Harini dya nak share sikit
info mengenai salah satu barangan fesyen favourite ramai wanita termasuklah Dya
sendiri iaitu ‘TOTE BAGS’ atau dalam bahasa Malaysia adalah beg tote. Jika korang
merupakan seorang penggemar fesyen yang sejati, korang seharusnya mempunyai pengetahuan
yang luas mengenai dunia fesyen. Dari jenis-jenis kasut, rekaan pakaian terkini
hinggalah jenis-jenis beg yang berada di pasaran. Sebenarnya tidakramai yang tahu
bahawa KOLEKSI TOTE BAGS
ini terbahagi
kepada 3 jenis kategori iaitu Luxury
Tote Bags, Casual Tote Bags dan Beach
Tote Bags. Untuk pengetahuan korang, jenis-jenis kategori ini terbahagi berdasarkan
rekaan dan material yang digunakan untuk menghasilkan tote bags / beg tote
tersebut.
LUXURY TOTE BAGS
Basically kesemua tote
bags yang diperbuat daripada kulit dan pvc boleh dikategorikan sebagai LUXURY TOTE BAGS. Dya
sangat sukakan Koleksi beg tote kategori ini sebabnya koleksi ini sesuai digayakan
untuk ke Pejabat mahupun bersiar-siar pada hujung minggu. Kiranya beg ini 2 in
1. Untuk gaya formal boleh dan santai pun boleh..Kalau dya guna beg kategori ini
memang sampai rosaklah dya guna sebab tak payah susah-susah nak tukar beg. hehe.
CASUAL TOTE BAGS
Jangan pelik jika koleksi
beg seperti berikut juga dikategorikan sebagai CASUAL TOTE BAGS. Biasanya ia diperbuat daripada
material canvas atau cotton dan mudah untuk dicuci. Koleksi casual tote bags
ini kerap digayakan oleh golongan remaja terutama pelajar termasuklah dya.. Bagi
dya beg kategori ini paling simple untuk ke kelas. Selalunya dya sumbat semua barang
termasuk buku dan alat tulis kedalam beg ini. Sampai sekarang beg tu masih elok.
Kalau basuh beg itu memang orang tak tahu yang beg tersebut dya beli tiga tahun
lepas. hehe
BEACH TOTE BAGS
Dan kategori yang terakhir
adalah KOLEKSI BEACH TOTE bags yang
biasanya boleh korang temui dalam rekaan ber-zip. Ia juga sering dijadikan sebagai
travel beg kerana direka dengan ruangan yang agak luas. Beg jenis ini dya jarang guna
sebab selalu kalau berjalan jauh dya guna backpack dan kalau guna pun, dya akan
guna beg ini untuk pergi berkelah..
Tq for sharing dya... Baru tau... Hi hi hi
ReplyDeletex pakai sgt..hehe
ReplyDeletee'in tak penah gune pun tote bag nie..
ReplyDeleteSllu guna beach totebag. :)
ReplyDeleteOoo baru tahu namanya totebag. Panggil handbag je selama ni. Hehe
ReplyDelete