HO CHI MINH 2019

✎dya nasir |⊙Thursday, October 17, 2024| ☑

HARI PERTAMA

Lama tidak update blog ni. This time dya nak share my experience bercuti ke Ho Chi Minh. Actually trip ni adalah trip shopping. pergi sana memang duit habis kat shopping. hehe. untuk trip kali ini dya pergi 4hari 3malam. Actually tak cukup pun 4hari tu. Masa sampai tu dah tengah malam. 

Lepas je ambil luggage, terus cari kedai yang jual sim tapi kedai tu tutup dan plan asal sebenarnya nak naik vinasun taxi. Tak tahulah kenapa time tu tak naik pun terus naik grab ke hotel. Maybe penat sangat kot lepas kerja terus pergi ke airport. Lepas check in je terus rehat kejap lepastu jalan ke pasar malam tapi pasar malam tutup. masa otw balik ke hotel tu sempat singgah beli buah. mangga & durian.



HARI KEDUA - SHOPPING & TEMPAH BAJU

Esoknya, dalam pukul 7 pagi terus ke Pasar Ben Tanh. Time tu servey kedai mana yang murah. cuma kat sini pegang pun tak boleh. If kita beli kat kedai orang tu berdiri kedai sebelah pun tak boleh. Kat sini jangan gatal-gatal tanya if kita tak nak pun beli barang tu. 

Kalau korang tanya harga dalam RM bayarlah dalam RM kalau tanya harga dalam Dong bayarlah guna duit dong. sebabnya nanti kalau korang convert, dorang akan ambil kesempatan. 

Rasanya hari kedua di Ho Chi Minh memang aktiviti menghabiskan duit iaitu shopping. hehe. dari pagi sampai ke malam dekat area situ je tak pergi tempat lain. malam tu pula sambung shopping kat pasar malam.  



HARI KETIGA - DAY TRIP SG MEKONG


Untuk trip ke sg mekong, asalnya kitaorang ambil dengan orang lain (private tour). tapi bila semalam shopping jumpa lagi murah. RM50 Per pax di Amin Travel. dengan orang sebelum kitaorang booked tu RM 70. tapi sebab semalam tu orang tu baru reply malam semalam and kitaorang macam was-was terus booked dengan orang lain dengan harga yang jauh lebih murah. tapi kitaorang tak ambil untuk naik cruise. 

Pukul 8 pagi bas pick up di hotel. Hawa Wholesale kedai pertama kita singgah. Kat situ ada jual shawl, telekung, beg & kain. tapi kitaorang beli kain vietnam je. 

Next destination kitaorang berhenti rehat dalam 30minit. tapi tulah berhenti rehat yang ada kedai memang orang akan shopping jelah.hehe. Tour guide (Kevin) untuk ke Sg Mekong ni ada cerita, orang kat sini suka memancing. Masa Kevin ini cerita kitaorang blur apa yang memancing rupanya dorang suka hati nk buang air kecil kat mana. haha.  Masa  Sepanjang perjalanan ke sg mekong tu memang akan nampak kubur ditengah-tengah sawah padi. 

Bila sampai je kat destinasi kitaorang terus naik boat. setiap penumpang akan diberi air kelapa sorang. tempat pertama kitaorang berhenti di Kilang gula kelapa. di situ dia akan terangkan cara-cara buat gula ni. kat situ ada jual gula kelapa pelbagai perasa. cuma kat situ boleh bayar guna duit dong je & diaorang tak terima RM. 

Destinasi kedua kitaorang berhenti di kilang madu. Di sini kitaorang diberi penerangan pasal lebah & madu dan diberi air madu. Kitaorang juga dihidangkan buah-buahan untuk dimakan sambil mendengar orang menyanyi. Lepas itu terus kitaorang makan tengahhari. Aktiviti terakhir di sini mestilah naik sampan sampai ke boat.hehe. Orang sampan tu sempat juga ajar Hello dalam bahasa vietnam.

Last destination sebelum pulang ke hotel mestilah shopping lagi. Di sini ada jual kain ela, kain sutera vietnam ikut gred, tudung. kat sini sempatlah beli sehelai dua tudung. hehe. Malam tu kitaorang cuba baju yang tempah semalam. Disebabkan ada yangbaju longgar dan nak kena oter, orang kedai tu terus bawa ke tempat tailor.haha. Dia oter kat situ terus. orang tu sempat juga jual baju lace yang dah siap jahit.

HARI KE EMPAT - PULANG KE KL

Pagi tu breakfast dia Halal Amin. Lepas breakfast sempat beli apa yang patut. Kat sini patut cuba bingka ubi. dya beli bungkus bawa balik kl. hehe. Sebelum balik hotel tu singgah kedai bismillah tour & travel untuk booked van. RM100 untuk satu van. Actually plan asal nak naik grab tapi barang banyak sangat



sebelum naik flight kita snap satu photo dulu


sebelum dan selepas shopping.


dalam train klia

bayar harga van tapi naik mini vas ke airport.

ni meal masa pergi - Vietnam Airlines

ni pula meal masa balik-Vietnam Airlines

first shop untuk bershopping. 



day trip- ke sg mekong 

Add caption

Add caption



 


bawah tu laluan sampan. 



free fruits

  
Hotel : Ace Hotel Ben Thanh



  


 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page