Percutian di Resort Dengan Harga Yang Sangat Murah

by - Sunday, May 28, 2017



Harini dya nak share Resort yang agak berbaloi untuk bercuti bersama keluarga. Resort yang dya maksudkan adalah Bayu Beach Resort yang terletak di Port Dickson. Actually dah banyak kali dya pergi ke sini. Kalau yang selalu booked online ni mesti tahu kadang-kadang harga bilik selain dari website lagi murah. Contohnya seperti traveloka. Selalunya dya suka booked guna Traveloka daripada booked melalui hotel. Traveloka ni bukan sahaja untuk hotel tapi untuk penerbangan juga. Kadang-kadang booked last minit harga lagi murah dari website. hehe

Dengan harga yang berpatutan yang korang book dari traveloka, korang akan dihidangkan dengan perkhidmatan yang superb dari staff-staff resort kerana kerana mereka sangat mengutamakan keselesaan pengunjung di sini.Walaupun Bayu Beach Resort bertaraf tiga bintang tapi perkhidmatan dia seperti bertaraf empat bintang. Yang paling dya suka Resort ni adalah tempat ini bersih. Nak bercuti dengan keluarga mestilah nak cari tempat yang betul-betul selesa dan bersih. Tu yang hampir setiap tahun akan ke tempat ni. So bila bercuti di Bayu Beach Resort ni tak perlu risau bab parking sebab Resort ni memang menyediakan tempat parking kenderaan bagi yang memandu.

Yang pastinya di zaman serba canggih ini, wifi adalah satu kemestian jika hendak cari tempat penginapan. Lagi-lagi yang muda. Mana boleh tak ada internet. Sekurang-kurangnya mesti nak kena upload gambar sendiri kat resort ni di Facebook mahupun instragram. Lagi-lagi sekarang boleh buat live. Lagi-lagi, Bayu Beach Resort memberikan kemudahan wifi percuma kepada pengunjung serta staff-staff yang akan memberikan perkhidmatan 24 jam di kaunter front desk sekiranya korang mempunyai sebarang permasalahan tentang resort, staff resort akan cuba selesaikannya secepatnya, dari daftar masuk dan daftar keluar ekspres, atau apa-apa bantuan yang korang perlukan.

Bagi dya, Bayu Beach Resort ni perfect kerana  view dari bilik yang berhadapan dengan laut tu sangat tenang. Bila korang bangun pagi tengok pemandangan laut terus bersemangat nak mandi laut.hehe.. lagipun kalau nak ke pantai hanya tiga minit je dengan berjalan kaki. Kat Bayu Beach Resort ini juga mempunyai kawasan untuk berpiknik bagi pengunjung yang hendak berpiknik outdoor mahupun berbabecue bersama keluarga kerana aktiviti ini sangat sinonim dengan pantai. Selalunya petang-petang tu memang berbabecue lah kitaorang.hehe. lagipun Resort dengan pantai kan dekat.tak sampai lima minit.

Resort yang berhadapan dengan laut.

Jika korang ingin menukar selera dari mandi laut kepada mandi di kolam, Resort ini turut dilengkapi dengan kolam renang dan korang dapat menikmati hari yang santai dan menyeronokkan di kolam renang, sama ada hendak pergi berjalan solo atau dengan yang tersayang. Selain dari kolam renang, terdapat juga poolside bar bagi mereka yang ingin menghilangkan dahaga setelah penat berenang. If korang dah penat mandi laut dan penat mandi di kolam renang, boleh lah mengunjungi sauna. Lagi pun tempat sauna bersebelahan dengan kolam renang. Hehe. Dah masuk sauna tu confirm hilang stress dan juga hilang lemak.hehe.

Fitness center di resort ini adalah ”a must-try activity” sepanjang penginapan korang disini dan tidak perlu risau fitness center ini adalah Percuma. Dengan perkhidmatan yang tiptop beserta kemudahan yang serba lengkap, pengunjung akan menikmatinya tanpa ada sebarang komplen tentang resort ini. Antara kemudahan yang pengunjung kurang tahu yang ada di Resort ini adalah Resort ini menyediakan kemudahan dobi serta cucian kering dan khidmat penyimpanan luggage bagi pengunjung yang mahukan perkhidmatan tersebut.

Selain dari lokasi Resort yang berdekatan dengan pantai Port Dickson, ia juga berdekatan dengan pusat tarikan di Negeri Sembilan antaranya ialah Muzium Tentera Port Dickson, Ladang Ostrich Port Dickson, Rumah Api Cape Rachado serta banyak lagi tempat-tempat menarik di sini. Yang ada anak kecil tu boleh lah bawa anak korang ke Muzium Tentera Port Dickson mahupun Ladang Ostrich. Ladang Ostrich ni jika korang bawa anak kecik mesti diaorang suka. Resort ini sangat mudah untuk dicari kerana ia berada pada kedudukan strategik berdekatan dengan kemudahan awam. Jika korang datang pada hari minggu, malam tu bolehlah ke pasar malam. Kat situ ada pelbagai juadah yang boleh korang beli.

Tambahan pula, Bayu Beach Resort bukan sekadar tempat penginapan tetapi juga lokasi pilihan yang tepat untuk sebarang majlis mahupun seminar atau mesyuarat dengan kemudahan hall kelas pertama yang serba lengkap, moden dan terbaik. Untuk pengetahuan korang Resort ni juga menyediakan pakej untuk team building.

Dengan semua kemudahan yang ditawarkan bagi korang yang bercuti secara solo, bersama pasangan mahupun dengan keluarga, Bayu Beach Resort adalah tempat yang tepat untuk penginapan kerana ia sesuai bagi semua kategori. So, find this awesome place to stay on traveloka sekarang, atau hanya log in www.traveloka.com untuk book Bayu Beach Resort dengan harga diskaun by traveloka. penjimatan masa dan wang yang sangat berbaloi. Pilihan di tangan korang.

*Gambar Credit to google.com




You May Also Like

3 391 sedang mendoakan dya

  1. waw best info..tq byk2 for sharing this..boleh dijadikan panduan

    ReplyDelete
  2. okay boleh try stay sini kalau pegi PD.. thanks share dya.. :)

    ReplyDelete

dah baca jangan lupa komen ye..
satu pun jadi lah..:)