat yang kitaorang melawat makam nenek kebayan dan sekitar tempat tu.. sempat gak lah berposing kat tengah padang golf tu..hahaha.. dya nak tengok tempat batu belah tapi tempat tu kebelakang lagi..so tak sempat nak pergi sebab naik feri pukul 12. baru nak tengok rupa batu belah tu..kes tengok cerita batu belahlah ni., balik tu terus naik van tak mau dah nak jalan kaki..tak larat..hahaha.. sementara tunggu lagi satu van.. sempat gak lah bergambar kat jetty tu.. heheh. =)


1. Terdapat 2 cara jika ingin kesana. Boleh menaiki feri dari Jeti Anjung Batu atau menaiki bot laju dari Jeti Umbai.

2. untuk ke pantai bolehlah naik van koboi..ala.. RM 2 je satu kepala.. kalau korang ni jenis banyak stamina bolehlah jalan kaki..

3. aktiviti yang boleh korang lakukan - memancing, mencari ketam, mandi laut..

4. boleh lah berjalan sekitar tempat tu dengan melawat makam2 yang ada kat situ..

5. korang boleh ke batu lesung bila air surut..lebih kurang 1KM.. nampak dekat tapi sebenarnya mak aii jauh okay.. 


Acah-acah kuat
View tepi pantai
Batu putih kat belakang tu lah "Batu Lesung"
Cousin
Bak kata makcik dya, dya lompat macam sugar glider..haha

Cameron Highland - Unplanned (Sept 2015)

✎dya nasir |⊙Tuesday, November 17, 2015| ☑


Assalammualaikum, harini dya nak cerita day trip ke cameron.. kali ini macam biasalah suka plan last-last minit.. so nak bermalam kat sana memang tak dapatlah.. gerak dari Ampang dalam pukul 6.30 a.m.. 

Sampai je kat Cameron kitaorang terus ke Ladang Strawberry.. kitaorang ke Al-Mashoor Strawberries, Cameron Highland.. Mula-mula just tak fikir pun nak petik strawberry tapi bila tengok ada seorang akak ni petik strawberry besar terus terpengaruh nak petik juga..hihi.. sambil petik strawberry sambil selfie..hehe.. sambil petik sambil rasa strawberry ni manis ke tak..hehe.. dari 1 box bertambah jadi 2 box..haha..satu box dalam RM10.. 

eh, baby bunga pun ikut bercuti ke cameron highland..hehe
selepas seronok petik strawberry kitaorang singgah ke Lavender Farm tapi disebabkan dah pernah masuk situ jadi kitaorang teruskan perjalanan ke ladang teh.. huhu..kitaorang pergi hari jumaat..tapi still banyak kereta..jammed.. tapi tak apa..berbaloi bila dah tengok ladang teh..hilang rasa marah..hehhe.. tapi kitaorang tak sempat nak minum kat situ..ramai sangat yang beratur..so lepas beli teh kitaorang terus gerak..

disebabkan nak ke tanah rata tu jammed dan cuaca pun tak berapa okay..hujan.. so kitaorang tak berhenti singgah pergi pasar malam..terus gerak cari kedai untuk makan malam sebelum gerak balik ke KL. 








Pre Convocation + short Vacay - Bukit tinggi ( Pahang)

✎dya nasir |⊙Wednesday, October 28, 2015| ☑

sebelum ni dya ada post entry mengenai pre-convocation tapi yang ni lain plak..pre convo versi 2..haha.. ni gara-gara tengok orang upload picture convo, so dya pun terjebak sekali nak upload..hehe..tapi kali ini pic pre-convo kat bukit tinggi..jauh nau sampai ke Bukit Tinggi..belum picture pre wedding lagi..haha.. kali ini bergambar dengan team lain pula dan tak guna photographer..so picture ni semua dari fon sahaja.. 
kitaorang sampai ke bukit tinggi pun dah lewat dalam pukul 2 jugalah.. sampai situ je kitaorang terus ke taman jepun tu..sampai ada seorang bro ni tegur sampai ke bukit tinggi diaorang ni konvo..haha.. dan masa kat sana jugalah tak pelancong yang dari luar malaysia asyik wish congrats je..malu kitaorang..haha. sampai ada yang berkenan nak bergambar dengan kitaorang. haih..dah macam pergi bercuti pulak..jumpa kawan baru..

picture kat bawah ni dua orang pelancong dari pontianak, Indonesia.. kitaorang ni bila orang dah ajak bergambar kitaorang ni on je.. 



yang kat bawah ni pula bergambar dengan aunty dari china.. dah lah dia cakap cina..dya sikit-sikit faham lah jugak..haha..tapi last tu hanya mampu cakap xiexie je lah.. bila kitaorang pergi ke colmar tu jumpa lagi dengan aunty ni.. bersungguh dia ambil pic kitaorang. 


tapi bila sampai kat colmar tu kitaorang dapat bergambar kejap je lepastu hujan turun dengan selebatnya.. time tu memang mampu redha.. dan paling dya risau takut malam pun still hujan. yelah..bahaya an turun bukit malam-malam tu, perempuan plak tu.. dah ar dya ni jenis mata silau.  



picture sebelum hujan lebat..tapi time tu pun dah rintik-rintik

hujan berhenti je kitaorang terus sambung photoshoot.. hehe.. ada lah jugak picture kat colmar tropicale tu an daripada tak ada lansung..hehe.. kitaorang gerak balik dalam pukul 7.30 p.m.. dya sampai ampang dalam 8.30...





ni kimono versi jubah convo..ahaks.. 

sedih..kasut dya pakai tu terus rosak..sebelum ni photoshoot preconvo pun rosak jugak.. 





Gara-Gara Gegar Vaganza

✎dya nasir |⊙Monday, October 26, 2015| ☑
ea..ea..kita nak bercuti kat mana ni?

lama tak update blog ni.. walaupun boleh update melalui enset tapi aku tak berapa selesa..sebab kofem banyak typo..hehe..

harini nak dya nak cerita pasal hangout dengan mydato' (amoi) .. lagipun lama tak jumpa minah ni..last jumpa pun masa pergi Matta Fair.. nak jumpa je mesti salah sorang ada hal.. cuma semalam aku paksa dia teman aku karoke..haha.. lagipun bila jumpa face to face ni senang nak discuss pasal plan kita tu kan..nak bincang dalam whatsapp susah.. bila dh f2f ni problemnya bertambah-tambah idea nak plan trip kemana..haha..

abaikan pipi dya yang makin tembam tu..

Disebabkan kitaorang tak book lagi dan kena tunggu sampai pukul 2.30p.m so kitaorang decided lunch dulu kat padi,kat setia walk tu.. yelah..masing-masing dah lapar kan..hehe.. lepas makan baru kita pergi karok ye..  sebenarnya masing-masing first time karoke kat situ.. mula-mula nyanyi tu agak sedikit marah lah sebab rasa macam nak tercabut speaker tu.. tapi lepas dua tiga lagu baru okay..

kali ini kebanyakkan lagu kitaorang karoke semua lagu dari gegar vaganza.. cuma baru perasan satu lagu tercicir tak nyanyi..lagu nassir wahab..hahah..sebab tak reti nak nyanyi lagu tu.. lepas karoke tu macam biasa selfie ler. eh.eh. baru perasan kitaorang dapat bilik yang ada map dunia..memahami sangat tau.. makin sel-sel otak kitaorang ni lagi aktif berfikir nak travel kemana..haha.. macam-macam tempat nak pergi ni..

wishlist tu..paris.. 





Pre - Convocation - Putrajaya

✎dya nasir |⊙Wednesday, October 14, 2015| ☑

Maaf.. Entry ini penuh dengan gambar-gambar photoshoot..

Sebenarnya pada mulanya dya memang tak join photoshoot ni tapi disebabkan tarikh tu dya ada kat KL so terus setuju join photoshoot pre convocation ni.. tempat pertama kitaorang photoshoot tu kat Taman Saujana Hijau, Putrajaya.. thanks to abam-abam photographer yang sudi tangkap an picture untuk kitaorang ni.. hehehe. korang pun sangat-sangat sporting layankan je perangai kitaorang yang gila-gila ni, time bergambar pun boleh bergaduh- gaduh manja..hehe..

tempat kedua kitaorang photoshoot kat tempat mahkamah tu..sebenarnya dya tak ingat nama tempat tu..hehe..











Convocation - Congratulations Dya!

✎dya nasir |⊙Tuesday, October 13, 2015| ☑


Alhamdulillah.. Akhirnya aku Officially Graduate! Terasa penat lelah, Stay up malam-malam nak siapkan assigment berbaloi sangat-sangat.. hehehe.. Terima Kasih Allah, Terima Kasih Mama & Abah, Terima Kasih kepada Lecturer, Kawan-kawan yang sentiasa beri support..Terima Kasih..Terima Kasih..







Merempit ke Penang -3 jam ke Penang 9 jam ke KL

✎dya nasir |⊙Friday, September 18, 2015| ☑




lama tak update blog ni..disebabkan mood untuk aktif berblog sudah lama terkubur so dyadecide nak tukar url blog ni yayabunga.blogspot.my ke dyabunga.blogspot.my .. kali ni dya nak cerita pasal aktiviti 31ogos yang lepas .. trip ke Penang! lama tak update blog ni..disebabkan mood untuk aktif berblog sudah lama terkubur so dya decide nak tukar url blog ni yayabunga.blogspot.my ke dyabunga.blogspot.my .. kali ni dya nak cerita pasal aktiviti 31ogos yang lepas .. trip ke Penang! hehe..3Hari 2 Malam .. sebenarnya trip kali ini nak buat suprise kat kawan kitaorang yang kat Penang..lagipun lama tak jumpa minah tu..masa dia bertunang dya tak boleh sebab tarikh dia bertunang bertindih dengan final exam. .masa dia kawin pula dya tak dapat datang .. tarikh tu bertindih tarikh aku nak pergi umrah ... hehe..so tahun nilah baru dapat jumpat minah tu..dia dah ada anak baru ada rezeki nak jumpa dia..hehe .. 

kitaorang stay kat hotel anggerik 3H2M .. bilik oklah ada 2 katil queen .. total untuk dua malam dalam Rm 344 .. tu pun kitaorang tak puas hati sebab suka hati dorang caj lebih tanpa bagi notis .. dalam Rm60 jugalah .. 

Sabtu tu, 29 Ogos 201 5 

kitaorang gerak ke Penang .. dalam kul 7pagi kitaorang sampai jalan duta .. sampai penang dalam pukul 10- 10.30 pagi..hahah..tu pun 2x persinggahan, berhenti kat rnr cari toilet.. masa sampai kat jambatan pulau pinang masing-masing macam kecewa sikit sebab pemandangan tak cantik gara-gara jerebu..nak snap pic pun tak dapat okay.. sampai je hotel kitaorang rehat-rehat dulu sebelum jumpa mimi kat Queensbay Mall .. sebenarna mama si Mimi ni pun terlibat sama nak buat kejutan kat mimi..hehe .. tapi suprise tu tak berapa nak menjadi sebab Mimi macam dh hidu je ada orang nak buat kejutan kat dia .hehe .. 

cilok picture dari google


Petang tu mimi dengan husband dia bawak kitaorang makan kat kedai Nasi Dalca ... sedap okay .. tak silap dya kedai tu buka 24hours..kat kawasan georgetown .. yang paling aku suka telur sotong..sedap gila..hehe. Nasib baik dah kenyang.hehe .. itupun Mimi nak bawak makan lagi kat area padang kota lama..tapi kitaorang surrender sebab dah terlalu kenyang..haha..so singgah padang kota lama untuk bergambar je..yang penting misi untuk snap pic transformer tercapai! hehe .. 

bajet untuk 29/8/2015 
kenny rogers - RM 38.70
Makanan ringan - Rm 6.80 
total - Rm45.50 (time ni sebab terlampau lapar nampak kenny rogers kat dalam queensbay mall bajet lari kaw2..hehe)
Hotel untuk dua Malam (2 katil queen) - RM 344
Minyak + Tol ( Pergi balik KL - Penang ) RM150

with mimi..


30 Ogos 2015, Ahad 

untuk hari ahad kitaorang banyak berjalan kat area georgetown and misi mencari coffee..haha .. so tengahari tu kitaorang google lagi tempat makan yang sedap..this time kita makan nasi kandar dan murtabah pulak kat restoran Hameediyah .. dya paling suka murtabah dia. .terbaik .. terbayang-bayang lagi murtabah dia .. hehe


untul misi mencari kedai, kitaorang try cafe kat black kettle .. dya order Matcha Cofee..greentea + coffee..sedap okay..selalu confuse nak order apa coffee ke greentea..ni senang..order je matcha coffee..dapat rasa kedai dengan green tea..haha ..

kebetulan masa kitaorang jalan-jalan tu ada festival kat georgetown..hehe .. singgah kat street art tuk bergmbar .. hehe..tapi ramai sangat orang yang nak bergambar .. so picture tak banyak .. tak sanggup nak beratur panjang-panjang. .hehe .. dah sampai kat area situ wajib try Ais Kepal .. panas-panas makan ais kepal..terbaik..hehehe .. 

next ke pergi ke kawasan batu feringghi pula ... nak suasana tepi pantai pula..hehe .. lepak kat shamrock beach sambil makan laksa, bergosip and selfie..selfie itu wajib okay..hehe .. banyak-banyak tempat aku paling suka lepak kat tepi pantai..relax je .. 

malam tu pula makan malam dengan mimi..hehe .. dia bawak ke tempat char keuteow pula..haha ..
char keuteow dan sate memang terbaik..sebenarnya tak cukup .. hehehe .. dya tak tahu nama kedai tu..sebab sampai malam-malam..tapi bak kata si Mimi tempat tu dekat dengan tokong ular..family mimi sangat sporting termasuk parent dia..hehe..lepas makan char keuteow, abah (ayah mimi) bawak kitaorang bawak satu restoran kat tepi pantai..yang tu pun dya tak ingat nama tempat tu..tapi bila lepak kat pondok tu boleh nampak bridge penang 1 & 2 .. heheh. 

bajet untuk 30/8/2015
Lunch - Hameediyah - RM12 
black kettle cafe - matcha kedai - RM 12.70
ais kepal - RM3
laksa - RM 1.50 (RM 3 kongsi dua orang)
nescafe - Rm 2

31/8/2015, ISNIN

last day kat penang ni kitaorang terlambat bangun..haha..so kul 12 tu baru check out dari bilik .. time tu baru nak google tempat makan sedap .. baca kat internet medan selera kat area hotel tu tempat makan dia sedap-sedap tapi bila sampai tak ada yang menarik .. so google masuk cari line clear Nasi kandar kat area georgetown tapi kitaorang jumpa Kassim Nasi Kandar, tempat Mimi bawak tu.. sempat jugaklah bungkus pasembor..haha.balik tu sempat singgah black kettle beli cafe latte..hehehe..
gerak dari penang kul 2.. sampai kl dalam kul 11..jammed gila...heheh..layan je lah picture kat bawah ye..hehe

Bajet untuk 31/8/2015
Nasi Dalca Kasim - Rm 8.10
Coffee Kettle Cafe - Rm11
Jeruk - Rm30

dah tangkap gambar baru perasan dya tutup picture budak kecik tu..haha..

char keuteow ni memang terbaik.. termimpi-mimpi makanan ni..

asyik terbayang makanan ni je..adoiii.. 

dua orang makan ais kepal ni pun tak habis.. 
nampak tak muka dya yang kelaparan tu..haha..



Sempena Hari Malaysia

✎dya nasir |⊙Wednesday, September 16, 2015| ☑
Sebelum tu dya nak ucapkan selamat hari malaysia..

Akhirnya siap juga edit blog ni.. url blog ni pun dya tukar juga.. disebabkan lama sangat tak edit blog ni bila start edit jadi macam blur.. haha..edit asyik tak jadi je.. semoga dengan wajah baru dan url baru blog ni, dya akan rajin untuk update blog ni..hehe. banya cerita nak update kat blog ni..

gary in the house

✎dya nasir |⊙Tuesday, September 08, 2015| ☑

sabtu lepas aku ada pergi matta fair..acah-acah nak pergi bercuti..haha..tapi satu pakej pun tak beli .. sebenarnya pergi matta fair sahaja nak servey pakej murah ke lombok..tapi bila dah tengok tak ada yang murah. . tempat yang kitaorang nak pergi tu pun tak ada .. bak kata orang tu kena buat itinerary sendiri .. sebab ingat plan nak ke lombok dengan pulau kenawa..haha..sebab dah jatuh cinta dengan pulau kenawa..menghitung hari bila lah dapat kesana..hehe .. disebabkan dengar-dengar cerita yang Kang Gary datang matta fair..kitaorang pun sepantas kilat pergi ke Hall 1..nak jumpa Kang Gary .. hehe .. kalau kena bayar memang tak lah aku pergi tengok..tapi disebabkan free tu yang sepantas kilat tu pergi Hall 1.haha .. susah okay nak jumpa artis lua malaysia ni..hehe .. 

abaikan muka ku yang semakin tembam 

Disebabkan lepas dh jmpe gary tu baru terasa lapar singgah lah makan kat sunway putra mall .. hehe..sempatlah juga bergambar kat dalam tu..hehe ..

Sempat juga jumpa exunikl..hehe 

macam building kt penang..hhehehe

aku, amoi and della




Pasir Putih Tepi Pantai di PERHENTIAN ISLAND

✎dya nasir |⊙Monday, August 10, 2015| ☑
abaikan mata yg eyebag berkilo2..haha



ni sambungan entry dari trip dengan praktikal student .. Tak silap aku sampai kuala besut dalam pukul 8 pagi..perasaan teruja nak tengok laut membuak-buak..haha .. untuk hari pertama banyak aktiviti kitaorang buat .. first aktiviti lepak minum, mandi laut dan mendaki naik ke kincir angin,  masa kat Pulau perhentian ni, kitaorang stay kat long beach, pulau perhentian kecil .. 


Sampai je kat Jetty Kuala Besut terus cari orang yang uruskan bahagian bot kitaorang .. sempat jugaklah rahman dengan syahmi pergi beli breakfast .. tapi mahal betul nasi lemak telur mata rm5 ++ .. bila sampai kat jetty pulau perhentian kitaorang confuse nak jalan kaki ke hostel kitaorang ke atau nak naik bot taxi .. Disebabkan trip kali ni memang betul-betul bajet so kitaorang jalan kaki ke hostel .. pada mulanya kitaorang booking hostel tapi alhamdulillah dorang uprade jadi bilik..so kitaorang dapat dua bilik .. bilik aku ni memang selesa sangat .. dua queen satu single ... tandas memang bersih..kipas bukan kipas dinding..so tidur tak adalah panas sangat. kitaorang menginap kat tropicana Inn. sebelum ni ada baca ulasan yang tempat ni macam tak berapa bersih lah .. tapi alhamdulillah masa kitaorang kat sana servis kat sana sangat okay .. cuma tempat ni atas bukit .. 


sementara tunggu turn untuk dapatkan kunci, kitaorang rehat dulu, breakfast dulu .. bila dah check in, ikutkan hati nak tidur kejap..haha..tapi diaorang tak bagi..buat apa datang jauh2 tapi sampai-sampai terus tidur..hhaha. .okay .. so rahman dengan syahmi tunggu kitaorang kat pantai .. 

syahmi, eeja, aku .. 
Subhana Allah, cantiknya laut .. aku kat Malaysia ke atau kat oversea ni? haha .. disebabkan time tu macam krikkrik sangat so kitaorang decided lepak minum dulu .. sampai sekarang kalau ingat lagu pasir putih tepi pantai mesti teringat kenangan kat situ ... haha..ini semua gara kau ika .. masa tengah lepak minum tu kitaorang boleh mengutuk kenapalah panas-panas buta ni diorang boleh pergi mandi .. kutuk kaw2 ..



 aku rasa time tu si ika ni macam geram dengan air laut tu, dia pergi kat tepi..terus cakap air sejuk weyh!. teruja aku dengar..hahah dengar macam tu terus gerak nak bergambar kat tepi batu .. bila masukkan kaki kat air tu, terasa terkena batang hidung sendiri .. tadi kutuk orang kaw2 last2 semua terjun mandi laut. .tapi aku tak mandi pun..aku just main-main air je .. basahlah knee guard aku .. dh lah aku bawak satu je ... tapi tak pe tunggu petang ye aku terjun jugak .. hehe .. 

so disebabkan makan tengahari pukul 1, terpaksalah semua naik..haha .. dengan baju basahnya semua rasa serba salah nak duduk situ..haha .. makanan kat situ memang sedap..tak tahulah betul sedap ke atau kitaorang yang kebuluq..haha. .makanan kat situ diaorang hidang .. so memang seronok lah makan sampai licin..hehe .. 

mendaki ke kincir angin

yang bagusnya pasal trip kali ni apa yang kitaorang plan semua menjadi..hehe .. alhamdullilah .. plan berkumpul pukul 3, kul 3 kitaorang berkumpul .. tak sabar nak hiking! pada mulanya ingatkan nak naik taxi bot ke tempat tu, tapi macam aku cakap tadi trip ni memang bajet so kitaorang decided nak hiking..lagi seronok sebenarnya kalau hiking..hehe .. tapi masa nak mendaki tu diaorang risau aku tak boleh nak mendaki. .lutut aku an injured .. bedal jelah labu .. so bermulalah misi kitaorang .. aku rasa time tu macam terlajak sebab tak jumpa mana jalan masuk nak ke kincir angin..hehe .. tapi before tu sempat lagi berselfie..memang trip ni sangat santai..haha .. 



masa hiking tu aku lah orang paling bersemangat nak hiking..yang paling rare kitaorang hiking pakai selipar je..haha .. orang yang  sakit  lutut jalan kedepan..sampai membe aku cakap tak macam orang sakit lutut .. bila nampak je kincir angin tu lagilah teruja..jalan laju..haha .. bila sampai situ tu je, Subhana Allah, cantiknya laut....huhu .. 




misi kedua pun bermula..misi berselfie.haha .. tapi picture aku banyak hilang .. = (


kitaorang plan nak turun ke pantai pukul 6.. so memang pukul 6 kitaorang gerak turun.. so sampai bawah je apa lagi masa untuk mandi lautlah.. yahooooo!! malam tu aktiviti kitaorang santai je, just lepak kat tepi-tepi pantai cerita pasal bercuti kat tempat lain..

Day 2- Snorkeling

Aktiviti hari kedua iaitu snorkelling! aktiviti kitaorang paling tunggu dan paling seronok.. lepas breakfast kitaorang terus gerak untuk snorkelling.. yang paling beruntung kitaorang tak berkongsi bot dengan group lain..bila abe bot sporting kitaorang lagi sporting.. kitaorang pergi 6checkpoint..masa checkpoint pertama aku tak snorkelling sangat..problem kat life jacket.. nak berenang tanpa life jacket memang tak berani lah aku..sebab tak reti berenang..haha.. bila dah tukar life jacket baru aku rasa selamat nak pergi tempat dalam..hehe.. balas dendam masa snorkelling kat checkpoint 2.. tapi tak ikut abe bot tu bawak snorkelling tengok ikan yu..ika je yang ikut abe bot tu.. kitaorang khusyuk sangat record video.. macam-macam gaya.. yang paling aku teruja bila snorkelling jumpa penyu..tu paling best.. comel sangat penyu tu.. walaupun tengok dari atas je..



last checkpoint kitaorag kat pantai romantik.. ( sebenarnya ingat romantik je nama pantai tu)hehe.. kat situ tak banyak ikan sangat..ikan nemo pun kecik-kecik je.. anak lagi.. kitaorang lepak kat tepi tu..abe bot tu suruh try berenang tanpa pakai life jacket..dah siap tarik life jacket kitaorang..dia siap cakap lagi ringan bila berenang tak pakai life jacket.. masa tu aku tak ada kofiden lagi.. tapi next pulau aku dah ada keberanian okay..hehe,,


sampai je chalet kitaorang terus pengsan..tidur..haha..letih sangat.. konon-konon nak tengok sunset tapi terlajak..semua dah letih sangat..haha..bila time makan je semua jadi semangat..haha..malam tu bbq..mestilah semangat..bakar ayam sendiri..hehe.. lepas je bbq tu kitaorang lepak situ sampai blackout..haha... bila dah blackout tu baru kitaorang sambung lepak Long Beach.. lepak pantai sambil makan kuaci + bergosip..layan kot..haha.. time lepak tu lah baru kenal sorang-sorang..cerita pengalaman bila pergi bercuti..haha.. plan untuk next trip..


Day 3- Masa untuk pulang, Pasar Siti Khadijah, Kelantan.

hari terakhir di Long Beach, Perhentian Kecil.. hmm..sedih pula nak balik..rasa tak puas bercuti tapi bila fikir esok dah kena present and hantar report intern kena balik juga.  pagi tu sebelum breakfast lepak pantai jap..ambil gambar buat kenangan.. lepas breakfast terus balik bilik ambil beg then terus gerak ke jeti.. Walaupun tak dapat tengok ikan yu masa snorkelling tapi dapatlah juga tengok ikan yu kat jetty tu..ada rezeki dapat tengok ikan yu walaupun tengok dari jauh je..haha..

sampai je jetty kuala besut, kitaorang pening nak dapatkan transport ke pasar siti khadijah.. sebab flight kitaorang tengah malam.. sampai je stesen bas, pakcik kat situ cakap bas maybe datang dalam kul 2.. so kitaorang jalan-jalan lah kat area situ.. nak cari keychain.. bila borak-borak dengan jurujual kat kedai tu, ayah dia driver taxi dan boleh hantarkan kitaorang ke airport.. alhamdulillah..rezeki.. sempatlah singgah ke pasar siti khadijah..haha.. kes nak berjalan..haha..

sebelum ke kota bharu, pakcik tu bawa kitaorang pergi ke tempat keropok lekor..kat situ makan sampai kenyang tapi tak kena bayar.. hehe.. tapi keropok dia memang sedap..satar pun sedap.. aku beli satar dua packet sebab risau beg terlebih berat..dalam kul 2 tu kitaorang sambung perjalalanan ke kota bharu.. bayangkan lah sempit duduk belakang tu..haha.. empat orang duduk belakang..sakit punggung jugalah.. sampai je pasar terus cari makan..cari nasi kerabu..tu lah motif kitaorang nak ke pasar..cari makan.. tapi masa nak pergi ke kereta sempat terbeli kain untuk mak aku dan terbeli jubah.. kitaorang tiga perempuan ni beli jubah pattern yang sama kaler yang sama..haha..jubah tu dalam rm25.. tu yang terus beli tu..haha..

kitaorang sampai airport dalam pukul 5.. memang krik -krik sangatlah..tak tahu nak buat apa..konon-konon nak mandi tapi tak jadi..so kitaorang lepak minum jelah semantara tunggu kul 11.. membe aku yang lelaki flight awal dari yang perempuan..so diaorang balik awal dari kitaorang..  sampai klia 2 dalam pukul 12 lebih.. so tinggal berdua dengan eija..terus fikir naik bas je lah pergi kl sentral.. lagipun bajet tak ada dah.. sampai eija cakap kat aku, kau orang pertama okay je naik bas..haha.. selagi boleh jimat kita jimat ye..jom layan picture kat bawah..hehe..















 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page