Sweetree, Ampang

✎dya nasir |⊙Monday, October 23, 2017| ☑


Dua minggu lepas, dya ada cuba korean food di Sweetree, Ampang. Actually tempat ni memang dah famous tapi dya baru nak merasa food kat sini..hehe.  Jangan risau kedai ni ada sijil halal. Thanks Fatin sudi temankan makan kat sini. Dya ada order tiga jenis food. Toppokki, Heottoek dan Original Soft Tofu.  bila pergi berdua tapi nafsu makan macam pergi lima orang.hehe..

Sementara tunggu food sampai tu, diaorang akan bagi kimchi, bubur, ada salad. & telur. tapi kimchi dia sedap.ada satu tempat makan dya makan kimchi dia tak sedap lansung. tapi kat sini kawan dya yang tak makan kimchi lansung tu pun cakap sedap.

Bagi dya Toppokki ni sos dia sedap tapi toppokki agak liat sedikit.. tapi habis juga makan. dalam menu boleh pilih.. ada toppokki biasa dan ada juga toppoki & ramen. tapi disebabkan ada order soup kimchi dengan ramen tu so order toppokki yang biasa. 
         

Sebab utama di kesini sebenarnya dya nak rasa Hotteok je. pancake korea.hehe. Hotteok ni makan panas-panas memang sedap. kat situ boleh pilih menu Hotteok with aiskrim atau Hotteok sahaja.. Hotteok disini berbaloi dengan harga. sebab hotteok dia besar. kalau makan hotteok sebelum makan food lain confirm akan kenyang. Haritu dya makan satu je lepastu take away.hehe. itu pun satu tu kongsi dua org.haha. but make sure jangan makan time hotteok ni dah sejuk.tak sedap dan liat. so kalau rasa gigi tak berapa kuat better makan hotteok yang masih panas.

Original Soft Tofu ni pula memang sedap..tapi kitaorang order satu kongsi dua orang. yang bagusnya masa nak order tu, kita boleh pilih nak nasi ataupun ramen dan kita juga boleh pilih tahap kepedasan. dan soup tu boleh pilih nak thick or mild. dya pilih ramen, thick & very spicy..tapi bila food tu dah sampai tak ada ramen.terpaksa panggil waiter minta dia letak ramen.. tapi soup tu tak pedas lansung..

Kat restoran ni juga, if korang minat yang bbq or teringin nak makan ala-ala kat korea boleh lah kesini.. lepas ni, dya nak try yang korean bbq pula..hehe. nak feel makan ala-ala macam orang kat sana.hehe..

Ini alamat Swetree, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.  dan boleh call 03-4287 4685. Facebook : swtree.sweetree



Toppokki



sedap tapi tak pedas lansung

Heotteok. dalam picture nampak kecil tapi sebenarnya besar.


muka happy bila dapat makanan. 


Ssiat Hotteok. paling sedap.hehe.. beza dgn hotteok biasa sebab ada kuaci and kacang.hehe


Happy Birthday Dear

✎dya nasir |⊙Sunday, September 10, 2017| ☑

Lamanya tak update blog ni.. Last week, aku ada celebrated birthday Amoi,Eira & Acong (husband Eira) di Hanbing, Ioi Putrajaya. hehe.. Actually ni pun last minit plan nak celebrated birthday diaorang. dah alang-alang keluar tu so celebrated je lah sekali. hehe. Kitaorang pilih untuk lunch di Hanbing sebabnya masing-masing dah mengidam nak makan kat situ. Kiranya ni kali kedua kitaorang makan kat Hanbing. Food yang paling famous kat Hanbing ni Snow Icet. tapi food yang kitaorang pernah makan adalah chicken soup, Vege Pancake & Korean Spicy Fried Chicken. satu pinggan tu harga lebih kurang RM 16.90. soup pun sama. hehe. so masa tu kitaorang order 3 plates korean spicy fried chicken, 1 pinggan Vege Pancake & 2 mangkuk Chicken Soup. hehe. 
Terima kasih jugalah pada Azam sebab datang awal belikan kek dulu..hehe. Nasib baik tak kantoi.hehe. 

with my sister

Add caption

The bee's

DAA Gossip 





Sky Mirror Malaysia

✎dya nasir |⊙Wednesday, June 14, 2017| ☑


Harini dya nak kongsi pengalaman dya ke Sky Mirror. Rasanya sebelum ni ada viral mengenai Sky Mirror.. Dya cerita serba sedikit mengenai Sky Mirror. Sky Mirror ni terletak di Sasaran, Jeram Selangor. Untuk ke sini tak boleh sukahati nak pergi bila. Ada date tertentu sahaja sebab Sky Mirror ni terletak betul-betul kat tengah laut. Masa dya pergi harga pakej per pax adalah RM70 termasuk makan nasi lemak dan mineral water. 

Waktu dya pergi tu waktu berkumpul dalam pukul 8.30 pagi. dalam pukul 9-9.30 pagi boat dah bergerak ke Pulau Angsa. Tak silap dya, masa dya pergi under Calvin dalam 7 boat pergi ke Sky Mirror. Sebelum pergi ke sini dya ada juga search kat google. selalunya dorang pergi pulau ini selepas pergi Sky Mirror. so bila sampai Pulau Angsa tu macam terkejut juga lah.. sampai je situ terus naik ke atas konon-konon nak tengok view laut. tapi sangkaan ku meleset. penuh semak samun dan sampah sarap. kalau tempat tu dijaga kofem cantik.hehe. 

So kitaorang decided untuk turun pergi ke boat. kiranya bergambar kat bawah. ada gak lah pic kat Pulau Angsa daripada tak ada lansungkan. Dalam setengah jam kat situ, kitaorang gerak ke Sky Mirror. Ada aku baca dalam blog lain, dan kelvin pun ada bagutau jika bernasib baik dapatlah jumpa Dolphin. Tapi nasib kitaorang tak berapa nak baik. Tak dapat jumpa jumpa dolphin terserempak dengan ekor dolphin pun tak ada.hehe

Sampai je kat Sky Mirror masing-masing dah excited.hehe. so if korang nak datang sini janganlah jadi macam dya pakai seluar jeans. Dah susah nak bergerak. Lagi-lagi perempuan. Pakai jeans bila terkena air basah dan berat bila nak bergeram. Lagi satu akan rasa tak selesa. Sebab masa sampai tu air kat paras lutut. bila sampai tu pening jugaklah. Last redah sahajalah.hehe.

Lagi satu tips, kalau boleh korang bawalah prop korang. Sebab kat sana bukan diaorang nak layan korang je ada customer lagi yang dorang nak kena ambil gambar. Rasa menyesal gak lah tak bawa payung sendiri. Sekurangnya bila korang bawak prop sendiri tu boleh jugak korang bergambar sendiri tanpa harapkan photographer tu. Tak pun korang pinjam prop dari dorang.hehe. Make sure battery korang full dan memory korang kosong. Sebab kofem gila bergambar. Yelah dah bayar RM 70 rugi ohh tak bergambar.

Last tips dari dya. Jangan lupa pakai Sunblock. Ini wajib okay! Tak kira lelaki ke perempuan make sure pakai sunblock. Kat tengah laut, tengah hari kofem muka korang sunburned.hehe. haritu dalam sejam gak lah kitaorang kat situ sampai tak sedar time nak balik. Tengok-tengok ramai dah kat boat.hehe. kat bawah ni dya share beberapa keping gambar di Sky Mirror.


before naik boat.

before gerak ke Pulau Angsa..



Sebelum Air Surut

reality..ramai sangat orang. 

konon-konon nak jadi hipster. hehe



masa ni air dah surut. heee..

**ini sahaja aku boleh kongsi dengan korang.. ada pic kat pulau angsa tu tapi xberapa nak cantik.haha. lepas ni tak perlu nak nak ke luar negara.. kat Malaysia pun ada **

** boleh klik sini if korang nak tengok video di Sky Mirror**

if korang ingin pergi ke sini boleh contact calvin - 012-559 7570










 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page