✎dya nasir |⊙Monday, January 09, 2012| ☑
info & tips
* tak sangka ada pengaruh pada warna sayur..
PERNAHKAH anda terfikir sayuran berwarna terang sebenarnya mempengaruhi kesihatan kita? Pernahkah juga kita terfikir setiap sesuatu yang ALLAH ciptakan sebenarnya memberi manfaat besar kepada kehidupan manusia jika digunakan dengan sewajarnya.
Sebagai menambahkan pengetahuan anda, warna pada tumbuhan adalah terhasil daripada fitokimia. Ia bukan saja membuatkannya sedap apabila dipandang, tetapi juga membekalkan khasiat yang penting kepada kesihatan seseorang.
Jika kita lihat warna merah pada sebiji tomato adalah disebabkan kandungan lycopene atau karotenoid di dalamnya, di mana kandungan lycopene didapati semakin bertambah banyak ketika buah itu matang. Kajian juga mendapati sebiji tomato merah mengandungi kadar lycopene yang lebih tinggi berbanding tomata berwarna kuning.
Lycopene bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu tubuh menyerap radikal bebas dan membaiki sel badan yang rosak dan menyahkan toksin yang menyebabkan penghasilan sel barah.
Antara sayuran dan buah tomato, tembikai, lada merah, lada benggala, labu, lobak merah, limau pomelo merah jambu dan merah.
Beta karotene adalah sejenis karotenoid yang menyebabkan sayuran atau buah itu warna jingga seperti lobak merah.
Secara semula jadi tubuh akan menukar beta karotene kepada Vitamin A jika diperlukan. Pada masa sama beta karotene bertindak sebagai ejen anti oksida yang melindungi tubuh dari kebanyakkan jenis kanser dan penyakit jantung. memperlahankan kemaraan penyakit mata seperti katarak dari merebak.
Lobak, buah labu, mempelam dan buah aprikot adalah sebahagian contoh kumpulan makanan berwarna jingga. Sebagai contoh labu adalah sumber Vitamin B6 yang baik, selain sayur-sayuran hijau seperti bayam merah juga banyak mengadungi beta karotene.
Sementara itu, kumpulan sayuran atau buah yang berwarna jingga kuning pula beta-crytoxanthin yang diklasifikasi secara kimia sebagai xanthophylls iaitu kandungan ejen anti kanser dan mampu mempertingkatkan fungsi jantung.
Beta-crytoxanthin membekalkan aktiviti anti oksida dalam tubuh.
Nanas, oren, betik, jagung manis, nectarines, buah limau nipis dan peach tergolong dalam kumpulan makanan jingga kuning. Bromelin dalam nanas dan papain di dalam betik adalah enzim proteolitik yang mampu membantu meningkatakan fungsi penghadaman tubuh
badan kita. Pisang pula membekalkan Vitamin B6 yang mampu mengawal hormon.
Pengambilan yang banyak buahan dan sayuran yang kaya dengan lutien dan zeaxanthin dalam seharian iaitu buah dan sayuran yang tergolong mengandungi pigmen kuning pekat dan atau sayuran berdaun hijau tua mampu mengurangkan risiko penyakit kemerosotan macula dalam rerina mata akibat peningkatan usia.
Antaranya seperti bayam, avocado, kacang hijau, kale, kubis, collard greens dan mustard greens adalah dari kumpulan hijau kuning. Bagi kumpulan sayuran hijau didapati mengandungi glucosinolates, sulforaphane, isothiocyanates dan indoles yang ada peranannya masing-masing kepada kesihatan yang baik.
Sulforaphane dalam tumbuhan bersifat anti karsinogenik (anti kanser), manakala sulforaphane dan isothiocyanates adalah ejen anti oksida dan merangsang pengeluaran enzim penyah toksin asli yang mujarab kepada tubuh. Indoles pula mampu mengelakkan sel-sel badan dari kerosakkan sel dan penyakit kanser.
Iaitu seperti brokoli, kubis Bruless. Bok Choy, kubis bunga dan kubis adalah ahli kumpulan hijau. Kebanyakan sayuran cruciferous tergolong dalam keluarga sayur kubis berperanan mengurangkan risiko kanser.
Umpamanya brokoli sumber yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin C, beta-karotene dan asid folik yang sangat baik. Kubis juga tidak mengandungi kolestrol, berkalori rendah dan sumber Vitamin C yang bagus. Kubis bunga pembekal folat yang baik.
Bawang putih, bawang merah dan kucai tergolong dalam kumpulan makanan putih dan berbau tajam. Ia mengandungi allyl sulfides yang juga ejen anti tumor, selain mampu mengurangkan kolestrol tidak baik dan tekanan dalam darah.
Dikatakan kumpulan makanan berwarna ungu sama ada buahan, sayuran atau bunganya berwarna merah, ungu dan biru ungu mengandungi anthocyanin; iaitu ejen anti oksida terbaik. Pigmennya mudah larut dalam air dan mampu memantulkan warna merah hinggalah ke biru.
Ia mampu melindungi badan dari kerosakan osidatif ynag menyebabkan penyakit jantung, kanser dan penuaan. Anggur ungu, beri biru, beri hitam, rasberi, kranberi, plum, buah prun, kismis, buah terung, blackcurrant dan kubis ungu tergolong dalam kumpulan makanan ungu.
*sape-sape yang xmakan sayur, lepas ni boleh cuba-cuba makan sayur ye..banyak khasiat.
good info!! thanks sbb kongsi!!
ReplyDelete@hamzah ianwelcome hamzah ian
ReplyDeletesyieda paling suke makan kangkung je...hahahaha... @____@ pasni kene try la makan sayur n buah2 ni. nak cihat..=.=
ReplyDeletep/s: patut lah muka syieda suke berjerawat..sob2... @_@
@Syieda™lepas ni mkn syur byk2 k..
ReplyDeletemashi xsuka mkn tomato.. suka minum air avokado ^_^ nyam2 sedapnyer..
ReplyDelete@mashitah ismailnyam2..dya pun suka.. lama xminum air avokado..hihi
ReplyDelete@dyabunga
ReplyDeleteeee tetiba terliur plak hehe
tak suke sayur. haha. sbb tu bdn cekeding je. tak sihat.
ReplyDeletesangat memilih bab makan sayur ni tau.hehehe...
ReplyDelete@NIZAM cuba-cuba lah mkn sayur..nnti xde cekeding lg..hehe
ReplyDelete@aReLaNmesti cerewet nie kn..
ReplyDeletesuke sayur brokoli. lazat. goreng pun sodap. hee. :)
ReplyDelete