TIKET SINGAPORE AIRLINES MURAH KE LONDON

✎dya nasir |⊙Monday, September 09, 2019| ☑

Visiting the London Eye
Photo from google



Bukan senang untuk bercuti dengan ahli keluarga lebih-lebih lagi jika bercuti di luar negara. Kadang-kadang tu kena tunggu semua family members dapat cuti tapi macam dya kena tunggu  cuti sekolah sebab mama dya kerja sebagai cikgu. Tapi cuba bayangkan kalau dapat pergi bercuti ke tempat yang jauh. Lebih-lebih lagi kalau korang dapat naik Singapore Airlines. Singapore Airlines ni antara airlines yang besar untuk seluruh Asia Tenggara. Diaorang based dekat Changi International Airport, dan boleh terbang ke lebih kurang 62 destinasi seluruh dunia. Yelah, nak bercuti ke tempat yang jauh mestilah ambil kira keselesaan kita. Lagi-lagi untuk orang yang tinggi mesti nak seat yang luas. Dia ada terbaca dalam flight Singapore airlines ada economy class, premium economy, business, first class dan suites. Kalau ikutkan Singapore Airlines ni antara airlines dya teringin nak naik.hehe.



Korang tau tak korang boleh buat booking kat Traveloka? Dekat Traveloka korang boleh cari cheap Singapore Airlines booking, semudah yang korang nak. Dya akan ajar u guys camne nak buat booking kat Traveloka. Firstly u guys bukak Traveloka web atau apps, search Singapore Airlines, then isikan detail macam destinasi yang u guys nak pergi contohnya London cari tarikh yang u guys plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas tu click search flight, dank orang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang u guys pilih tu. U guys pilih yang mana satu u guys nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay u guys akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka u guys atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa u guys nak check in kat airport nanti. 

Kalaulah korang dapat cari top flight to London nanti korang boleh google pasal London. Dya nak share sikit kat sana tempat apa yang korang boleh visit. Tak sah kalau melancong ke London tanpa melawat London Eye. The London Eye adalah nama yang diberikan kepada ferris wheel di London yang bersaiz gergasi. Sesiapa sahaja yang bertuah dapat menaiki roda ferris ini dapat melihat  pemandangan yang luas sekitar kota London. Pada waktu malam, roda ferris ini akan dinyalai dengan cahaya warna-warni yang memukau pandangan mata. Berminat untuk ke sini? Korang boleh memilih untuk berkongsi kapsul / pod roda ferris dengan pelawat yang lain atau mendapatkan pod peribadi sendiri. Jangan lupa untuk rakam pemandangan di luar!

Photo from google

Selain London Eye dan bas merah dua tingkat di London, Thames River adalah satu lagi tarikan yang menjadi trademark di London. Sebagai tarikan yang terbesar, tidak cukup untuk sekadar melihat pemandangan sungai ini, cara yang terbaik untuk menikmati percutian sebenar di London adalah dengan menaiki bot atau kapal menyelusuri Thames River. Selain dapat merasai udara segar dari atas kapal, korang juga berpeluang menikmati pemandangan di sekitar London dari perspektif yang berbeza dan sangat mempesonakan.

Hampstead Heath adalah salah satu taman yang terbesar di London dengan keluasan 790 ekar. Taman ini terletak di salah satu kedudukan tertinggi di London. Bayangkanlah pemandangan yang dapat korang nikmati dari kawasan ini? Kat sinilah antara lokasi terhebat untuk korang sekeluarga menikmati pemandangan di sekitar bandar. Selain offer pemandangan yang bestkan mata, di dalam taman ini turut terdapat kolam renang dan juga sebuah muzium, Kentwood House yang menarik untuk dilawati oleh para pencinta sejarah. Brick Lane adalah sebuah tempat menarik di London yang dipenuhi dengan komuniti Bangladesh. 

Kalau korang teringin nak makan kari, tandori dan sebagainya, bolehlah singgah ke kawasan ini yang offer bermacam jenis kedai makan untuk dicuba. Selain kedai makan halal, kat sini juga terdapat pasar-pasar yang menjual barangan antik, pakaian dan banyak lagi barangan menarik lain. Di samping itu, Brick Lane juga terkenal dengan street artnya sehinggakan ianya sering dijadikan lokasi pergambaran video-video muzik. Apa lagi? Macam biasa tangkap gambar bersama keluarga untuk dijadikan kenangan dan jangan lupa share di Instagram dan juga Facebook!


No comments:

Post a Comment

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page