Harini dya nak share Resort yang agak berbaloi untuk
bercuti bersama keluarga. Resort yang dya maksudkan adalah Bayu Beach Resort yang terletak di Port Dickson. Actually dah
banyak kali dya pergi ke sini. Kalau yang selalu booked online ni mesti tahu
kadang-kadang harga bilik selain dari website lagi murah. Contohnya seperti
traveloka. Selalunya dya suka booked guna Traveloka daripada booked melalui
hotel. Traveloka ni bukan sahaja untuk hotel tapi untuk penerbangan juga.
Kadang-kadang booked last minit harga lagi murah dari website. hehe
Dengan harga yang berpatutan yang korang book dari
traveloka, korang akan dihidangkan dengan perkhidmatan yang superb dari
staff-staff resort kerana kerana mereka sangat mengutamakan keselesaan
pengunjung di sini.Walaupun Bayu Beach Resort bertaraf tiga bintang tapi
perkhidmatan dia seperti bertaraf empat bintang. Yang paling dya suka Resort ni
adalah tempat ini bersih. Nak bercuti dengan keluarga mestilah nak cari tempat
yang betul-betul selesa dan bersih. Tu yang hampir setiap tahun akan ke tempat
ni. So bila bercuti di Bayu Beach Resort ni tak perlu risau bab parking sebab
Resort ni memang menyediakan tempat parking kenderaan bagi yang memandu.
Yang pastinya di zaman serba canggih ini, wifi adalah satu
kemestian jika hendak cari tempat penginapan. Lagi-lagi yang muda. Mana boleh
tak ada internet. Sekurang-kurangnya mesti nak kena upload gambar sendiri kat
resort ni di Facebook mahupun instragram. Lagi-lagi sekarang boleh buat live.
Lagi-lagi, Bayu Beach Resort memberikan kemudahan wifi percuma kepada
pengunjung serta staff-staff yang akan memberikan perkhidmatan 24 jam di
kaunter front desk sekiranya korang mempunyai sebarang permasalahan tentang
resort, staff resort akan cuba selesaikannya secepatnya, dari daftar masuk dan daftar keluar ekspres, atau apa-apa
bantuan yang korang perlukan.
Bagi dya, Bayu Beach Resort ni perfect kerana view dari bilik yang berhadapan dengan laut
tu sangat tenang. Bila korang bangun pagi tengok pemandangan laut terus
bersemangat nak mandi laut.hehe.. lagipun kalau nak ke pantai hanya tiga minit
je dengan berjalan kaki. Kat Bayu Beach Resort ini juga mempunyai kawasan untuk
berpiknik bagi pengunjung yang hendak berpiknik outdoor mahupun berbabecue
bersama keluarga kerana aktiviti ini sangat sinonim dengan pantai. Selalunya
petang-petang tu memang berbabecue lah kitaorang.hehe. lagipun Resort dengan
pantai kan dekat.tak sampai lima minit.
Resort yang berhadapan dengan laut.
|
Jika korang ingin menukar selera dari mandi laut kepada
mandi di kolam, Resort ini turut dilengkapi dengan kolam renang dan korang
dapat menikmati hari yang santai dan menyeronokkan di kolam renang, sama ada
hendak pergi berjalan solo atau dengan yang tersayang. Selain dari kolam
renang, terdapat juga poolside bar bagi mereka yang ingin menghilangkan dahaga
setelah penat berenang. If korang dah penat mandi laut dan penat mandi di kolam
renang, boleh lah mengunjungi sauna. Lagi pun tempat sauna bersebelahan dengan
kolam renang. Hehe. Dah masuk sauna tu confirm hilang stress dan juga hilang lemak.hehe.
Fitness center di resort ini adalah ”a
must-try activity” sepanjang penginapan korang disini dan tidak perlu risau
fitness center ini adalah Percuma. Dengan perkhidmatan yang tiptop beserta
kemudahan yang serba lengkap, pengunjung akan menikmatinya tanpa ada sebarang
komplen tentang resort ini. Antara kemudahan yang pengunjung kurang tahu
yang ada di Resort ini adalah Resort ini menyediakan kemudahan dobi serta
cucian kering dan khidmat penyimpanan luggage bagi pengunjung yang mahukan
perkhidmatan tersebut.
Selain dari lokasi Resort yang
berdekatan dengan pantai Port Dickson, ia juga berdekatan dengan pusat tarikan
di Negeri Sembilan antaranya ialah Muzium Tentera Port Dickson, Ladang Ostrich
Port Dickson, Rumah Api Cape Rachado serta banyak lagi tempat-tempat menarik di
sini. Yang ada anak kecil tu boleh lah bawa anak korang ke Muzium Tentera Port
Dickson mahupun Ladang Ostrich. Ladang Ostrich ni jika korang bawa anak kecik
mesti diaorang suka. Resort
ini sangat mudah untuk dicari kerana ia berada pada kedudukan strategik
berdekatan dengan kemudahan awam. Jika korang datang pada hari minggu, malam tu
bolehlah ke pasar malam. Kat situ ada pelbagai juadah yang boleh korang beli.
Tambahan pula, Bayu Beach Resort bukan sekadar tempat penginapan tetapi juga
lokasi pilihan yang tepat untuk sebarang majlis mahupun seminar atau mesyuarat
dengan kemudahan hall kelas pertama yang serba lengkap, moden dan terbaik.
Untuk pengetahuan korang Resort ni juga menyediakan pakej untuk team building.
Dengan semua kemudahan yang ditawarkan bagi korang yang
bercuti secara solo, bersama pasangan mahupun dengan keluarga, Bayu Beach
Resort adalah tempat yang tepat untuk penginapan kerana ia sesuai bagi semua
kategori. So, find this awesome place to stay on
traveloka sekarang, atau hanya log in www.traveloka.com untuk book Bayu Beach Resort dengan harga diskaun by
traveloka. penjimatan masa dan wang yang sangat berbaloi. Pilihan di tangan korang.
*Gambar Credit to google.com
best2 :)
ReplyDeletewaw best info..tq byk2 for sharing this..boleh dijadikan panduan
ReplyDeleteokay boleh try stay sini kalau pegi PD.. thanks share dya.. :)
ReplyDelete