DAA TRIP (CAMBODIA & VIETNAM) 2019

✎dya nasir |⊙Monday, October 07, 2019| ☑


Harini dya nak share experience dya dan kawan-kawan dya ke Cambodia dan Vietnam. Actually trip ini ke Siam Rep, Phnom Penh, Ho Chi Minh dan Mui Ne.



DAY 1 - SIAM REAP ( TONLE SAP,WAR MUSEUM ) 

29 AUGUST 2019

  • Flight delay so touchdown Siam Rep Airport tengahari. Tapi bila ambil luggage, beg kawan dya roda luggage tu pecah so terpaksa ke kaunter untuk orang tu buat report untuk claim insurans. Keluar je dari gate arrival driver tuk tuk di siam rep iaitu Salim dah tunggu kat luar. 
  • Disebabkan kitaorang tak beli lagi ticket bus ke Phnom Penh, Salim terus bawa kitaorang untuk beli ticket bus dan ticket entrance untuk Culture Village (harga asal 15$ tapi kitaorangdapat 13$) Actually sahaja tak nak beli awal. Beli dengan Salim boleh dapat murah. Ticket sleeping bus ke Phnom Penh dya beli 10$.
  • Check in di La Da Kiri Boutique Hotel
  • Pukul 2pm salim ambil untuk  terus ke Tonle Sap. Entrance Tonle Sap (13$). Tonle Sap ini merupakan perkampungan diatas air. Sempat juga berhenti di Crocodile Farm. Seterusnya kitaorang ke Lotus Farm untuk bergambar. Entrance fee (1$ untuk dua orang).  
  • Disebabkan masih awal kitaorang terus ke War Museum Siam Rep. Entrance Fee 5$ per pax. Sebelum balik tu singgah untuk beli tiket ke Angkor Wat. Diaorang akan ambil gambar kita. Entrance 37$.  Kat tiket tu nanti akan ada muka kita. 
  • Disebabkan tak makan lagi, salim terus bawa kitaorang ke kedai makanan halal, The Siam Rep Backpacker Halal. Highly recommended this restaurant. Murah dan sedap. Tiga kali makan di kedai ini akan dapat free satu menu makanan. Makanan dekat sini memang sedap. Total harga Makanan untuk tiga orang 11$. Sampai sekarang terbayang talapia sweet sour dan belacan. Belacan dia memang sedap!

Cost - Day 1 
  • Entrance
    • Tonle Sap Lake = 13$/pax
    • Lotus Farm = 1$ /2 pax
    • War Museum = 5$/pax
    • Angkor Wat Ticket = 37$ /pax
  • Transport
    • Sleeper Bus Tic to Phnom Penh = 10$/pax
  •  Meal
    • Dinner at Siem Reap Halal Backpacker = 11$/3pax





DAY 2- SIAM REP (ANGKOR WAT, KILLING FIELD, CULTURE VILLAGE) - 30 AUGUST 2019

  • Pukul 5am, driver tuk tuk iaitu Ismail ambil kitaorang di Hotel. Hotel juga ada bekalkan kitaorang halal food untuk kitaorang makan kt sana. 
  • Disebabkan hujan pagi tu, kitaorang tak dapat tengok Sunrise di Angkor Wat. Kecewa jugalah. Dalam pukul 7am kitaorang breakfast kat tuk tuk dan terus ke temple lain(Bayon,Angkor Thom). Otw balik tu singgah Killing Field. 
  • Killing Field di Siam Reap ini adalah percuma tapi tak silap start September tahun ni dah kena bayar. Kat situ ada seorang pakcik yang merupakan salah seorang mangsa yang hidup. dia ada bukukan cerita mengenai zaman tersebut. Senyum je pakcik tu. even kitaorang tak beli buku tu pun dia still senyum.  Disebabkan habis awal kitaorang terus balik hotel rehat. 
  • Pukul 2 kitaorang ke Cultural Village. Dekat sini better datang awal so dapat tengok semua show dekat sini. Dya paling suka tengok show how to choose future fiance. Haha. Kitaorang tak sempat tengok last show disebabkan hujan. 
  • Otw balik tu singgah beli luggage amoi. Terasa mahal jugalah sebab bayar guna USD. walaupun bukan dya yang bayar tapi terasa mahal luggage tu. 
  • Next, kitaorang ke Night Market untuk shopping souvenir. Souvenir murah disini. Fridge Magnet 5pcs cuma 1$ sahaja. Masa ni terasa menyesal sangat beli souvenir sikit je kat sini. Tempat terakhir kitaorang singgah adalah Hard Rock


Cost - Day 2
Entrance

  • Killing Field, Siam Reap = FOC
  • Angkor Wat Ticket = 37$ /pax
Meal
  • Dinner at Siem Reap Halal Backpacker = 14$






DAY 3 - SIAM REAP (SILK FARM, ROYAL RESIDENCE, ART BOX)- 31 AUGUST 2019



  • Lepas Check out terus lunch di Siem Reap Halal Backpacker. 
  • Seterusnya kitaorang ke Silk Farm. Di Silk Farm kita boleh lihat cara-cara proses kain sutera. Dari proses ulat sutera hingga menenun kain tersebut. 
  • Perjalanan balik tu kitaorang singgah di Royal Residence untuk bergambar, tapi bergambar dari seberang jalan je sebab situ tidak boleh masuk. 
  • Disebabkan Starbuck dengan Royal Residence ni dekat kitaorang singgah beli coffee di Starbuck. 
  • Disebabkan masih awal, kitaorang terus Art Box. Art Box ni merupakan museum 3D. Actually aku tak pernah masuk tempat 3D ni di langkawi. Dalam ni tempat bergambar lebih kurang museum 3D di Hatyai. cuma sini lagi besar. 
  • Otw balik tu kitaorang dinner dulu sebelum balik ke hotel. Tuk Tuk akan ambil di hotel untuk bawa ke Bus office. Kitaorang naik sleeper bus dari bus office tersebut ke Phnom penh. 
  • Sleeper Bus dari Siam Reap ni okay ada selimut cuma aku tak boleh tegakkan seat. Sedar-sedar dah sampai Phnom Penh. 

Cost - Day 3

Transport

  • Sa Lim Tuk - (+855 98 57 18 40)  3 days : 40$ / 3pax = 14$

Entrance = 15$/pax

  • Silk Farm = 5$
  • Art box = 10$

Meals = 28$/3pax

  • Lunch at Siem reap halal backpacker = 14$
  • Dinner at Siem reap halal backpacker = 14$



DAY 4 - PHNOM PENH ( PRISON S-21, KILLING FIELD, THMEI MARKET, SISOWATH RIVERSIDE QUAY, PHNOM PENH NIGHT MARKET, HARD ROCK PHNOM PENH)
 1 SEPTEMBER 2019

  • Sampai di Phnom Penh pagi. Kitaorang terus ke hotel untuk check in (Lavanya Boutique Hotel ) tapi malangnya kitaorang tak dapat nk check in sebab time tu bilik full so kena tunggu tengahari untuk check in.
  • Disebabkan masih awal kitaorang decided ambil tour ke Prison S-21 dan Killing Field. Actually, plan asal nak pergi sendiri je tapi bila kira-kira balik lebih kurang je cost so ambil je lah package tour ni dari hotel. Lagipun nak tunggu check in macam lama pula.
  • Di Prison S-21 ni kita boleh lihat gambar-gambar mangsa tahanan, bilik yang diaorang guna untuk mangsa tahanan ni. Kitaorang diberi masa sejam untuk berjalan di sini. Jika korang kesini make sure pakai baju yang sopan.
  • Seterusnya, kitaorang ke Killing Field. Ke sini ambil masa sedikit. So sempatlah tertidur dalam mini bas.hehe. Kita boleh lihat tengkorak di Killing Filed yang merupakan mangsa-mangsa yang tahanan. Besar jugalah tempat dia.
  • Habis Tour kitaorang terus rehat di hotel. Plan asal nak keluar awal tapi disebabkan penat kitaorang keluar lewat dalam pukul 3.30pm.
  • Tempat pertama kitaorang singgah di Thmei Market. Di sini kitaorang cuma window shopping je. Plan nk beli souvenir di Russian Market tapi tempat tersebut tutup pukul 5. Rasa menyesal jugalah tak beli souvenir di Siam Reap. Fridge magnet di Siam Reap 5pcs -1$ tapi di Thmei Market dan juga Phnom Penh night market fridge magnet 2- 3pcs – 1$.
  • Disebabkan Royal Palace dan juga Russian Market tutup awal, so kitaorang ke The Gulai Restaurant untuk dinner. Harga makanan disini agak sedikit mahal.  
  • Lepas dinner kitaorang terus ambil grab tuk tuk ke Sisowath Riverside Quay dan berjalan ke Royale Palace Park. Tak dapat masuk Royale Palace dapat jalan depan tu pun jadilah.hehe. Waktu malam memang ramai sangat orang di Royal Palace Park.  
  • Seterusnya kitaorang ke Phnom Penh night market. Dari Royal Palace Park ke night market ni tak jauh pun tapi entahlah rasa tak selamat nak jalan kaki di Phnom Penh so kitaorang naik grab je ke situ.
  • Tempat terakhir kitaorang singgah ke Hard Rock Phnom Penh dan balik ke hotel.
  • Hotel di Phnom Penh ni memang okay sangat berbanding hotel di Siam Reap. Yang penting bilik dia cantik sangat. Sampai sekarang aku terbayang katil dia. 



Cost Day 4
Transport :

  • Grab Tuk Tuk = 5$ x 3pax = 15$

Siam Reap Sa Lim Tuk Tuk - (+855 98 57 18 40)

Entrance & Tour Fee

  • Tour to Prison = (43$ for 3 Pax)
  • S-21 =5$/pax
  • Killing Field = 3$/pax


Meal

  • Dinner at The Gulai Restaurant = 22.50$/3pax




DAY 5- PHNOM PENH – HCM – MUINE – 
2 SEPTEMBER 2019
  • After breakfast terus ambil grab ke Ibis Bus Office untuk ke Phnom Penh. 
  • Masa imigresen tak perlu susah-susah nak beratur untuk cop. Orang bus tu yang akan uruskan. Beg pun tak perlu nak bawa turun. 
  • Check in Bloom Saigon Hotel, Ho Chi Minh.
  • Petang tu ke Amin Tour & Tavel untuk booking Mekong Tour & Night Cruise (+84- 974001756)
  • Lunch at Halal Amin – 210.000vnd
  • Dalam pukul 8 ambil grab ke Futalines Bus Office. Sleeper Bus Ticket booked at Futalines bus website. Actually ada website lain tapi website ni je boleh pilih seat tapi bila sampai sana. Orang tu random je bagi seat yang kosong. kitaorang dapat seat belakang sekali.(Geram pula bila fikir balik)

Cost - Day 5

Meals = 272.000vnd/3paxRestaurant Halal Amin = 210.000vnd/ 3paxBreakfast di Muine = 62,000vnd/ 3pax

OthersSim Card = 180.000vnd/3pax

Tour Fee's
Mekong Tour & Night Cruise = Rm 95

Transport = 60.000vnd/3paxGrab to Bloom Saigon Hotel = 25.000vndGrab to Futaline Bus Office = 35.000vnd
 


DAY 6 – MUI NE – HO CHI MINH – 3 SEPTEMBER 2019


  • Arrived at Mui Ne Tour. Kitaorang overnight di Futalines office. Driver jeep ambil kitaorang dalam pukul 4.00 a.m. 
  • Kitaorang guna service dari Tour by Jeep Tour Mui Ne Tour. Boleh cari di FB. Kitaorang ambil deluxe tour sebab senang bila di White Sand jeep akan bawa terus sampai atas. So tak perlu nak jalan kaki atau sewa atv
    • White Sand - Kat sini kitaorang kecewa lagi sebab tak dapat tengok sunrise. 
    • Red Sand
    • Fishing Village
    • Fairy Stream Entrance - Kat sini kena jalan kaki masuk ke dalam. So kalau ke sini better pakai selipar je. 
  • Lepas tour kitaorang terus ambil Taxi to Binh Thuan Station (350.000vnd)
  • Train to Saigon Station. (4:00pm) yang ini aku booked di booked di easybook
  • River Cruise - Masa ini kitoarang dah terlalu lapar so order fruits. Bila tengok bill tu memang nak tergelak fruits dengan add on 3 air harga 13$
  • Dinner at Halal Osman. Time ni memang masing-masing makan licin. 
  • Disebabkan masih awal kitaorang terus gerak ke Hard Rock Café. 

Cost Day 6

Entrance and Tour Fee

  • Jeep Tour Mui Ne Tour = 700.000vnd/3pax
  • Fairy Stream Entrance = 15.000vnd 

Transport

  • Taxi to Train Station = 350.000
  • Grab to Hotel= 74.000
  • Grab to Hard rock 34.000vnd 

Meals 

  • Fruits & 3 juices = 13$
  • Dinner at Haji Osman Restaurant = 240.000vnd






DAY 7- MEKONG TOUR 4 SEPTEMBER 2019


  • Breakfast kat sini memang puas hati. Banyak pilihan untuk halal food. Fruits pun banyak.
  • Amin Tour ambil kitaorang bertiga di Hotel. Yang bestnya haritu kitaorang berlima je dalam van tu termasuk tour guide dan driver. Aku dah pernah guna servis dari Amin Tour masa bercuti dengan family aku bulan 2 yang lepas.
  • Mekong Tour
    • included halal lunch 
    • coconut juice
    • honey tea
    • some local fruits
    • horse cart
    • rowing boat 
    • Tempat telekung/ tudung/ kain Cotton.
  • Disebabkan mekong tour habis awal kitaorang ambil grab untuk jalan-jalan di bandar Ho Chi Minh
    • Saigon Central Post Office
    • Cathedreal Notre dame - Tempat ini  dengan post office seberang jalan je. 
    • Starbuck - Relaks minum coffee disini disebabkan hujan & tak tahu nak pergi mana.hehe
    • Hard Rock
    • Nguyen Hue Boulevard/ Ho Chi Minh City Hall
    • Dinner at Halal Osman dan shopping apa yang patut.
    • Sebelum balik tu sempat pergi massage kaki. tapi sepanjang kat situ budak-budak tu asyik ketawa je sampai kena marah dengan bos dia.


    Cost Day 7

    Meal

    • Dinner at Haji Osman Restaurant = 415.000vnd

    Transport

    • Grab to post office= 35.000vnd
    • Grab to starbuck= 25.000vnd
    • Grab to Malaysia Street = 25.000vnd

    Others

    • Foot Massage = 300.000vnd




    DAY 8 – HO CHI MINH CITY 5 SEPTEMBER 2019


    • Pagi tu  kitaorang terus ambil grab jalan-jalan area Ho Chi Minh. 
    • Sightseeing
      • Independence Palace 
      • Fine Art Museum (bergambar dari luar je)
      • Ben Tanh Market.
      • Lunch at Halal Amin dan shopping apa yang patut di Malaysian Street
    • Lepas checkout terus ambil Vinasun Taxi to Airport. Actually taxi ni staff hotel tolong callkan taxi. Itu pun sebab lagi murah dari grab. Grab time tu tiba-tiba harga makin naik.  
    Cost Day 8

    Entrance Fee: Independence Palace - 40.000 x 3 pax = 120.000vnd


    Untuk total cost boleh refer di bawah :

    Masa trip ini aku bawa duit 2,000.000vnd dan 225usd. Tapi banyak lebih sebab duit lebih tu ada aku guna untuk shopping.hehe


    Costing - Cambodia = 165.50$

    Meals  = 30$
    • Siam Reap: 20$ x 3 = 60$
    • Phnom Penh : 10$ x 3 = 30$

    Entrance = 106.50$
    • Siam Reap = 83.50$/pax
    • Phnom Penh = 23$/pax

    Transport = 29$
    • Siam Reap Sa Lim Tuk Tuk - (+855 98 57 18 40) for 3days - 40$ / 3 = 14$
    • Phnom Penh = 5$ x 3 = 15$


    Costing - Vietnam = 1.270.000vnd

    Meals = 415.000vnd
    • Vietnam =400.000vnd x 3=  1,200,000.000vnd
    • Coffee = 15.000vnd

    Others = 535.000vnd
    • Sim Card = 180.000vnd/3pax
    • Massage = 300.000vnd
    • Wrapping = 55.000vndpax
    Transport and Entrance = 320.000vnd 
    • Vietnam = 320.00vnd x 3 = 960.000vnd/ 3pax 

    Costing from Malaysia - RM 1,208.99

    Accomodation = RM 440.60

    • Siem Reap: RM172.84/2 = RM86.42
    • Phnom Penh: RM293.36/3 = RM97.80
    • Ho Chi Minh: RM 256.38
    Transport = Rm 601.69
    • Bus to HCM (Klook) = RM75
    • Bus to MUINE (Futalines Website) = RM 25.24
    • Train to HCM (Easybook) = RM 36.33
    • Flight (Air Asia) = RM 442.30
      • Siam Rep = RM 126.33
      • Ho Chi Minh = RM 225.62,
      • Add on Baggage, Seat & Meal = RM 90.35
      • Add on Baggage = RM 68.45 / 3 = RM22.82

    Others = Rm 166.70
    • Sim Card Cambodia (Klook) = RM 23
    • Insurance Travel (Etiqa Gold) = RM 48.70
    • Mekong Tour & Night Cruise = RM 95

    Di bawah ni dya share picture kat sana



    TONLE SAP

     
      



    LOTUS FARM

     




    WAR MUSEUM

     



    ANGKOR WAT


      


    KILLING FIELD


    CULTURAL VILLAGE

     

     


    NIGHT MARKET & HARD ROCK

      

    SILK FARM

     

      

    ROYAL RESIDENCE

      



    ARTBOX


     


    F &B


    Fried fish sweet sour, tom yum merah & telur dadar

    Fried fish sweet sour, kang kung belacan, belacan, lembu naik bukit, ikan keli goreng chili
    Tom yum putih, sambal ayam, udang goreng tepung, fried spicy kailan.

    Asam pedas, sambal sotong, kang kung belacan, telur bungkus


    PHNOM PENH 

     
      

    night market




    Mui Ne 

    white sand
      





    NIGHT CRUISE






    MEKONG TOUR

     




    HO CHI MINH CITY


      
     






    7 comments:

    1. Lama juga trip Dya ke sana. Akak belum ada rezeki ke sana lagi :)

      ReplyDelete
    2. Saya dah bookmark post ni for future reference sebab kawan saya keeps bugging me about traveling to Cambodia. So this post is going to be really helpful in the future.

      The white sand is really beautiful sebab ala2 dekat Dubai. And the night market is a must! That's where we can find all the local street food, right?

      ReplyDelete
    3. wahh bestnya pergi sampai 2 negara. Ingatkan nak buat camtu tapi almaklumlah cuti pun tinggal tak banyak dah. hahah.

      Done follow blog dya.

      ReplyDelete
    4. banyak tempat-tempat menarik wajib pergi ni kalau ke combodia. Suka tengok view di lotus farm tu

      ReplyDelete
    5. gambar cantik2 i like.. bunga dalam tasik tu warna dia naik sungguh.

      ReplyDelete
    6. sy rs sy patut repeat phnom pehn sekali lagi sebab masa g 3 thn lps x sempat nak cover...

      ReplyDelete

    Dah baca jangan lupa komen ye..
    Satu pun jadi lah..😀

     

    Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

    | Top of page