Sweetree, Ampang

✎dya nasir |⊙Monday, October 23, 2017| ☑


Dua minggu lepas, dya ada cuba korean food di Sweetree, Ampang. Actually tempat ni memang dah famous tapi dya baru nak merasa food kat sini..hehe.  Jangan risau kedai ni ada sijil halal. Thanks Fatin sudi temankan makan kat sini. Dya ada order tiga jenis food. Toppokki, Heottoek dan Original Soft Tofu.  bila pergi berdua tapi nafsu makan macam pergi lima orang.hehe..

Sementara tunggu food sampai tu, diaorang akan bagi kimchi, bubur, ada salad. & telur. tapi kimchi dia sedap.ada satu tempat makan dya makan kimchi dia tak sedap lansung. tapi kat sini kawan dya yang tak makan kimchi lansung tu pun cakap sedap.

Bagi dya Toppokki ni sos dia sedap tapi toppokki agak liat sedikit.. tapi habis juga makan. dalam menu boleh pilih.. ada toppokki biasa dan ada juga toppoki & ramen. tapi disebabkan ada order soup kimchi dengan ramen tu so order toppokki yang biasa. 
         

Sebab utama di kesini sebenarnya dya nak rasa Hotteok je. pancake korea.hehe. Hotteok ni makan panas-panas memang sedap. kat situ boleh pilih menu Hotteok with aiskrim atau Hotteok sahaja.. Hotteok disini berbaloi dengan harga. sebab hotteok dia besar. kalau makan hotteok sebelum makan food lain confirm akan kenyang. Haritu dya makan satu je lepastu take away.hehe. itu pun satu tu kongsi dua org.haha. but make sure jangan makan time hotteok ni dah sejuk.tak sedap dan liat. so kalau rasa gigi tak berapa kuat better makan hotteok yang masih panas.

Original Soft Tofu ni pula memang sedap..tapi kitaorang order satu kongsi dua orang. yang bagusnya masa nak order tu, kita boleh pilih nak nasi ataupun ramen dan kita juga boleh pilih tahap kepedasan. dan soup tu boleh pilih nak thick or mild. dya pilih ramen, thick & very spicy..tapi bila food tu dah sampai tak ada ramen.terpaksa panggil waiter minta dia letak ramen.. tapi soup tu tak pedas lansung..

Kat restoran ni juga, if korang minat yang bbq or teringin nak makan ala-ala kat korea boleh lah kesini.. lepas ni, dya nak try yang korean bbq pula..hehe. nak feel makan ala-ala macam orang kat sana.hehe..

Ini alamat Swetree, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.  dan boleh call 03-4287 4685. Facebook : swtree.sweetree



Toppokki



sedap tapi tak pedas lansung

Heotteok. dalam picture nampak kecil tapi sebenarnya besar.


muka happy bila dapat makanan. 


Ssiat Hotteok. paling sedap.hehe.. beza dgn hotteok biasa sebab ada kuaci and kacang.hehe


8 comments:

  1. comel jer bila nampak makanan ....

    ReplyDelete
  2. penggemar mknn korea wajib baca n singgah

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi try hotteok! Lepasni boleh la try menu ni :D

    p/s : Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :D

    ReplyDelete
  4. sedapnya korean food. haritu baru makan tapi rasa macam nak makan lagi je.

    ReplyDelete
  5. bestnyee.. nampak sedap.. e'in tak penah cuba pun makanan korea..

    ReplyDelete
  6. Tq share , nnt kot pegi Ampang boleh cuba

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaaa. i love korean food. oh and i followed u here tau #1045

    sudilah singgah and follow my new blog yaa

    ReplyDelete
  8. Sedapnya makanan kat sini. Boleh try ni hihi

    ReplyDelete

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page