Showing posts with label Kisah seram. Show all posts
Showing posts with label Kisah seram. Show all posts

makhlus halus di bilik karoke 2!!!

✎dya nasir |⊙Friday, February 17, 2012| ☑






entry ni sambungan daripada makhlus halus di bilik karoke..

apa yang korang nampak ?

kat sini tak nampak sangat..bila tengok kat camera, bila zoom memang jelas.. nak kata membe aku ni smoke, time tu memang dia tak smoke. nak kata tangan dia, tangan dia dua-dua kat bawah..

makluk halus di bilik karoke..

✎dya nasir |⊙Thursday, February 02, 2012| ☑
hari selasa hari tu yang memenatkan..baru sekarang aku dapat update. sebab camera adik aku pinjam..hehe..    balik je rumah cari katil, nak baring..hehe.. macam biasalah, lepas habis exam je plan kitaorang pergi serbu kat Red Box. 

disebabkan malas dan panas nak jalan kaki nak pergi stesen lrt kat maluri, kitaorang tong-tong duit naik teksi je..  sama je tambang. kalau pergi sendiri tak adanya aku nak teksi. mahal. dan disebabkan juga membe aku, naz and edly lambat sampai, kitaorang terus pergi kat red box tu..malas nak tunggu.. 
terkejut aku bila orang tu cakap hari itu 1 person RM 13++.. sebabnya selalu kitaorang guna student card dalam 10++.. RM 3 naik.. tapi berbaloi juga sebab kitaorang karoke dalam pukul 1 lebih hingga pukul 6 lebih..haha.. tu pun kitaorang minta bil sebab tak larat gile nak nyanyi..haha







masa aku dan eira ni tangkap gambar si Yan ni, kitaorang ternampak ada benda kat sebelah si yan ni. mulanya aku xperasan, si eira ni lah pergi zoom pic tu, pastu tunjuk kat aku.. aku terkejut tengok pic tu, apa lagi menjerit lah aku dan si eira pun pergi jerit sekali..haha.. 
membe-membe aku dalam tu semua terkejut.. stop terus nyanyi pelik nape kitaorang ni jerit.. si eira tunjuk lah pic tu kat yan, yan terus tutup muka tak nak tengok.. nak sedapkan hati dia bf dia cakap maybe tu cahaya lampu.. 

maaf ye tak dapat nak upload pic tu.. tuan dalam pic tu tak bagi..huhu




sebenarnye si yan pernah kena ganggu kat bilik yang sama.. time tu dia berdua ngn membe dia.. membe dia perempuan.. masa tengah nyanyi tiba-tiba ada suara laki backup dia nyanyi.. apa lagi dorang terus minta tukar bilik, cakp sound system kt situ tak sedap. aku tak terkejut pun kalau ada benda tu kat tempat-tempat macam tu.
banyak kan 5 jam dalam tu, cam ne aku tak cakap suara katak lagi sedap dari aku.. comel kan katak kat atas tu senyum sebab aku puji suara dia sedap.. aktiviti aku kat dalam tu menyakat orang.. nasib kau lah Yan asyik kena je ngan aku.. haha.. 



aku tak suka pic ni sebab pic kat toilet tapi upload jugak..sengal kan..








 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page