RAVE MOVIE - GENRE LOVE ROMANCE

✎dya nasir |⊙Friday, June 19, 2020| ☑
Cover art

Harini dya share list movie dya tengok dengan kawan-kawan dia. Tapi dya guna apps Rave. Sampai sekarang dya still guna apps ni bila nak nak tengok movie ramai-ramai. Tapi movie dari Google drive, Netflix, Youtube je boleh share. Cerita yang tak ada dalam Netflix atau pun Youtube dya akan download dan upload dalam Google Drive. Untuk entry ini dya akan share Genre Love Romance sahaja. Next entry dya akan share Genre lain. 


Genre Love romance / Drama Movie




The Perfect Date | Netflix Official Site

1. The Perfect Date 
(Netflix)

  • Rate IMDB  - 5.8/10
  • Dya Rate - 3/5




www.gstatic.com/tv/thumb/v22vodart/16511311/p16...


2. Tall Girl 
(Netflix)

  • Rate IMDB  - 5.2/10
  • Dya Rate - 3/5
  • Mengenai Jodi yang mempunyai low confident disebabkan ketinggian dia dan family & best friend Jodi selalu beri semangat pada dia. tapi pada yang sama bestfriend Jodi iaitu Jack menaruh hati pada Jodi. 



encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS...


3. Love wedding repeat 
(Netflix)

  • Rate IMDB 5.8/10
  • Dya Rate 3/5
  • Mengenai Jack yang menginginkan majlis perkahwinan adiknya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Cerita ni bosan sedikit disebabkan scene tempat yang sama je. 




Tune in for Love - Wikipedia


4.Tune in for love - Korea (Netflix)


  • Rate IMDB  - 7.1/10 
  • Dya Rate - 2/5
  • Cerita ni bagi dya sangat bosan. dya dengan kawan dya boleh terlelap tengok cerita. Maybe sebab jalan cerita ini terlampau slow. 




www.gstatic.com/tv/thumb/v22vodart/16409065/p16...


5. Back to 90s - Thai (Netflix)

  • Rate IMDB  - 6.4/10
  • Dya Rate 3.5/5
  • Cerita mengenai lelaki ini pergi ke zaman lampau menggunakan public telefon dan dia jumpa ayah dia ketika muda. Cerita ini lagi best dari Tune in for love.




Is Falling Inn Love (2019) on Netflix Denmark?


6. Falling Inn Love (Netflix)

  • Rate IMDB  - 5.6/10 
  • Dya Rate - 4.5/5
  • Cerita ini dya recommended untuk tengok. Garbriela yang berasal dari San Francisco telah memenangi contest rumah di Pekan kecil di New Zealand. Dia datang ke pekan kecil untuk renovate rumah tersebut dan bertemu dengan Jake contractor di Pekan tersebut. Cerita ini ada sedikit comedy lagi-lagi part kambing kat dalam rumah. hehe




www.gstatic.com/tv/thumb/v22vodart/17913154/p17...


7. All the Bright Places (Netflix)

  • Rate IMDB  - 6.5/10
  • Dya Rate - 3/5
  • Cerita mengenai Violet and Theodor yang mempunyai depression. Dua-dua struggle untuk lawan perasaan depression. Violet pernah cuba untuk membunuh diri tetapi Theodor selamatkan dia. Theodor akan bawa Violet buat aktiviti- aktivit yang boleh bagi mereka happy. Tapi tulah kesian juga pada Theodor akhirnya bunuh diri disebabkan depression. Pengajaran dari cerita ni depression ni memang tak boleh buat main-main. lagi-lagi bila dalam cerita ni Violet lagi nama depression daripada Theodor dan orang tak sangka yang Theodor boleh bunuh diri tapi cerita ni agak slow. 




Love Aaj Kal (2020) - IMDb


8. Love Aaj Kal 2020 (Netflix)


  • Rate IMDB  - 5/10
  • Dya Rate - 2.5/5
  • Cerita ini dya terlupa pasal apa.





www.gstatic.com/tv/thumb/v22vodart/18198899/p18...


9. The Wrong Missy (Netflix)

  • Rate IMDB  - 5.7/10
  • Dya Rate - 3/5
  • Cerita ini tidak sesuai tengok dengan kanak-kanak. tapi cerita ini kelakar. Pasal Tim ni tersalah ajak perempuan ikut dia pergi Hawaii. Perempuan yang dia ajak ni pula jenis perangai bimbo, jenis tak tahu malu. 



eplay-prod.s3-eu-west-1.amazonaws.com/store/mov...


10. 18 Present (Netlflix)

  • Rate IMDB  - 6.7/10
  • Dya Rate - 4/5
  • Cerita ni dya recomended untuk tengok. Mengenai Elisa yang dibesarkan oleh ayah dia. Dari umur dia setahun dia akan menerima hadiah dari ibu walaupun ibu Elisa meninggal dunia ketika melahirkan Elisa tetapi Elisa kurang suka hadiah-hadiah dari Ibunya. Pada hari jadi ke 18, Elisa koma disebabkan accident dan semasa dia koma. dia berjumpa dengan ibu dia ketika mengandungkan dia. Ibunya sakit kanser ketika mengandungkan Elisa dan disebabkan dia tahu dia akan pergi dia prepare awal-awal hadiah untuk Elisa. 








www.gstatic.com/tv/thumb/v22vodart/16301537/p16...


11. Love for Sale 1 (Netflix)


  • Rate IMDB  - 6.7/10
  • Dya Rate - 3/5
  • Mengenai Richard berkenalan dengan Ariani melalui Dating app dan tanpa richard ketahui apps tersebut mempunyai 45hari contract dan dia telah jatuh cinta pada Ariani. 




encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS...


12. Sanam teri kasam ( Telegram)


  • Rate IMDB  - 7.3/10
  • Dya Rate 4/5
  • Cerita ini kena standby tissue. Mengenai Saru dan Rane. Rane seorang bekas banduan dan Saru bekerja sebagai pustakawan. Saru agak tertekan apabila adik perempuannya ingin berkahwin dan terpaksa plan nak kahwin lari disebabkan kakaknya, Saru tidak berkahwin lagi. Saru meminta tolong dari Rane yang merupakan jirannya untuk ubah penampilan dia yang agak kolot untuk mencari bakal suami. Kisah cinta Rane yang setia  dengan Saru. Lagi menyedihkan apabila Saru dihalau keluar dari rumah dan jatuh sakit. 


DAY TRIP KL - BELOW RM50

✎dya nasir |⊙Friday, June 12, 2020| ☑

This time, dya nak share my trip kat KL tapi trip ni dya pergi dua minggu sebelum PKP. Ini pun ada beberapa tempat tak sempat pergi.




   
Kitaorang ambil azam di ah Central Market/ Pasar Seni. Actually almost 10years tak pergi pasar seni. Untuk ke Central Market/ Pasar Seni. boleh naik MRT atau Lrt Putra. Kat sini kitaorang ambil azam. Lepas jumpa azam kitaorang terus ke kedai bunga. Plan asal memang nak bergambar dengan bunga. tapi tulah bila dah beli simpan je bunga tu dalam kereta. 

     

   


Next, kitaorang brunch di area Setapak. Kalau ikut plan asal sepatutnya nak lunch di Capital Cafe di Jln Tar tapi bila nak waze, kedai tu tutup pada hari ahad. Disebabkan masing-masing sudah kenyang so bolehlah sambung berjalan ke Batu Caves. Parking sekali masuk RM 2. Mula-mula tu kitaorang nak park kereta kat luar sebab ingat kat luar parking free tapi bila dah park, ada pula orang datang minta duit parking. Disebabkan rasa macam tak berbaloi, kitaorang park juga kat dalam. Nasb baik pusing balik dekat sikit nak berjalan daripada park kat luar jalan jauh pastu ambil kesempatan nak duit parking. Di Batu Caves, kitaorang bergambar kat bawah je tak larat nak naik sampai atas.At least ada juga memori datang situ. Then kitaorang singgah Masjid Wilayah untuk solat Zuhur. Azam sempatlah bawa CH masuk dalam masjid. 

  


Next Destination Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Sini masuk adalah percuma tapi masa dya pergi sebelum masuk kena cek suhu badan dan kena isi form(Kes covid). Parking kt sini dya tak tahu berapa sebab masatu kitaorang just park kat luar je. Muzium ni memang sesuai untuk bawa budak-budak. Kat sini kita boleh lihat dari pengunaan duit syiling ke Fintech dimana sekarang hujung jari.




   


      

   
Disebabkan dah penat bergambar kitaorang decided untuk Hi Tea di Luckin Kopi. Cafe ni dekat dengan Pasar Seni. U'olls patut try minum coffee kat sini. Recommended. Next kitaorang ke Kwai Chai Hong. Mula-mula ingat nak pergi ke tempat ni kena naik kereta tapi bila waze tak sampai 5minit jalan. Tempat ni belakang lorong Cafe Luckin Kopi. Bila korang ke Cafe Luckin Kopi boleh lah singgah Kwai Chai Hong untuk bergambar. 

  
   

  
  

Next ke Dataran Merdeka. Singgah sekejap sebab ada dalam kalangan kitaorang tak pernah sampai sini lagi. Lepak kat situ sekejap sambil tangkap gambar. Kat sini dalam setengah jam then terus ke Farenheit88. Actually nk pergi Selfie Museum kat Farenheit tapi bila dah sampai sana baru tahu tempat tu dah tutup untuk selama-lamanya. Sempatlah singgah beli aiskrim turkey. 


 

Tempat terakhir ada Saloma Bridge. Disini masuk adalah percuma. Alhamdulillah, nasib baik senang nak cari parking. Masa sampai kat atas tu memang sedikit terkejut bila tengok ramainya orang kat sini. So kitaorang berjalan ke depan sikit nak cari port bergambar. Dapatlah juga bergambar daripada tak ada. Tamatlah sudah Day trip dari kami berempat.




    

Terima kasih sudi baca 

















 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page