Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang

✎dya nasir |⊙Thursday, December 13, 2012| ☑
hari ini aku nak kongsikan tanda awal penyakit buah pinggang.. bila terbaca tweet nani aku terus cari info pasal penyakit..


  • Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
  • Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
  • Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
  • Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
  • Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  • Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  • Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  • Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  • Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  • Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Melayukini.net - Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Sumber: Buah Pinggang | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

p/s: nampaknya terpaksa aku pergi chek up..risau lah..:(

44 comments:

  1. tengs dya share psl ni...info yg bagus ni

    ReplyDelete
  2. tengs dya share psl ni..info yg bagus ni

    ReplyDelete
  3. nani pun nk g check up nnti.. tkut..
    masa dgr kt radio tu rmai yg tgh tunggu utk dptkan buah pinggang. tp penderma buah pinggang tak ramai. if tgk byk kempen pasal derma organ skang ni..

    info menarik..

    ReplyDelete
  4. bolat dah 4hari sakit kepala . pehhh @_@

    ReplyDelete
  5. dya g checkup tau..bahaya jgk ni..

    ReplyDelete
  6. Hope la Ty sihat walafiat, setakat ni. Amin. Begitu juga dgn Dya.

    ReplyDelete
  7. bagus info ni dya..terima kaseh ya,..!

    ReplyDelete
  8. alamak
    mcm rsau ni
    byk pulak tnda tanda ni

    ReplyDelete
  9. nice info..
    moga dijauhkan dari segala penyakit...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tak ada lagi tanda2 awal .. tapi sentiasa berjaga2 .. thanks :)

    ReplyDelete
  11. akak kerje kat pusat dialisis pon tak tau sangat dya...akak kerani je...tak amik tau sanagt pasal patient..he..tak patut kan patutnye amik la tau jugak....
    tq share kan ni

    ReplyDelete
  12. nice info dear.... :) May Allah bless u..

    ReplyDelete
  13. wahh, bagus share bende camni, thanks!!

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum...info yang menarik ni...;)

    ReplyDelete
  15. ade 2 3 tanda2 2 ade kene mengena dengan kina..takut pulak rasa...

    ReplyDelete
  16. good info for everyone..thanx dya for sharing :)

    ReplyDelete
  17. serius takot naak bace... T^T

    ReplyDelete
  18. dya ada tanda2 macam ni? better pegi checkup cepat2 k. tq share info.

    ReplyDelete
  19. perkongsian yang baik... thanks dya... :)

    ReplyDelete
  20. nice info.takut gak kena sakit buah pinggang lepas kena batu karang hari tu.hmmm

    ReplyDelete
  21. nice sharing dya. macam ada ciri ciri nih dekat saya. mohon jauh jauh lah kan.

    ReplyDelete
  22. mmg bahaya semoga kita semua dijauhi penyakit ni..mintak simpang lah huhu

    ReplyDelete
  23. Tengah fikir takut2 sye pun ader tanda2 nie...

    ReplyDelete
  24. yg last sekali tu mmg kerap..huhuhu...

    ReplyDelete
  25. Bahaya penyakit nie.. sebab dia. lain-lain penyakit turt serta..

    sama-sama kita menjaga buah pinggang kita ^^

    ReplyDelete
  26. Terima kasih share pasal ni... Amat berguna.

    ReplyDelete
  27. thanks for sharing info......bagus sangat......

    ReplyDelete
  28. nice sharing Dya..boleh kita check siap2..

    ReplyDelete
  29. tq for sharin...bila baca ni..sekyrangnyer leh berjaga-jaga kan..

    ReplyDelete
  30. info bermanfaat dya. thanks sharing! :)

    ReplyDelete
  31. https://www.facebook.com/groups/524522570894187/

    sila keep updated di group, dah ramai dah bertukar.

    ReplyDelete
  32. Harap smuanya ok.sintom kt atas smuanya arwah abh akkpernah alami..memg risiko skang pnykt ni

    ReplyDelete

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page