Jenis-jenis Tote Bag

✎dya nasir |⊙Sunday, January 31, 2016| ☑


Harini dya nak share sikit info mengenai salah satu barangan fesyen favourite ramai wanita termasuklah Dya sendiri iaitu ‘TOTE BAGS’ atau dalam bahasa Malaysia adalah beg tote. Jika korang merupakan seorang penggemar fesyen yang sejati, korang seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas mengenai dunia fesyen. Dari jenis-jenis kasut, rekaan pakaian terkini hinggalah jenis-jenis beg yang berada di pasaran. Sebenarnya tidakramai yang tahu bahawa KOLEKSI TOTE BAGS ini terbahagi kepada 3 jenis kategori iaitu Luxury Tote Bags, Casual Tote Bags dan Beach Tote Bags. Untuk pengetahuan korang, jenis-jenis kategori ini terbahagi berdasarkan rekaan dan material yang digunakan untuk menghasilkan tote bags / beg tote tersebut.






LUXURY TOTE BAGS

Basically kesemua tote bags yang diperbuat daripada kulit dan pvc boleh dikategorikan sebagai LUXURY TOTE BAGS. Dya sangat sukakan Koleksi beg tote kategori ini sebabnya koleksi ini sesuai digayakan untuk ke Pejabat mahupun bersiar-siar pada hujung minggu. Kiranya beg ini 2 in 1. Untuk gaya formal boleh dan santai pun boleh..Kalau dya guna beg kategori ini memang sampai rosaklah dya guna sebab tak payah susah-susah nak tukar beg. hehe.




CASUAL TOTE BAGS

Jangan pelik jika koleksi beg seperti berikut juga dikategorikan sebagai CASUAL TOTE BAGS. Biasanya ia diperbuat daripada material canvas atau cotton dan mudah untuk dicuci. Koleksi casual tote bags ini kerap digayakan oleh golongan remaja terutama pelajar termasuklah dya.. Bagi dya beg kategori ini paling simple untuk ke kelas. Selalunya dya sumbat semua barang termasuk buku dan alat tulis kedalam beg ini. Sampai sekarang beg tu masih elok. Kalau basuh beg itu memang orang tak tahu yang beg tersebut dya beli tiga tahun lepas. hehe



BEACH TOTE BAGS


Dan kategori yang terakhir adalah KOLEKSI BEACH TOTE bags yang biasanya boleh korang temui dalam rekaan ber-zip. Ia juga sering dijadikan sebagai travel beg kerana direka dengan ruangan yang agak luas. Beg jenis ini dya jarang guna sebab selalu kalau berjalan jauh dya guna backpack dan kalau guna pun, dya akan guna beg ini untuk pergi berkelah..

5 comments:

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page