Showing posts with label thailand. Show all posts
Showing posts with label thailand. Show all posts

KOH LIPE, MALDIVES OF THAILAND

✎dya nasir |⊙Thursday, March 05, 2020| ☑

Actually trip ke Koh Lipe ni dah lama tapi nak juga post untuk kenangan diri sendiri. Koh Lipe antara tempat aku teringin sangat nak pergi..Akhirnya sampai juga ke koh lipe. ada dua cara untuk ke kohlipe.


Cara pertama : Boleh ambil ferry dari Pak Bara.
Cara Kedua : Boleh ambil ferry dari Langkawi. 



Aku guna cara yang pertama sebab dari hatyai. Mula-mula plan masuk dari langkawi. Masa tu dah book flight ke langkawi. tapi disebabkan nak singgah hatyai so decided masuk dari Pak Bara. so pagi tu van pick up kitaorang kat hotel. Van tu kitaorang dah booked awal. ( boleh book kat klook ) untuk Speedboat pula aku book kat website Direct ferries  dalam bath 2,594.14 . Awal-awal tu nak book dekat klook tapi disebabkan customer service tu reply lambat so aku beli dekat website direct ferry tapi harga dekat klook lebih murah berbanding aku beli dekat website ni.  aku booked speedboat Bundhaya.  Alhamdulillah, Masa sampai tu boat memang berhenti betul-betul tepi pantai kat Sunrise Beach. so tak perlu susah nak kena bayar untuk boat ke pantai.


DAY 1- KOH LIPE





  • Pagi tu terus check out. Van terus ambil kitaorang di hotel dan terus ke Jetty Pak Bara. Masa perjalan ke Pak Bara lebih kurang 2jam. 
  • Sampai jetty terus tukar voucher ke ticket ferry. Tengahari tu terus naik boat ke Sunrise beach. Ferry yang kitaorang naik tak perlu nak tukar boat dan terus sampai tepi pantai. 
  • Check in at APlus Hotel. Sini ada hotel dan juga hostel. 
  • Lunch kitaorang cuma makan meggi dengan sambal ikan bilis. Kedai makan halal banyak kat sini tapi tulah sedikit mahal. 
  • Petang tu jalan-jalan area Walking Street, Sunrise beach dan Pattaya Beach dan beli pakej snorkelling untuk esok.


Cost  - RM 504.37

  • Van to Pakbara = RM21.69/pax
  • Bundhaya Speedboat Return = RM 331.41/ 2pax = RM 165.71/pax
  • Taxi = 100bath/ 2 pax = 50bath/RM 6.65/pax
  • Snorkelling Pakej (inc meal,snorkelling gear) = 550-600bath/ RM73.15/pax
  • Aplus Hotel (2nights) = RM396.34/2 = RM198.17/pax
  • Axa Insurans = RM39/pax








DAY 2 - KOH LIPE


  • Pagi tu terus berkumpul depan kedai. Satu boat tu ada 9orang. Pulau pertama singgah Koh Yang. Di Koh Yang ni boleh snorkelling. Kitaorang cuma main air kat tepi-tepi tu je. Kat sini lah kitaorang dah dapat kawan baru. Satu boat. 
  • Then kitaorang ke Hin Ngam. Kat sini memang penuh dengan batu-batu hitam. tapi batu hitam tu memang cantik. Kat sini kitaorang just lepak tepi-tepi sambil bergambar sebab air kat sini sejuk. 
  • Next, Lunch di Koh Rawi. Sini memang banyak monyet. Masa lunch tu risau je monyet-monyet tu datang dekat. tapi pantai di Koh Rawi memang cantik. 
  • Lepas lunch di Koh Rawi, snorkelling di Koh Adang. Kat sini boat akan berhenti. so nak tak nak kena turun juga. Kalau stay dalam boat silap-silap boleh muntah. 
  • Last destination Jabang. Tapi aku tak turun snorkelling pun sebab arus kat sini kuat. nak snorkelling kena pegang tali. Di Jabang ni memang boat akan berhenti tengah-tengah laut.  
  • Lepas snorkelling terus lepak di Sunset Beach. kat pantai ni orang panggil Maldives of Thailand. 
  • Petang-petang memang ramai akan lepak sini. bagi aku sini pantai pling bersih berbandang, pattaya beach dan sunrise beach. sebab sini tak banyak anjing. 
  • Malam tu kitaorang decided jumpa kat kedai makan halal. Kawan-kawan baru ada ajak makan kat kedai murah tapi disebabkan kitaorang muslim nasib baik diaorang faham. 
  • Lepas dinner tu, lepak sekejap tepi pantai dan balik hotel. yang kawan-kawan baru tu sambung lepak & minum. 


Cost- RM 26.60
  •  Fee for National Park - 200bath/RM 26.60/Pax



DAY 3 - KOH LIPE



  • Last day in Koh Lipe, rasa sedih sebab kejap sangat kat sini. Lepas breakfast terus check out dan minta orang hotel panggilkan tuk-tuk taxi ke Sunrise beach. 
  • Masa ni laut memang cantik. Maybe sebab tengahari dan cuaca panas so air laut tu biru. Cantik sangat. 
  • Dari Sunrise Beach akan naik longtail boat dan akan tukar speed boat untuk ke Pak Bara.


Cost - RM 23.57, TOTAL = RM554.54
  • Tuk-tuk taxi to Sunrise beach - 100bath/2pax= 50bath/RM 6.65/pax
  • Van to Hatyai Hotel = RM 16.92



 






Kawan baru dari Thailand & Malaysia




















Hin Ngam








HATYAI KRABI 2020

✎dya nasir |⊙Tuesday, February 04, 2020| ☑

WINE VILLAGE


Tamatlah sudah Rombongan cik kiah ke Hatyai Krabi selama 5hari 4malam. Trip ini aku plan sebulan awal dan date pada waktu tahun baru cina. Tiket bas, hotel, island hopping, van ke krabi dan tuk tuk aku booked awal. So harga time cny ni confirm naik sedikit. Actually ini 1st time aku plan untuk 14orang. Last year ke ho chi minh plan senang sikit daripada trip yang ini. 



KL - HATYAI ( 24 January 2020)

- Bas  ke hatyai aku booked di website TBS sebab harga murah sedikit dari website yang lain. 
- Bas lewat maybe sebab jammed. 
- 1st time aku naik bas alisan. Sebelum ni aku pernah naik bas suasana edaran & sri maju ke hatyai. Setakat ni service alisan sangat bagus. Seat juga ok. Cuma aircond kat seat aku tu tak boleh tutup. So memang kesejukan duduk kt seat tu. 

BEE FARM 


DAY 1 - HATYAI ( BEE FARM, CLOCK TOWER MARKET, KLONGHAE FLOATING MARKET & LEE GARDEN NIGHT MARKET)  - 25 JANUARY 2020

- Sampai di Imigresen lebih kurang 7pagi. Alhamdullilah tak berapa ramai di imigresen. Sebelum ni aku pergi memang berjam-jam menunggu. Sampai di hatyai pada pukul 930am. - Terus beli simcard di Alisan Office. Abg Arie tuk tuk terus ambil kitaorang disitu. Alhamdullilah boleh check in awal. 
- Kitaorang stay di D-one hotel. Hotel ni dekat dengan bank CIMB.  Hotel ni oklah untuk stay 1 malam.
- Abang Atie tuk tuk bawa kitaorang makan di Rahmatullah Hatyai Restaurant. Masing-masing kelaparan sebab makan untuk breakfast & lunch.
- Next ke Bee Farm. Masuk adalah percuma. Cuna masa orang tu bagi penerangan dia nk jumpa orang tuk tuk dulu. Family aku beli aiskrim madu. Sedap juga lah sebab manis madu.
- Singgah Kaysorn Souvenir. Beli apa yang patut.
- Then orang tuk tuk tu bawa ke Clock Tower Market. 
- Next destination adalah Klong Hae Floating Market. Tempat wajib kalau datang ke hatyai. Makanan kat sini murah- murah dan rambang mata. Hehe. 
- Sebelum balik ke hotel kitaorang singgah dinner di Chalee Restaurant. 
- Lepas makan terus balik hotel tapi aku dengan cousin aku smbung berjalan ke Lee Garden night market & singgah 7eleven.
- Kalau korang ada datang hatyai & nak guna tuk tuk bolehlah contact abang arie +66 86 958 3966. Dia yang tolong book an van ke krabi. 

AONANG BEACH


DAY 2 - HATYAI - KRABI ( AONANG BEACH & NIGHT MARKET) - 26 JANUARY 2020

- Pagi tu terus check out awal dan singgah 7Eleven untuk beli breakfast burger sementara menunggu orang van datang ambil pukul 830am. 
- Masa perjalanan dri hatyai ke krabi lebih kurang 5jam sebab banyak kali berhenti. 
- Di Krabi, kitaorang tinggal di Haleeva Sunshine Hotel. Hotel ini aku booked di booking.com dan bayar guna big pay. So memang jimat daripada bayar guna credit card. 
- lepas letak barang & solat terus cari restaurant untuk lunch. Alhamdullilah, hotel memang dekat dengan kedai makanan halal. 
- 1st day di Krabi memang aku settle an balance payment untuk island hopping esok. Apple sempat juga offer van (1,000thb) untuk ke Night Market at Krabi Town.
- Kitaorang lunhc di Firdaus Restaurant Halal Food. Aku order Nasi goreng Nenas and sedap. Restaurant ni harga murah berbanding di Bangboo Restaurant. 
- Lepas lunch tu jalan-jalan di Aonang beach. Dalam 15 minit berjalan disebabkan berhenti tangkap gambar. Hehe. 
- Disebabkan van ambil pukul 6p.m. kitaorang decided untuk naik tuk tuk ke hotel. Sampai hotel je orang van dah sampai. 
- Driver van tu bagi kitaorang masa 2jam berjalan di Night Market. 
- malam tu dinner juga di restoran yang sama, Firdaus Restaurant Halal Food disebabkan ada yang tak kenyang & malas nak jalan jauh cari kedai makan lain. 
- Hotel di Krabi aku xberapa suka sebab malam tu tak ada air nak mandi, nak buang air. Sampai guna mineral disebabkan tak tahan sangat. 



DAY 3 - KRABI (PHI PHI ISLAND) -  27 JANUARY 2020

- Pagi tu terus breakfast di kedai semalam, Firdaus Restaurant Halal Food. Breakfast kt sini tak sedap.memang tak kena lansung dengan tekak aku. Tapi makanan untuk tengahari & malam memang sedap. 
- Sampai je di pantai kitaorang kena register dahulu. Sambil dia bagi macam getah. 
- Boat berhenti di 1st island dahulu. Pantai dia memang cantik & sejuk.Air kat pulau ni memang jernih. 
- Pemandangan di next island ni memang cantik. Actually aku lupa nama-nama isand. Nak masuk sini kena tunggu air naik baru boat boleh masuk. Kedalaman 40meter. Tapi mandi area belakang boat je. Hehe. Bagi aku kat sini mandi seronok sebab tak ada arus. 
- Next kitaorang ke Maya Bay. Sekarang Maya Bay hanya boleh tengok dari jauh je. 
- next ke Monkey Island. Ini pun tengok dari dalam boat. Sebab risau juga tetibe monyet ni masuk dalam boat. 
- Next ke Ko phi phi Don untuk lunch. Masa ni memang kelam kabut cari toilet. Pastu kena caj 20bath seorang. Mahal gila oi. 
- Lunch kt sini rasa macam kat dewan makan asrama. Beratur panjang ambil makanan. Ok lah menu dia. Tomyum, sayur, ayam fillet goreng, ayam kaopao, buah-buahan & ada spaghetti. 
- Tempat terakhir Kitaorang pergi snorkelling. Kat sini arus kuat. Risau jugak lah. Coral kt sini banyak dah mati. Bagi aku lawa lagi snorkelling di koh lipe. Haha. Tapi tetap tak boleh lawan snorkelling pulau-pulau kat malaysia.
- Dalam sejam duduk dalam boat balik ke Pantai Krabi. Sambil-sambil tu diaorang bagi tembikai & nenas makan dalam bot. 
- Setakat ni service untuk island hopping ni memang excellent. 
- Sampai hotel masing-masing terus terjun masuk dalam kolam. Dan bilik aku buat hal lagi. Masuk je bilik tengok bilik banjir. Dah lah tengah penat. Terus jumpa receptionist bagitahu bilik banjir. Bila dorang check bagitahu shower tu kena gerak an sedikit sebab tak ketat. 
- so aku tak recommended this hotel. 
- Malam tu dinner di Malaysia Krabi Restaurant. Okaylah makanan di restaurant ni. Sedap ke sebab kitaorang kelaparan. Hehee
- otw balik tu jalan kejap di night market dan singgah beli pancake banana nutella & aiskrim di Bangboo Restaurant. 

ASEAN NIGHT MARKET


DAY 4 - KRABI HATYAI ( WINE VILLAGE & ASEAN NIGHT MARKET) - 28 JANUARY 2020

- Breakfast di Bangboo Restaurant. Nasi goreng kat sini bagi aku  kurang sedap. 
- Orang van datang awal so kelam kabut ambil beg & check out. 
- sampai hotel TK Mansion dalam pukul 2lebih. Terus check in tapi kena bayar deposit 300thb then bila checkout dorang pulangkan balik.  
- Bagi aku hotel ni paling ok, paling murah tapi jauh sedikit dari lee garden. Masa masuk bilik tu aku tak expect bilik tu lagi luas dari D-one hotel barang lagi baru. Dan receptionist dia very helpfull. 
- Driver tuk tuk mr sompong ambil lebih kurang 4pm. Masa ni berhimpit jugalah naik satu tuk tuk. 
- number Tuk tuk ni aku dapat dri group BBM. 
- Kitaorang lunch di Kai Tod Decha. Tapi nasi kuning dia dah kurang sedap sebab rasa terlalu manis tapi air teh dia tetap terbaik. 
- Next ke Wine Village. Masuk free. Boleh beli carrot (20thb) dan bagi kambing biri-biri & arnab makan. 
- Tempat terakhir adalah Asean Night Market. Tempat wajib ke sini. Masa untuk shopping & makan. Aku rasa lebih 2jam kat sini. 
- Malam tu cuma makan megi chef. 

SAMILA BEACH


DAY 5 - HATYAI ( ZAINA DIMSUM, CLOCK TOWER MARKET, SAMILA BEACH, CENTARA, & KIM YOUNG MARKET) - 29 JANUARY 2020

- Kitaorang checkout awal. Disebabkan balik guna bas alisan, dorang ada bagi free service ambil kitaorang di hotel. So barang-barang tu just tinggalkan di office Alisan. 
- Next ke Zaina Dim Sum. Kat sini memang aku aim dim sum. Bagi aku makanan kat sini lagi sedap dari Chabura Dim Sum. Tomyum dia lagi sedap dari Kai tod decha. Hehe. 
- then kitaorang ke clock tower market. Actually 1st day sampai, abang arie dah pernah bawa pergi market ni. Dah jalan-jalan dalam tu baru perasan market yang sama. 
- Next ke Samila beach. Actually ni samila beach tak ada dalam list aku. Kalau ikut itinerary aku buat sepatutnya pergi Chang puak elephant Camp. Tapi disebabkan masa pergi tengah hot pasal Coronavirus so kitaorang terpaksa cancel ke tempat tu. 
- Next ke Lee garden area.  Shopping susu, air susu tapi banana milk tak ada, keropok & air arabus di Centara shopping mall. Disebabkan di centara tak ada burger so singgah sekejap 7e area lee garden. Alhamdullilah banyak stok burgrr boleh borong. Haha. 
- lastly kitaorang ke kim young market. Kat sini just beli kacang je. Nasib baik sempat beli. Itu pun dah ada kedai yang dah tutup. 
- bila sampai alisan office agak terkejar masa jugalah. Sebab masing-masing berebut nk solat. 
- 530pm semua penumpang kena naik tuk tuk ke tempat bus. 
- Alhamdullilah pukul 5am selamat sampai TBS.  


COST exclude meal & shopping

TRANSPORT - 

Bas ke Hatyai (ALISAN) RM 97.40 x 8pax = Rm 779.20
Bas ke KL (ALISAN) RM 100 x 8 pax = Rm 800

Van ke Krabi -Hatyai 10,140thb /13= 780thb/pax

2 Tuk tuk Mr Arie (25/1/2020) +66 86 958 39662,600thb/14pax = 186thb/pax

1 Tuk tuk mr sompoong  +66-892962078- 28/1/2020 = 600/14= 43thb
- 29/1/2020 =1400thb/14pax = 100thb/pax


Tuk tuk one way dari Aonang Beach ke Hotel = 200thb / 10pax = 20thb/pax

HOTEL 

- D-One Hotel Hatyai - Rm 157.23/room/2pax
- Haleeva Sunshine Hotel = 4,227.12thb/ 4pax/2nights
- TK Mansion = RM78.89/room/2pax

OTHERS

- Island Hopping - Phi phi island (7island with insuran, lunch & tax )= 1, 300/pax
- Axa Insuran = RM 39/pax
- Sim Card Ais - 250thb

Brunch di Rahmatullah Hatyai Restaurant

Klonghae Floating Market

with Mr arie tuk tuk. dinner at Chalee D'hatyai

Island hopping

Dim Sum @ Zaina Dimsum Restaurant

Dinner at Malaysia Krabi. 


Wine Village

Pulut Mangga. 


banana nutella pancake!

Aonang Krabi


Honey Aiskrim

Aonang Beach

















Hatyai Below RM 200

✎dya nasir |⊙Monday, November 26, 2018| ☑


Trip Berdua Lebih Baik. Actually Mei lepas kitaorang berdua dah pergi hatyai-songkhla - kohlipe tapi disebabkan tak puas makan kt hatyai so kitaorang repeat pergi hatyai time hari malaysia. Dah kata repeat so trip ni pun trip last minit. 1 week before baru nak cari tiket bas dan baru nak book hotel. Nasib baik ada tiket lagi. Actually masa kitaorang banyak habis kat dalam bas.


Selekeh gila time ni. 

DAY 1 - HATYAI


  • Kitaorang sampai hatyai dalam pukul 1 lebih. 
  • Macam biasa beli simcard. tak ada internet susah oii nak guna maps. hehe
  • mula-mula tu ingat nak check in dulu tapi disebabkan dah terlampau lapar so singgah tempat favourite kita "Kai Tod Decha" 
  • dari tempat bas turunkan kitaorang tu ke kedai "Kai Tod Decha" jalan kaki 3 minit je.hehe.
  • disebabkan pergi time Malaysia -Public Holiday so kedai ni memang penuh orang Malaysia dan kena ambil nombor. sebab ramai sangat orang. 
  • Menu kitaorang macam dalam pic kat bawah ni. 
  • kitaorang book hotel room2u. Hotel ni okay sangat dekat sangat tempat makan.jalan kaki je tak perlu susah-susah nak naik grab atau tuk tuk.  tapi tulah bilik kitaorang atas sekali. 
  • Petang tu kitaorang ke Hatyai Floating Market. sampai situ je hujan renyai. lepas dah beli makanan terus hujan lebat.. so payah jugalah nak cari tempat duduk. 
  • lepas makan tu terus ke Asean Night Market.
  • Masa ni payah jugalah nak dapat grab. lastly kongsi dengan orang lain naik tuk tuk ke Asean Night Market.
  • Asean Night Market - Tingkat atas ada jual makanan. ingat nak beli makanan dengan akak pakai purdah so disebabkan kenyang lagi kitaorang dua terus shopping. kalau datang sini tak pernah tak penat. before this pergi pun penat gak.. penat pusing satu tempat ni kot. 
  • Balik tu ambil grab balik hotel letak barang dulu. 
  • Dalam pukul 11 terun balik jalan area Lee Garden Plaza. Actually misi beli air banana and beli susu tea pot. banyak jugalah masuk 7E area situ tapi air banana & susu tea pot tu tak ada stock.Pekerja tu cakap datang esok pukul 7 am. kena tunggu dorang restock. 
  •  Masa lepas beli banana pancake kitaorang try masuk 7E area bank cimb. Nasik baik ada air banana, Air coklat  coffee.. memang borong kat 7E situ je. 

COST DAY 1 = 535 bath

Transport - 175 bath
  • Grab Car : Hotel ke Floating Market - 175 bath/2 = 87.5 bath 
  • Tuk -tuk : Floating Market ke Asian Night Market 50bath seorang
  • Grab car : Asean Market - Room2u = 75bath /2 = 37.5bath 

Food - 210 bath

  • KaiTod Decha (Lunch) = 190bath/2 = 95bath
  • Klong Hae = Bihun Sup 80bath/2 = 40bath
  • Pulut mangga = 60bath / 2 = 30bath 
  • Teh ais khlong hae = 20bath 
  • Pancake = 50bath /2 = 25bath
Sim Card (AIS) - 300bath/2 = 150bath 
Sebelum keluar kita selfie dulu..





DAY 2 - HATYAI- KL 
  • kat hotel ni pagi ada sediakan air coffee and biskut. so alas perut kat hotel dulu. 
  • Lepas check out, tinggalkan beg kat hotel ini then sambung misi mencari susu teapot.haha. disebabkan memang ramai orang malaysia borong susu ni so kitaorang cari kat supermarket. 
  • So Day 2 memang borong susu teaport. then ambil beg terus ambil grab tinggalkan bag kat tempat bas. so terus ke Dim sum Chabura.(aku prefer dimsum dekat Zaina dimsum)
  • Then ambil tuk-tuk ke Kai Tod Decha. Disebabkan Still kenyang lagi aku just order nasi putih, tomyum dan Teh Ais. 
  • Disebabkan ada masa lagi so kitaorang ke Asean Night Market. Shopping apa yang patut. 
  • Then ambil grab ke Lee Garden. So jalan-jalan area situ. beli apa yang patut. sempat jugalah beli coklat.coklat tu memang sedap and comel pula tu. nak makan pun sayang. (Nama kedai Choco late by R&K)
  • Singgah sekejap kat Salma Restaurant beli teh ais. actually nak rasa je. tapi aku suka teh ais kat Kai Tod Decha. 
  • Dalam pukul 6.30  dah gerak balik KL. 

COST DAY 2 = 697 bath

Transport - 299 bath
  • Grab Car : Room2u- Tempat bas- Dimsum = 200 bath/2 = 100bath
  • Tuk-tuk : Dimsum Chabura - Kai Tod Decha = 100bath /2 - 50bath
  • Grab Car : Kai Tod Decha - Asian Night Market - 75bath
  • Grab Car : Asian Night Market - Lee Garden = 74bath 

Food - 398 bath
  • Dimsum Chabura : Sorang 158bath 
  • Kai Tod Decha : 120 bath (Tomyum, teh ais, Nasi Putih)
  • Teh ais (Salma Restaurant) - 20bath
  • Coklat 11pcs : 100bath



KAI TOD DECHA


makanan wajib bila datang sini

Baru kenal masa beli simcard. Satu bas pergi & balik




Floating Market 







First time naik tuk tuk


ASEAN NIGHT MARKET



Orang belakang muka happy bila kitaorang beli kasut kat situ.




DIMSUM CHABURA










OTHER COST 

SHOPPING 2 DAYS = 1,800 bath (aku letak je amount ni tapi sebenarnya lebih - tak ingat berapa)
  • Sandal = 100bath
  • Bag = 250bath
  • Baju = 180bath
  • Kasut = 250 bath
  • Tea Pot 7E = ??
  • Tea pot @ Mart = 135bath
  • Banana Milk, Coffee, = 480bath
  • Purse = 2pc = 100bath x 2 = 200 bath
  • Baju hujan = 30bath
HOTEL & BAS (RETURN) = RM 236.80

  • Hotel Room2U : RM 84.30 (Seorang) (Last minit booked)
  • Bas Suasana : (last minit booked kalau booked awal tic bas boleh dapat rm100 return)
    • Bas pergi : RM 70 
    • Bas balik : RM 82.50
      • Pergi : Delay dari TBS. Sepatutnya gerak pukul 11 malam tapi 12 lebih baru bas sampai. Tapi yang okaynya tak perlu nak tukar van atau tuktuk.Terus turun kat hatyai dan juga ada sediakan selimut dalam bas
      • Balik : Kena naik tuk tuk dulu sebab bas tak masuk hatyai. tak ada kenakan caj pun untuk naik tuk tuk. 


Total Perbelanjaan 2 Hari tidak termasuk shopping : 1,232 bath



**Trip Kali ini memang habis duit kat shopping je walaupun sebenarnya nak pergi sana sebab nak cari makan je. hehe.



 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page