Lang Tengah Island, Malaysia

✎dya nasir |⊙Thursday, September 06, 2018| ☑
Pulau Lang Tengah, Terengganu.. ( Pic ni tak edit okay)


Disebabkan impian nak ke Maldives tak tercapai lagi, dapat pergi pulau kat dalam Malaysia pun boleh lah..dan dya anggap pulau tu macam Maldives..sebab pantai yang sangat cantik..hehe..

sebenarnya trip ni dah lama.. Sebenarnya tak Plan pun nak ke Pulau Lang Tengah ni.. duduk borak-borak pasal pulau dengan sepupu. tup tup tengahari tu terus decided jomlah kita pergi. boleh pula petang ni boleh singgah mitsui.. sahaja window shopping then malam tu terus gerak pergi terengganu. actually chalet pun booked last minit.. so aku anggap ni trip redah je lah.

kitaorang sampai dalam kul 8 pagi.terus call orang tu. so orang tu pickup kat petrol pump, Marang. so agak excited bila dah naik boat ke pulau ni. actually first time dengar pasal pulau ni..hehe.. pulau ni berada ditengah-tengah antara pulau perhentian dan pulau redang.

bila dah nampak bayang pulau tu terus tambah excited. air dia sangat jernih. rasa macam nak terjun time tu jugak.haha.. tapi yang sedihnya kitaorang nak turun dari boat tu kat chalet tu tak ada jetty.. nak kena turun guna kerusi pula.dengan ombaknya lagi. Tapi tulah chalet yang kitaorang ambil tu tak berapa nak okay.. dah kata trip redah so tak sempat baca review pasal chalet tu. kat situ ada tiga chalet je. kitaorang ambil chalet yang paling murah. masa tu lebih kurang sorang bawah RM 350 untuk 3H2M. Chalet lain semua atas RM 500. tapi okaylah semua package tu all in termasuk snorkelling equipment dan juga makan.

Cuma tak syoknya bilik tu toilet tu tak berapa nk bersih. (sangat tak bersih, sampai kitaorang basuh sendiri) yang okaynya bilik tu betul-betul mengadap laut..so bangun pagi terus nampak pantai dan boleh snorkelling depan area chalet tu je. kat situ memang banyak sangat gamat. sampai geli tengok gamat..hehe.. Actually kalau korang jenis nak tempat yang tenang bolehlah pergi sini.

Aktiviti kat sana yang boleh korang buat bolehlah tengok tempat penyu bertelur. Actually ada group Volunteer ( Lang Tengah Turtle Watch) yang jaga penyu kat situ. Dorang akan stay minimum dua minggu dan dibayar. kebanyakkan yang join ni mat salleh.hehe.. If korang nak jadi volunteer bolehlah click www.langtengahturtlewatch.org  Masa kat sana Volunteer ada bagitahu tempat untuk buat aktiviti jumping cliff. Masa tu aku tak join pun tapi ada satu family ni ikut.. malam tu plak ada yang tunjuk coral. bila dia bawak naik atas benda tu bercahaya sikit..hehe.. tapi sorang kena bayar RM 3.  Volunteer tu juga ada juga nak bawa tengok sunrise. tapi kena hiking. tapi masa tu terbangun lambat..haha..so tengok sunrise dalam mimpi jelah..

Sebenarnya banyak je gambar kat sana tapi masa tu handphone aku terjatuh dalam laut. so ni je picture yang tinggal.








jernihkan air dia.. macam air swimming pool tapi ni tepi pantai je ni. 


konon-konon nak tengok sunset.haha.. tapi ni kat chalet lain.

nak turun dari situ kena turun pakai kerusi okay.






kena hiking dulu ye.. 



ni chalet lain okay.tapi orang tu bagi lepak situ. so kat situ tak ada orang marah if nk swimming kt situ.haha

**Actually ni entry tahun 2015..dah lama sangat draf..haha.. 

2 comments:

  1. unplanned trip is the best trip ever~ hahaha

    ReplyDelete
  2. memang suka pegi pantai eyh ? hehe best.. boleh hilangkan stress.
    tapi sure sunburn adoi..

    ReplyDelete

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page