Pulau Tinggi, Johor

✎dya nasir |⊙Monday, December 10, 2018| ☑



Pulau Tinggi merupakan salah satu pulau di johor.. Actually aku pergi hujung bulan 4 yang lepas dan tak rancang pun nak ke pulau ni. Aku ambil pakej Fullboard dari Pakej_Pulau untuk 2Hari 1 Malam.. 

Jumaat tu kitaorang tidur di rumah Deena. so dalam pukul 3pagi kitaorang gerak dari Bangi. Pagi tu budak office aku drive dulu sampai kat R&R Pagoh. kiranya terus breakfast kat situ. Masing-masing memang tak ada selera pukul 5 pagi nak breakfast..tapi nak tak nak kena alas perut jugalah. So aku start drive dari R&R Pagoh sampailah ke jeti tanjung leman. Kelam kabut jugaklah masa tu sebab sepatutnya kitaorang kena sampai kat situ sebelum pukul 8. Kitaorang gerak dari R&R pukul 6 lebih.. Pukul 9 tu boat gerak dari jeti tanjung leman.


abaikan mata yang sembab tu.. Muka tak tidur satu hari..haha

Pulau Sibu 

- Aktiviti kt pulau ni snorkeling dan Hiking. aku dengan tasya join je satu lagi trip hiking sampai puncak. walaupun hiking dengan kasut snorkeling tapi berbaloi sangat. Pemandangan dari situ cantik sangat. Kalau tengah panas confirm pemandangan lagi cantik. masa aku kat puncak ni memang cuaca tu macam nak hujan.. 


Pulau Tetek

- Kat sini bergambar atas boat je.

Pulau Lima Besar (depan - pantai & snorkeling ๐Ÿ nemo point)

- kat sini memang kita snorkelling. tapi tulah masa tu arus kuat.. sekejap je dah jauh dari boat..
- Nasib baik abang boat tu sudi tarik kitaorang ni sampai ke boat.hehe
- time ni tak sempat bergambar dah busy snorkeling. hehe


Pulau Mentinggi

Pulau Mentinggi
- Aku paling suka pulau ini.
- Kitaorang berhenti rehat makan kat sini. Pasir di pulau ni memang halus.
- Pantai Pulau Mentinggi memang cantik. aku banyak lepak tepi pantai sebab menikmati view kat situ. haha. orang lain sibuk snorkeling aku sibuk berjemur. hehe.


view dari jauh. - pulau tinggi

Pulau Tinggi 
- Kitaorang stay kat maksu chalet. (bilik dorm and toilet pun kat luar tapi nasib baik ada aircond)
- if korang nak selesa boleh ambil TAD Marine Resort.
- Kat sini boleh hiking &; boleh pergi waterfall. disebabkan aku tak tidur satu hari so aku tak pergi pun hiking. aku sambung tidur.
- Petang tu sambung mandi laut..
- kalau nak tempat yang tenang boleh datang sini.malam-malam relaks je kat sini.

Kelong Sultan Johor

- Tengok dari boat je. tapi dari pulau tinggi memang boleh nampak Kelong Sultan Johor.












Air kat sini sangat jernih. 

** So if korang nak pergi day trip atau nak ambil pakej 2h1m untuk tahun depan bolehlah contact Pakej_Pulau. 

3 comments:

  1. woaaa air laut membiru menggoda ajak kuak kekupu..
    jauh ni Johor belum penah habis xplore. tapi mana tahuuu ada rezeki sampai =)

    ReplyDelete

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..๐Ÿ˜€

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page