Actually trip ke Koh Lipe ni dah lama tapi nak juga post untuk kenangan diri sendiri. Koh Lipe antara tempat aku teringin sangat nak pergi..Akhirnya sampai juga ke koh lipe. ada dua cara untuk ke kohlipe.
Cara pertama : Boleh ambil ferry dari Pak Bara.
Cara Kedua : Boleh ambil ferry dari Langkawi.
Aku guna cara yang pertama sebab dari hatyai. Mula-mula plan masuk dari langkawi. Masa tu dah book flight ke langkawi. tapi disebabkan nak singgah hatyai so decided masuk dari Pak Bara. so pagi tu van pick up kitaorang kat hotel. Van tu kitaorang dah booked awal. ( boleh book kat klook ) untuk Speedboat pula aku book kat website Direct ferries dalam bath 2,594.14 . Awal-awal tu nak book dekat klook tapi disebabkan customer service tu reply lambat so aku beli dekat website direct ferry tapi harga dekat klook lebih murah berbanding aku beli dekat website ni. aku booked speedboat Bundhaya. Alhamdulillah, Masa sampai tu boat memang berhenti betul-betul tepi pantai kat Sunrise Beach. so tak perlu susah nak kena bayar untuk boat ke pantai.
DAY 1- KOH LIPE
- Pagi tu terus check out. Van terus ambil kitaorang di hotel dan terus ke Jetty Pak Bara. Masa perjalan ke Pak Bara lebih kurang 2jam.
- Sampai jetty terus tukar voucher ke ticket ferry. Tengahari tu terus naik boat ke Sunrise beach. Ferry yang kitaorang naik tak perlu nak tukar boat dan terus sampai tepi pantai.
- Check in at APlus Hotel. Sini ada hotel dan juga hostel.
- Lunch kitaorang cuma makan meggi dengan sambal ikan bilis. Kedai makan halal banyak kat sini tapi tulah sedikit mahal.
- Petang tu jalan-jalan area Walking Street, Sunrise beach dan Pattaya Beach dan beli pakej snorkelling untuk esok.
Cost - RM 504.37
- Van to Pakbara = RM21.69/pax
- Bundhaya Speedboat Return = RM 331.41/ 2pax = RM 165.71/pax
- Taxi = 100bath/ 2 pax = 50bath/RM 6.65/pax
- Snorkelling Pakej (inc meal,snorkelling gear) = 550-600bath/ RM73.15/pax
- Aplus Hotel (2nights) = RM396.34/2 = RM198.17/pax
- Axa Insurans = RM39/pax
DAY 2 - KOH LIPE
- Pagi tu terus berkumpul depan kedai. Satu boat tu ada 9orang. Pulau pertama singgah Koh Yang. Di Koh Yang ni boleh snorkelling. Kitaorang cuma main air kat tepi-tepi tu je. Kat sini lah kitaorang dah dapat kawan baru. Satu boat.
- Then kitaorang ke Hin Ngam. Kat sini memang penuh dengan batu-batu hitam. tapi batu hitam tu memang cantik. Kat sini kitaorang just lepak tepi-tepi sambil bergambar sebab air kat sini sejuk.
- Next, Lunch di Koh Rawi. Sini memang banyak monyet. Masa lunch tu risau je monyet-monyet tu datang dekat. tapi pantai di Koh Rawi memang cantik.
- Lepas lunch di Koh Rawi, snorkelling di Koh Adang. Kat sini boat akan berhenti. so nak tak nak kena turun juga. Kalau stay dalam boat silap-silap boleh muntah.
- Last destination Jabang. Tapi aku tak turun snorkelling pun sebab arus kat sini kuat. nak snorkelling kena pegang tali. Di Jabang ni memang boat akan berhenti tengah-tengah laut.
- Lepas snorkelling terus lepak di Sunset Beach. kat pantai ni orang panggil Maldives of Thailand.
- Petang-petang memang ramai akan lepak sini. bagi aku sini pantai pling bersih berbandang, pattaya beach dan sunrise beach. sebab sini tak banyak anjing.
- Malam tu kitaorang decided jumpa kat kedai makan halal. Kawan-kawan baru ada ajak makan kat kedai murah tapi disebabkan kitaorang muslim nasib baik diaorang faham.
- Lepas dinner tu, lepak sekejap tepi pantai dan balik hotel. yang kawan-kawan baru tu sambung lepak & minum.
Cost- RM 26.60
- Fee for National Park - 200bath/RM 26.60/Pax
DAY 3 - KOH LIPE
- Last day in Koh Lipe, rasa sedih sebab kejap sangat kat sini. Lepas breakfast terus check out dan minta orang hotel panggilkan tuk-tuk taxi ke Sunrise beach.
- Masa ni laut memang cantik. Maybe sebab tengahari dan cuaca panas so air laut tu biru. Cantik sangat.
- Dari Sunrise Beach akan naik longtail boat dan akan tukar speed boat untuk ke Pak Bara.
Cost - RM 23.57, TOTAL = RM554.54
- Tuk-tuk taxi to Sunrise beach - 100bath/2pax= 50bath/RM 6.65/pax
- Van to Hatyai Hotel = RM 16.92
Kawan baru dari Thailand & Malaysia |
Hin Ngam |
comelnyaaaa nampak Nemo jelas2 gitu puas hati laaa snorkeling.
ReplyDeletesuka juga trip ke pantai tapi rimas kalo kena berendam air laut. tulaa dilema betol suka tapi tak suka hehe..
Assalamuaalaikum.. wah bestnya. hari tu kawan SS pun ada pergi sana. dia ckap mmg best n selalu menggamit rindu bila dah balik Malaysia. itu pun dia berhajat nak pergi lagi.SS tak pernah smpai sana lagi. tapi teringin jugak laa..
ReplyDeleteCantiknya view. Belum pernah sampai sini lagi..sedihnya :(
ReplyDeleteNemooo 😂😂😂 cantiknya tmpt ni
ReplyDelete