Cameron Highland - Unplanned (Sept 2015)

✎dya nasir |⊙Tuesday, November 17, 2015| ☑


Assalammualaikum, harini dya nak cerita day trip ke cameron.. kali ini macam biasalah suka plan last-last minit.. so nak bermalam kat sana memang tak dapatlah.. gerak dari Ampang dalam pukul 6.30 a.m.. 

Sampai je kat Cameron kitaorang terus ke Ladang Strawberry.. kitaorang ke Al-Mashoor Strawberries, Cameron Highland.. Mula-mula just tak fikir pun nak petik strawberry tapi bila tengok ada seorang akak ni petik strawberry besar terus terpengaruh nak petik juga..hihi.. sambil petik strawberry sambil selfie..hehe.. sambil petik sambil rasa strawberry ni manis ke tak..hehe.. dari 1 box bertambah jadi 2 box..haha..satu box dalam RM10.. 

eh, baby bunga pun ikut bercuti ke cameron highland..hehe
selepas seronok petik strawberry kitaorang singgah ke Lavender Farm tapi disebabkan dah pernah masuk situ jadi kitaorang teruskan perjalanan ke ladang teh.. huhu..kitaorang pergi hari jumaat..tapi still banyak kereta..jammed.. tapi tak apa..berbaloi bila dah tengok ladang teh..hilang rasa marah..hehhe.. tapi kitaorang tak sempat nak minum kat situ..ramai sangat yang beratur..so lepas beli teh kitaorang terus gerak..

disebabkan nak ke tanah rata tu jammed dan cuaca pun tak berapa okay..hujan.. so kitaorang tak berhenti singgah pergi pasar malam..terus gerak cari kedai untuk makan malam sebelum gerak balik ke KL. 








Pre Convocation + short Vacay - Bukit tinggi ( Pahang)

✎dya nasir |⊙Wednesday, October 28, 2015| ☑

sebelum ni dya ada post entry mengenai pre-convocation tapi yang ni lain plak..pre convo versi 2..haha.. ni gara-gara tengok orang upload picture convo, so dya pun terjebak sekali nak upload..hehe..tapi kali ini pic pre-convo kat bukit tinggi..jauh nau sampai ke Bukit Tinggi..belum picture pre wedding lagi..haha.. kali ini bergambar dengan team lain pula dan tak guna photographer..so picture ni semua dari fon sahaja.. 
kitaorang sampai ke bukit tinggi pun dah lewat dalam pukul 2 jugalah.. sampai situ je kitaorang terus ke taman jepun tu..sampai ada seorang bro ni tegur sampai ke bukit tinggi diaorang ni konvo..haha.. dan masa kat sana jugalah tak pelancong yang dari luar malaysia asyik wish congrats je..malu kitaorang..haha. sampai ada yang berkenan nak bergambar dengan kitaorang. haih..dah macam pergi bercuti pulak..jumpa kawan baru..

picture kat bawah ni dua orang pelancong dari pontianak, Indonesia.. kitaorang ni bila orang dah ajak bergambar kitaorang ni on je.. 



yang kat bawah ni pula bergambar dengan aunty dari china.. dah lah dia cakap cina..dya sikit-sikit faham lah jugak..haha..tapi last tu hanya mampu cakap xiexie je lah.. bila kitaorang pergi ke colmar tu jumpa lagi dengan aunty ni.. bersungguh dia ambil pic kitaorang. 


tapi bila sampai kat colmar tu kitaorang dapat bergambar kejap je lepastu hujan turun dengan selebatnya.. time tu memang mampu redha.. dan paling dya risau takut malam pun still hujan. yelah..bahaya an turun bukit malam-malam tu, perempuan plak tu.. dah ar dya ni jenis mata silau.  



picture sebelum hujan lebat..tapi time tu pun dah rintik-rintik

hujan berhenti je kitaorang terus sambung photoshoot.. hehe.. ada lah jugak picture kat colmar tropicale tu an daripada tak ada lansung..hehe.. kitaorang gerak balik dalam pukul 7.30 p.m.. dya sampai ampang dalam 8.30...





ni kimono versi jubah convo..ahaks.. 

sedih..kasut dya pakai tu terus rosak..sebelum ni photoshoot preconvo pun rosak jugak.. 





Gara-Gara Gegar Vaganza

✎dya nasir |⊙Monday, October 26, 2015| ☑
ea..ea..kita nak bercuti kat mana ni?

lama tak update blog ni.. walaupun boleh update melalui enset tapi aku tak berapa selesa..sebab kofem banyak typo..hehe..

harini nak dya nak cerita pasal hangout dengan mydato' (amoi) .. lagipun lama tak jumpa minah ni..last jumpa pun masa pergi Matta Fair.. nak jumpa je mesti salah sorang ada hal.. cuma semalam aku paksa dia teman aku karoke..haha.. lagipun bila jumpa face to face ni senang nak discuss pasal plan kita tu kan..nak bincang dalam whatsapp susah.. bila dh f2f ni problemnya bertambah-tambah idea nak plan trip kemana..haha..

abaikan pipi dya yang makin tembam tu..

Disebabkan kitaorang tak book lagi dan kena tunggu sampai pukul 2.30p.m so kitaorang decided lunch dulu kat padi,kat setia walk tu.. yelah..masing-masing dah lapar kan..hehe.. lepas makan baru kita pergi karok ye..  sebenarnya masing-masing first time karoke kat situ.. mula-mula nyanyi tu agak sedikit marah lah sebab rasa macam nak tercabut speaker tu.. tapi lepas dua tiga lagu baru okay..

kali ini kebanyakkan lagu kitaorang karoke semua lagu dari gegar vaganza.. cuma baru perasan satu lagu tercicir tak nyanyi..lagu nassir wahab..hahah..sebab tak reti nak nyanyi lagu tu.. lepas karoke tu macam biasa selfie ler. eh.eh. baru perasan kitaorang dapat bilik yang ada map dunia..memahami sangat tau.. makin sel-sel otak kitaorang ni lagi aktif berfikir nak travel kemana..haha.. macam-macam tempat nak pergi ni..

wishlist tu..paris.. 





 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page