Harini dya nak itinerary semasa berada di Busan & Korea. Maaf tulisan agak kecil..(tak tahu nak besarkan tulisan tu. if tak bape nak nampak korang zoom.)
Day 1 – Arrived (Gimhae International Airport, Busan), Gamcheon Culture Village, Busan International Film Festival (BIFF), Jagalchi Market, Guekjet Market & Yongdusan Park (Busan Tower) - 16 January 2017
· Arrived at Gimhae Airport Busan. Naik Jumbo
taxi from airport to apartment. (kalau tak dapat harga lagi mahal nasib
baik owner aparment kat busan tolong dapatkan harga yang lebih murah)
Jumbo Taxi = 30,00krw /selepas berbahagi lima orang= 6,000krw Per Pax
· Check-in
Apartment at Sarah & John’s ManDi
House. Meet our host (John). John memang sangat friendly dan dia terangkan
serba sedikit mengenai tempat-tempat menarik di Busan dan apartment. (Recommended Apartment)
· Gerak ke Gamcheoun Culture Village
tapi sebelum tu singgah beli t-money. Thanks John and his mom. They
helped us a lot. John tolong belikan tmoney & hantar kitaorang ke Gamcheon Culture Village.
(T-Money card
= 2,000krw , topup t-money = 18,000 krw)
Entrance fees di
Gamcheon Culture Village = Free. kalau nak feeling macam kat Santorini bolehlah
pergi ke sini
·
Singgah Travel Information Center untuk beli brochure. Dalam brochure tu ada map and kena collect cop
stamp di setiap checkpoint and akan dapat poscard tapi nak post ke Malaysia mahal
sangat. – (1brochure 2,000krw.) *actually
tak beli pun tak apa*
·
Lunch di Jagalchi Market. kitaorang ordered
steam fish and sotong.
Total
lunch =75,000krw. (15,000krw per pax)
*kedai diluar bangunan lagi murah dari dalam bangunan*
·
Jalan- jalan di sekitar Busan International Film Festival (BIFF). *actually BIFF & Jagalchi Market dekat sangat.
seberang jalan je*
·
Jalan-jalan sekitar Guejek
Market.
· Jalan kaki ke Yongdusan Park (Busan Tower – Open sampai
malam) (Entrance fees 5,00krw per pax.)
· Masa otw balik sempat jugaklah kitaorang beli Ssiat Hotteok tu. (inti dia kuaci,madu,
brown sugar& honey) *1,200krw per pcs*
· Tapi masa otw balik
nak ke Busan Station kitaorang sesat tak jumpe busan station. So kitaorang
decided naik metro to busan station. (time
ni john dah risau kitaorang sesat). 1st time naik metro kt korea agak
sedikit kelam kabut cari line. Tp alhamdullilah jumpe jgk busan station. Thanks john for pick up us at busan
station.
· Malam tu dinner
maggi, sambal ikan bilis & rendang. Tengah malam minum vico
sambil tengok view busan dari apartment memang cantik. (tak boleh move on
sampai sekarang)
Cost 1st Day : §
Jagalchi market-
75,000 krw ikan steam (15,000krw per
pax)
§ Food kuih bijan 1,200krw (BIFF - Busan International
Festival Film)
§
Jumbo (6000krw per
person) from airport to apartment
§
Tmoney – 20,000krw
§
Gamcheon village - 2,000krw brochure.
§
Yongdusan Park - 5,000 krw.
§
Others – 3,500krw
(TOTAL
COST: 52,700WON)
DAY 2 – Taejongdae Park, Gwanggali Beach, The Shinsegae Centum City, Al- Fatah Mosque (17 January 2017)
· 10 a.m. Gerak
dari apartment. John hantar di Busan Station.
· Naik bus dari Busan ke
Taejongdae Park. No bus 101 dari Busan Station.
*kat situ banyak station bus so before naik bus tu make sure ada no. Bus kt board
station bus.*
·
Lebih kurang sejam
from Busan Ke Taejongdae Park (last
station)
Trem Ticket (2,000krw).
· Berhenti kat 1st
checkpoint. Bergambar sat . Kat situ boleh jumpe kucing bam bam. Rasa nak
gomol-gomol je kucing tu. Comel sangat.View kat situ sangat lawa.
·
Naik trem ke light
house. Magnificent view. Recommended place. Banyak habis masa kt sini. (wajib singgah!)
·
Naik bas ke busan
station dan tukar naik metro untuk ke Al- Fatah Mosque (Dusil station).
· Lunch di Casablanca Restaurant (makanan morocco). Total semua dalam 30,000krw ( 6,000krw per pax)
sangat murah sebab dapat discount. Dalam menu satu makanan harga 10,000krw
ke atas. Restaurant ni bersebelahan
dengan Al-Fatah Mosque. *selalu ramai datang ke Cappadocia Turkish Restaurant tapi masa kitaorang datang kedai tu
tutup*
· Naik metro ke The Shinsegae Centum City. Take a photo.
Actually Mall ni pernah masuk dalm Guinness
World Records as the largest shopping complex in the world. Sahaja singgah Louis
Vuitton (1st time seumur hidup masuk
Louis Vuitton. Kalau kat malaysia memang
tak lah aku nak masuk sebabnya orang
akan pandang atas bawah but kat situ Louis Vuitton bila masuk dorang tak ada
pun pandang atas bawah, senyum je)
· Balik tu naik metro
ke Gwanggali Beach (Gwangan Station tapi kena berjalan lebih
kurang 600m). Beli coffee at Ebiya
Coffee lepak kat Gwanggali Beach. (Cappucino and caramel coffee
recommended) caramel dia sedap tak semanis kat Malaysia. 3,200krw)
·
Malam tu lepak dengan
John minum coffee at A Twosome Coffee. Cappucino
recommended. (5,400krw - termasuk coffee John yang kitaorang belanja).
Cost 2nd Day
Taejongdae park busan - 2,000krw Trem
Coffee- 5,400krw (A Twosome Coffee), 3,200krw (Ebiya Coffee)
Lunch at Casablanca Restaurant – 6,000krw.
Banana milk: 1,200krw
Total Cost : 17,800krw + 52,700krw = 70,500krw
Day 3 – KTX ke Seoul, Bundle
Seoul, Myeondong (18 January 2017)
· Pagi tu bertolak ke KTX
station untuk ke Seoul Station. Arrived at seoul station (afternoon)
· Check in Apartment at Jay
& Ahyoun House, Seoul (5minutes walking from Seoul Station to
apartment.)
· Naik subway ke Bundle Seoul
(shopping winter jacket untuk ke Yong Pyong ski)
· Petang tu ke Myeondong
(Myeondong terkenal dengan barang cosmetics)
· Lunch di Yoocane Restaurant.1st
time jejak Myeondong agak pening cari Yoocane Restaurant. Sesat gak lah
cari kedai makan ni.
· Direction ke Yoocane Restaurant - if dari
uniqlo korang terus je nanti akan jumpa gerai banana crepe. Nanti masuk ke
kiri. Yoogane Restaurant akan berada blah kanan. Bersebelahan dengan Nature
Republic. Kedai tu berada di tingkat 2.
· Makanan kt situ okaylah no bad. Ada satu kedai lagi tp sbb ada kes
cakap tak halal risau plak nk makan kt situ. Menu - Marinated Seafod Fried
Rice = 5,500krw per pax.
· Kat situ dia akan masak depan kita. Time tu rasa macam nak tolong
masakkan je. Even kerja waitress tp macam kerja office bergaya. Bila nk makan
pun bertambah selera.hehe
· Actually street kat myeondong ada je jual kebab, banana crepe.
Tapi dah tekak melayu nak juga makan nasi.
· Lepas makan jalan-jalan area myeondong cari boots and jacket tuk
pergi ski. tapi mhl sangat. Jay (host kat Seoul) suggest Top 10 but
mahal nok tak mampu nak beli paling murah dalam 19,000krw. tanye tshirt tebal
kt area street dalam 30,000krw. menangis dengar.
· Masa tengah khusyuk window shopping terserempak ex officemate
dlu, Azie. Kat KL tak nak plak terserempak..hehe
· Disebabkan terlampau sejuk dan masing-masing tak tahan sejuk kitaorang decided pergi Hangang River. Tapi bila nak tukar
subway, sesat dan tengok masa macam tak sempat then terus ke Yong San untuk beli ITX ticket ke
Gapyeong Station (Nami Island) Masa tu sebab ingat subway tutup pukul
10pm. Rupanya tutup 12 am. (Sedih gak xdpt pergi)
· Actually cara ni paling senang. Tak perlu nak tukar tren banyak
kali. Naik ITX from Yong San terus smpai Gapyeong Station.
· ITX ticket from Yonsan To
Gapyeong = 5,200krw (ticket pergi)
· Balik tu singgah kedai bawah apartment beli instant rice and
telur untuk breakfast esok.
Cost 3rd Day :
o
Coffee ktx = 3,200krw
o
Topup subway = 20,000krw (Topup kat GS 25 ala-ala 7E)
o
Lunch- 5,500 krw(myeondong) Yoocane restaurant. o
Itx – 5,200krw from yong san station transit to gapyeong station o
Instant Rice= 1,200krw , Telur (sebiji) = 650krw
(TOTAL COST : 35,750krw + 70,500krw = 106,250krw)
DAY 4 – NAMI ISLAND (19 January 2017)
·
Lepas breakfast
bertolak ke Seoul Station (7.25
a.m.)
· From Seoul Station transit to Yon San Station. Naik ITX
from Yon San to Gapyeong Station. Tak perlu nak keluar just tukar line je..
But make sure come early. Kat sini sangat punctual. Kalau 8.30 a.m pukul
8.30 tepat dia sampai.
·
At Gapyeong Station naik Shuttle bus ke Nami Island. Ticket can use
for 1day. (Bayar masa naik bas ke Nami Island. Price = 6,000krw)
·
Masa sampai kat
Gapyeong Station dah start sejuk gila! Padahal dah pakai 4lapis. Pakai
hot pack pun macam xberfungsi je hotpack tu. Tak panas lansung.
·
Naik ferry ke nami
island. Ticket price dlm 8,000won
(foreign) harga foreign lgi murah. masa ni dah start gigil² xtahan sjuk..
Nasib baik ada unggun api. Dapat gak panaskan badan.
·
Lunch at Nami Island. Nasi goncang /Dosirak at Drama Cafe. Memang drama sangat masa cari
cafe ni. Ordered yg biasa je. Dalam tu ada kimchi, telur and nasi. (Macam nasi
bujang cuma beza yg ni kena shake-shake uolls)
·
Drama Cafe ni dekat
dengan train boarding station. kat situ ada tiga menu. Original, tuna and
cheese. Kalau Tuna and cheese dlm 6,000krw. Klau yg original 5200krw
· To Petite France (45 minit), boleh
naik shuttle bus infront "GS 25" seberang jalan berhadapan bus stop.
Masa ni actually kitaorang confused cari bus station. Entrance
– 8000krw
·
Balik tu naik shuttle
bus from Petite France to Cheong Pyeong station.
· Going back to seoul
from Cheong Pyong Station. buy itx
ticket from Cheong Pyeong using ITX Machine.
Ada dwibahasa. Ticket price from diz station to yongsan station =4,300krw. Masa
ni ticket tinggal pukul 8 a.m. sejam lebih jugak lah menahan sejuk. Sampai
menggigil tak tahan sejuk.
· Arrived at Yong San
10pm then plan untuk ke Dongdaemon (nak
beli jacket winter and boot). But bila kitaorang dua sampai, kedai banyak
nak tutup.Huhu. (yang lain dah balik apartment)
·
ada satu kedai at Dongdaemun, ahjussi ni sgt baik. Dia cari an jugk size jacket
tuk amoi tapi tak ada size and price pun kira murah juga. Tapi dah lupa nama
kedai tu.
·
Disebabkan kedai
banyak tutup, kitaorang dua plan ke Myeondong.
Bila sampai dalam pukul 11. Kedai pun banyak nak tutup. So tawakal je lah esok
tergolek tak pakai boot.haha. Otw balik tu beli Honey Pancake untuk alas perut. (2,000krw) tapi tak sesedap macam kat
busan. Kuaci dia tak banyak.
· Actually
kitaorang plan nak balik ke apartment naik taxi but bila check balik train open untill 12 a.m. So sempat lah naik subway kt
situ.. Alhamdulillah.. Jimat duit.
Cost
4th Day
o Nami Island Entrance 8,000krw
o Petite France 8,000krw
o Lunch At Drama Cafe, Nasi Goncang/ Dosirak - 5,200 krw
o Honey Pancake = 2,000krw
o
Itx From Cheong
Pyeong = 4,300 krw
o Shuttle Bus =6,000 krw
Total Cost = 33500krw+106,250krw = 139,750krw
DAY 5 – YONG PYONG SKI
RESORT (20 January 2017)
· Hari ke lima, siap-siap
untuk pergi Yong Pyeong Ski Resort.
·
Naik subway from Seoul Station to Gangbyeon Station.
· Transit naik bas pula.
Beli ticket bus to Hoinggye Station
(lupa nama terminal bas ni tapi station ni berhadapan Gangbyeon Station) Time
ni jumpe 1group dari malaysia pun nk ke Yong Pyeong Ski Resort.
· Sepatutnya sampai awal
tapi sebab jammed salji tebal. Sampai dalam kul 2 lebih. Sampai je Hoinggye Station naik Cab ke Yong Pyeong Ski. (Dalam 10minit)
·
Disebabkan kitaorang 5 orang so kitaorang terpaksa ambil 2 taxi to Yong
Pyeong Ski Resort. tapi bila sampai dalam pukul 3pm. (Total 29,000krw
*byr pakai cash xblh byr guna tmoney) so kitaorang cuma ada 30 minutes bergambar kat Dragon
Peak ..
·
Naik gondola pun nak
dekat setengah jam. (Fees- 15,00 krw)
· Kat Yong Pyeong Ski Cuma ada 1 food kiosk
halal. So exist from gate 2 then turn left. So boleh nampak kedai kebab. If beli
dua kebab & dua soup /chia (tea) bolehlah dapat 1,000won discount
(normal price 1kebab chic & lamb : 6,000krw , soup 3,000krw-
mushroom, cheese & corn). Lotteria kat sini dah tutup.so no choices
terpaksa makan jugak kebab.
· Lepas lunch, plan nak
beli ticket ke Seoul kat Tower Plaza tapi kaunter tutup awal. Terpaksa tukar
plan B. Patah balik ke information counter nk minta tolong call an driver taxi
masa kitaorang naik tadi. *Alhamdulillah, driver taxi tu terima jgk lima orang penumpang.
Memang macam sardinlah berhimpit.
· Sampai je ke Hoinggye Station, terus beli ticket bus
ke Seoul. ticket ke Seoul (14,500krw) masa perjalanan 2hours. *nasib baik ada
bas lagi* sampai je Seoul terus naik subway dari Gangbyeon Station Ke Seoul Station.
·
Otw balik ke apartment
singgah Coffee Shop – Angel- in – us - coffee at seoul station. 5,100 krw
Cost 5th Day
o 10,000krw,9000krw,10,000krw (cab) =29,000krw
Taxi per pax = 5,800krw
o Return Tic Seoul- Hoinggye Station = 29,000krw
o kebab 6000krw Mushroom soup 3,000 = 8,000 krw (discount
1,000krw)
o Fees Gondola to dragon peak 15,000krw
o Others : Coffee latte 5,100krw , Banana milk- 1300krw
·
Total Cost : 64,200krw
+ 139,750krw =203,950krw
DAY 6 – PALACE, ITAEWON, NAMDAENUM & SNOW (21 January 2017)
·
Siap-siap gerak dari
Seoul Station ke Jongmyo Shrine.
· Kat sini kitaorang
beli multi ticket. Ticket ni boleh
digunakan di Gyeongbokgung palace,
Chandeokgung Palace, Changyeonggung Palace, Deoksugung Palace & Jongmyo
Shrine. (diz time rugi sangat sebab pergi dua tempat je) Ticket : 10,000krw
· Kat sini sekejap je. Continue
pergi ke Changdeokgung Palace. Dari Jongmyo
Shrine ke Changdeokgung Palace lebih
kurang 10minutes dengan berjalan kaki.tapi masa ni memang menahan sejuk.
·
Sampai je ke Changdeokgung Palace ni kitaorang
ingatkan dapat masuk Secret Garden tapi
rupanya kena ambil tour guide. tak apalah. Kita masuk bergambar je lah tak
payah masuk Secret Garden. Tapi masa
ni memang dah sejuk gila.Gigil² satu badan. Hotpack pun macam tak panas je.
Patutlah sejuk melampau rupanya nk turun salji. excited bila tgk snow turun..
Jakun kejap. Kat negara sendiri an tak ada salji..hehehe
· Then continue ke Gyeongbok Palace but tak jadi sebab ramai
sangat police kat tepi-tepi jalan. Disebabkan risau dan ada yg dah lapar so kitaorang
decided ke Itaewon. (rugi sangat tak
masuk.ticket dah beli. Rugi tak dapat tengok Gyeongbok Palace- menangis dalam
hati).
· Lunch kat Eid Restaurant. Restaurant ni 300m dari
Seoul Central Mosque. Actually Eid
Restaurant merupakan kedai halal korea pertama di Itaewon. Owner restaurant ni
pun peramah.
· Kitaorang order 3 set.
Shared 5orang tapi masing-masing tambah nasi sebab dah kebuluq sangat.. Haha. (aku rasa aku yang makan paling banyak) Total semua dalam 30,000krw (6,000krw)
· Masa otw ke Itaewon Station salji turun lagi.. aku
macam biasa excited lagi!hehehe.. jakun sekejap.
· Dari Itaewon Station naik subway ke Namdaenum Street. Sampai je Namdaenum cri kedai kerongsang tapi
tempat tu dah tutup.kitaorang sampai lewat. Then jalan-jalan area street beli
souvenier. So if nak cari winter jacket, or souvenier bolehlah beli di namdaenum..
(haritu tak sempat ke sini sebab sini kul 6 dah tutup. Tapi bila jalan sakit
hati gak lah murah-murah dan banyak kedai yang jual boot).
· Masa ni mood excited
datang lagi! Snow turun lagi! Tapi lagi lebat. Memang seronoklah walaupun orang
yang lalu lalang pandang je..haha..lantak lah kat malaysia tak ada snow and
lepas ni tak tahu dapat tengok snow lagi ke tak an. Masing-masing dah menggigil
tahan sejuk. So decided balik apartment tukar winter jacket.
·
Pada mulanya lepas
tukar baju nak ke Namsan Tower tapi
disebabkan ada yang tak dapat ikut dan disebabkan faktor masa jugak, so malam tu kitaorang pergi Myeondong je lah.shopping dan dinner
kat situ. terpaksa cancel pergi namsan
tower( heartbroken lagi ada tempat tak dapat pergi!)
· Dah puas shopping dan
masing-masing dah kekenyangan moh ler kita pulang ke apartment. Sampai je Seoul Station, snow turun lagi! Tapi ni
lagi lebat dari namdaenum. Rezeki harini dapat merasa snow lima kali.and macam
tahu-tahu je malam tu kitaorang last day kat seoul. Hati tak rela nak balik.
Cost 6th Day:-
-Multi ticket
palace – 10,000krw
- Lunch at Eid Restaurant, Itaewon =
30,000krw [ 6,000 krw per pax]
-Dinner at
Yoogane, Myeondong = 5,500 krw- Others cost
= 6,950krw
Total Cost = 28,450krw + 203,950krw = 232,400krw
Day 7 –AREX > Incheon Airport > Kuala Lumpur
· Bertolak Dari Apartment Pada Pukul 10.45 A.M.
· Beli Ticket Kat Arex Counter At Seoul Station
(Termasuk Seat). Pintu 15 Akan Nampak Gs 25 Turun Esecelator Turn Left. Akan
Nampak Arex Counter. Price Arex From
Seoul Station To Incheon Airport = 6000krw
Group Price -Min 3pax (Normal Price
8,000won)
· Sampai Je Incheon Airport Terus Cari Counter
D. Tapi Disebabkan Counter Tak Open Lagi So Kitaorang Decided Nak Wrapping
Bag. Tapi Kat Situ Memang Tak Ada Service Wrapping Bag. Maka Berhuhu Jelah Nasib
Baik Ada Rain Cover.
· Sementara Tunggu 1.10 Pm Singgh Minum Kat Tou Les
Jous. (Coffee And Chocolate Bread- Thanks Azam Belanja Coffee)
· Check In Barang. Alhamdulillah.. Beg
Semua Bawah 60kg. Tapi Aku Tak Puas Hati Ngan Minah Korea Masa Nak Check In
Barang. Boleh Dia Cakap Nama Aku Panjang. Padahal Ada Lagi Nama Orang Lagi Panjang.
Sementara Tunggu Flight Beli Shrimp Burger At Lotteria Around 3200krw
(Ala Carte)
· Jam 3.55p.M. Bertolak Ke Malaysia..
Cost 7th Day
§ Ticket
AREX To Incheon Airport = 6000krw
§ Food: (Choc Bread - 2,400krw X 2 = 4800krw ],
Lotteria At Airport Shrimp Burger 3400krw
Total Cost = 14,200krw + 232,400krw
= 246,600krw
TOTAL COST :
Ø COST DI KOREA : 246,600krw (termasuk shopping souvenir kat sana)
Ø FLIGHT RETURN(
termasuk insurans) : RM 648.80
-
Busan : RM 299.80
-
Seoul : RM 349
Ø APARTMENT: RM493
-
Busan : RM 193 ( 2 Malam) ,
-
Seoul : RM 300 (4 Malam)
Ø TRAVEL INSURANS : AXA : RM39 (
7 Hari)
Ø KTX TICKET : RM 225
Ø WIFI WIYO
= RM 12 perday / RM 17 Per Pax
v ITINERARY
semasa berada di korea disediakan oleh @amoylalato
v Actually
banyak tempat ada list kitaorang tapi disebabkan masa agak terhad dan time
winter siang sekejap je so terpaksa berputih mata je lah. Nampaknya next time
kena pergi lagi lah ni tapi bukan time winterlah..haha
v TIPS
/INFO
- Tmoney boleh beli di GS25/ 7E. Tmoney ni boleh digunakan di Busan dan Seoul. If pergi winter, belilah hotpack. Kitaorang
haritu banyak guna hand warmer. Sampai
letak hotpack kat dalam kasut sebab tak tahan sejuk. Hotpack boleh beli di Daiso.
- Boleh download apps subway tapi haritu thanks
Amoi dia yang print map subway. Actually tengok kat kertas lagi senang.
- Time winter banyak kedai tutup awal. Di
Namdaenum pukul 6 kedai dah tutup. (kalau nak shopping boleh pergi Namdaenum
memang murah)
- If korang memang tak bawa jacket lebih atau memang decided nak shopping jacket kat korea, dya sarankan sampai je airport bolehlah terus ke area namdaenum street / seoul bundle. sebab kalau shopping kat tempat lain harga agak mahal.
-
Myeondong memang tempat shopping barang-barang kosmetik.
-
Kalau nak beli ticket bas di Tower Plaza belilah
awal. Kalau boleh sampai je Yong Pyong Ski belilah ticket terus. Jangan
macam kitaorang terus risau bila tengok kaunter tutup.mujur ada minta no tel
driver taxi. (no tel driver taxi tu aku share next entry k)
-
Metro di Busan lebih senang faham berbanding
subway kat Seoul.agak complicated.
- Kalau ke nak ke Nami
bolehlah naik ITX from Yong San terus smpai Gapyeong Station.cara ni
lebih mudah tak perlu nak tukar tren banyak kali. Kos lebih kurang je.
- Kalau nak booked apartment di busan, bolehlah
contact fb John
Jung yeonkyu (John Mandi House), bak
kata john if risau takut kena tipu bolehlah booked di airbnb. Tapi if nak harga
murah boleh contact dia di FB.
- If korang jenis tak tahan bau, bolehlah pakai mask. Kat dalam subway memang akan bau kuat especially bau soju. Better beli siap-siap.
- untuk tips apartment pula, bolehlah guna apps airbnb and make sure tengok review.
- If korang nak senang, bookedlah apartment yang dekat dengan subway. mudah korang nak gerak. masa kitaorang di Seoul, apartment kitaorang sangat dekat dengan Seoul Station. so jalan kaki lebih kurang 5 minit..memang tak terasa jauh. (thanks amoy carikan apartment yang dekat dengan subway dan tak berbukit.)
- Untuk makanan halal, area itaewon banyak kedai makanan halal. dan bolehlah guna app Muslim Pro.
Gambar masa kat sana later aku update ye..
 |
| Saranghae - with john. |
Disebabkan masa kitaorang kat sana tengah femes drama Goblin, so bila dengar ost Goblin jadi rindu pula.. insya allah, ada rezeki kita pergi sana ye. John pun ada offer nak bawa pergi tempat ski pula an..hehe..