Selamat Hari Raya

✎dya nasir |⊙Tuesday, July 12, 2016| ☑



Rasanya tak terlewat lagi kan untuk dya ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. tahun ni tak adalah beraya sakan.. cuma bersederhana sahaja,,hehe.. Tahun ni, raya pertama dya beraya kat KL.. hari raya kedua baru gerak balik kampung..hehe..

berangan jadi bawang merah kejap..hehe

Seperti tahun sebelumnya, kalau beraya kat KL mesti akan bersalaman sesama sepupu sepapat..hehe.. dan yang budak-budak kecik ni seronoklah salam dapat duit raya.. esoknya terus gerak balik kampung. then makan tengahhari kat rumah makcik kat Air Mawang.. lepastu gerak balik kampung ayah.. (bukan jauh pun dalam 5km je kot..haha) macam biasalah kalau dah sampai kampung yang mak-mak ni geram dengan buah mangga.. yang anak-anak dara ni macam biasalah selfie je kerjanya termasuk aku..hhehee.. malam tu, yang lelaki sibuk main mercun sampai wan tegur, "kalau nak main mercun tu panggil wan, wan nk tengok" hehe..  lepas main mercun, yang team single ni terus keluar pergi karoke kat area seremban..sebenarnya sebab utama dia nak cari line.. al-maklumlah bila kat kampung memang susah nak dapat line padahal tak line internet lansung..haha

Esok pagi, terus gerak pergi segamat beraya kat rumah  saudara belah mak.. tapi petang tu terus balik kampung balik.. so memang sampai kampung dah malam.. yang sedihnya tak ada line..hehe..

tapi yang paling sedihnya esoknya lepas pergi beraya dan baru nak gerak balik ke KL, kereta makcik accident.. tapi kali ni bukan kereta makcik aku yang langgar tapi motor yang langgar kereta makcik aku.. dugaan di hari raya..huhu. alhamdulillah, budak tu hanya cedera ringan.. orang kampung kat area situ ada cerita, umur budak ni panjang, sebenarnya dah banyak kali orang accident kat tempat ni tapi kebanyakkannya semua meninggal.. huhu..






*dah start kerja tapi masih mood cuti.. huaaaaa

Ke Lombok ke kita? (Hari Pertama)

✎dya nasir |⊙Monday, June 20, 2016| ☑


lama gila tak update blog ni.. rindu sangat dengan blog ni.. bersawang sangat..

actually, baru ada masa nak update pasal lombok.. maaf kalau entry penuh dengan gambar..hehe.. sebab sampai sekarang dya tak boleh move on..


22 April 2016

Nasi Balap

  • sebenarnya first time bercuti ke luar malaysia dengan kawan.. so macam excited + risau..haha.. so sampai klia 2 pun awal jugak lah sebab nak cari kawan yang lagi sorang.. lagipun kawan lagi sorang ni lepas konvo ni kitaorang tak pernah jumpa.. dan sepatutnya trip ni kitaorang pergi berlima tapi lagi dua orang terpaksa cancel last minit.. 


  • bila dh lepas imigresen, tiga-tiga stop pastu cakap sesama sendiri weyh kita nk g mana ni? haha.. nasib baik terjumpa membe kitaorang masa diploma dulu.. kebetulan dia kerja kat situ so dia bawak lah kitaorang ketempat menunggu tu.. haha

  • flight kitaorang ke lombok pukul 3 petang.. so agak sedihlah tak dapat nak berjalan bila sampai lombok tu.. sampai- sampai dah malam dan gelap.. sampai airport lombok tu terus cari supir - Mas Adi.. first time jumpa dia dah buat lawak bodoh dia..haha.. 

  • Mas Adi terus bawa kitaorang ke kedai makan. benda pertama yang aku fikir dan nak makan minum mestilah air apokat.. hehe..malam tu kitaorang makan nasi ayam kampung + balap.. bagi aku sedap..  tapi kat lombok bila kita tak habiskan makanan tu dorang akan suruh kita habiskan juga.. so jangan membazir ye. 

yang paling kecil tu lah Mas Adi
  • masa dalam perjalanan ke hotel, Mas Adi bawa kami beli sim card dulu..yelah tak syok plak tak boleh nak online.. hehe.. simcard dya beli dalam rp55,000. 

  • Hari pertama kitaorang stay kat M Hotel, Mataram.. bilik kat situ okay..bersih dan toilet pun bersih..hehe.. so dya rekomen siapa-siapa yang nak stay mataram boleh stay kat hotel ni..hehe..


nanti sambung part 2 okay untuk hari kedua..hehe..


macam biasa aku mesti yang paling kecik..hehe.. 


eh terjumpa kawan masa study dulu.. hehe


Jenis-jenis Tote Bag

✎dya nasir |⊙Sunday, January 31, 2016| ☑


Harini dya nak share sikit info mengenai salah satu barangan fesyen favourite ramai wanita termasuklah Dya sendiri iaitu ‘TOTE BAGS’ atau dalam bahasa Malaysia adalah beg tote. Jika korang merupakan seorang penggemar fesyen yang sejati, korang seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas mengenai dunia fesyen. Dari jenis-jenis kasut, rekaan pakaian terkini hinggalah jenis-jenis beg yang berada di pasaran. Sebenarnya tidakramai yang tahu bahawa KOLEKSI TOTE BAGS ini terbahagi kepada 3 jenis kategori iaitu Luxury Tote Bags, Casual Tote Bags dan Beach Tote Bags. Untuk pengetahuan korang, jenis-jenis kategori ini terbahagi berdasarkan rekaan dan material yang digunakan untuk menghasilkan tote bags / beg tote tersebut.






LUXURY TOTE BAGS

Basically kesemua tote bags yang diperbuat daripada kulit dan pvc boleh dikategorikan sebagai LUXURY TOTE BAGS. Dya sangat sukakan Koleksi beg tote kategori ini sebabnya koleksi ini sesuai digayakan untuk ke Pejabat mahupun bersiar-siar pada hujung minggu. Kiranya beg ini 2 in 1. Untuk gaya formal boleh dan santai pun boleh..Kalau dya guna beg kategori ini memang sampai rosaklah dya guna sebab tak payah susah-susah nak tukar beg. hehe.




CASUAL TOTE BAGS

Jangan pelik jika koleksi beg seperti berikut juga dikategorikan sebagai CASUAL TOTE BAGS. Biasanya ia diperbuat daripada material canvas atau cotton dan mudah untuk dicuci. Koleksi casual tote bags ini kerap digayakan oleh golongan remaja terutama pelajar termasuklah dya.. Bagi dya beg kategori ini paling simple untuk ke kelas. Selalunya dya sumbat semua barang termasuk buku dan alat tulis kedalam beg ini. Sampai sekarang beg tu masih elok. Kalau basuh beg itu memang orang tak tahu yang beg tersebut dya beli tiga tahun lepas. hehe



BEACH TOTE BAGS


Dan kategori yang terakhir adalah KOLEKSI BEACH TOTE bags yang biasanya boleh korang temui dalam rekaan ber-zip. Ia juga sering dijadikan sebagai travel beg kerana direka dengan ruangan yang agak luas. Beg jenis ini dya jarang guna sebab selalu kalau berjalan jauh dya guna backpack dan kalau guna pun, dya akan guna beg ini untuk pergi berkelah..

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page