Showing posts with label kisah ku. Show all posts
Showing posts with label kisah ku. Show all posts

Pre - Convocation - Putrajaya

✎dya nasir |⊙Wednesday, October 14, 2015| ☑

Maaf.. Entry ini penuh dengan gambar-gambar photoshoot..

Sebenarnya pada mulanya dya memang tak join photoshoot ni tapi disebabkan tarikh tu dya ada kat KL so terus setuju join photoshoot pre convocation ni.. tempat pertama kitaorang photoshoot tu kat Taman Saujana Hijau, Putrajaya.. thanks to abam-abam photographer yang sudi tangkap an picture untuk kitaorang ni.. hehehe. korang pun sangat-sangat sporting layankan je perangai kitaorang yang gila-gila ni, time bergambar pun boleh bergaduh- gaduh manja..hehe..

tempat kedua kitaorang photoshoot kat tempat mahkamah tu..sebenarnya dya tak ingat nama tempat tu..hehe..











Convocation - Congratulations Dya!

✎dya nasir |⊙Tuesday, October 13, 2015| ☑


Alhamdulillah.. Akhirnya aku Officially Graduate! Terasa penat lelah, Stay up malam-malam nak siapkan assigment berbaloi sangat-sangat.. hehehe.. Terima Kasih Allah, Terima Kasih Mama & Abah, Terima Kasih kepada Lecturer, Kawan-kawan yang sentiasa beri support..Terima Kasih..Terima Kasih..







Borneo Hornbill Festival 2015

✎dya nasir |⊙Thursday, July 30, 2015| ☑


Assalammualaikum, lama tak update blog ni..hehe.. aritu update separuh pasal perhentian pastu terus terlupa nak update..hehe.. harini aku nak cerita pasal borneo hornbill Festival yang berlansung sabtu dan ahad lepas..sebenarnya aku tak tahu pape pasal festival ni..member aku Della yang ajak dan belanja ticket.. sepanjang festival ni berlansung banyak gak lah aku belajar terutama kaum-kaum negeri sabah dan sarawak..

kebetulan sabtu dan ahad tu kitaorang dapat table dengan orang yang sama.. kebetulan lagi satu table tu berborak bahasa iban termasuk kawan aku si della ni..yang aku terpinga-pinga tak faham.. haha.. angguk an je lah, buat-buat faham.. bila peserta kategori ulu keluar membe aku jadi google translate untuk aku.. hehe..dia yang terangkan pasal pakaian.. tahniah untuk kawan della, Wellingson sebab terpilih jadi top 4 untuk kategori Mr Borneo hornbill.. jom layan picture kat bawah.. 








Suprise birthday for Hafreez Adam

✎dya nasir |⊙Wednesday, June 17, 2015| ☑


Lama sangat tak update blog ni..  Banyak benda nak cerita..  Nak update pasal pergi pulau,  celebrate birthday.. Tapi kali ini aku nak cerita celebrate birthday Hafreez Adam..

Mula-mula aku  xminat kat HA (Hafreez Adam)  tapi masa first time jumpa kat PWTC terus suka kat abe.. HA seorang yang sangat2 humble.. Memang terpikat lah...  Dah lah hensem bila jumpa dpn2. Humble.. Klau dlu ada org pertikaikan kenapa dia boleh menang pelakon baru lelaki terbaik so skrg aku dh tahu kenapa dia boleh menang..  Peminat dia memang sangat sayangkan dia.. HA pun seorang yg tak sombong sangat hargai peminat dia..

Birthday ni kitaorg celebrate ahad lepas,  Walaupun pada mulanya ada yang macam terkantoikan nak buat suprise tuk HA,  tapi nasib baik xkantoi..  So sebelum abe sampai tu kitaorg ada jugak Praktis flashmob.. Aku memang duduk belakanglah sebab time tu baru nak menari.. Hehe.



Dalam pukul 2lebih, HA sampai..  Dia masuk je kawasan tu terus kitaorg buat flashmob (boleh tengok kt ig hafreez adam). Muka dia memang nampak terkejut,  terkedu.. Yang pasti mata dia memang masuk habuk..  Hehe.. (boleh bace caption Kt ig HA)  baca caption dia aku yg jdi terharu.. Haha..  Lepas flashmob, acara potong kek!  Fans yg lahir bulan lima, ngn enam akan potong kek dengan dia, kiranya celebrate birthday dengan dia..Untungnya.. Aku ingat masa sesi memotong kek tu dia sempat cakap kalau tahu dia pakai hensem2. Jumpa aritu pun dah hensem sangat lah HA..



Lepas makan,  sesi bergambar..  Fans yang datang akan diberi nombor untuk bergambar dengan HA..  Bgus jugak buat macam ni so semua dapat bergambar dengan dia..  Sesi paling best sesi nyanyi lagu terima kasih cinta khas untuk HA dan sesi flashmob beramai2.. HA pun join sekali okay walaupun dia tak tahu step dan buat step sendiri.. Haha..  Nampak tak yang dia sangat sporting..  So sebelum balik tu aku sempat lah bergambar dengan HA,  sempat minta HA nyanyi.. Hehe.. peminat HA sentiasa support HA dari belakang..  Dan yang pasti aku suka tengok dia layan budak2.. Layan family dia..  Layan peminat2 dia..  

Jom layan picture dengan video kat bawah ni..









Dya turns 24 years old

✎dya nasir |⊙Monday, April 13, 2015| ☑



sebelum aku lupa kenangan ni baik aku taip dan post kt blog ni..sekurang-kurangnya bila aku terlupa ke pastu bila baca blik kofem ingt balik kenangan ni..




15 MARCH 2015

orang pertama wish..terlebih advanced makcik ni wish..hehe..eika.. kawan kuat gaduh...ala-ala gangster tapi manja..haha.. masa otw balik rumah lepas hanta makcik ni balik, eika whtsapp tanya kat bonet ada paperbag tak.. beriye-riye dia tanya.. sampai call.. mula-mula aku ingatkan dia tertinggal barang tapi rupanya hadiah untuk birthday aku..so sweetlah awk.. hehe.. thanks tau..hehe


17 MARCH 2015

first time aku terima tiga kejutan seumur hidup pada masa yang sama..selalunya sekali atau dua kejutan tapi haritu masa birthday aku aku terima tiga kejutan dari orang-orang yang aku sayang.

hari tu, 17 march 2015 merupakan birthday aku.. so membe aku yang eira ni ajak lah kua..konon-kononnya dia nk balik JB  esk.. oklah.. aku percaya okay yg dia nk blik JB esk.. sebenarnya dia dah ajak sehari sebelum.. masa tu tak fikir lagi lah nk join ke tak..sebab ingat nk puasa masa birthday aku.. so macam malaslah nak keluar lebih-lebih lagi masa lepas kerja.. 

so haritu si eira tanya jadi tak keluar.. setelah dipujuk oleh makcik dua orang tu, eira and della akhirnya aku setuju jugak lah keluar. konon dorang teman aku buka puasa.. so petang tu memang terfikir nak balik awal lah.. tapi nk buat macam mana terlambat jugak..kul 6 baru aku gerak.. so aku whatsapp lah si della tanya kat mana.. makcik dua orang tu suruh aku tunggu kat chat time okay..mati-mati aku ingat dorang kat situ..lama gak lah tunggu makcik dua orang tu. bila call dorang cakap kat toilet.. mak aiii lama betul an korang pergi toilet.. bila call balik cakap dorang kat tingkat 1...agak geram lah  disitu.. 

so bila dah jumpa tu macam kelam kabut sikit lah sebab aku kejar masa nak berbuka..makanan pun belum beli lagi.. dorang pulak boleh ajak pergi karoke.. adoiii..aku tengah fikir nk buka dorang ajak karoke..disebabkan fikir makcik eira ni nk balik JB aku ikutkan sahaja.. beli sandwich kt subway so makan dalam ktv tu.. bila aku tanya makcik yan tak join ke? sebab office si yan tu dekat je.. then dorang jawab yan OT..ok.. 



Kejutan Pertama

first yang pelik masa nak pergi karoke tu..boleh je si eira sampai orang tu terus tunjuk bilik..time tu dalam hati cuma cakap okay..lebih baik aku jaga-jaga.. bila buka je pintu si Yan dengan San ada.. hehe.. terkejut jugak..yang tu tak berapa nak terkejut sangat lah..tapi terharu lah.. sebab si san and yan ada celebrate my birtday..hhehehe.. dorang cakap sorry dapat karoke je nk celebrate birthday kau... yang tu tak de hal lah..korang wish and tiba-tiba muncul pun aku dah hargai sangat.. hehe.. 




Kejutan Kedua

masa ni aku macam dah agak sikit lah ada benda tak kena lagi..huhu..sebabnya si eira dengan yan boleh tergelak pada masa yang sama okay..time dua-dua tengah tengok handphone.. hishhh..pastu boleh pula si della dengan san keluar pergi toilet.. masa si eira tengah nyanyi keluar pulak lagu happy birthday.. muka aku memang dah pelik sangat lah..si eira boleh pula cakap kenapa tiba-tiba keluar lagu ni pulak.. ngekkkkk.. then si naz masuk pegang kek.. seriess time tu terharu gila babe!!. aku ingatkan naz sorang rupanya si amoi pun ada.. lagi tambah terharu..memang mengalir air mata ni sebab terharu gila..dah lah lama tak jumpa semua pada masa yang sama okay.. kalau jumpa mesti salah sorang tak de..tapi time tu semua ada kecuali yang kat penang tu je lah. selalu jumpa bertiga / berempat je.. asyik lepak dengan orang yang sama tapi masa tu semua ada..mini reunion masa birthday aku..hahaha.. tu paling terharu dowh!!




Kejutan Ketiga

kejutan ni dari orang yang paling aku tak sangka, sebab tak pernah-pernah  wish birthday aku, tiba-tiba datang and wish birthday and dia jugak tok dalang buat kejutan tuk aku..hmmm... masa ni aku tengah busy nak cari kotak kek..sebab nak bawak balik kek.. bila naik tangga nak keluar dari KTV tu aku terkejut gila bila Aidel muncul..terkejut sangat time tu..membe aku yang eira pun terkejut sebab ingatkan aidel tak jadi datang pastu muncul kat depan KTV pegang kek.. time tu memang terkedu gila..memang mata time tu masuk habuk sebab terharu sangat.. yang paling terharu dia buat kek tu sendiri.. perghh.. memang tak sangka okay.. dia lambat sebab nak buat kek birthday tu.. lagilah aku bertambah terharu..sebenarnya mula-mula ingatkan aku bermimpi yang aidel muncul tiba-tiba.. sebab sebelum tu aku ada contact dia konon-kononnya nak jumpa dia lah lepas jumpa kawan aku ni..dia cakap dia kerja full..sampai malam.. so ada kesempatan lah nak jumpa dia kt tempat kerja.. tapi dia yang datang kat tempat aku.. thank you ye pakcik.. hehehehe



18 march.. 
Esoknya suprise birthday dari my bff since skola, ziera..haha.. konon-konon nk suprise time birthday aku tapi tak dapat sebab time tu aku puasa..haha.. so esknya lah dia belanja makan kat tappers..hehe...thank you yunk.. 

THANK YOU KORANG

MY BEE'S








Cabaran Bisnes 1 Malaysia

✎dya nasir |⊙Tuesday, May 13, 2014| ☑
abaikan pipi yang semakin tembam


setelah lima hari berkampung di Kuala Lumpur International Hotel akhirnya tamat juga pertandingan Cabaran Bisnes 1 Malaysia. banyak pengalaman baru yang aku dapat. termasuk lah strategi dan tip untuk menjual barang walaupun group yang aku jaga tu sebenarnya tak tahu yang sebenarnya diaorang kena berniaga. walaupun agak tension jugaklah masa awal-awal handle tu sebab dorang susah nak bagi kerjasama. hari kedua pun masih tak achieved rm 1000 lagi. 

masa hari ketiga aku terpaksa tipu dorang.. pagi tu aku join dorang berniaga.. kitaorang jalan kaki dari hotel ke sogo.. memang agak jauh lah.. terpaksa lah aku tunjuk cam ne nak tarik customer suruh beli produk yang kita jual.so aku cakap kat dorang kena abiskan semua produk tu kalau tak dorang kena ganti pakai duit dorang..hahaha.sekurang-kurangnya dorang ada usaha nak cari an?  bila dorang dah berjaya kumpul seribu je aku terus terang sebenarnya kalau produk tu dorang tak dapat nak jual dorang tak perlu nak bayar balik.. 

cuma terkilan sebab dorang tak dapat top 20.. dorang beza 90seposen je kalau tak dorang dah berjaya dapatkan seribu dan jadi top 20. untuk kumpulan top 20 akan dapat rm1000. nak buat macam mana rezeki tak berpihak kat dorang. sekurang-kuranngnya diaorang dapat pengalaman dan sijil dan berjaya buktikan yang dorang boleh achived target walaupun mula-mula tu dorang tak ada plan lansung. 






untuk syuhada happy belated birthday yang ke 24.. series plan dorang tu aku tak tahu lansung. kiranya aku pun tertipu juga.hehe..5 hari dengan korang memang the best.. bangun tidur tengok muka kau dengan eika.. nak tidur pun tengok muka kau dengan eika. sampai bergaduh-gaduh berebut selimut. nak buat-buat tidur tak jadi.. dan lagi satu mesti rindu nak makan telur setengah masak yang aku buat an? hahaha.. 

bc lain pun sangat best.. ada yang sudi tolong untuk bab account tu.. dari awal sampai habis korang beri semangat kat bc-bc ni tuk handle anak-anak buah masing.. harap lepas ni dapat join lagi tapi nak jadi peserta.. tak nak jadi business consultant..hahaha..






OC Training 2014

✎dya nasir |⊙Wednesday, January 22, 2014| ☑


Akhirnya baru dapat rehat dan dapat update blog ni..semester lepas semester yang paling sibuk.. sibuk dalam segala hal.. minggu ni baru dapat merehatkan diri..terasa janggal pun ada tiba-tiba duduk rumah relaks je.hehe..selalu jarang duduk rumah.. busy siapkan assigment.. sebenarnya banyak benda aku nak kongsikan.. dari tahun lepas lagi tapi cuma masa nak menaip je tak ada..bila ada masa line internet pula tak ada..

hari ini aku nak cerita aktiviti terbaru aku.. minggu lepas, aku join camp OC training, kat gerik.. tiga hari dua malam.. lepas habis final je lusa dah joined camp ni.. hihi.. sebenarnya dah lama tak join aktiviti macam ni.. hehe..

Hari Pertama

aktiviti pada hari pertama tak ada lah menarik sangat. siang tu kitaorang cuma ada aktiviti suai kenal.. malam tu baru ada aktiviti yang mencabar sikit..hehe.. (mencabar lah bagi orang penakut cam aku ni) sepatutnya night walk tu dorang buat hari kedua tapi dorang awalkan.. sepanjang aktiviti malam tu ok je cuma macam bengang sikit lah sebab dorang boleh sorok an salah seorang dari kitaorang ni..yang agak macma bengang lagi orang yang kena sorok tu kawan aku.. jadi pape dorang akan tanya aku mana kawan aku yang hilang tu.. sebenarnya kitaorang dah tahu dah plan dorang..kitaorang ikut je flow dorang..dorang berlakon kitaorang pun berlakon lah juga pura-pura risau mana kawan kitaorang yg hilang tu.hehe..

hari kedua

aktiviti hari kedua ialah aktiviti jungle treaking.. yeayy.dah lama tak masuk hutan..hehe..  satu benda je aku tak suka bila masuk hutan..pacat!!! tekaan aku hari itu tepat.. pacat sonok curi darah aku..hehe.. sia-sia aku pakai stokin sampai dua lapis tapi kena gigit juga..hehe.. aktiviti yang seronok hari itu main lumpur..hehe.. setiap orang kena lalu lumpur.. pastu muka memang akan kena tempek ngan lumpur..so tak payah susah pakai mask okay..hehe.. malam tu kitaorang buat BBQ.. dan adalah beberapa orang yang rajin menyumbangkan lagu..hehe..aku tak rajin nak menyumbangkan lagu aku hanya mampu makan, makan dan makan..hehe

Hari ketiga
  Aktiviti terakhir kitaorang kat camp ialah aktiviti berakit..aku paling suka aktiviti ni.. sebenarnya awal-awal lagi kitaorang satu kumpulan ni memang macam tak yakin dengan rakit kitaorang..berat sebelah.. maybe sebab kitaorang paling ramai kot.. sepatutnya group leader kitoarang naik rakit kitaorang tapi disebabkan kan rakit berat sebelah, group leader kitaorang naik rakit group lain..hehe..yang tak bestnya bila tayar tu bocor.. kitaorang terpaksa berhenti, kena ikat balik rangka rakit ngn tayar.. bila sampai kat tempat kem tu kitaorang kump terakhir..tak kesahlah walaupun lambat tapi selamat sampai...hehe..




Rindu

✎dya nasir |⊙Wednesday, January 08, 2014| ☑

Rindu nak kesana lagi.. ��

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page