17 May 2014

by - Tuesday, May 20, 2014




sabtu lepas, habis kelas je aku terus gerak pergi puchong..disebabkan hari selasa tu tak dapat keluar sekali so janji keluar hari sabtu.. biasalah kalau jumpa berdua je mesti pergi karoke..sebenarnya dah lama tak berkaroke.yelah banyak sangat benda nak kena buat dan assigment pun berlambak-lambak.. hehe.. so kitaorang decide nak karoke kat redbox kat ioi mall.. kiranya time tu kitaorang berdua dapat makan buffet..hehe..

lepas je karoke terus kitaorang pergi setia mall.. almaklumlah, aku tak pernah pergi situ lagi so amoi bawak lah aku pergi situ..nak bergambar kat china town.. konon-kononnya dah sampai china tapi sebernanya tak pernah sampai lagi..hehe.. sampai je kat setia mall terus kitaorang pergi beli tiket wayang.. sebenarnya dah lama tak tengok wayang..last tengok 3bulanlepas..hahaha..selalu aku tengok online je.hehe.. lepas beli tiket mestilah kitaorang bergambarkat china town tu.heheh.. "aku snap pic kau, kau snap pic aku"..heheh.. ada monopod pun malas nak keluarkan. terasa macam orang memandang..hehe..






Bagi aku cerita Gozilla tu best cuma aku dengan amoi tak puas hati kenapa bapa dia mati awal sangat..sebab dia je tahu banyak pasal gozilla.. masa dalam wayang tu si amoi tu boleh alih suara dia jadi suara kartun plak..hahaha.. time gozilla tu berlawan je si amoy start reka dialog sendiri..hahaha.. nasib baik kat sebelah tak ada orang.

lepas tengok wayang tu, kitaorang lepak kat tappers plak.. aku ni mula-mula nak minum je akhirnya terjangkit makan jugak kat situ..hehe.. Lepas ni maybe dua bulan lagi baru dapat jumpa..next week aku dah start exam.. Doakan aku ye.. hehe



You May Also Like

14 391 sedang mendoakan dya

  1. Hahah best kan godzilla? kesian bapak dia mati awal.. kalau tak mesti bapak dia dapat tgk godzilla..

    ReplyDelete
  2. Perjalanan yang menyenangkan mestinya...

    ReplyDelete
  3. Doakan makan kat Tappers lagi ke doa untuk exam ni Dya?

    ReplyDelete
  4. oklah tuh...karok2 kejap boleh hilang stress kot..haha..n good luck exam k! :)

    ReplyDelete
  5. untunglh pergi karoke :P hahaha

    ReplyDelete
  6. ala..tak clear sangat lah gambar china twon tu.. nak tengok lagi!

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnya. dapat tengok wayang. dah lama tak layan movie :)
    gud luck exam tu..

    ReplyDelete
  8. Tu lah kesian kat bapanya dah banyak-banyak research tapi tak dpt nak membantu sangat :-/

    ReplyDelete
  9. waa..lama x dtg sini.. dh berubah blog dya..
    lya nk tgk online je godzilla..

    ReplyDelete
  10. hai dya..kfieda dtg melawat dya ni..hrp dya sentiasa sihat ye..

    ReplyDelete
  11. salam ramadhan al-mubarak. semoga sepanjang ramadhan ini kita diberikan kesihatan yang baik :)

    ReplyDelete
  12. singgah tgk dya..slmt hr raya :)

    ReplyDelete

dah baca jangan lupa komen ye..
satu pun jadi lah..:)