Hari Pertama
Pertengahan Oktober yang lepas dya dan family telah pergi ke Kuala
Terenggu. Sebenarnya kitaorang ke Terengganu untuk rombongan meminang untuk
adik lelaki dya. so dah alang-alang tu terus berjalan di Terengganu. Disebabkan
family dya ni agak ramai so sewa dua homestay di area Kuala Terengganu.
Alhamdulillah rumah pun dekat-dekat. dalam satu taman juga.
Hari pertama bertolak tu
terus ke rumah tunang adik lelaki dya di Dungun. tapi disebabkan kitaorang
sampai sebelum tengahari terpaksalah singgah Paka sebab pantai kat
situ dekat dengan rumah tunang adik dya. Alhamdulillah. semua berjalan dengan
lancar. Jam 4 kami terus bertolak ke Kuala Terengganu dan check in. Malam tu kami
just berehat saja di rumah. Makan malam pun ayah dya dah order awal-awal. so
malam tu semua berkumpul di homestay dya stay untuk makan malam.
Hari Kedua
Untuk sarapan pagi ayah dya dah order
makanan awal-awal. so lepas breakfast terus ke Pasar Payang. Actually first
time dya sampai kat Pasar Payang. Sebelum ini pernah sampai tapi pergi
bangunan yang lama. so bangunan yang baru ini tak perlu nak naik tangga. Lepas ke
pasar payang pada mulanya nak singgah Chinatown untuk bergambar tapi
disebabkan konvoi dan susah parking terpaksa ke Next destination iaitu Taman
Tamadun Islam untuk naik river cruise. Kalau anda ingin ke Chinatown dan
dari Pasar Payang better anda jalan kaki saja. Lebih mudah.
Untuk beli tiket cruise anda boleh
beli di website Taman Tamadun Islam ataupun beli di kaunter. Dya time tu sebab last
minit so beli tiket dikaunter. Disebabkan kami ramai, so bayar harga untuk
group. so dalam cruise tu kami satu family. Time bergambar tu tak adalah nak
malu-malu.hehe Tempat ni berdekatan dengan Masjid Kristal. Sebelah bangunan je.
Nanti cruise akan berhenti dibawah Drawbridge
untuk bergambar. Bab bergambar ni memang laju je masing-masing lagi-lagi dalam cruise
tu tak bercampur dengan orang lain.
Harga Tiket Cruise
Dewasa - RM 20
Senior Citizen / Kanak - kanak- Rm 16
Untuk makan tengah hari pula kami makan di
area Waterfront, Kuala Terengganu. Kat situ ada jual nasi ayam dengan ayam
penyet. Seterusnya kami ke Drawbridge dan Pantai Miami. Pada mulanya ingin
singgah di Terengganu drawbridge Gallery, nak tengok pemandangan dari atas drawbridge.
Disebabkan kesuntukan masa jadi kami terus Pantai Miami untuk bergambar. Pantai
Miami, Seberang Takir bersebelahan dengan Terengganu Drawbridge. Tak sampai lima
minit dah sampai. Tapi tak silap dya kalau nak naik Drawbridge Gallery, Ticket
adalah RM 5 per person.
Next, Kami ke Pok Nor Satar. Jika anda ke Terengganu boleh singgah makan satar di sini. Tempat wajib singgah kalau ke Terengganu. Satar kat sini sedap. Walaupun dah sejuk tapi bila makan still sedap. Kat sini ada jual Satar Frozen. Bila nak makan kat rumah tu just panaskan sekejap je. Ikutkan plan asal nak makan Ikan Celup Tepung tapi disebabkan dah maghrib dan masing-masing pun dah letih, kami terus balik ke homestay.
Alamat :
Pok Nor Satar : 7708 Kampung Padang Polis Batu Rakit 21020 Batu Rakit, Terengganu,
Malaysia
Hari
Ketiga
Next, Misi mencari Keropok Lekor di Kemaman. Hehe. Di Kemaman dya suka beli keropok lekor rebus di Keropok Lekor Sakinah. Pastu makan macam tu je. Bila dah simpan keropok tu kt freezer bila masa goreng sedap lagi keropok ini berbanding dya beli keropok di Dynar Lekor. Hehe. Bila rebus balik pun keropok kat sini lagi sedap. Hehe. Disebabkan kemaman dan cherating terlalu dekat so petang tu singgah di Pantai Cherating sambil makan keropok lekor dan satar. Hehe.
Dynar Lekor Buluh Gading : Lot
8338, Kampung Buluh Gading, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
Keropok Lekor Sakinah : Kampung
Chendor Sempadan 26080 Kemaman, Terengganu, Malaysia