Kg Salang ke Pulau Tioman

✎dya nasir |⊙Friday, September 30, 2016| ☑



Entry lama.. Baru nak update..hihi..


kali ni nak update mengenai vacation ke Pulau Tioman. actually entry ni dah lama and baru perasan tak pernah post entry ni..haha..

sebelum ni aku dah pernah ke Pulau Tioman tapi kampung lain..hehe.. so kali ini cuba ke Kampung Salang pula.. trip ni aku pergi selang 4 hari selepas aku pergi ke pulau perhentian..hehe.. so pergi tu memang mood ke pantai sangat.. Kali ni kitaorang guna pakej.. Dalam rm320 satu kepala..
kitaorang gerak sabtu malam.. macam biasalah ke sana tu naik bas...cuma trip ke pulau tioman kali kedua ni tak pergi main redah macam dulu-dulu..heheh.. kitaorang sampai ke mersing dalam pukul 3 pagi..terus gerak ke hotel..


Day 1- Tioman Island



dalam pukul 7pagi kitaorang terus gerak ke jetty mersing.. time tu masing-masing dah lapar.. sempat beli berger je dengan nescafe.. alhamdulillah rezeki, kitaorang dapat naik feri awal.. bila sampai je perasaan teruja nak mandi laut tu makin berkobar-kobar..haha..
kitaorang terus check-in, rehat sekejap.. dalam tengahari tu kitaorang jalan-jalan sekitar kampung salang sambil cari tempat untuk makan tengah hari. Bagi dya makan kat sana kira murah jugak lah..harga lebih kurang macam kat kl..  Petang tu aktiviti kitaorang mestilah mandi laut.. Acah-acah belajar menyelam..hahaha.. Padahal xreti pun.. Tenggelam timbul je..


Day 2 - Tioman Island




Pagi tu selepas breakfast je kitaorang terus pergi snorkelling.. Aktiviti yang paling aku suka.. Tiga tempat jugak lah orang tu bawak pergi snorkelling.. Tapi sayang time tu dya tak bawak roti..kalau tak mesti lagi seronok.. Tempat snorkelling paling dya suka masa snorkelling kat batu malang.. Tempat tu sangat cantik walaupun agak sedikit bergelora.. Abang boat tu bawak kitaorang pusing keliling batu malang tu..subhannallah. Cantik sangat.. Boleh tengok orang tengah diving kat bawah tu.. Geram sangat.. Sebab dya tak ada lesen diving lagi.. Haha.. Since tu terus niat nk ambil lesen diving..sebab dah jatuh cinta..

Petang tu kitaorang jalan-jalan sekitar kampung salang...malam tu nak karoke tak dapat so kitaorang just lepak kat tepi pantai je lah..hehe .



Day 3 - Tioman Island



Hari yang paling sedih sebab nak balik kl dah. Rasa sedih je sebab nak tinggalkan pulau ni.. Lagi sedih kitaorang tertinggal bas.. Terpaksa beli ticket lagi untuk balik kl..

Sebenarnya gambar banyak hilang. sejak handphone terjatuh dalam air laut masa bercuti kat Pulau Lang Tengah. lepas ni aku update mengenai Lang Tengah pula ye. 












3 comments:

  1. bestnya jenjalan..tak pernah lagi pergi tioman.huhu

    ReplyDelete
  2. seronoknyeee...cantik sangat laut :)

    ReplyDelete
  3. mencikkkkkk laa.. cantik taw tmpt nie.. dh kawen nie ntah bile laa dpt pegi pulau sbb asben tak suke pulau2 nie.. :(

    ReplyDelete

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page