Pulau Tioman - Day 2

✎dya nasir |⊙Thursday, October 10, 2013| ☑

sambungan dari Tioman Island part 1 dan Pulau Tioman part 2 (berdua lebih baik)

Hari ini aku nak cerita pengalaman aku bercuti di Pulau Tioman pada hari kedua.. Hari kedua ni aktiviti kami mestilah snorkelling dan shopping..yeayy!! aktiviti yang paling kami tunggu.. agak sedikit kecewa sebab masa tengah snorkelling tu aku boleh pula muntah..hahaha.. membe aku cakap aku mabuk laut.. tapi aku tak akan ngaku okay yang aku ni mabuk laut..hahaha..sebab first time dalam hidup aku muntah semasa tengah snorkelling..hehe..

niat dihati nak diving tapi bajet kami lari so kami hanya mampu snorkelling..lagipun kitaorang tak ada lesen lagi nak diving..
 yang penting kitaorang dapat tengok ikan..tempat pertama kitaorang pergi adalah Pulau Renggis.. time ni agak sedih sedikit sebab tak boleh nak bergambar.. aku tak bawak pula tali nak gantung handphone kat leher dan amoi pula tak ada casing waterproof..memang agak terkilan lah..kalau tak mesti dapat snap pic ikan..

bersama kawan-kawan baru
terasa kejap sangat snorkelling kat Pulau Renggis ni.. khusyuk sangat tengok ikan.. sampai amoi naik atas bos pun aku tak perasan..hehe.. bila tengok ikan berenang aku hanya mampu ucap subhanaallah.. memang cantik ciptaan Allah.. disebabkan laut agak bergelora masa kitaorang tengah snorkelling tu, aku masa tu memang nak muntah..sebab tengok ada budak muntah depan aku dengan amoii.. bila orang yang bawa kitaorang tu cakap "kalau nak muntah, muntah je kat laut tu..lepas muntah tu memang akan ok..tak rasa nak muntah dah.." memang aku muntah okay..dan ikan-ikan tu berkerumun kat badan aku..hahaha..agak geli pun ada..

lepas tu kitaorang pergi ke taman laut pula.. kat taman laut tu aku dengan amoi tak snorkelling pun sebab pening dan ramai sangat orang..hehe..so kitaorang lepak-lepak tepi pantai je sambil bergambar.. masa inilah kitaorang kenal dengan mary an and husband dia.. so time ni dah rapat dah dengan diaorang sebab dorang pun bertiga je.. lagi satu time ni juga kitaorang dah mula bertegur dengan adi..hehe.. bila borak macam dah lama kenal pula an..hehe..

muka kami yang pucat..hehe tapi bila depan camera hilang pucat..
lepas lunch dan snorkelling kat taman laut kitaorang ke kampung tengkek pula..yeay!! masa untuk shopping!!.. kitaorang ke kedai duty fee shop..masa ni lah dapat beli casing waterproof dan tali untuk handphone aku..so time tu asyik berfikir nak beli apa tuk ole-ole untuk family dan kawan-kawan kitaorang..aku dengan amoi memang beli coklat je.hehe.. (ni yang rasa macam nak pergi langkawi ni) bila puas bershopping masa untuk balik ke chalet..

bila sampai ke kampung genting kitaorang sambung cari ole-ole kat situ..mula-mula ingat nak berbasikal pusing pulau tapi macam tak seronok pula bila berdua je an.so kitaorang jalan kaki pusing satu kampung..hehehe.. bila tak panas barulah boleh sambung mandi laut..hehe.. tu yang seronok tu..tapi rasa menyesal pula sebab pulangkan google awal..  tapi yang penting kitaorang dah boleh bergambar dalam air..hehe..

bersama dengan adrian dan marry an 
malam pula, masa untuk bbq...tapi kitaorang ni tak kuat makan..makan sikit je..hehe.. lepas makan pergi beli ole-ole,keychain..kitaorang juga buat keychain pic kitaorang berdua..hehe.. lepas tu kitaorang pergi lepak kat jetty..tenang sangat..boleh tengok budak-budak ni memancing.. bila duduk kat jetty tu memang boleh dengarlah orang berkaroke..haha..kitaorang dapat lepak kat jetty kejap je sebab dah hujan renyai dan bunyi guruh..

malam tu sedih sangat sebab fikir esok nak pulang ke kl..





aku dan adi..
ikan lari pula time ni



muka happy dah dapat shopping



fikir masa depan..hehe
aku dan amoi
ada yang tanya siapa yang ambil pic kitaorang berdua..kitaorang minta tolong orang ambil an pic kitaorang berdua..hehehe.. 

17 comments:

  1. haihh...seronoknya...senyum2 baca..
    bilalah nur dapat pergi kan...

    ReplyDelete
  2. dah lame akak tak snokeling kat pulau renggis tu.last ritu p ngan masha...sonok kan tgok ikan kat situ..:)

    ReplyDelete
  3. Teringin jugak nak ke sana tapi tak tau bila berkesempatan ;D

    ReplyDelete
  4. best kan bole snorkeling tgk2 ikan yg cantik tu..haishh rindu nya nk p kawan dgn ikan2 tu lagi :)

    ReplyDelete
  5. bestnyer gi bercuti kat pulau tioman tu..nakkk ikuuttt hehe

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...yayabunga,

    seronok nyer dapat mandi2 kat pulau tioman nie kan!..

    mselim3

    ReplyDelete
  7. wow, bestnya dapat jalan2x. Pulau tioman tu..

    ReplyDelete
  8. Pulau Tioman ni jauh sgt. Xpenah lagi smpai sana. Yaya mmg pandai berenang ye. Okla tu, klu nk main air laut pn xd masalah. Solehah ni xtau berenang langsung.hehe

    ReplyDelete
  9. bestnyer layan snorkelling....wheeee

    ReplyDelete
  10. Tioman mmg tempat yg sgt cantik....

    Dya tak pergi taman penyu ke?

    ReplyDelete
  11. wah , besnya , pulau tioman is my dream holiday destination ... sebab dengar citer pulau nya sangat2 cantik ...

    ReplyDelete
  12. Subhanallah , seronoknya Dya dapat bercuti bersama kawan. Akak ni bila la dapat merasai. Pas sekolah dah keja hai la... uwaaaa

    ReplyDelete
  13. pgalaman terindah..lya xpnh jejak lagi kat pulau2 ni..

    ReplyDelete
  14. ein xreti berenang.. so nak snorkling tu takut walaupun ade gas... huhu

    ReplyDelete
  15. beznya dya..p rmaai2 dgn mber smua

    ReplyDelete

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page