LOMBOK - 5 hari 4 malam Itinerary

✎dya nasir |⊙Tuesday, December 06, 2016| ☑


untuk details and more picture boleh klik hari pertama, hari kedua, hari ketiga, hari empat dan kelima.




ni hanyalah ringkasan dan untuk rujukan aku pada masa akan datang.



  • stay kat M Hotel, Mataram
  • makan malam makan nasi balap.. (Terbaik)
  • Pink beach, lombok, lunch bbq, 
  • gili pasir, 
  • gili petelu, snorkelling.
  • stay kat Central Inn Senggigi
  • celebrate belated birthday di Joje, Senggigi. meet new friends. 
  • pusing-pusing area senggigi.. 
HARI KETIGA
  • Sendeng Gile, dan Tiu Kelep
  • Rinjani Lodge
  • Teluk Nare 
  • Gili Trawangan
  • Stay at Denaya Lodge

  • Pandawa, Gili Trawangan
  • Malaka, Lombok
  • Villa Hantu
  • Bukit Payung
  • Tanjung Aan
  • Bukit Merese
  • Sasak Village
  • Karoke
  • Stay at Pratama Hotel
  • Moh ler kita pulang..

Kg Salang ke Pulau Tioman

✎dya nasir |⊙Friday, September 30, 2016| ☑



Entry lama.. Baru nak update..hihi..


kali ni nak update mengenai vacation ke Pulau Tioman. actually entry ni dah lama and baru perasan tak pernah post entry ni..haha..

sebelum ni aku dah pernah ke Pulau Tioman tapi kampung lain..hehe.. so kali ini cuba ke Kampung Salang pula.. trip ni aku pergi selang 4 hari selepas aku pergi ke pulau perhentian..hehe.. so pergi tu memang mood ke pantai sangat.. Kali ni kitaorang guna pakej.. Dalam rm320 satu kepala..
kitaorang gerak sabtu malam.. macam biasalah ke sana tu naik bas...cuma trip ke pulau tioman kali kedua ni tak pergi main redah macam dulu-dulu..heheh.. kitaorang sampai ke mersing dalam pukul 3 pagi..terus gerak ke hotel..


Day 1- Tioman Island



dalam pukul 7pagi kitaorang terus gerak ke jetty mersing.. time tu masing-masing dah lapar.. sempat beli berger je dengan nescafe.. alhamdulillah rezeki, kitaorang dapat naik feri awal.. bila sampai je perasaan teruja nak mandi laut tu makin berkobar-kobar..haha..
kitaorang terus check-in, rehat sekejap.. dalam tengahari tu kitaorang jalan-jalan sekitar kampung salang sambil cari tempat untuk makan tengah hari. Bagi dya makan kat sana kira murah jugak lah..harga lebih kurang macam kat kl..  Petang tu aktiviti kitaorang mestilah mandi laut.. Acah-acah belajar menyelam..hahaha.. Padahal xreti pun.. Tenggelam timbul je..


Day 2 - Tioman Island




Pagi tu selepas breakfast je kitaorang terus pergi snorkelling.. Aktiviti yang paling aku suka.. Tiga tempat jugak lah orang tu bawak pergi snorkelling.. Tapi sayang time tu dya tak bawak roti..kalau tak mesti lagi seronok.. Tempat snorkelling paling dya suka masa snorkelling kat batu malang.. Tempat tu sangat cantik walaupun agak sedikit bergelora.. Abang boat tu bawak kitaorang pusing keliling batu malang tu..subhannallah. Cantik sangat.. Boleh tengok orang tengah diving kat bawah tu.. Geram sangat.. Sebab dya tak ada lesen diving lagi.. Haha.. Since tu terus niat nk ambil lesen diving..sebab dah jatuh cinta..

Petang tu kitaorang jalan-jalan sekitar kampung salang...malam tu nak karoke tak dapat so kitaorang just lepak kat tepi pantai je lah..hehe .



Day 3 - Tioman Island



Hari yang paling sedih sebab nak balik kl dah. Rasa sedih je sebab nak tinggalkan pulau ni.. Lagi sedih kitaorang tertinggal bas.. Terpaksa beli ticket lagi untuk balik kl..

Sebenarnya gambar banyak hilang. sejak handphone terjatuh dalam air laut masa bercuti kat Pulau Lang Tengah. lepas ni aku update mengenai Lang Tengah pula ye. 












Ke Lombok ke Kita? (Gili, villa hantu, bkt merese, kuta, sasak village)

✎dya nasir |⊙Monday, August 22, 2016| ☑
ni sambungan dari hari ketiga.. boleh klik hari pertama, hari kedua , hari ketiga




GILI TRAWANGAN 





Pagi tu, siap-siap untuk bergambar ke "Ombak Sunset". but this time tak jalan kaki tapi kita naik basikal okay.. punyalah laju sebab kejar masa. sebab pukul 10 pagi mas adi pickup kitaorang. tapi kitaorang tak dapat bergambar kat "Ombak Sunset" sebab jauh sangat ke belakang. tapi kitaorang bergambar kat PANDAWA.. bak kata pekerja hotel tu buaian tu baru siap semalam.. so kitaorang lah yang rasmikan buaian tu.. Mohon jangan jeles okay..hehe.perkataan Pandawa pun tak ada lagi..boleh bau lagi cat minyak..hehe. pekerja hotel tu siap cakap nanti tag lah nama hotel dorang.. sekarang ni pun aku tengok kat Instagram dah ramai yang bergambar kat situ..sekurang-kurangnya tak adalah kitaorang terkilan tak dapat bergambar kat "Ombak Sunset" tu an..lepas breakfast tu, terus balik ke teluk Nare..sedihnya.. series tak puas semalam je kat gili trawangan.. nanti ada rezeki kita jumpa lagi ye. 



MALAKA, 


Kat sini kitaorang singgah bergambar..macam biasa satu tempat nak dekat seratus gembar.hehe..



VILLA HANTU



Masa perjalanan ke "Batu Payung" kitaorang singgah ke "Villa Hantu". Bukan sebab tempat ni berhantu tetapi sebab project kat situ tak dapat kelulusan dari pihak berwajib..so terbengkalailah.. pemandangan dari atas villa ni sangat cantik. berhantu sebab pemandangan yang cantik. dari atas villa korang boleh lihat gunung di Bali..



BATU PAYUNG




Tempat ni jarang-jarang orang pergi.. hehe.. tapi sebab dah alang-alangkan..why not singgah kat tempat tu an.. tempat ni pun cantik. ada dua options nak ke "Batu Payung". 1st option korang boleh jalan kaki lebih kurang 30minit or options kedua naik bot jelah..haha.. xsampai 10 minit dah sampai..hehe.. for your information, tempat ni dekat dengan "Tanjung Aan".. 


TANJUNG AAN



Pemandangan kat sini memang sangat cantik.. tapi kat sini macam biasalah selfie,selfie..hehe


BUKIT MERESE

di bukit merese. 
Tempat ni sangat cantik. tapi nak ke tempat ni terpaksa lalu jalan yang sempit..dan terpaksa naik bukit lebih kurang 10 minit je.. tapi bila dah sampai atas hilang penat tu.. tempat ni sampai sekarang aku tak boleh move on..haha.. you gais patut kesini.. rasa macam tak nak balik bila dah sampai atas tu.. 


KUTA LOMBOK





Kat sini amoi dan azam shopping beli ole-ole.. hehe.. yang aku busy bergambar.. 


SASAK VILLAGE



Tempat ni korang boleh tahu adat-adat orang sasak.. ni yang selalu kita dengar kena culik si perempuan kalau nak kawen dengan orang tu. dan kalau dah pandai sulam tu maknanya dah boleh kawen..eh.. 

kebetulan kitaorang pergi tu ada majlis perkahwinan.. sempat lah tengok majlis tu.. lepastu kitaorang jalan-jalan satu kampung. sempatlah juga belajar sulam..hee..yeay..dah pandai dan dah boleh kawen..hehe.. sempatlah juga beli ole-ole untuk kawan-kawan kitaorang.. 


KAROKE

Geng Gilo


malam tu kitaorang stay kat Pratama hotel.. hotel ni memang okay dan ramai orang malaysia stay kat sini. lepas dinner, kitaorang karoke dengan mas-mas supir..hehe. so kalau korang ke Lombok bolehlah guna servis dari Mas adi.. (Kat ig - Adibebetet). 


LAST DAY 



Pagi tu, kitaorang ingat mas adi je yang ada hantar kitaorang ke airport tapi tak sangka papa angkat si amoi (pak yudi) dan mas adin pun turut hantar.. papa angkat si amoi ni patutnya ada tamu di gili tup tup ikut sekali hantar kitaorang ke airport..terharu babe.. moment paling sedih..setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan bukan.. 

sempat gaklah singgah beli sambal lombok.. bila sampai lombok ni korang patut try minum kopi lombok dan sambal.. hehe

*Hope dapat ke Lombok lagi..
*sampai sekarang masih contact dengan mas-mas ni..siap bagi video bujang lapok..haha





GILI TRAWANGAN

BUKIT MERESE

BUKIT MERESE

View from Villa Hantu





inilah mas adi.. mau ke lombok cari dia ye.. 

gili trawangan
View from Villa Hantu

batu payung


TANJUNG AAN
GILI TRAWA NGAN

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.. =)








Ke Lombok ke kita ( Sendeng Gili, Tiu Kelep & Gili Trawangan)

✎dya nasir |⊙Friday, July 15, 2016| ☑


-view Rinjani mountain- 

sambungan dari Ke lombok ke kita hari pertama (Hari Kedua)





-Tiu Kelep, Lombok-


SENDENG GILE & TIU KELEP 


-Sendeng Gile, Waterfall


Pagi tu after breakfast, kitaorang terus checkout.. yeayyy masa untuk ke waterfall.. wishlist jika ke lombok..wajib pergi ke sendeng gile dan tiu kelep.. so perjalanan dari sengigi ke tempat tu lebih kurang 2 jam lebih.. tapi sepanjang perjalanan tu pemandangan sangat cantik.. tapi kitaorang bantai tidur dalam kereta jugak..hahahahhaa.. 

sampai je di kaki gunung rinjani masing-masing dah exicted..yeah masa untuk berjalan kaki ke sendang gile (check point pertama).. untuk entrance aku tak ingat pula berapa sebab supir yang bayarkan.. kalau orang lain masuk dari pintu depan tapi kitaorang masuk dari pintu belakang..haha.. tapi aku prefer jalan pintu belakang ni sebab tak penat naik tangga..haha.. pastu bila berjalan kau rasa nak terjun je dalam sungai tu,,air sungai tu jernih sangat..haha..

sebenarnya aku tak kira pula berapa lama jalan kaki ke sendeng gile ni..excited sangat..hehe.. sampai je kat sendeng gile ni terus macam subhanallah..cantiknya. mas-mas ni ada juga tanya nak mandi ke? tapi sebab excited nak ke Tiu Kelep terus cakap balik dari Tiu Kelep lah kita mandi kat sini..hehe.. so kitaorang bergambar kejap kat sendeng gile.. memang gile sikit lah bab bergambar ni.hehe.. 

kitaorang teruskan perjalanan ke Tiu Kelep.. agak mencabar jugaklah..sebab kena naik tangga. dengan lutut aku yang injured ni.. tapi bila sampai atas.. subhanallah..sangat cantik.. tapi mas-mas ada cakap jangan mandi dekat sangat dengan air terjun.. bahaya.. okay mas.. tapi terkilan kejap sangat kat sini..pastu dah kena panggil naik.. mas-mas ni cakap kita kejar masa nak pergi Gili trawangan.. time tu memang terkilan sangat dan lagi terkilan gambar banyak tak jadi.. huaaaa... masa otw tu, kitaorang masuk tunnel air..yang ni aku recommend kat korang jika korang kesini.. best gila..lagi best kalau ada pelapung..haha.. 

balik tu kitaorang guna jalan lain..yang pintu utama..yang banyak tangga.. semua semput..haha.. tapi tergugat jugaklah 1couple yang dah berumur ni relaks je tak semput macam kitaorang.. kitaorang lunch kat "Rinjani Lodge". kat sini pemandangan sangat cantik.. memang enjoylah makan kat situ.. kalau kita makan kat situ so free kalau nak mandi kat swimming pool..kitaorang just bergambar sajo..hehe.. 



GILI TRAWANGAN (Petang)


with Mas Adi (Supir masa kat lombok)



lepas lunch tu terus gerak ke Teluk Nare.. Mas adi dah tunggu kat situ.hehe.. so sementara menunggu giliran nak ke Gili Trawangan tu, lepak dengan dorang kat pondok tu sambil minum kopi lombok., gosip-gosip.haha.. dorang ni sangat friendly.. mulalah mengarut dorang tu datang..haha.. kitaorang gelarkan dorang ni bujang lapok..sampai ke gili trawangan dorang yang tolong bawakan kitaorang ni sampai ke hotel.. dorang yang tolong angkatkan beg tanpa extra caj.. 

lepas check in, kitaorang terus kua kejar sunset.. semangat jalan kaki nk ke ombak sunset.. tapi kecewa..hari dah gelap.. so kitaorang lepak tepi pantai jelah.. malam tu, yang sedihnya tak dapat dinner..kedai semua dah tutup tinggal bar-bar sahaja yang buka..nak makan aiskrim gelato pun tak dapat.. so kitaorang beli makanan kat kedai runcit.. lepak dalam bilik.. 


nanti aku sambung kat next entry mengenai gili ni ye..hehe


jom layan gambar kat bawah.. tolong jangan muntah hijau ye..hehe


-Sunset di Gili Trawangan-


-terowong air-


- Sendeng Gile-

-Sendeng Gile- (pic tak jadi)

-Tiu Kelep-

-Rinjani Lodge-

-with amoy at rinjani lodge-


- Lunch at Rinjani Lodge-


-Rinjani Lodge-

-muka-muka keletihan-


* kalau datang lombok lagi aku akan ke gili terus..sebab xpuas 1 malam je kat situ.. 




Ke lombok ke Kita (Pink Beach & Sengigi)

✎dya nasir |⊙Wednesday, July 13, 2016| ☑
sambungan dari hari pertama..




23 April 2016 (Hari Kedua)

PAGI

  • Aktiviti kedua kitaorang ke Pink Beach.. salah satu tempat kitaorang nak pergi..hehe.. 
  • dalam pukul 9, Mas supa (Supir) ambil kitaorang di hotel. so masa perjalanan dari mataram ke Tanjung Luar lebih kurang 2jam.. memang sempat tidurlah dalam kereta..hehe.. 
  • untuk ke Pink Beach perlu menaiki boat dari tanjung luar..
  • untuk aktiviti hari tersebut kitaorang ke pink beach, gili pasir dan area sekitar tu. masa otw ke tempat ni sempatlah tengok tempat tiram.. hehe
PINK BEACH


-Pink Beach-

pemandangan di Pink Beach ni sangat cantik. masa mula-mula sampai kat tempat ni, dalam hati terhenti-henti sebut subhanallah.. series cantik sangat. korang boleh lihat pasir kat situ warna pink.. hehe.. selalu asyik tengok pasir putih tepi pantai kan, but this time pink color okay..hehe. sebenarnya ada lagi satu tempat yang nama pink beach tapi tempat tu kat flores.. (wishlist ke sana..hehe..) macam biasa lah lebih seratus gambar untuk tempat ni je..ehehe.. nasib baik ada masa supa (Supir)yang jadi photographer kitaorang..hehe.. so if korang yang solo tu ke berdua ke boleh je minta tolong dorang ambilkan gambar.. no badlah gambar yang dorang tangkap.. hehe.. 

kitaorang lunch kat situ.. dibawah pondok ditemani angin laut..haha.. memang terbaiklah lunch untuk hari tu.. memang feel tepi pantai sangat okay.. selalu kalau pergi snorkelling yang dapat free lunch dorang bagi nasi bungkus but trip kali ini kitaorang makan ikan bakar, sotong bakar.. memang terbaik..hehe..  


GILI PASIR


-Gili Pasir-


lepas lunch tu kitaorang ke gili pasir.. tapi masa kitoarang sampai tu air tak surut lagi..so memang agak terhad jugaklah tapi memang bestlah bergambar, tak ada berebut dengan orang lain. nak terlompak ke, baring ke tak ada orang nak kacau okay.. tempat ni dipanggil gili pasir sebabnya bila air surut, akan jadi seperti pulau. bila petang memang ramai akan bergambar kat sini. 


SNORKELLING (GILI PETELU) (sebenarnya lupa nama tempat tu..haha)


kalau korang nak snorkelling, better korang snorkelling pagi..jangan jadi macam kitaorang..haha.. petang-petang baru nak snorkelling..hehe.. (Sibuk sangat bergambar) . first time, aku tengok tapak sulaiman warna biru.. macam biasalah..aku memang teruja kalau bab-bab ni.. hehe.. tapi sedih gambar kat sini tak banyak.. (nangis dalam hati)

-Gili Petelu-


yang paling tersentuh hati aku masa dalam boat dan kat tengah laut, kita boleh dengar azan.. memang lombok tempat seribu masjid. kat mana-mana ada masjid..even kat tengah laut pun boleh dengar azan.. 



PETANG

happy belated birthday to us..heee

sampai ke tanjung luar, kitaorang terus gerak ke Sengigi.. untuk hari kedua ni kitaorang stay kat Central Inn, Senggigi. actually tempat ni memang ramai orang malaysia yang stay kat sini. bilik dia okaylah. ada swimming pool kat luar.. hehe. Malam tu mas adi ambil kitaorang bertiga kat hotel. untuk makan malam di senggigi ni, kitaorang dinner di Joje Senggigi..(aku lupa nama penuh tempat tu..haha..) 

malam tu my bestfriend, amoi buat suprise untuk kitaorang berdua.. tapi mas adi tak reti lansung nak cover..haha.. thanks amoi sudi celebrate even birthday aku dah lepas.. actually amoi buat suprise untuk kitaorang dua, aku dan azam. mula-mula aku ingatkan celebrate birthday azam sebab tarikh pergi lombok tu memang tarikh birthday si azam ni..hehe.. lepas celebrate tu, kitaorang gabung dengan group lain.. group dari malaysia juga. sempat jugalah berborak..hehe. masa otw balik hotel, mas adi bawa kitaorang pusing-pusing area senggigi.. tapi terkilan tak dapat makan jagung bakar.. huhu.. 


-Pink Beach-


-Pink Beach (mas supa yg baju merah tu)-
                           
                                    with my bff.. 

-Pink Beach-

-Pink Beach-

-Otw ke Pink Beach-

-Gili Pasir - 


GILI PASIR






bersambung......



 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page