NOKO RM 2, Ampang

✎dya nasir |⊙Friday, September 11, 2020| ☑

 


Baru-baru ni dya ada pergi kedai kedai barang 2 ringit di Ampang. Tu pun kawan dya suggest untuk pergi kedai NOKO. Sebelum ini dya tak pernah tahu atau dengar nama kedai ni. Pada mulanya dya cuma tahu kedai RM 2 ada di Eco, Aeon Maluri so bila dengar ada kedai RM 2 berhampiran dengan kawasan perumahan so macam excited sikit. hehe.


 


Kedai ini banyak barang untuk decoration. especially decoration untuk birthday party mahupun berkelah. Boleh jadi rambang mata bila masuk kedai ni. Barang-barang kat sini semua comel-comel. Plan asalnya nak beli belon dengan pinggan. tapi tulah terbeli barang lain juga. Pilih pinggan je dah lama sebab banyak sangat design cantik-cantik. cuma kedai NOKO di Ampang ni kecil so barang pun tak berapa banyak. tapi buku-buku, alat tulis banyak yang cantik. Pembalut hadiah, paper bag pun banyak yang cantik-cantik. 



Gambar di atas ni instagram rasmi Noko Malaysia. Bila tengok gambar-gambar di Instagram pun dah rambang apatah lagi bila sampai di kedai.


Disini juga ada barang-barang untuk berkebun seperti pasu. so yang minat berkebun tu boleh lah try cari barang di sini. Dya sempat juga beli shampoo sunsilk kecil, eye mask yang berharga cuma RM 2. tu pun rambang pilih sleeping eye mask. banyak yang comel-comel. 

Untuk makanan pula, di sini juga ada jual keropok, kacang, biskut. Contoh macam Mamee lima bungkus RM 2 sahaja. So, if korang nak cari barang-barang decoration, picnic atau hadiah ataupun tak mempunyai bajet yang tinggi bolehlah cari barang di sini. Memang berbaloi dengan harga dan kualiti barang kat sini pun not bad.

 

Untuk cara pembayaran pula, disini hanya boleh bayar guna cash. so disebabkan haritu dya tak bawak banyak cash memang sikit jelah dya beli. 


Lokasi NOKO Ampang:  berhampiran dengan HERO Taman Dagang Ampang. 

Shoppee : https://shopee.com.my/noko.os













9 comments:

  1. rambang mata kalau masuk kedai macam ni kan :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh. boleh tengok tengok ni. Tak dapat lah nak pergi smpai ampang tu tapi dia pon ada kat shopee kan. tengokk gambar dalam post ni pon boleh rambang mata sebab banyak yang comel comel apatah lagi bila ada kat sana XD

    ReplyDelete
  3. suka tngk benda2 comel 😍😍😍

    ReplyDelete
  4. woaaaa cantik2 barang2 dia. dala RM2 kan..
    ni boleh jadi saingan Eco ni..

    ReplyDelete
  5. Wah. Baru tau! Lepas pkpb la pakcik g jenguk apa ada. Berkebun sikit 😆

    ReplyDelete
  6. Sy sejenis yg x blh tngk benda comel. Mesti nak grab huwaaa

    ReplyDelete
  7. Bahaya masuk kedai ni.. nanti dari plan nak beli satu barang je jadi beli banyak barang.. rambang mata jadinyaaa

    ReplyDelete

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page