Selamat Hari Raya

✎dya nasir |⊙Tuesday, July 12, 2016| ☑



Rasanya tak terlewat lagi kan untuk dya ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. tahun ni tak adalah beraya sakan.. cuma bersederhana sahaja,,hehe.. Tahun ni, raya pertama dya beraya kat KL.. hari raya kedua baru gerak balik kampung..hehe..

berangan jadi bawang merah kejap..hehe

Seperti tahun sebelumnya, kalau beraya kat KL mesti akan bersalaman sesama sepupu sepapat..hehe.. dan yang budak-budak kecik ni seronoklah salam dapat duit raya.. esoknya terus gerak balik kampung. then makan tengahhari kat rumah makcik kat Air Mawang.. lepastu gerak balik kampung ayah.. (bukan jauh pun dalam 5km je kot..haha) macam biasalah kalau dah sampai kampung yang mak-mak ni geram dengan buah mangga.. yang anak-anak dara ni macam biasalah selfie je kerjanya termasuk aku..hhehee.. malam tu, yang lelaki sibuk main mercun sampai wan tegur, "kalau nak main mercun tu panggil wan, wan nk tengok" hehe..  lepas main mercun, yang team single ni terus keluar pergi karoke kat area seremban..sebenarnya sebab utama dia nak cari line.. al-maklumlah bila kat kampung memang susah nak dapat line padahal tak line internet lansung..haha

Esok pagi, terus gerak pergi segamat beraya kat rumah  saudara belah mak.. tapi petang tu terus balik kampung balik.. so memang sampai kampung dah malam.. yang sedihnya tak ada line..hehe..

tapi yang paling sedihnya esoknya lepas pergi beraya dan baru nak gerak balik ke KL, kereta makcik accident.. tapi kali ni bukan kereta makcik aku yang langgar tapi motor yang langgar kereta makcik aku.. dugaan di hari raya..huhu. alhamdulillah, budak tu hanya cedera ringan.. orang kampung kat area situ ada cerita, umur budak ni panjang, sebenarnya dah banyak kali orang accident kat tempat ni tapi kebanyakkannya semua meninggal.. huhu..






*dah start kerja tapi masih mood cuti.. huaaaaa

3 comments:

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page